Kertas Projek ini merupakan satu penulisan kajian berkaitan sejarah pertembungan aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda di Malaysia. Menurut sejarah, idea Pan-Islamisme bermula pada zaman tokoh-tokoh pemikir seperti Jamaluddin...
moreKertas Projek ini merupakan satu penulisan kajian berkaitan sejarah pertembungan aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda di Malaysia. Menurut sejarah, idea Pan-Islamisme bermula pada zaman tokoh-tokoh pemikir seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida dan lain-lain seiringan dengan era turun naik kegemilangan perjuangan umat Islam pada penghujung abad 19 M dan awal abad 20 M di seluruh dunia. Justeru, hal ini sejajar dengan kemunculan kaum muda di Malaysia pada akhir abad 19 M dan awal abad 20 M yang akhirnya mencetuskan polemik dengan Kaum Tua. Penulis juga telah menganalisis beberapa data berkaitan dengan isu ini yang hasilnya menunjukkan bahawa pertembungan aliran pemikiran antara mereka adalah berkisar isu-isu dan konflik dalam agama Islam di Malaysia. Bahkan penulis mendapati, natijah daripada pertembungan ini telah menyebabkan tersebarnya bermacam ideologi dalam kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan perbalahan sesama mereka. Walaubagaimanapun, penulis akan cuba mempertemukan titik kebersamaan lalu memberikan beberapa cadangan bagi meredakan ketegangan diantara kumpulan-kumpulan ini. Maka dengan ini, perpecahan dan perbezaan pandangan di dalam institusi masyarakat dapat diselesaikan dengan baik