Pengenalan & Rumusan
Pengenalan & Rumusan
Pengenalan & Rumusan
0 PENGENALAN
Tugasan kerja kursus Literasi Bahasa Melayu (WAJ3042) ini mengandungi dua tugasan
iaitu tugasan projek peta minda dan penghasilan bahan bantu belajar elektronik bagi masalah
pemulihan yang telah dikenalpasti. Dalam tugasan yang pertama iaitu tugasan peta minda,
saya telah belajar cara membentuk peta minda yang menarik dan kreatif berdasarkan isi
kandungan yang terdapat dalam proforma. Manakala, bagi tugasan projek yang kedua pula
ialah saya telah menghasilkan satu video bahan bantu belajar bagi masalah tulisan yang dipilih.
Subjek Literasi Bahasa Melayu merupakan subjek yang wajib dipelajari bagi semester
ini. Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Objektif utama bagi subjek ini adalah untuk
membantu dan membimbing murid dalam menguasai kemahiran berbahasa seperti kemahiran
bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis melalui beberapa
peringkat iaitu peringkat aktiviti prabacaan, aktiviti pratulisan, aktiviti pemulihan bacaan dan
aktiviti pemulihan tulisan.
Kemahiran berbahasa ini sangat penting kepada setiap individu. Oleh itu, guru perlu
menerapkan kemahiran-kemahiran ini secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada
murid-murid supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dalam
menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid-murid, terdapat dua cara iaitu dengan
menggunakan bahan bantu mengajar maujud atau bahan bantu mengajar elektronik. Kedua-
dua cara ini perlulah disesuaikan dengan kemampuan dan keupayaan murid-murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Akhir sekali, subjek literasi bahasa Melayu ini banyak mendedahkan saya dengan
kemahiran-kemahiran serta pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh seorang guru dalam
mengajar dan mendidik anak murid menggunakan kaedah membaca seperti kaedah fonetik,
kaedah abjad serta kaedah pandang dan sebut. Selain itu, guru juga perlu memperbanyakkan
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik minat dan perhatian murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran supaya mereka dapat menjadi seorang insan yang kreatif, inovatif dan
berfikiran terbuka pada masa depan kelak.
40
4.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, melalui tugasan projek yang telah dilaksanakan, saya telah
mendapat kemahiran serta ilmu yang sangat berharga dan boleh digunakan pada masa
hadapan kelak. Seorang guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam menjalankan aktiviti
semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menguasai kemahiran-
kemahiran membaca dan menulis dengan mudah. Seterusnya, guru perlu memberikan
perhatian yang lebih kepada murid-murid yang lemah supaya mereka dapat mencapai tahap
penguasaan pembelajaran yang maksimum.
Di samping dapat membantu murid-murid yang lemah, guru juga perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan bahan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat
murid bersesuaian dengan suasana dan tahap keupayaan mereka. Guru perlu mahir dan
menguasai pelbagai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Hal
ini bermakna, guru perlu menyediakan objektif yang bersesuaian agar isi kandungan
pembelajaran dapat dikuasai secara menyeluruh.
Konklusinya, literasi bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai pelbagai kemahiran.
Penguasaan dalam kemahiran ini dapat memberikan manfaat kepada murid terutamanya dari
aspek pencapaian potensi dalam bidang akademik. Oleh itu, guru perlu mengambil kira
penguasaan dalam literasi bahasa supaya kemahiran berkomunikasi, kemahiran membaca,
kemahiran menulis, kemahiran kognitif dan kemahiran mendengar murid dapat dipertingkatkan
dari semasa ke semasa.
41