RUMUSAN

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

RUMUSAN

Secara konklusinya, setiap individu mengalami perubahan dalam perkembangan dan


pertumbuhan yang pesat dalam pelbagai aspek iaitu dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Guru perlu memastikan bahawa perkembangan sosioemosi yang berlaku
dalam diri kanak-kanak adalah seimbang dan stabil mengikut tahap umur masing-masing.
Jika terdapat sebarang masalah yang telah dikenalpasti dalam diri kanak-kanak, guru perlu
mengkaji sebab dan alasan kenapa dan kemudiannya memaklumkan kepada ibu bapa atau
penjaga masing-masing.

Setiap manusia melalui proses perkembangan dan pertumbuhan dalam kehidupan


masing-masing yang melibatkan perubahan dari segi rupa bentuk, berat badan, kebolehan
mental dan sahsiah diri. Menurut Santock (2008) dalam Dr. Faridah Nazir, Norhiza Mohd
Salleh dan Zairinah Mohd Shukur (2014), perkembangan membawa maksud perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga akhir hayat. Hal ini bermaksud bahawa proses pertumbuhan dan
perkembangan ini berlaku kepada semua manusia sejak mereka lahir ke dunia sehinggalah
tua.

Manusia ialah individu yang unik. Fitrah kejadian manusia telah dikaji oleh ahli-ahli
sosio-biologi dan pakar biologi untuk mengetahui asal usul diri manusia. Menurut pendapat
Aa Gym (2005), fitrah bermaksud tabiat yang suci dan asli yang dibawa oleh manusia sejak
lahir dan belum pernah disentuh atau diubah. Sehubungan dengan itu, konsep fitrah
manusia boleh dikategorikan kepada dua perspektif iaitu pemberian atau anugerah yang
diberi oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental dan ketetapan
Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi,
keupayaan mental dan juga fizikal.

Dalam melalui proses perkembangan, kanak-kanak akan terdedah kepada pelbagai


pengaruh sekeliling seperti pengaruh persekitaran, rakan sebaya, ibu bapa, faktor ekonomi
dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting bagi mengawal dan
mendidik mereka supaya menjadi seorang manusia yang berguna kepada keluarga,
masyarakat dan negara suatu hari nanti. Bagi melahirkan individu murid yang cemerlang dan
mempunyai sahsiah yang mulia, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni sejak dari awal
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung mahupun tidak langsung.

31

You might also like