ADHD

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Berkenalan dengan Asyraf

ATTENTION DEFICIT- HYPERACTIVITY


DISORDER / ADHD

Konsep dan Definisi


FAKTA TENTANG ADHD

Berdasarkan bancian pada tahun 2001 dan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi
Kedua, pada tahun 1996, mendapati daripada 330,000 kanak-kanak di Malaysia, 4.3
peratus daripadanya ‘sengsara’ akibat ADHD.

1 : 25 orang kanak-kanak

Tiga hingga tujuh kanak-kanak didapati mempunyai sindrom ADHD atau secara kasar,
.setiap kelas, terdapat dua daripada kanak-kanak tersebut mempunyai sindrom tersebut
Graf menunjukkan jumlah pesakit ADHD mengikut
peringkat umur
* Perbandingan antara pesakit yang mengambil ubat-ubatan
dengan pesakit yang tidak mengambil ubat-ubatan
Kategori ADHD

ADHD – kurang tumpuan

Bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD, tidak memberi tumpuan


merupakan petunjuk yang utama. Mereka mungkin meninggalkan
bahagian mustahak tugasan yang diberikan, kerap mengelamun di dalam
.kelas, mudah terganggu, tidak teratur dan kerap kali terlupa

Selain itu mereka juga sering gagal dalam memberi tumpuan kepada
percakapan / perbualan dan kesukaran memberi tumpuan dan kekal
dengan satu aktiviti permainan sehingga tamat
ADHD – hiperaktif – impulsif

Bagi ADHD jenis ini, petunjuk utama adalah gabungan antara


hiperaktif iaitu jumlah pergerakan yang sangat tinggi dan impulsif
iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap
mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu
berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada mereka ialah seperti


berpindah dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain, sukar
mengatur aktiviti, sentiasa memerlukan pengawasan, sukar
menunggu giliran dan kerap keluar dari bilik darjah.
ADHD – gabungan

Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD mempuyai petunjuk-petunjuk


pada kedua-dua ciri di atas yang merupakan sebahagian daripada
kecelaruan yang dihadapi, iaitu tidak ada tumpuan dan hiperaktif–
impulsif.
Gambarajah otak kanak-kanak ADHD
Masalah Utama Kanak-kanak
ADHD
Tanda-tanda Murid ADHD
Antara tanda-tanda yang boleh dikesan terhadap murid-murid yang
:: mengalami masalah ADHD adalah

Mengalami gangguan perhatian


impulsif
Masalah mengalih perhatian
Resah gelisah dan tidak suka duduk setempat
Tumpuan perhatian yang singkat
Mudah terlupa
’Masalah pembelajaran ‘visual’ dan ‘auditory
Tidak terurus
Suka mengalih barang
Banyak mood
Masalah sosial
Simbol geometrik yang membezakan antara lukisan kanak-kanak ADHD dengan kanak-kanak
normal

Normal
ADHD
Gambaran kecelaruan lukisan kanak-kanakbermasalah ADHD
Faktor-faktor yang menyebabkan ADHD
Kriteria menentukan ADHD
Cara Mengenal pasti kanak kanak ADHD
Kewujudan ADHD Bersama Masalah yang Lain
Tempoh ADHD

Tempoh ADHD yang dialami oleh kanak-kanak


ialah sekurang-kurangnya enam bulan dan akan
berkurangan apabila mencecah usia kematangan.
ADHD juga tidak terhad kepada mana-mana bangsa
dan keturunan.
Sebenarnya kanak-kanak ADHD tidak sedar
perbuatan mereka berisiko dan tidak mampu mengawal
gejala yang melanda diri mereka. Selalunya apabila
dimarahi atau ditegur, kanak-kanak ini baru tersedar,
diam serta menjauhkan diri tetapi akan mengulang
semula perbuatan tersebut sekiranya tidak diperhatikan
Cara rawatan

ADHD boleh dirawat, namun tidak boleh disembuhkan.


Disebabkan ia merupakan masalah neurologi, kebanyakan gejala
ADHD dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan.

Ubat boleh membantu kanak-kanak ADHD menjadi


kurang hiperaktif dan membolehkan mereka menjadi lebih fokus.
Ubat yang paling biasa diguna dan efektif untuk kanak-kanak
ADHD adalah ubat perangsang psiko seperti Methylphenidate
(Ritalin) dan Dexemphetamine.
Apabila ubat-ubatan ini tidak efektif, ubat lain seperti
Imipramine, Clonidine, Moclobemide dan Desipramine akan
digunakan.
Contoh ubat-ubatan yang boleh diambil oleh kanak-kanak ADHD
Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah ADHD
Intervensi Tingkah Laku

Di antara intervensi tingkah laku yang dapat dilaksanakan


oleh guru adalah
:
Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang
diingini yang ditunjukkan
Strategi pencegahan – iaitu menghentikan tingkah laku yang
tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringan
Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token
(stiker, syiling plastik, dll) yang mempunyai nilai ekonomi,
iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukai
Intervensi Pengajaran
Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam
pelajaran mereka melalui intervensi pengajaran yang
berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan
adalah

:
Arahan yang diberi hendaklah jelas, ringkas dan lengkap
Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan
tersebut kepada anda
Pecahkan tugasan yang kompleks / besar kepada
bahagian-bahagian yang lebih kecil
Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran
Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran
Libatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut
;statistik pelajar dapat mengekalkan
peratus daripada apa yang dibaca 10
peratus daripada apa yang didengar 26
peratus daripada apa yang dilihat 30
peratus daripada apa yang mereka lihat dan 50
dengar
peratus daripada apa yang mereka kata, dan 70
peratus daripada apa yang mereka kata dan buat 90
Kurikulum

Sebagai mana pelajar berkeperluan khas yang lain, pelajar


ADHD akan ditempatkan di dalam kelas Program Khas
Masalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Rendah dan
Menengah. Pelaksanaan kurikulum adalah luwes (fleksibel)
mengikut keupayaan pelajar. Pengajaran guru akan
disesuaikan dengan tahap keupayaan mental pelajar, tingkah
laku, tumpuan perhatian, tahap kemahiran, motor kasar dan
halus, keupayaan berkomunikasi dan lain-lain. Oleh kerana itu
Sukatan Pelajaran PKBP digabungkan antara sekolah rendah
dan sekolah menengah bagi menunjukkan kesinambungan
kurikulum. Pelajar yang menunjukkan peningkatan pencapaian
yang baik akan mengikuti pelajaran pada tahap yang lebih
tinggi berbanding rakan mereka yang lain.
Perkara yang perlu dilakukan terhadap
kanak-kanak ADHD
PERSATUAN ADHD
Kesimpulan

Murid yang mempunyai masalah ADHD boleh diubah dengan strategi


yang sesuai dan konsisten terutamanya oleh guru di sekolah bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

You might also like