PID 223 pp117 135

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

e-ISSN: 2289-6589

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MELAKUKAN RASUAH DI


KALANGAN PENJAWAT AWAM PIHAK BERKUASA TEMPATAN

*Enida Daud1, Low Hock Heng1, Ahmad Muhyuddin Hassan2


1
Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru Malaysia
2
Islamic Civilization Academy, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Malaysia

*Corresponding author’s email: [email protected]

Submission date: 15 Jan 2019 Accepted date: 30 April 2019 Published date:10 May 2019

Abstract

This study is an attempt to examine the factors that influence the intention to commit corruption among
public servants of the Local Authority in Johor. The public servants of Local Authority in Johor were
selected as the unit analysis and the research instrument used were questionnaires. Data was analysed by
using descriptive analysis Confirmatory Analysis Factor (CFA) and Structural Equation Modeling (SEM).
The results of the descriptive analysis and the CFA found the intention to commit corruption was influenced
by internal factors and external factors. The internal factors include neglecting religious values and
demands, selfish attitudes, luxury lifestyle demands beyond their ability and greed. The identified external
factors refer to the influence of family and colleagues, opportunities and spaces, unclear systems and
procedures, social factors and modernization factors. The results of the hypothesis test found that internal
factors and external factors have a significant influence on the intention to commit corruption.

Keywords: Corruption, Intention to Corrupt, Internal Factor, External Factor, Local Autorities.

Kajian ini merupakan satu usaha mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah
di kalangan penjawat awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penjawat awam di PBT Johor dijadikan unit
analisis kajian dan instrumen kajian menggunakan borang soalselidik. Data di analisis menggunakan analisa
deskriptif, Confirmatary Analysis Factor (CFA) dan Structural Equation Modeling (SEM) . Hasil analisa
deskriptif dan CFA mendapati niat untuk melakukan rasuah dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor
luaran. Faktor dalaman adalah merangkumi sikap mengabaikan nilai dan tuntutan agama, sikap pentingkan
diri, sikap inginkan gaya hidup mewah melebihi kemampuan dan sikap tamak. Faktor luaran yang
dikenalpasti adalah pengaruh keluarga dan rakan sekerja, peluang, prosedur kerja tidak jelas, pengaruh
sosial dan faktor modenisasi. Keputusan ujian hipotesis mendapati bahawa faktor dalaman dan luaran
berpengaruh signifikan terhadap niat untuk melakukan rasuah.

Kata kunci: Rasuah, niat untuk melakukan rasuah, faktor dalaman, faktor luaran, Pihak Berkuasa
Tempatan

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
117
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

1.0 PENGENALAN

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan Kerajaan Peringkat Ketiga yang memberikan perkhidmatan
terus kepada rakyat. Namun begitu dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, PBT seringkali
dikaitkan dengan gejala rasuah. Penglibatan kakitangan PBT dengan amalan rasuah kerapkali diperkatakan
kerana kedudukannya paling hampir dengan rakyat (SUK Johor, 2003). Berdasarkan kaji selidik
Pertubuhan Anti Rasuah, Transparency International (TI) Malaysia mendapati bahawa PBT adalah antara
agensi paling terdedah kepada amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negara ini (Mohd
Koharuddin, et.al, (2012). Menurut SPRM (2014), perkhidmatan tidak efisien dan lambat boleh menjadi
punca gejala rasuah di kalangan penjawat awam di PBT.

Dalam konteks PBT data perangkaan SPRM dari tahun 2009 hingga 2012 adalah seperti di Jadual 1 :

Jadual 1. Perangkaan SPRM terhadap PBT

Maklumat Kertas
Tangkapan Tuduh
aduan Siasatan
Dewan Bandaraya (DBKL) 95 14 9 3
Majlis Bandaraya 132 10 3 1
Majlis Perbandaran 397 27 13 7
Majlis Daerah 434 39 8 4
Jumlah 1,058 90 33 15
Sumber : SPRM (2013)

Statistik di atas menunjukkan bahawa masih terdapat segelintir penjawat awam di PBT yang melibatkan
diri dengan aktiviti rasuah. Ini mungkin kerana kedudukannya yang hampir dengan masyarakat dalam
memberikan perkhidmatan telah membuka peluang berlakunya rasuah (Mohamad Tayib, 2004). Data di
atas juga menunjukkan bahawa maklumat berkaitan penglibatan rasuah di kalangan kakitangan PBT di
seluruh Malaysia adalah sebanyak 1,058. Namun begitu jumlah yang dituduh hanya 15 orang iaitu 1.4%
daripada keseluruhan maklumat/aduan yang diterima oleh SPRM. Data terkini yang diperolehi daripada
pengkalan data pesalah rasuah tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan terdapat lima penjawat awam di PBT
yang telah dijatuhi hukuman atas kesalahan rasuah. Penglibatan sebahagian warga PBT ini dengan gejala
rasuah telah memberikan persepsi buruk kepada keseluruhan pentadbiran PBT. Walaupun hanya sebilangan
sahaja penjawat awam di PBT yang terlibat dengan rasuah tetapi ianya akan menyebabkan tahap
kepercayaan terhadap perkhidmatan awam secara keseluruhannya terjejas (Anis Yusal et al., 2014).

Memang tidak boleh dinafikan bahawa rasuah merupakan antara masalah yang sedang dihadapi oleh PBT
di Malaysia. Ini disokong melalui kenyataan media SPRM tahun 2012 hingga 2018 tentang rasuah di PBT
antaranya “Penolong Jurutera Awam DBKL Dituduh Terima Rasuah RM56,240”, “Bekas Penguatkuasa
MP Kajang Didakwa Terima Suapan RM2,000 dan Telefon Bimbit”, “Bekas Penolong Pengarah MPSJ
Dituduh 15 Kesalahan Tuntutan Palsu”, “Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Didakwa Rasuah
Libatkan Aset RM4.4 Juta”, “Pembantu Penguatkuasa MPSP Didakwa Terima Rasuh”, Bekas YDP
Selayang Dipenjara 3 Tahun, Denda RM132,500” dan “Penguatkuasa Wanita MPJBT Di Penjara 1 Tahun
dan Denda RM10,000 kerana Menerima Rasuah”. Kenyataan ini juga menjadi antara tajuk-tajuk utama
akhbar tempatan dan merupakan fenomena tidak asing sejak kebelakangan ini. Ini memberi gambaran
bahawa penglibatan penjawat awam di PBT dengan rasuah masih lagi berlaku. Dengan merujuk kepada
permasalahan di atas, penyelidik merasakan bahawa perlunya satu kajian dilakukan bagi mengenalpasti
punca berlakunya senario ini supaya tindakan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
118
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

itu kajian ini dilakukan dengan mempunyai objektif untuk mengenalpasti faktor dalaman dan luaran yang
mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah di kalangan penjawat awam Pihak Berkuasa Tempatan.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Niat Untuk Melakukan Rasuah

Niat adalah suatu keinginan atau kehendak yang diikuti oleh tindakan atau tingkahlaku. Niat juga
merupakan motivasi untuk melaksanakan sesuatu tingkahlaku (Maizatul Haizan dan Wan Idros, 2014).
Mengikut pandangan Normala (2009) pula niat adalah maksud atau keinginan kuat dalam hati untuk
melakukan sesuatu. Menurut beliau lagi dalam terminologi syarak niat bererti keinginan melakukan
ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan perbuatan atau meninggalkannya. Oleh itu setiap perbuatan
mestilah dimulakan dengan niat sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sesungguhnya segala amal itu hendaklah dengan niat”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Haron Din (2010), niat merupakan satu kemahuan diri sendiri tanpa ada paksaan. Menurut Islam,
setiap kerja yang diredhai oleh Allah yang disertai dengan niat adalah satu ibadah. Kenyataan ini seiring
dengan pandangan Mufti Selangor (2000) yang menyatakan bahawa setiap insan hendaklah menyedari dan
menghayati bahawa setiap tingkahlaku dan pekerjaan yang dilakukan sekiranya di mulakan dengan niat
adalah merupakan satu ibadah. Setiap perbuatan yang dilakukan sama ada sedar atau tidak semuanya
bermula dengan niat. Daripada Umar bin Al - Khatab, Rasulullah pernah bersabda, yang bermaksud,
amalan itu mesti ada niat, dan bahawasanya bagi setiap orang adalah apa yang diniatkannya (Syed
Ahmad, 1994). Syed Ahmad (1994) juga telah menegaskan, niat yang baik adalah asas bagi setiap
amalan kepada Allah, sebab amalan tanpa niat yang baik, tidak akan diterima oleh Allah. Manakala
amalan dengan niat yang jahat akan dimurkai oleh Allah. Itulah pokok lintasan hati yang terbit
daripadanya segala tingkahlaku manusia.

Al-Ghazali (1990) menekankan bahawa aspek niat di dalam hati merupakan tempat permulaan perkiraan
amalan manusia dan penentuan amalan itu diterima atau sebaliknya. Melalui niat yang baik dan tulus,
segala sogokan rasuah tidak dapat mengaburi individu untuk melakukan rasuah (Nur Syakiran Akmal
dan Md Zawawi, 2004). Syed Ahmad (1994) menyatakan dalam menerangkan maksud niat yang baik,
tingkahlaku dan sifat seseorang akan melambangkan amalannya terhadap Tuhan ataupun hubungan
sesama manusia dan juga terhadap diri sendiri sebagai contoh, jika kita berniat mencari rezeki yang
halal, nescaya kita tidak akan terjerumus ke dalam sumber rezeki yang haram seperti rasuah. Apabila
kita merancang sesuatu untuk dilakukan pada hari tersebut, maka ianya merupakan niat. Cuma, sama
ada kita tercapai apa yang diniatkan bergantung kepada tindakan kita. Kita akan melakukan sesuatu
sekiranya gerak hati kita memerintah agar berbuat demikian walaupun dalam keadaan terpaksa.
Secara jelasnya, niat ataupun gerak hati adalah pendorong utama dalam kita melakukan sebarang
tindakan khususnya dalam pekerjaan seharian.

Pandangan ini disokong oleh Fadillah (2015) yang menyatakan bahawa niat adalah kesungguhan seseorang
untuk melakukan perbuatan atau memunculkan sesuatu tingkahlaku tertentu. Sehubungan dengan itu,
menurut Ali (1988) bahawa nilai pekerjaan dalam Etika Kerja Islam berasal dari niat yang terdapat dalam
hati bukan dari hasil pekerjaan. Justeru sebelum memulakan niat, seseorang itu perlu menilai apakah
niat dan pekerjaan yang hendak dilakukan itu mendorong kepada perbuatan negatif atau positif. Oleh itu
pemahaman tentang niat seseorang untuk melakukan rasuah boleh membantu dalam melihat kecenderungan
seseorang untuk bertindak terhadap tingkahlaku rasuah. Menurut Nihayatur Rohmah (2014) perlakuan

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
119
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

rasuah akan terjadi ketika adanya niat oleh pelaku dan kemudian ada kesempatan serta kemampuan untuk
melakukannya.

Dalam membincangkan tentang hubungan antara niat dan tingkahlaku, terdapat beberapa teori yang
dibangunkan oleh sarjana Barat seiring dengan pandangan Islam iaitu tentang wujudnya niat sebelum
sesuatu tingkahlaku antaranya Teori Deontologi yang meletakkan niat dan nilai intrinsik sesuatu
tingkahlaku sebagai asas yang menentukan betul atau salah dan buruk atau baik sesuatu tingkahlaku
(Bratton, 2004). Theory of Reasoned Action (TRA) menyatakan bahawa niat seseorang terbentuk daripada
sikap dan norma subjektif dan selanjutnya secara langsung akan mempengaruhi tingkahlakunya
(Sihombing, 2003). Theory Planned Behaviour (TPB) pula cuba menjelaskan bahawa niat untuk
melakukan sesuatu tidak hanya dipengaruhi oleh sikap terhadap tingkahlaku dan norma subjektif, tetapi
juga dipengaruhi oleh perceived behavioral control. Perceived Behavioral Control adalah dipengaruhi oleh
pengalaman masa lalu dan pertimbangan seseorang mengenai susah atau tidaknya melakukan sesuatu
tingkahlaku tersebut (Azwar, 2003). Berdasarkan TPB juga seseorang dapat bertindak berdasarkan niatnya
hanya jika ia memiliki kawalan terhadap tingkahlakunya. Teori ini tidak hanya menekankan pada rasional
sesuatu tingkahlaku manusia, tetapi juga pada keyakinan bahawa sasaran tingkahlaku berada di bawah
kawalan individu.

Begitu juga kajian oleh Rabl dan Kuhlmann (2008) mendapati bahawa niat untuk melakukan rasuah
mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan tingkahlaku rasuah. Pandangan Rabl & Kuhlmann (2008)
ini diterjemahkan dalam “Model Corrupt Action” yang menerangkan bahawa sikap dan norma subjektif
mempengaruhi keinginan seseorang untuk melakukan rasuah. Keinginan ini akan menimbulkan niat
seseorang untuk melakukan rasuah. Kajian beliau juga mendapati persepsi bahawa terdapat ruang atau
kelompongan yang membolehkan mereka terlepas daripada dikenakan tindakan boleh menimbulkan niat
untuk melakukan rasuah. Walaubagaimanapun kajian oleh Powpaka (2002) mendapati bahawa sikap
memberikan kesan yang sangat kuat terhadap niat untuk melakukan rasuah berbanding norma subjektif dan
perceived Behavioral Control. Kajian oleh Bagozzi et al. (2003) melalui Model of Effortful Decision
Making and Enactment menjelaskan bahawa seseorang yang mempunyai niat yang kuat untuk melakukan
rasuah demi mencapai matlamat diri dan juga organisasinya akan melakukan tingkahlaku rasuah dengan
jayanya. Ini menunjukkan betapa kuatnya fungsi niat terhadap diri seseorang untuk melakukan sesuatu
tingkahlaku yang beretika atau tidak beretika. Menurut Bagozzi et al. (2003) niat untuk melakukan rasuah
adalah kuat sekiranya seseorang merasakan bahawa beliau boleh mengawal tindakan rasuah yang akan
dilakukan. Keadaan ini merujuk kepada perceived behavioral control iaitu kemampuan seseorang untuk
mengawal risiko atau kemungkinan ditangkap dan dihukum atau tanggapan bahawa mudah atau susah
untuk melakukan rasuah (Gollwitzer & Brandstatter, 1997; Ajzen,1991; Bagozzi et al.,2003).

2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Niat Untuk Melakukan Rasuah

Berdasarkan kajian-kajian lepas, niat untuk melakukan rasuah adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti sikap, tanggapan dan persekitaran. Laporan Keputusan Perbincangan dan Resolusi Forum Integriti
Politik dengan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Negeri Johor pada 16 Oktober 2008 telah menyenaraikan
beberapa sebab utama gejala rasuah antaranya:

 Rasuah berlaku dalam kerajaan tempatan kerana pegawai-pegawai terpaksa untuk


melakukannya
 Pendapatan tidak mencukupi untuk menyokong keluarga selain kerana keperluan dan kerana
tamak.
 Pegawai berkhidmat dalam jabatan yang sama untuk masa yang lama.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
120
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

 Hadiah dan cenderamata yang sering diberikan terutama pada musim perayaan kerana
kedudukan.
 Rasuah berlaku kerana individu itu mempunyai kuasa.
 Proses yang perlahan yang berkaitan dengan permohonan tertentu, contohnya bagi
mendapatkan lesen.
 Rasuah yang berlaku di kalangan pemilik gerai yang tidak berlesen.
 Rasuah berlaku di kalangan ahli-ahli masyarakat kerana mereka terdesak untuk menjalankan
perniagaan di tempat yang strategik.
 Sistem penguatkuasaan yang lemah dalam kerajaan tempatan.
 Kewujudan sistem birokrasi dalam pentadbiran kerajaan tempatan terutamanya yang berkaitan
dengan projek-projek pembangunan.
 Kekurangan pemahaman agama dan sivik tentang bahaya rasuah kepada negara dan negeri

(Laporan Keputusan Perbincangan dan Resolusi Forum Integriti Politik dengan Ahli Majlis Kerajaan
Tempatan Negeri Johor, 2008)

Walaubagaimanapun dalam kajian ini pengkaji merasakan bahawa perbincangan mengenai faktor-faktor
yang mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah adalah lebih sesuai dibahaskan dari dua aspek iaitu
daripada faktor dalaman dan juga faktor luaran kerana selaras dengan Etika Kerja Islam sebagai
pembolehubah penyederhanaan yang mengandungi nilai intrinsik (dalaman) dan ekstrinsik (aspek luaran).
Kedua-dua faktor ini juga dapat dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah yang akan menentukan antara baik
dan buruk tingkahlaku seseorang dalam melakukan pekerjaan dan tanggungjawab yang diamanahkan
kepadanya (Mohamad Khadafi, 2015). Menurut Trevino (1986), dalam membuat keputusan untuk
melakukan tindakan tidak beretika itu adalah dipengaruhi oleh dua perkara iaitu faktor individu dan faktor
situasi. Faktor individu adalah merujuk kepada faktor dalaman manakala faktor situasi adalah merujuk
kepada faktor luaran. Kajian oleh Suhardi, (2016) mendapati bahawa dari perspektif budaya faktor dalaman
individu merupakan penentu tingkahlaku manusia selain dari faktor luaran iaitu sistem yang
mengelilinginya. Begitu juga dilihat dari perspektif tingkahlaku moral dimana menurut Azizi (2000),
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan moral boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor
persekitaran luar dan faktor dalam diri sendiri. Mankala menurut pandangan Tengku Sarina Aini & Fadillah
(2007) terdapat dua faktor yang mempengaruhi dorongan seseorang dalam melakukan pekerjaan iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merujuk kepada motivasi dalam diri individu itu sendiri. Seperti
kata pepatah “No one can motivate someone else”. Ini bermakna motivasi datang daripada diri seseorang
individu. Motivasi dalaman ini timbul daripada kesedaran diri untuk bertindak dalam memulakan sesuatu
dan kemudian meneruskannya sehingga berjaya. Manakala faktor luaran pula merupakan semua bentuk
dorongan yang ada di sekitar yang menyebabkan seseorang itu bertindak memulakan sesuatu dan
meneruskan segala bentuk tindakan yang positif. Kenyataan ini seiring dengan kajian oleh Karunanithy
(2010) yang menyatakan bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi tingkahlaku rasuah iaitu yang
pertama adalah faktor dalaman dan yang kedua adalah faktor luaran.

2.2.1 Faktor Dalaman

Faktor dalaman individu merupakan faktor yang mempengaruhi seseorang untuk melakukan rasuah
(Noraida, Zaidi, & Noor Ashikin, 2013). Faktor dalaman yang dibincangkan dalam kajian ini lebih
menfokus kepada sikap seseorang. Sikap ialah perasaan atau persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara
sama ada suka atau tidak suka terhadap sesuatu perkara tersebut (Maizatul Haizan & Wan Idros, 2014).
Secara umumnya sikap mengandungi tiga komponen iaitu kepercayaan, perasaan dan tingkahlaku (Quinn,
2007). Sikap akan datang bersama perasaan dan seterusnya mewujudkan tingkahlaku (Quinn, 2007; Ajzen
dan Fishbein, 1980). Walaubagaimanapun Al-Ghazali (1985) mempunyai pandangan yang berbeza di mana
Volume 8 Issue 1 2019, 117-135
e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
121
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

beliau menyatakan sikap ialah suatu organisme yang lekat pada diri manusia, bertindak sebagai wadah
tempat timbulnya perbuatan dengan mudah tanpa pemikiran dan pertimbangan. Jika tingkahlaku tersebut
baik menurut akal dan syarak maka ia dinamakan sikap baik. Menurut beliau lagi sumber kepada sikap ada
empat iaitu bijaksana, kesatria, kesucian dan adil. Berdasarkan empat perkara ini akan lahirnya sikap atau
akhlak yang baik sebagai pekerti orang mukmin.

Manakala menurut (Robbins, 2006), sikap mencerminkan bagaimana seseorang merasakan sesuatu.
Menurut beliau terdapat tiga komponen sikap iaitu kognitif, afektif dan perilaku. Kognitif adalah sikap yang
mengacu kepada pendapat atau keyakinan terhadap objek. Manakala afektif adalah sikap yang mengacu
kepada emosi atau perasaan dan perilaku adalah sikap yang mengacu kepada maksud untuk berperilaku
dalam cara tertentu terhadap seseorang atau sesuatu. Walaubagaimanapun dalam kajian ini sikap
dibincangkan secara khusus yang menjurus kepada tingkahlaku rasuah dengan merujuk kepada kajian-
kajian lepas seperti kajian oleh Rabl & Kuhlmann (2008) dan Zaharahanum (2014) yang menyatakan
bahawa sikap boleh mempengaruhi keinginan untuk melakukan rasuah. Pendapat ini seiring dengan hasil
kajian Powpaka (2002) iaitu sikap mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap niat untuk melakukan
rasuah.

2.2.2 Faktor Luaran

Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi seseorang untuk melakukan rasuah dapat dilihat daripada
pelbagai perspektif iaitu seperti keluarga, organisasi dan masyarakat. Pengalaman hidup dan interaksi
individu terhadap mereka yang berada disekeliling iaitu ibubapa dan keluarga, rakan sekerja, pemimpin
dan masyarakat berperanan dalam memberikan takrif dan pandangan sama ada sesuatu perbuatan yang
hendak dilakukan itu baik atau buruk. Menurut Mustakim et al., (2016) sesebuah masyarakat yang
mengamalkan nilai negatif cenderung untuk mempengaruhi individu lain supaya bersikap negatif.
Kenyataan ini menyokong Model of Deontic Justice yang dibangunkan oleh Constant (2010) tentang proses
sosialisasi rasuah dalam organisasi di mana sistem, rakan sekerja dan pemimpin dalam sesebuah organisasi
mempengaruhi tingkahlaku rasuah oleh ahli baru atau pekerja baru dalam organisasi tersebut.

3.0 METHODOLOGI KAJIAN

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 356 orang penjawat awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Negeri Johor iaitu daripada gred 19 hingga 48. Negeri Johor telah dipilih dalam menjalankan kajian ini
kerana merupakan negeri yang paling banyak mempunyai PBT berbanding negeri-negeri lain di
Semenanjung Malaysia. Pemilihan penjawat awam menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata, di
mana semua penjawat awam di PBT Negeri Johor yang terlibat di bahagi kepada dua iaitu kumpulan
pengurusan dan kumpulan pelaksana. Segala maklumat di dalam borang soal selidik dianalisis mengunakan
perisian SPSS versi 21 dan AMOS versi 20 bagi mendapatkan hasil kajian mengikut objektif yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Pembolehubah bagi faktor yang mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah
diukur menggunakan skala pengukuran tingkahlaku yang dibina oleh penyelidik terdahulu sebagaimana
dinyatakan dalam Jadual 3. Penekanan adalah menggunakan niat tingkahlaku sebagai proksi kepada
tingkahlaku rasuah. Antara kajian yang menggunakan niat sebagai peramal kepada tingkahlaku adalah
seperti kajian oleh Rabl dan Kuhlmann (2008) dan Trevino, Weaver, Gibson, dan Tofler (1999). Teknik
analisa data yang digunakan adalah analisis deskriptif dan analisis eksplanatif. Analisis eksplanatif
menggunakan Struktural Equation Modeling (SEM) bagi mendapatkan hubungan langsung daripada
faktor dalaman dan luaran terhadap niat untuk melakukan rasuah di kalangan penjawat awam PBT Negeri
Johor.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
122
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan soal selidik dianalisis berdasarkan pekali “Cronbach’s alpha”. Jadual 2 menunjukkan
nilai “Cronbach’s alpha” bagi semua faktor adalah melebihi 0.6, ini bermakna setiap faktor itu boleh
dipercayai dan boleh diteruskan dengan analisis yang berikut.

Jadual 2. Analisis Secara Kebolehpercayaan

Cronbach's Alpha N of Items


Faktor Dalaman 0.876 13
Faktor Luaran 0.920 24
Niat 0.874 7

4.2 Analisis Deskriptif Faktor Dalaman dan Luaran

Persetujuan responden terhadap faktor yang mempengaruhi niat seseorang penjawat awam di PBT untuk
melakukan rasuah diukur berdasarkan skala 1, iaitu untuk sangat tidak setuju, hingga skala 5, iaitu
untuk sangat setuju. Secara terperinci dapatan deskriptif tentang persetujuan responden ditunjukkan dalam
Jadual 3 di bawah:

Jadual 3. Deskriptif bagi Faktor Dalaman dan Faktor Luaran

Pembolehubah Item Sisihan Min Purata Min


Piawai
Sikap Mengabaikan Nilai dan Tuntutan Agama
Keadaan di PBT sekarang memperlihatkan kurangnya penghayatan FD1 1.176 2.97
oleh segelintir kakitangan terhadap nilai dan akhlak yang baik
(Kamarudin, 2004)
Keadaan di mana terdapat kakitangan PBT yang memperlihatkan FD2 1.162 3.01 3.04
ketidakpatuhan terhadap tuntutan agama (Shukri, 2011; Mohamad
Fauzi, 2001)
Keadaan sekarang memperlihatkan terdapat kakitangan PBT yang FD3 1.197 3.05
kurang menghayati dan memahami tentang konsep pahala dan dosa
(Shukri, 2011; Mohd Koharuddin, 2012)

Keadaan di PBT sekarang memperlihatkan terdapatnya kakitangan FD4 1.227 3.14


yang gagal untuk memahami dan melaksanakan konsep kerja sebagai
satu ibadah (Mohd Ribuan, 2004; Mohd Koharuddin, 2012)
Sikap Pentingkan Diri
Balasan terhadap layanan yang diberikan selain daripada hak yang FD5 1.226 2.85
sepatutnya lebih utama daripada melakukan perkara yang sepatutnya 3.16
(Mohd Koharuddin, 2012; Muhammad Syafri, 2016; Ahmad Taufik,
2012)
Kepentingan peribadi adalah lebih utama dari kepentingan pekerjaan FD6 1.233 2.74
(Mohd Koharuddin, 2012; Hanafi, 2013 )
Saya sedia untuk berkorban demi kepentingan masyarakat (Mohd FD7 0.869 3.91
Koharuddin, 2012)
Gaya Hidup Mewah Melebihi Kemampuan
Gaya hidup mewah merupakan satu keperluan walaupun melebihi FD8 1.279 2.43
pendapatan dan kadangkala terpaksa melakukan sesuatu yang
dilarang (Kamarudin, 2004; Ahmad Taufik, 2012)

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
123
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Adalah penting memiliki kemewahan wang atau harta lebih dari FD9 1.197 2.41
kawan-kawan bagi menunjukkan bahawa ia lebih berjaya (Mohd
Hata, 2001) 2.51
Keputusan yang dibuat oleh segelintir kakitangan di PBT sekarang ini FD10 1.182 2.68
seperti mementingkan wang dan imej sahaja (Siti Zalina, 2006)
Sikap Tamak
Terdapat kakitangan PBT yang mengambil kesempatan FD11 1.157 2.88
menggunakan kuasa yang dimiliki untuk usaha-usaha yang bersifat 3.42
pemerasan terhadap orang lain (Lita, 2015)
Kakitangan PBT sentiasa menjaga keseimbangan antara hak dan FD12 0.924 3.73
kewajipan yang dipertanggunjawabkan (Lita, 2015)
Kakitangan PBT sentiasa bersikap adil terhadap semua (Lita, 2015) FD13 0.914 3.66
Pengaruh Keluarga
Terdapat kakitangan PBT yang memperlihatkan kecenderungan FD14 1.106 2.90
untuk melakukan sesuatu di luar organisasi demi kepentingan 2.90
keluarga walaupun terpaksa melanggar peraturan kerja (Kolthoff,
2007)
Terdapat kakitangan PBT yang memperlihatkan kecenderungan FD15 1.092 2.69
untuk mendedahkan maklumat sulit dengan tujuan untuk membantu
ahli keluarga (Kolthoff, 2007)
Dalam urusan pemberian projek kerajaan ada berlakunya FD16 1.067 3.11
nepotisme/kronisme (Kamarudin, 2004)
Pengaruh Rakan Sekerja
Warga organisasi di PBT ini dilihat melakukan tindakan tidak FD17 1.158 3.0
beretika kerana terikut-ikut dan takut dipulau oleh rakan sekerja 3.22
(Mohd Koharuddin, 2012; Mohamad Fauzi, 2001)
Jika seseorang rakan sekerja melakukan kesilapan, ia tidak harus FD18 1.127 2.65
ditegur kerana mungkin akan menjejaskan ikatan persahabatan
(Mohd Ribuan, 2004)
Seronok bekerja di PBT ini kerana rakan-rakan yang mesra serta FD19 0.854 4.02
sentiasa menyokong untuk bekerja dengan jujur dan amanah (Mohd
Koharuddin, 2012; Shukri, 2011)
Kelemahan Kepimpinan
Saya menjalankan tugas tanpa kawalan daripada atasan (Muhammad FD20 1.068 3.57
Syafri, 2016) 3.49
Pihak atasan sering mengingatkan dan tidak berkompromi terhadap FD21 0.878 3.84
apa jua tingkahlaku tidak beretika dalam organisasi (Kolthoff, 2007,
Mohd Koharuddin, 2012)
Pegawai atasan tidak mengambil tindakan serta laporan terhadap FD22 1.120 3.08
salahlaku pegawai bawahan selagi tugas dilaksanakan dengan baik
(Jabatan Perdana Menteri, 2007; Mohd Ribuan, 2004; Mohamad
Fauzi, 2001)
Peluang
Apa yang saya lakukan dan perolehi adalah bergantung kepada FD23 1.187 2.97
peluang (Mohd Koharuddin, 2012; Foo,2010) 2.88
Kakitangan di PBT ini dilihat pernah ditawarkan suapan semasa FD24 1.056 2.93
menjalankan tugas. (Mohd Koharuddin, 2012; Shukri, 2011)
Keadaan di PBT ini memperlihatkan kebebasan serta ruang yang FD25 1.109 2.75
melangkau bidang kuasa kepada semua pihak dalam menyelesaikan
sesuatu urusan kerja (Jabatan Perdana Menteri, 2007)
Prosedur Kerja Tidak Jelas
Saya tidak dapat melaksanakan sepenuhnya piagam pelanggan dan FD26 1.117 2.78
prosedur kerja yang ditetapkan kerana tidak begitu 2.84
memahaminya(Mohd Koharuddin, 2012)
Adalah penting untuk mengikuti peraturan dan prosedur kerja FD27 1.190 3.08
sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan (Siti Zalina, 2006)
Proses berurusan di PBT sekarang adalah rumit dan kompleks (Foo, FD28 1.167 2.68
2010)

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
124
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Penguatkuasaan Lemah
Kita boleh menipu untuk melepaskan diri dari hukuman kerana FD29 1.151 2.34
semua orang melakukannnya (Ribuan, 2004) 3.28
Dalam keadaan sekarang sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan FD30 1.047 3.68
akan dikenakan hukuman tanpa mengira status atau pangkat
(Jabatan Perdana Menteri, 2007)
Penguatkuasaan undang-undang rasuah oleh SPRM membuatkan FD31 1.006 3.82
saya tidak berani untuk terlibat dengannya.(Shukri, 2011)
Sosial dan Budaya
Amalan menerima hadiah untuk memberi perkhidmatan telah FD32 1.163 2.44
menjadi lumrah di PBT ini (Jabatan Perdana Menteri, 2007) 2.41
Amalan menerima rasuah sebagai menjaga hati orang FD33 1.149 2.35
awam(Mohamad Fauzi, 2001)
Keadaan di PBT sekarang memperlihatkan pemberian rasuah FD34 1.159 2.45
sebagai sumbangan dan saguhati terhadap khidmat dan layanan yang
diberikan (Mohamad Fauzi, 2001)
Pembangunan dan Modenisasi
Nepotisme/kronisme boleh berlaku kerana kepesatan pembangunan FD35 1.042 3.11
dan modenisasi (Kamarudin, 2004) 2.93
Persaingan di zaman moden memperlihatkan pemberian rasuah FD36 1.221 2.87
sebagai mekanisme untuk mempercepatkan urusan (Kamarudin,
2004)
Arus modenisasi memperlihatkan rasuah sebagai mekanisme untuk FD37 1.205 2.82
memudahkan perolehan projek kerajaan (Kamarudin, 2004)

4.3 Analisis Faktor Pengesahan (CFA)

Jadual 4. Keputusan Analisis Faktor Pengesahan (CFA)

Factor
Construct Item
Loading

FD_1 0.873
FD_2 0.905
FD_3 0.912
FD_4 0.905
Faktor Dalaman
FD_5 0.727
FD_6 0.645
FD_10 0.718
FD_11 0.632
FL_15 0.728
FL_17 0.762
FL_18 0.794
Faktor Luaran FL_23 0.717
FL_24 0.659
FL_25 0.797
FL_26 0.741

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
125
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

FL_27 0.649
FL_28 0.639
FL_32 0.837
FL_33 0.842
FL_34 0.847
FL_35 0.644
FL_36 0.777
FL_37 0.776

Semua“factor loadings”dalam jadual di atas telah melebihi 0.6 yang diperlukan, maka, penyelidik
menganggap bahawa undimensionality untuk pengukuran Faktor Dalaman dan Faktor Luaran telah
tercapai.

3.4 Ujian Hipotesis

H1: Faktor Dalaman berpengaruh signifikan terhadap Niat untuk melakukan rasuah

Jadual 5. Menguji kesan penyebab Faktor Dalaman terhadap Niat melakukan rasuah

Variable Path Variable Estimate S.E. C.R. P Result


Niat Melakukan Faktor
<--- 0.272 0.039 7.048 *** Signifikan
Rasuah Dalaman

Definisi untuk tahap signifikan “regression weight” berdasarkan Jadual 5 di atas, “p-value” daripada
analisis menunjukkan lebih kecil daripada aras signifikan iaitu 0.05, jadi “null hypothesis” ini ditolak. Ini
bermakna, alternative hipothesis disokong. Jadi, kesimpulannya Faktor Dalaman mempengaruhi signifikan
terhadap Niat untuk melakukan rasuah.

H1: Faktor Luaran berpengaruh signifikan terhadap niat untuk melakukan rasuah

Jadual 6. Menguji kesan penyebab Faktor Luaran terhadap Niat melakukan rasuah

Variable Path Variable Estimate S.E. C.R. P Result

Niat Melakukan
<--- Faktor Luaran 0.671 0.039 16.989 *** Signifikan
Rasuah

Definisi untuk tahap signifikan untuk “regression weight”: Berdasarkan Jadual 6 di atas, “p-value”
daripada analisis menunjukkan lebih kecil daripada aras signifikan iaitu 0.05, jadi “null hypothesis” ini
ditolak. Ini bermakna, alternative hipothesis disokong. Jadi, kesimpulannya Faktor Luaran mempengaruhi
signifikan terhadap Niat untuk melakukan rasuah. Ringkasan Ujian Hipotesis ditunjukkan dalam Jadual 7
di bawah:

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
126
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Jadual 7. Keputusan ujian hipotesis

Hipotesis Keputusan
H1 Faktor Dalaman berpengaruh signifikan terhadap Niat untuk melakukan rasuah Signifikan
H2 Faktor Luaran berpengaruh signifikan terhadap niat untuk melakukan rasuah Signifikan

5.0 PERBINCANGAN

Kajian ini telah mencapai objektifnya dalam mengenalpasti faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi
niat untuk melakukan rasuah di kalangan penjawat awam di PBT. Berikut menunjukkan faktor dalaman
yang telah dikenalpasti melalui analisis deskriptif dan analisis CFA yang mempengaruhi niat seseorang
untuk melakukan rasuah adalah seperti berikut:

5.1 Faktor Dalaman

5.1.1 Sikap Mengabaikan nilai dan tututan agama

Kajian ini membuktikan bahawa antara faktor yang mempengaruhi niat seseorang penjawat awam di PBT
untuk melakukan rasuah adalah sikap mengabaikan nilai dan tuntutan agama. Terdapat 4 item bagi
mengukur faktor tersebut dengan skala 1 hingga 5. Kajian ini mendapati persetujuan responden terhadap
faktor ini adalah tinggi. Jadual 3 menunjukkan keempat-empat item yang mengukur faktor ini memberikan
purata min sebanyak 3.04. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keadaan di PBT sekarang ini yang
memperlihatkan kurangnya penghayatan oleh segelintir kakitangan terhadap nilai dan akhlak yang baik
serta ketidakpatuhan terhadap tuntutan agama merupakan antara faktor yang mempengaruhi niat penjawat
awam untuk melakukan rasuah. Situasi ini adalah berhubung kait dengan sikap penjawat awam itu sendiri
yang kurang menghayati dan memahami tentang konsep pahala dan dosa serta konsep kerja sebagai satu
ibadah. Tanpa penghayatan terhadap konsep ini seseorang penjawat awam akan melakukan sesuatu hanya
untuk memenuhi keperluan diri tanpa memikirkan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya
dilaksanakan. Mereka tidak menyedari tentang balasan yang akan diterima kelak dan pekerjaan yang
dilakukan juga hanya sekadar menyelesaikan tugasan yang diberi tanpa bermatlamat untuk mendapat
keredhaaan Allah. Keputusan kajian ini menyokong dapatan kajian yang telah dijalankan oleh SERU (1991)
dan Mohamad Fauzi (2001) yang menyatakan lemahnya pegangan agama dan rendah akhlak menjadi punca
penjawat awam menerima rasuah. Seseorang penjawat awam yang lemah pegangan agama akan cenderung
untuk menurut hawa nafsu dan mudah terpengaruh dengan ganjaran yang ditawarkan kepadanya demi untuk
memenuhi kepentingan peribadi. Berdasarkan analisis CFA empat item yang dinyatakan mempunyai
“factor loading” melebihi 0.6 iaitu bagi FD 1 sebanyak 0.873, FD 2 sebanyak 0.905, FD 3 sebanyak 0.912
dan FD 4 sebanyak 0.905. Oleh itu keempat-empat item yang ditunjukkan dalam Jadual 3 merupakan
antara pembolehubah dalam faktor dalaman yang boleh mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah di
kalangan penjawat awam di PBT.

5.1.2 Sikap Mementingkan Diri

Jadual 3 menunjukkan semua item yang mengukur faktor sikap pentingkan diri sendiri mempunyai purata
min sebanyak 3.16. Responden memberikan persetujuan yang tinggi terhadap sikap mementingkan diri
sebagai faktor yang mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah. Berdasarkan analisis CFA terdapat dua
item yang dapat menjadi pembolehubah mewakili faktor pentingkan diri sendiri iaitu bagi item FD 5 dan
FD 6 yang mempunyai “factor loading” sebanyak 0.727 dan 0.645. Sikap pentingkan diri dapat dilihat
apabila seseorang mempunyai kepercayaan bahawa balasan terhadap layanan yang diberikan selain
daripada hak yang sepatutnya lebih utama daripada melakukan perkara yang sepatutnya. Seseorang
Volume 8 Issue 1 2019, 117-135
e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
127
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

penjawat awam di PBT juga dikatakan mempunyai niat untuk melakukan rasuah apabila adanya
kepercayaan bahawa kepentingan peribadi adalah lebih utama dari kepentingan pekerjaan. Kedua-dua item
ini sudah tentunya dapat menzahirkan sikap pentingkan diri yang akhirnya mendorong seseorang penjawat
awam untuk sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah. Dapatan kajian ini menyokong pandangan
Hanafi (2014) dan Sarah Dina & Mohd Adib (2013) yang menyatakan bahawa sikap mementingkan diri
sendiri dan tidak memikirkan kesan buruk yang mungkin berlaku kepada orang lain akan mendorong
kepada sikap tidak berintegiriti dan cenderung kepada rasuah.

5.1.3 Sikap Inginkan Hidup Mewah Melebihi Kemampuan

Persetujuan responden terhadap faktor ini agak tinggi dengan purata min sebanyak 2.51. Responden
bersetuju bahawa sikap inginkan hidup mewah melebihi kemampuan merupakan antara faktor yang
mempengaruhi niat seseorang untuk melakukan rasuah. Analisis CFA mendapati bahawa penjawat awam
yang terlalu mementingkan wang dan imej sanggup melakukan rasuah demi mendapatkan kehidupan yang
mewah walaupun melebihi kemampuan. Penemuan ini menyokong pandangan Mohamad Fauzi (2001)
dan Kamarudin (2004) bahawa punca berlakunya rasuah di Malaysia adalah keinginan untuk hidup mewah
melebihi kemampuan dan keinginan untuk mencapai status dalam masyarakat mendorong kepada
berlakunya rasuah.

5.1.4 Sikap Tamak

Jadual 3 menunjukkan min purata yang diperolehi bagi faktor ini adalah sebanyak 3.42. Ini menunjukkan
persetujuan yang tinggi oleh responden terhadap sikap tamak sebagai faktor yang mempengaruhi niat
seseorang penjawat awam untuk melakukan rasuah. Ini adalah seiring dengan pandangan Kamarudin (2004)
yang menyatakan bahawa antara punca berlakunya rasuah di Malaysia adalah sikap tamak dan tidak
bersyukur dengan apa yang dimiliki. Daripada analisis CFA, sikap tamak boleh dilihat apabila seseorang
penjawat awam itu menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengambil kesempatan atau meminta sesuatu
yang bukan haknya.

5.2 Faktor Luaran

Faktor luaran pula diukur menggunakan dua puluh empat item yang terdapat dalam borang soalselidik.
Namun begitu berdasarkan analisa CFA yang ditunjukkan dalam Jadual 4, hanya lima belas item yang
boleh dikekalkan iaitu yang mempunyai “factor loading” melebihi 0.6. Item tersebut kemudiannya diuji
untuk menentukan pengaruh terhadap niat untuk melakukan rasuah. Hasil analisa mendapati semua item
tersebut mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap niat untuk melakukan rasuah (“p value” lebih kecil
dari 0.05). Faktor luaran tersebut adalah sebagaimana berikut:

5.2.1 Pengaruh Keluarga

Berdasarkan analisa deskriptif dalam Jadual 3, tiga item (FL14,15, dan 16) yang mengukur faktor pengaruh
keluarga ini mempunyai min purata sebanyak 2.90. Ini menunjukkan persetujuan responden terhadap faktor
ini adalah agak tinggi. Hasil analisis CFA menunjukkan hanya satu item yang bernombor FL15 iaitu
mempunyai “factor loading” sebanyak 0.728 dan boleh diterima sebagai pengukur kepada pengaruh
keluarga dalam mempengaruhi niat seseorang penjawat awam di PBT untuk melakukan rasuah. Pengaruh
keluarga dapat dilihat dalam keadaan di mana terdapat kecenderungan untuk membantu ahli keluarga.
Kenyataan ini seiring dengan pandangan Kamarudin (2004) yang menyatakan bahawa senario rasuah
menjadi semakin serius dengan adanya amalan nepotisme di mana golongan tertentu yang mempunyai
pertalian keluarga akan mendapat keutamaan yang lebih untuk diberikan projek-projek pembangunan.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
128
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

5.2.2 Pengaruh Rakan Sekerja

Jadual 3 menunjukkan pengaruh rakan sekerja mempunyai kesan yang kuat terhadap tingkahlaku rasuah
penjawat awam dimana nilai purata min bagi faktor ini adalah sebanyak 3.22. Persetujuan responden bagi
faktor pengaruh rakan sekerja adalah agak tinggi disebabkan PBT merupakan satu agensi tertutup yang
melaksanakan pelantikan kakitangan melalui Lembaga Melantik PBT itu sendiri. Mereka akan berkhidmat
di sesebuah PBT dalam tempoh yang lama biasanya sehingga tempoh persaraan tanpa bertukar ke mana-
mana PBT atau agensi kerajaan yang lain. Tempoh yang lama sehingga berpuluh tahun ini menjadikan
hubungan sesama mereka sangat rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu ada antara
pelaku rasuah di PBT sanggup mengamalkan rasuah kerana terikut-ikut dengan tindakan rakan sekerja yang
mengamalkan rasuah. Berdasarkan analisis CFA dua item didapati boleh menjadi pengukur bagi faktor
pengaruh rakan sekerja. Item FL17 mengukur pengaruh rakan sekerja melalui keadaan di mana warga
organisasi di PBT dilihat melakukan tindakan tidak beretika kerana terikut-ikut dan takut dipulau oleh rakan
sekerja. Manakala FL 18 pula mengukur pengaruh rakan sekerja iaitu apabila rakan sekerja melakukan
kesilapan, ia tidak harus ditegur kerana mungkin akan menjejaskan ikatan persahabatan. Dapatan kajian ini
seiring dengan hasil kajian Ahmad Taufik (2012), Mohamad Fauzi (2001) dan Zey-Ferrell et.al.(1979) yang
merumuskan bahawa apa yang dilakukan oleh rakan sekerja adalah peramal terbaik kepada tingkahlaku
tidak beretika seperti rasuah. Selain itu hasil kajian ini menyokong teori-teori seperti Theory of Plan
Behaviour (Ajzen, 1991), Model of Corrupt Action (Rabl & Kuhlmann, 2008), “Model of Deontic Justice”
(Constant, 2010) dan Teori Pembelajaran Sosial (Bandura,1977) yang menyatakan bahawa pengaruh orang
terdekat seperti rakan sekerja merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tingkahlaku etika individu
dalam organisasi termasuklah tingkahlaku rasuah.

5.2.3 Peluang dan Ruang

Hasil kajian menunjukkan bahawa peluang dan ruang merupakan antara faktor yang mempengaruhi niat
untuk melakukan rasuah. Tahap persetujuan responden yang agak tinggi terhadap faktor peluang dapat
dilihat berdasarkan purata min sebanyak 2.88. Peluang untuk melakukan rasuah wujud kerana kelemahan
kawalan dalaman, karenah birokrasi, kurang pemantauan dan banyak menggunakan kuasa budi bicara
dalam membuat keputusan. Keadaan seperti ini memperlihatkan terdapatnya kebebasan serta ruang yang
melangkau bidang kuasa kepada semua pihak dalam menyelesaikan sesuatu urusan kerja. Keadaan ini boleh
menimbulkan ketirisan dan mewujudkan ruang untuk berlakunya rasuah dalam organisasi. Kenyataan ini
menyokong pandangan Aliza (2012) yang menyatakan bahawa kelemahan dalam kawalan dalaman,
pemantauan dan penyeliaan serta sistem kerja boleh membuka ruang kepada tingkahlaku tidak beretika dan
rasuah. Berdasarkan analisis CFA ketiga-tiga item didapati dapat menjadi pembolehubah yang
mewakili faktor peluang iaitu sebagaimana Jadual 4 . Peluang untuk melakukan rasuah ini dapat dilihat
daripada beberapa aspek antaranya ialah sifat semula jadi jenis pekerjaan di PBT yang sentiasa terdedah
kepada pemberian atau balasan sebagai tanda penghargaan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Antara
pekerjaan di PBT yang terdedah kepada amalan rasuah adalah kerja-kerja yang melibatkan kelulusan
permohonan, pemantauan projek dan penguatkuasaan Kebanyakan perkhidmatan yang diberikan oleh PBT
adalah secara langsung kepada orang awam dalam menyediakan infrastruktur serta kemudahan awam. PBT
juga merupakan kerajaan peringkat ketiga yang paling hampir dengan rakyat. Berdasarkan hasil kajian,
penjawat awam di PBT seringkali terdedah dengan gejala rasuah terutamanya yang berkaitan dengan
Penguatkuasaan kelulusan sesuatu permohonan. Dapatan ini adalah bertepatan dengan pandangan seorang
pakar kriminologi Amerika Syarikat iaitu Donald R. Cressey yang menyatakan peluang merupakan salah
satu faktor yang mendorong kepada salahlaku (SPRM, 2015).

5.2.4 Prosedur Kerja Tidak jelas

Dapatan kajian menunjukkan bahawa prosedur kerja tidak jelas dan lapuk merupakan antara faktor yang
mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah. Berdasarkan analisa deskriptif dalam Jadual 3, purata min
Volume 8 Issue 1 2019, 117-135
e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
129
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

bagi item FL26, FL27 dan FL28 ialah 2.84. Ini menunjukkan persetujuan yang agak tinggi oleh responden
terhadap faktor ini. Hasil analisa CFA menunjukkan persetujuan responden terhadap prosedur kerja yang
tidak difahami dengan jelas menyebabkan ianya tidak dapat diikuti sepenuhnya oleh kakitangan. Keadaan
ini boleh membuka ruang berlakunya rasuah di mana penjawat awam yang tidak jujur akan sengaja
merumitkan urusan pelanggan sehingga pelanggan terpaksa menawarkan rasuah bagi melicinkan segala
urusan mereka. Tempoh menyiapkan atau melaksanakan sesuatu kerja yang tidak ditetapkan dengan jelas
boleh menyebabkan kelewatan dan pelanggan terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
tersebut dengan menawarkan sogokan. Hasil analisa deskriptif dan CFA menunjukkan persetujuan oleh
responden terhadap niat untuk melakukan rasuah adalah dipengaruhi antaranya oleh kurangnya pemahaman
oleh orang awam tentang cara dan prosedur berurusan di PBT telah memberi ruang kepada pelaku rasuah
mengambil kesempatan atas kepincangan ini. Antara yang menjadi masalah kepada pelanggan dan orang
ramai yang berurusan dengan PBT ialah prosedur kerja yang rumit, kelambatan dalam memproses apa-apa
permohonan, banyak ”red tape”, banyak bahagian yang perlu dikunjungi oleh pelanggan dalam
mendapatkan apa-apa urusan berkaitan PBT seperti permohonan lesen, kelulusan pelan bangunan,
kelulusan ubah dan tambah, kelulusan perancangan, permohonan pelbagai permit dan segala urusan yang
memerlukan kelulusan PBT.

5.2.5 Sosial dan Budaya

Persetujuan responden terhadap faktor ini memberikan purata min sebanyak 2.41. Analisa CFA,
menunjukkan terdapat tiga item yang dapat menjadi pembolehubah faktor sosial dan budaya iaitu item FL32,
FL33 dan FL 34. Kesemua item ini mempunyai “factor loading” yang tinggi iaitu FL32 sebanyak 0.837,
FL33 sebanyak 0.842 dan FL34 sebanyak 0.847. Berdasarkan analisa CFA ketiga-tiga item ini dapat
menjadi pembolehubah kepada faktor sosial dan budaya iaitu dalam keadaan di mana amalan menerima
hadiah masih berlaku semasa memberikan perkhidmatan di PBT, keadaan di mana menerima hadiah untuk
menjaga hati orang awam dan keadaan yang memperlihatkan pemberian rasuah sebagai satu saguhati
terhadap khidmat dan layanan yang diberikan kepada masyarakat. Keputusan kajian ini adalah seiring
kajian oleh Mohamad Fauzi (2001). Selain itu budaya memberi hadiah atau buah tangan sempena Hari
Raya dan Tahun Baru Cina boleh mewujudkan suasana termakan budi atau “social obligation” sekiranya
pemberian tersebut mempunyai kaitan dengan tugas dan kepentingan seseorang sebagai penjawat awam.
Dapatan kajian yang dibincangkan ini juga dapat menyokong kajian yang dibuat oleh Anand, Ashforth, &
Joshi (2005) dan Constant (2010) tentang proses rasionalisasi dan sosialisasi rasuah dalam sesebuah
organisasi. Ini dapat dilihat apabila seseorang penjawat awam merasakan bahawa keseluruhan sistem dalam
organisasi tempat mereka bekerja mengamalkan rasuah maka mereka beranggapan bahawa tidak salah
sekiranya mereka juga melakukan perkara yang sama. Lantaran itu mereka cuba merasionalisasi tindakan
rasuah tersebut dengan pelbagai alasan supaya perbuatannya diterima oleh masyarakat. Hasil kajian ini
adalah seiring dengan kajian Muhammad Tahir (2009) dan menyokong teori yang dibangunkan oleh
Aronson et. al (1994) iaitu “Social Impact Theory” tentang faktor sosial sebagai penyebab kepada rasuah.

5.2.6 Kepesatan Pembangunan dan Modenisasi

Secara umumnya, semua item yang mengukur faktor ini, mendapat min purata yang agak tinggi iaitu
sebanyak 2.93 yang diukur berdasarkan skala 1 hingga 5 sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3.
Berdasarkan analisis CFA, tiga item didapati dapat menjadi pembolehubah yang mewakili faktor ini,
iaitu nepotisme/kronisme boleh berlaku kerana kepesatan pembangunan dan modenisasi (FL35),
persaingan di zaman moden memperlihatkan pemberian rasuah sebagai mekanisme untuk mempercepatkan
urusan (FL36) dan arus modenisasi memperlihatkan rasuah sebagai mekanisme untuk memudahkan
perolehan projek kerajaan (FL37). Kajian ini juga mendapati bahawa kepesatan pembangunan di sesebuah
kawasan perbandaran telah menimbulkan persaingan dalam mendapatkan sesuatu projek kerajaan yang
dikeluarkan oleh PBT. Kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender projek dengan cara memberikan
rasuah bagi memenangi hati pegawai yang membuat keputusan. Perlumbaan moden ini menyebabkan
Volume 8 Issue 1 2019, 117-135
e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
130
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan projek. Selain itu arus modenisasi yang tidak
diseimbangkan antara pembangunan sosial ekonomi dan pembangunan kerohanian akan memudahkan
terjadinya rasuah. Hasil kajian ini seiring dengan dapatan kajian Kamarudin (2004) dan Mohammad Tahir
(2009).

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya hasil kajian telah mencapai objektifnya dalam menentukan faktor dalaman dan
luaran yang mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah. Faktor dalaman yang telah dikenalpasti adalah
merujuk kepada sikap dan keinginan seseorang penjawat awam iaitu sikap mengabaikan nilai dan tuntutan,
sikap pentingkan diri sendiri untuk memenuhi kepentingan peribadi, sikap inginkan gaya hidup mewah
melebihi kemampuan dan sikap tamak. Manakala faktor luaran pula adalah pengaruh keluarga, pengaruh
rakan, peluang dan ruang, kelemahan sistem dan prosedur kerja, sosial dan budaya serta kepesatan
pembangunan dan modenisasi. Untuk itu usaha pencegahan rasuah perlu dilihat secara total yang
memerlukan kepada perancangan dan pelaksanaan bersepadu dari semua pihak yang merangkumi semua
aspek termasuklah penguatkuasaan, politik dan kepimpinan, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial,
program pendidikan serta pembangunan masyarakat. Pendekatan secara menyeluruh seperti inilah yang
menjadi tuntutan dalam Islam supaya mengambilkira nilai spiritual dan fizikal dalam setiap aspek
kehidupan termasuklah dalam aspek pencegahan rasuah

Rujukan

Ahmad Taufik, S. (2012). Pengaruh Faktor Individu dan Situasi Terhadap Tingkahlaku Etika Dalam
Organisasi: Peranan Program Etika Sebagai Konstruk Penyederhana. Tesis PHD, Universiti Utara
Malaysia.

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision
Processes, 179–211.

Al- Ghazali. (1990). Ihya Ulumiddin. Beirut: Dar al Fikr.

Ali, A. (1988). Scalling An Islamic Work Ethics’. The Journal of Social Pschology., 128(5), 575–583.

Aliza, A. H. (2012). Project Governance : Ethical Decision Making in Project Procurement in The
Malaysian Public Sectors. Queensland University of Technology

Anand, V., Ashforth, B. E., & Joshi, M. (2005). The Acceptance and Perpetuation of Corruption in
Organizations. The Academy of Management Executive, 19(4), 9–23.

Anis Yusal Yusoff, Sri Murniati, & Jenny, G. (2014). Memerangi Rasuah di Malaysia : Cukupkah Usaha
Kita? Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Aronson, Elliot, Wilson, D. T. and Akert, M. R. (1994). Social Psychology: the Heart and Mind. New York:
Harper Collins College Publishers.

Azizi, Y. (2008). Keluarga Dalam Pembentukan Moral. Journal of Science & Mathematics Education

Azwar, S. (2003). Sikap Manusia Teori dan Pengukurannya (2nd ed.). Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
131
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Bagozzi, R. P., & Dholakia, U. M. (1999). Goal Setting and Goal Striving in Consumer Behavior Vol. 63,
Fundamental Issues and Directions for Marketing (1999), pp. 19-32 Published by: American
Marketing Association Article DOI: 10.2307/1252098 Stable URL:
http://www.jstor.org/stable/1252098 Page C. Journal of Marketing, 63, 19–32.

Bagozzi, R. P., Dholakia, U. M., & Basuroy, S. (2003). How Effortful Decisions Get Enacted: The
Motivating Role of Decision Processes, Desires, and Anticipated Emotions. Journal of Behavioral
Decision Making, 16(July), 273–295. http://doi.org/10.1002/bdm.446

Bratton, V., (2004). Affective morality: The role of emotions in the ethical decision making process.
Universiti Florida.

Constant, D. B. (2010). Resistance to Socialization into Organization Corruption: A Model of Deontic


Justice. Jurnal Bus Psychol, 533–541. http://doi.org/DOI 10.1007/s10869-010-9176-3

David Chua. (2016). Pencegahan Rasuah Lebih Berkesan: Keupayaan Sektor Korporat Mengembleng
Usaha dan Komitmen. Koleksi Artikel SPRM.

Fadillah Ismail. (2015). Faktor Penentu Tahap Pemindahan Latihan Dalam Kalangan Sukarelawan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Foo, W. K. (2010). Rasuah : Analisis Ekonomi. Universiti Kebangsaan Malaysia

Gollwitzer, P. M. (1990). Action Phases and Mind Sets. In Handbok of Motivation and Cognition:
Foundations of Social Behavior 2 (pp. 53–92).

Hanafi, H. (2014). Integriti Menurut Hadith Nabi : Kajian Terhadap Kefahaman Kakitangan Pentadbiran
UITM Shah Alam. Tesis Master, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Haron Din. (2010). Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Perdana Menteri. (2007). Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam.

Kamal Hassan. (2004). Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global. Kolokium Pengukuhan Integriti,
Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Kamarudin, A. (2004). Korupsi dan Pembangunan: Kajian Kes Tentang Rasuah di Malaysia. Tesis Master,
Universiti Malaya.

Karunanithy, S. (2010). Liputan berita pencegahan rasuah kajian ke atas akhbar, berita harian dan the
star. Tesis Master, University Kebangsaan Malaysia

Kolthoff, E.W., & Huberts L.W.J.C. (2007). The Ethics of New Public Management: Is Integrity at Stake? :
https://www.researchgate.net/publication/252347164

KPKT. (2015). Laporan Statistik PBT. Retrieved from www.kpkt.gov.my

Lita, L. (2015). Amalan Nilai Pancasila dan Gaya Membuat Keputusan Dalam Birokrat Sulawesi Selatan.
Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
132
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Maizatul Haizan, M., & Wan Idros, W. S. (214). Apa Hebatnya Program Transformasi Kerajaan. Jurnal
Komunikasi, 30, 145–158.

MAMPU. (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas Bab 9: Mentransformasi Perkhidmatan Awam untuk
Produktiviti.

Mohamad Fauzi, H. H. (2001). Jenayah Rasuah di Agensi Penguatkuasaan Undang-undang di Malaysia:


Satu Analisis Persepsi Pegawai Awam di Unit Pencegah Penyeludupan Negeri Kelantan.

Mohamad Khadafi, H. R. (2015). Prinsip Etika Kerja Islam Menurut Al-Quran dan AL-Sunnah: Satu
Penilaian Terhadap Karya Penulis Etika Kerja Islam di Malaysia. Tesis Phd, Universiti Utara
Malaysia.

Mohamad Tayib. (2004). Pembiayaan Pihak Berkuasa Tempatan Di Semenanjung Malaysia. In


IFSALGAR (Institute for state and local government acconting research) (1st ed., pp. 1–144).
Universiti Utara Malaysia.

Mohd Hata, S. (2001). Amalan Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia: Satu Kajian Ke atas
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Tesis Master, Universiti Utara Malaysia.

Mohd Koharuddin, M. B. (2012). Pembuatan dan Pematuhan Keputusan Etika Di kalangan Penjawat
Awam Kerajaan Tempatan Negeri Johor. tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Ribuan, C. O. (2004). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia : Satu Kajian di
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Tesis Sarjana Sains (Pengurusan),
Universiti Utara Malaysia.

Mufti Selangor. (2000). Etika Kerja Dalam Islam. Rencana Agama dan Khutbah Jumaat. Retrieved from
www.selangor.gov.my/suk/khutbah

Muhammad Syafri. (2016). Peranan Budaya Kualiti dan Kearifan Tempatan Sebagai Moderator ke atas
Hubungan antara Faktor-faktor Individu dan Organisasi dengan Prestasi Pekerja. Universiti
Teknologi Malaysia.

Muhammad Tahir, N. (2009). Institutional Dynamics of Governance and Corruption in Developing World :
The Case of Pakistan. Ruprecht- Karls- Universitat Heidelberg.

Mustakim, Muhammad, Noh, Mohamed, Basir, Arni, S., Wan. (2016). Kajian Kes Perlaksanaan Etika Kerja
Islam ( EKI ) di Johor Corporation ( JCorp ): Tumpuan kepada Perlaksanaan dan Faedahnya,
45(2015), 105–118.

Nihayatur Rohmah. (2014). Relasi antara tindakan korupsi dengan etika dan akhlak. Anti Corruption Ethics
and Religiosity.

Noraida, H., Zaidi, H., & Noor Ashikin Hamid. (2013). Penipuan, Rasuah dan Pencurian Maklumat dalam
Urusniaga Tanah: Cabaran dan Penyelesaian. Kanun 23, 1, 159–184.

Normala A.Razak. (2009). Kekuatan niat keusahawanan (entrepreneurs intention) pelatih industri
automotif terhadap kerjaya usahawan era terkini. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi
Malysia.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
133
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Nur Syakiran Akmal, I., & Md Zawawi, A. B. (2004). Rasuah ….? Katakan Tidak, 3, 1–15.

Pelletier, K. L., & Bligh, M. C. (2006). Rebounding from Corruption : Perceptions of Ethics Program
Effectiveness in a Public Sector Organization. Journal of Business Ethics, 359–374.
http://doi.org/10.1007/s10551-006-9027-3

Powpaka, S. (2002). Factors Affecting Managers â€TM Decision to Bribe : An Empirical Investigation.
Journal of Business Ethics.

Quinn, A. (2007). Chapter Three Technology and Journalism in the Market: Exposing Press Corruption by
Comparison.

Rabl, T., & Kuhlmann, T. M. (2009). Why or Why Not ? Rationalizing Corruption in Organizations. Cross
Cultural Management, 16(3), 268–286. http://doi.org/10.1108/13527600910977355

Rabl, T., & Kuhlmann, T. M. (2008). Understanding Corruption in Organizations – Development and
Empirical Assessment of an Action Model, 477–495. http://doi.org/10.1007/s10551-008-9898-6

Robbins. (2006). Organizational Behavior. P.T Indeks, Indonesia (10th ed.).

Sarah Dina Mohd Adnan, & Mohd Adib Ismail. (2013). Impak Rasuah Kepada Pertumbuhan Ekonomi.
Prosiding Perkem V111, Jilid 1, 1, 246–253.

SERU. (1991). National Seminar Towards a Developed and Industrialized Society: Understanding the
Concept, Implications and Challenges of Vision 2020. In Socio Economic Research Unit.

Shukri, B. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran membenteras Jenayah Rasuah di


Kalangan Pegawai Tentera Darat. Tesis Sarjana Sains (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia.

Sihombing, S. O. (2003). Perluasan “Theory of Planned Behaviour” : Aplikasi pada Niat dan Perilaku
Memilih Satu Merek". Empirika, Balai Penelitian Dan Pengembangan Ekonomi Fakultas Ekonomi
UMS, Surakarta.

Siti Zalina, R. (2006). Iklim Etika Kerja dan Tingkahlaku Etika Di Kalangan Kakitangan Perkhidmatan
Awam Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, University Utara Malaysia.

SPRM. (2014). Laporan Tahunan SPRM. Retrieved from www.spm.gov.my

SPRM. (2015). Nota Pencegahan Rasuah (2nd ed.). Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.

SUK Johor. (2003). Tatacara Pengawalan Anggota Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Johor.
Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil .3 Tahun 2003.

Suhardi, M. (2016). Birokrasi Awam Pentadbiran Kabupaten Bintan Dan Penerapan Sumbangan Falsafah
Budaya Melayu. Tesis PHD, Universiti teknologi Malaysia.

Syed Ahmad Semait. (1994). Dosa-Dosa Besar. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Syed Hussein Alatas. (1995). Rasuah: sifat, sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
134
© Universiti Teknologi MARA Terengganu
e-ISSN: 2289-6589

Tengku Sarina Aini, T. K., & Fadillah, M. (2007). Keperluan Motivasi Dalam Pengurusan Kerja Berkualiti
Dari Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Usuluddin, 25, 103–124.

Trevino, L. ., Weaver, G. ., Gibson, D. ., & Tofler, B. . (1999). Managing Ethics and Legal Compliance:
What Works and What Hurts.

Zaharahanum Kamarudin. (2014). Rasuah: Kupasan Makna dan Persepsi. Retrieved from
http://www.academia.edu/5689483/RASUAH_Kupasan_Makna_dan_Persepsi.

Zey-Ferrell, Weaver, K. ., & Ferrel, O. C. (1979). Predicting Unethical Behavior Among Marketing
Practitioners. Human Relations, 32, 557–569

Zulfadli, A. (2011). Tahap Kepuasan Pembayar Cukai Terhadap Perkhidmatan yang Disediakan oleh PBT.
Tesis Master, Universiti Teknologi Malaysia.

Volume 8 Issue 1 2019, 117-135


e-Academia Journal (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html)
135
© Universiti Teknologi MARA Terengganu

You might also like