Abstrak: Cadangan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi adalah satu inisiatif bijak pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui Bahagian Falak Syari'e untuk mewujudkan kelab-kelab falak di sekolah-sekolah terpilih di negeri Melaka. Pelbagai...
moreAbstrak: Cadangan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi adalah satu inisiatif bijak pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui Bahagian Falak Syari'e untuk mewujudkan kelab-kelab falak di sekolah-sekolah terpilih di negeri Melaka. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam usaha menyebarkan kefahaman ilmu falak kepada pelajar di sekolah-sekolah berkaitan. Walaubagaimanapun, tahap keberkesanan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi masih belum dapat dipastikan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan penubuhan kelab ini dari pelbagai aspek seperti persepsi pelajar terhadap ilmu falak, kesan penubuhan kelab dan impak pelaksanaan aktiviti kelab falak terhadap pelajar. Enam buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini yang meliputi tiga daearah utama Daerah Melaka Tengah, Daerah Jasin, dan Daerah Alor Gajah. Seramai 42 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen borang soal selidik secara atas talian telah diguna untuk memperoleh data kuantitatif. Analisis data adalah menggunakan SPSS 16 dan menggunakan analisis statistik deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min.Dapatan kajian menunjukkan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi berjaya mencapai matlamat utama penubuhannya dalam menimbulkan kesedaran dan kefahaman ilmu falak dan astronomi kepada pelajar. Selain itu, beberapa cadangan untuk penambahbaikan berkaitan penstrukturan kelab dan cadangan kajian masa hadapan juga dibincangkan. Kata kunci:Kelab Falak dan Astronomi, Jabatan Mufti Negeri Melaka PENGENALAN Mengimbas kembali sejarah umat Islam, kita dapati bahawa perkembangan pesat ilmu falak telah melalui kegemilangan sejak berabad lamanya (Alimuddin, 2013). Proses penerapan ilmu yang berterusan mampu membentuk individu yang seimbang sekaligus ia akan memenuhi tuntutan dan kerangka Maqasid Syariah dalam pendidikan (Zubair, Nur Mardia, Mohd Fuad & Nan Nurhidayu, 2019). Namun begitu, perkembangannya semakin merosot dan dipandang sepi oleh dunia Islam hinggalah ilmu itu dibawa ke Barat dan ia berkembang hingga ke hari ini (Kassim, 2006). Di atas kesedaran pentingnya ilmu falak dihidupkan, disegarkan kembali, dihayati dan dikuasai semula oleh generasi Muslim pada hari ini maka Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui Bahagian Falak Syarie dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mengesyorkan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi di sekolah-sekolah terpilih sebagai usaha untuk mengorak langkah bagi memartabatkan kembali ilmu ini yang hampir terpinggir dalam kalangan masyarakat. Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan ilmu falak dan astronomi yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Sebanyak sebelas (11) kelab falak telah ditubuhkan di sekolah-sekolah terpilih. Penubuhan kelab ini juga merupakan