Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

0 PENDAHULUAN

Tugasan yang dihasilkan bertujuan untuk membincangkan konsep asas falsafah dan
pendidikan, menganalisis dan mengupas isu-isu yang berkaitan dengan falsafah
pendidikan di Malaysia. Akhir sekali, penutup bagi tugasan ini telah merumuskan apa
yang telah dibincangkan dalam tugasan ini.

2.0 KONSEP ASAS FALSAFAH

Russell (1946) telah mentakrifkan falsafah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian
antara teologi dengan sains. Oleh itu, falsafah ialah satu usaha untuk berfikir secara
rasional dan kritis terhadap perkara yang penting. Sebagai pengenalan ringkas,
falsafah boleh dibahagikan kepada lima bidang utama seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 1.

Jadual 1: Lima Bidang Falsafah

Bidang Skop kajian Persoalan


Metafizik Kewujudan Whats out there?
Epistemologi Ilmu How do I konw about it?
Etika Aksi What should I do?
Politik Daya What actions are permissible?
Estetik Seni What can life be like?

Sumber: Noriati A. Rashid (2016) dalam buku Falsafah dan Pendidikan di


Malaysia (Ed. 3.)

3.0 KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan boleh dilihat sebagai suatu hasil atau proses. Mengikut George F. Kneller
(1971) pendidikan ialah;
In broad sense, eduacation refers to any act ir experience that has a formative
effect on the mind, character, or physical ability of an individual... In its techinical
sense eduaction is the proses by which society, through schools, colleges,

1
universities, and other institutions, deliberately transmits its cultural heritage its
accumulated konwledge, values, and skills-from one generation to another ...

Kesimpulannya, falsafah pendidikan ialah satu bidang falsafah gunaan yang


menggunakan bidang-bidang falsafah tradisional (ontologi, etika, epistemologi dan
lain-lain) serta pendekatannya untuk menangani persoalan-persoalan berkenaan
polisi pendidikan, pembangunan manusia dan teori kurikulum dan sebagainya.
Dengan erti kata lain, falsafah pendidikan ialah kajian berfalsafah tentang matlamat,
proses, tabii dan segala yang baik berkenaan pendidikan.

KURIKULUM
Mata pelajaran
Pembelajaran
KONTEKS
KEPERLUAN Pengajaran
KATEGORI
Bahan
Individu Formal
Sosial Organisasi
Bukan Formal
Politik Tidak Formal
Ekonomi
Agama/Etika
Estetika
Vokasional

PERINGKAT
Organisasi KONSEP
Pentadbiran & PENDIDIKAN Prasekolah
Institusi 2
Rendah
Menengah
Maktab
Universiti
BIDANG
PENGAJIAN

Psikologi JENIS
Pedagogi
Sosiologi Prasekolah
Falsafah MATLAMAT Akademik
Teknologi Vokasional
Bahasa Instrumental Pendidikan Khas
Sains Intrinsik Pendidikan Lanjutan
Pentadbiran Pendidikan Dewasa
Politik Pendidikan Berterusan
Sumber:
Ekonomi Sufean Hussin (2004) dalam buku Pendidikan di Malaysia
Rajah 1: Premis idea tentang konsep pendidikan

4.0 ISU-ISU FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam bab 4, penulis akan menganalisis dan mengupas isu-isu yang berkaitan
falsafah pendidikan di Malaysia. Isu-isu yang akan disentuh ialah profesion dan
profesionalisme keguruan. Di samping itu, isu standard prestasi antarabangsa dan
kepelbagaian potensi murid turut dibincangkan dalam bab ini

4.1 Profesion dan Profesionalisme Keguruan

Apakah yang dimaksudkan dengan profesion dan profesionalisme? Kamus Dewan


Edisi Keempat (2010) mentakrifkan profesion sebagai suatu pekerjaan terutamanya
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-
undang, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Dalam konteks profesionalisme
keguruan, seorang guru harus menguasai kemahiran-kemahiran belajar, berfikir,
merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus,
termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi. (Noriati A.
Rashid, Lee, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin, 2016)

Guru harus menyedari akan tugas dan amanah yang diserahkan atau yang
diamanahkan kepadanya untuk mendidik generasi muda. Perubahan peranan guru
3
ini adalah dirintangi oleh pelbagai perubahan cara pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Guru pada masa sekarang seharusnya melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Rajah
2 menunjukkan modul standard guru Malaysia.

Sumber:http://cikgurojumah.blogspot.my/2013/05/standard-guru-malaysia.htm
l (Web log post)

Rajah 2: Modul Standard Guru Malaysia

Demikianlah jangkaan peranan yang perlu dipikul oleh guru oleh pihak
masyarakat. Namun demikian, persoalannya, adakah semua guru di Malaysia dapat
memenuhi tuntutan tersebut. Tentunya sekali tidak. Oleh itu, isu profesion dan
profesionalisme menjadikan salah satu cabaran falsafah pendidikan yang diwujudkan
di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan satu berita iaitu seorang guru
lelaki yang berusia 50 tahun didakwa disebabkan telah mencabul tiga orang murid
perempuannya yang berumur 10 tahun di Jertih. (Sinar Harian, 2016). Lebih malang
lagi, profesion perguruan telah dicemarkan oleh perbuatan yang tidak
bertanggungjawab segelintir guru. Ada guru yang aktif berniaga sebagai agen
insuran, jurujual kereta, agen pelancongan, kontraktor, membuka kedai perabot dan
sebagainya sehingga tugasnya sebagai guru banyak terabai.

Ibu bapa merasa tidak puas hati menyebabkan Kementerian Pendidikan, melalui
Pengarah Pelajaran Negeri, mengarah guru besar supaya memberi kata dua kepada
guru-guru berkenaan sama ada ingin berniaga atau terus menjadi guru. Kita
sebenarnya bukan cakap guru yang bertugas kerja sambilan tidak memenuhi
4
tugasnya disebabkan guru-guru yang menjalankan tugas sambilan mesti ada
mempunyai matlamat masing-masing. Tetapi, yang paling penting ialah niat
melakukan kerja. Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud, Setiap amalan
adalah dengan niat. (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-
Khattab). Oleh itu, sebagai seorang bakal guru pelatih, kita seharusnya sentiasa
memasang dan membetulkan niat sebelum melakuan apa jua pekerjaan.

4.2 Standard Prestasi Antarabangsa

Malaysia telah menunjukkan pncapaian tentang kemajuan yang memberangsangkan


dalam sistem pendidikan semenjak 50 tahun yang lalu. Pada hari ini, kadar literasi
golongan dewasa di Malaysia telah melebihi 92% (Malaysia kini, 2016). Malaysia
juga telah berjaya mencapai kadar penyertaan peringkat rendah yang universal,
serta kadar pertumbuhan penyertaan pringkat menengah antara yang tertinggi
berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Walau bagaimanapun, warga pendidik tidak puas hati dengan pencapaian ini,
malah kita masih perlu berusaha lagi meningkat pencapaian pendidikan negara. Hal
ini dibuktikan dengan pencapaian pelajar Malaysia dalam keptusan Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang menunjukkan
penurunan berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea
Selatan. Misalnya, lebih kurang 20% orang pelajar Malaysia gagal mencapai
penanda ars minimum TIMSS bagi mata pelajaran Matematik dan Sains pada 2007,
berbanding hanya 5-7% pada 2003.

Jadual 2 menunjukkan pencapaian pelajar dari negara lain termasuk Malaysia


dalam TIMSS pada tahun 2011. Manakala rajah 1 menunjukkan pencapaian pelajar
Malaysia dalam TIMSS pada tahun 1999, 2003, 2007 dan 2011.

5
Jadual 2: Pencapaian negara Malaysia dan negara lain dalam TIMSS
pada tahun 2011

Sumber: Thailand Statistics and Education Indicators.

Sumber: http://www.slideshare.net/muhammadaffriniazim/trends-in-international-
math
ematics-and-science-study-timss-56190479.html.

Rajah 3: Pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS pada tahun 1999, 2003,
2007 dan 2011.

Pendek kata, keadaan ini perlu diberikan perhatian utama kerana kualiti

6
pendidikan tinggi berkorelasi dengan terus dengan pertumbuhan ekonomi negara
untuk jangka panjang. Sekiranya tiada usaha yang dijalankan untuk melonjakkan
standard pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko
ketinggalan dalam pendidikan pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa
hadapan.

4.3 PERKEMBANGAN HOLISTIK MURID

Matlamat pendidikan adalah untuk membolehkan setiap pelajar mencapai


perkembangan menyeluruh berdasarkan sifst-sifat tersendiri pelajar tersebut. Untuk
mencapai tujuan ini, para pelajar perlu dibekalkan bimbingan sewajar dengan
keupayaan dan keperluan pembelajaran mereka supaya potensi mereka boleh
dikembangkan sepenuhnya.

Teori Kecerdasan Pelbagai telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun
1983. Teori ini telah dibina berasaskan kajian beliau terhadap pelbagai lapisan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria yang tersendiri termasuklah kanak-
kanak istimewa dan kanak-kanak biasa. (Noriati A. Rashid, etl, 2015). Rajah 4
menunjukkan jenis-jenis kecerdasan pelbagai.

Sumber: http://g-noxedu.blogspot.my/2013_11_01_archive.html.
Rajah 4: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
Setiap pelajar mempunyai sifat unik dari segi perkembangan afektif dan kognitif,
kematangan sosial, keupayaan, motivasi, aspirasi, gaya pembelajaran, keperluan,
minat dan potensi. Selain itu, perbezaan faktor-faktor antara pelajar sesama sendiri
juga diwujudkan adalah disebabkan kepelbagaian dari aspek kecerdasan, latar
belakang sosial dan ekonomi, kelainan dalam pengalaman pembelajaran sebelum ini
serta ketidaksamaan antara pelajar dengan kurikulum yang tersedia.

7
Dengan mengambil kira punca-punca di atas, tujuan memenuhi keperluan
individu bukan untuk merapatkan jurang antara pelajar lemah dan pelajar pintar
cerdas ataupun menyamakan semua pelajar supaya menjadi kebolehan dan prestasi
adalah sama. Tetapi, tujuan yang sebenar adalah kita seharusnya membimbing
mereka dengan menggunakan cara yang tepat dan sesuai supaya mereka belajar
dengan baik.

Kita sepatutnya percaya bahawa setiap pelajar dapat belajar dengan baik.
Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dapat menyediakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai termasuklah penyediaan satu pembelajaran yan sukar
dilupakan oleh pelajar. Sebagai contoh, guru sepatutnya tidak menurut langkah-
langkah dalam buku teks satu demi satu tetapi menyesuaikan pengajaran mereka
melalui pembentukan program mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan, kepelbagaian potensi pelajar dalam perkembangan holistik


murid merupakan suatu yang semula jadi. Guru tidak seharusnya memandang ini
sebagai suatu masalah, sebaliknya melihatnya sebagai suatu sumber untuk
mengalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, perbincangan
dan perkongsian pengalaman dapat dilaksanakan antara badan-badan pendidikan,
sekolah dan guru-guru.

5.0 Penutup

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk


melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka kekal berkualiti dalam
sistem pendidikan negara sepanjang tempoh perkhidmatan. Guru yang profesional
seharusnya memantapkan ilmu sendiri dari segi pengetahuan dan kemahiran ke
arah memajukan dunia pendidikan di Malaysia. Kemajuan ini haruslah berlandaskan
satu standard. Pendidikan yang diperolehi oleh kanak-kanak seharusnya mampu
melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis, berkemahiran
menyelesaikan masalah, mempunyai keupayaan untuk mencipta peluang baharu,
mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk bersaing dengan negara maju yang
lain. Sudah tentu, terdapat banyak isu-isu falsafah dalam pendidikan seperti yang

8
telah dibincangkan di atas. Melalui perbincangan, nescaya bahawa isu-isu yang
disebut pasti akan dapat diselesaikan demi anak-anak kita dan masa depan mereka

(1205 patah perkataan)

You might also like