Academia.eduAcademia.edu

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 TAHUN

mesyuarat pengurusan kokurikulum

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM SMK JALAN KEBUN SHAH ALAM Bil. 1 Tahun 2016 Tarikh : 28 Disember 2015 Hari : Isnin Masa : 9.50 pagi – 12.20 tengah hari Tempat : Dewan Gemilang SMKJK HADIR Pn Alijah bt Md Dom Pengetua Tn Hj Shamsuddin bin Shaari Penolong Kanan Pentadbiran Pn Che Nor Khasimah bt Mohd Nor Penolong Kanan HEM Pn Nor Aidah bt Yong Penolong Kanan Petang Pn Nor Azah bt Jamaluddin Guru Kanan Bidang Bahasa Pn Rosnah bt Abdullah Guru Kanan Bidang kemanusiaan Pn Saodah bt Razali Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik Pn Zainap bt Jani Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional Pn Ruzita bt Kamil Guru Cemerlang dan Setiausaha Kurikulum Pn Basirah bt Ahmad Pen.Setiausaha Kurikulum 1 Pn Siti Zaidah bt Osman Pen.Setiausaha Kurikulum 2 Pn Sharafunnisa bt Omar Kaunselor (sesi pagi) Pn Zuridah bt Tasriffin Kaunselor (sesi pagi) Pn Haslina bt Mohamad Ali Kaunselor (sesi petang) Pn Aliatun Izzaty bt Aziz K.P Prinsip Perakaunan En Ahmad Shahir @ Shaharin b Hashim Guru Penyelaras Bestari Pn Anbarasi a/p Sinnasamy K.P Sejarah Pn.Anita Abdul Rahman Ketua Guru Disiplin Pn Embon Tisnasari Hassan Muntaat K.P Pendidikan Syariah Islamiah Pn Faizah bt Ayub @ Ismail K.P Bahasa Inggeris Pn Faridah Hanim bt Bahatin K.P Kimia Pn Pn. Gan Is Hui K.P Akuakultur & Haiwan Rekreasi/PVMA Pn Hanizan bt Husain K.P Sains Pn Hasliza bt Mohd Tahir K.P Pend. Seni Visual Pn Indang Kastuti bt Mohd Tarmuji K.P Bahasa Arab Pn Kamelia bt Abd Khadir K.P Biologi Pn Maslaila bt Wan Othman Setiausaha PT3 Pn Mawarni bt Mohd Aman K.P Fizik En Mohd Nizaf Johari @ Kaprawi K.P Pendidikan Moral Pn Nadiah bt Abd Rashid K.P Sivik dan Kewarganegaraan Pn Nasihah bt Bani KP Ekonomi Rumah Tangga Pn Noor Diyana bt Ismail Setiausaha Peperiksaan Pn Norhafisah bt Abdul Rahman K.P Geografi Pn Norliza bt Md Tahir K.P Kemahiran Hidup Pn Norliza bt Nazari K.P Matematik Pn Rose Sita bt Abd Aziz K.P Matematik Tambahan Pn Roshina bt Abd Halim K.P Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah Pn Rumaiza bt Ishak K.P Ekonomi Asas Pn Salmiah bt Zali K.P Kesusasteraan Melayu Pn Siti Zarina bt Azirun K.P Perdagangan Pn Suraya bt Mohamad K.P KKQ dan SU PBS Pn Suri bt Jahaya K.P Bahasa Melayu Pn Tengku Ida Hairani Tengku Yusoff K.P Tassawur Islam Pn Thilagam a/p Marimuthu K.P Bahasa Tamil Pn Hozlita bt Abd Murad Penyelaras Jadual Waktu (sesi petang) Pn Nurulhuda Munirah bt Mohd Nadzim K.P Kursus Kemahiran Al-Quran Cik Prashana Nair a/p Balakrishnan K.P ICTL Pn Fuziah bt Ahmad K.P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pn Norashikin mohamad Safi Pen. K.P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pn Suriani bt Ashari Pen. K.P Akuakultur & Haiwan Rekreasi/PVMA Pn Che Wan Rusmaliza bt Che Mukhtar Pen. K.P Bahasa Melayu Pn Lee Poh Meng Pen. K.P Bahasa Inggeris Pn Mariani bt Abd Manaf Pen. K.P Pendidikan Seni Visual Pn Noraizah bt Mustakim Pen. K.P Bahasa Arab Pn Norhasniwati bt Saribin Pen. K.P Kemahiran Hidup Bersepadu Pn Norsuhaiza bt Ayob Pen. K.P Geografi Pn Rosnewati bt Sidek Pen. K.P Sejarah Pn Siti Jamiah bt Sarman Pen. K.P Sivik & Kewarganegaraan Pn Vizaya a/p Thanbaraju Pen. K.P Bahasa Tamil Pn Wan Dalila Hanum bt Fauzi Pen. K.P Sains Pn Wan Zarina Wan Ismail Pen. K.P Matematik Pn Zarina Abd Rahman Pen. K.P Pendidikan Islam HADIR BERSAMA Pn Adibah Hanim bt Muhamad Lazim En Ahmad Kamal b Abdullah Pn Aimi Liana bt Ahmad Pn Ainon bt Rahman En Ariffin Mohd Radzuan Pn Azean bt Kamaruddin Pn Azizah bt Mohd Nor En Azmi b Kasban Pn Hanim bt Othman Pn Hanitabt Abdul Malek Pn Hartini bt Abd Rahim Pn Haslinda bt Hashim Pn Intan Shafinaz bt Zakaria Pn Juliana bt Arshad En Khairul Ashari b Mohd Kasim Pn Mazila bt Khalid En Mirza Mohd Shafwat b Faizan Beg En Mohd Ismadi b Samsudin Pn Noor Hasimah bt Ismail Pn Nor Faridah Hanum bt Mohtasar Pn Norhasnizawati bt Awang Pn Norizan bt Zakaria Pn Nur Fatihah bt Rosly Pn Nurelyda bt Abd Wahab Pn Nurhaswani Shahirah bt Awang En Rafiuddin Al-Farabi Roosli Pn Rahmahbt Jean Pn Roseny bt Abdullah Pn Rozita bt Abu Talib Pn Ruhiyah a/p Ramdu Pn Sanisah bt Abdul Aziz Pn Shanthy a/p V. Appukuttan En Sheikh Salim b Sheikh Hassan Pn Siti Asiah bt Md Salihan Pn Siti Nor Afifah bt Azmi Pn Siti Syuhaibah bt Zahedi Pn Supiah bt Usof En Tajul Arifin b Mohamad Kamin Pn Teow Chooi Ping En Vigneshwaran a/l Kansasamy Pn Vijaykumari a/p Subramaniam Pn W.Nurafidah bt W.Yahya Pn Wan Khairani bt WanYaakob Pn Zainah bt Ahmad Salleh Pn Zaliah bt Kasan Pn Zarihan bt Zakaria Pn Zawiyah bt Dzulkifli Pn Fairuz bt Abd Rahman Pn Raja Salasiah bt Raja Musa Pn Nor Azura bt Ismail Cik Nurul Faatihah bt Md Hassan Pn Norkamsiah bt Abdul Hamid Pn Alizah bt Omar Pn Anisah bt Md. Isa Pn Aspaliza Abd Manan En Jafri b Chin Pn Hartini bt Abdullah Pn Jamaiah bt Adnan En Mariyappa Silvakumar a/l Muthukrishnan Pn Masliza bt Mohd Zani Piyas En Mohd Nasir b Yunus En Mohd Ropy b Harun Pn Naamah @ Naimah bt Ibrahim Pn Nafisah Mohamed Pn Noor Dieza bt Rameli Pn Nor Jannah bt Hamzah Pn Nordiyana bt Mohd Zom Pn Norhazilah bt Mohd Ali Pn Norhaslizabt Nordin Pn Normah bt Mohd Daud Pn Nurul Masturah bt Mohtar @ Mukhtar Pn Nurulhuda Munirah bt Mohtar @ Mukhtar Pn Rohaizan bt Abdul Sam Pn Roshana bt Awang Pn Rosilawati bt Che Cob Pn Roslinda bt Mohd Amin Pn Rosmalinda bt Che Kamaruddin Pn Rozita bt Nazin Pn Rudiana bt Wahab En Shamsul Bahar b Johar Pn Sharmila a/p Appa Rwoo Pn Siti Jamiah bt Sarman Cik Siti Nuranis bt Mohd Yunus Pn Siti Rahayu bt Mohd Salehan Pn Wan Shiau San Pn Yosnita bt Mohd Yasin Pn Zawani bt Wahab TIDAK HADIR BERSEBAB Tn Hj Mazlan bin Abdul Manan Penolong Kanan Ko-Kurikulum En Abdullah Khairi b Haroon Pn Wan Rozaimah bt Wan Mohamad K.P Pendidikan Islam Pn Krishnaweni a/p Ponnusamy Kaunselor (sesi pagi) Pn Hani Rashika bt Mohd Salleh Pn Junaidah bt Kamin Penyelaras Pusat Sumber En Md. Latif b Md. Nor Guru Data Pn Rozanna Farrah bt Abd Rahim Pn Ruzalila bt Kamil Pn Suraya bt Md Saleh Pn Suzaila bt Suparman En Mohd Kamarul Hisham b Jali Pn Mahyun bt Shaari Kaunselor (sesi petang) En Jafri bin Chin Pn Nor Hidayati bt Jabir Pn Norimah bt Kama Pen. K.P ICTL Pn Nur Amelyana Azreen bt Azmi En Paranjothy a/l Kullandavelu Pen. K.P Pendidikan Moral En Salehudin b Md Rashid Pn Shafina bt Mohd Shah Pn Wan Zaida bt Wan Mohd Amin TIDAK HADIR TANPA SEBAB TIADA URUS SETIA MESYUARAT: Pn Ruzita bt Kamil Guru Cemerlang dan Setiausaha Kurikulum Pn. Basirah bt Ahmad Penolong Setiausaha Kurikulum 1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 Tahun 2016. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru atas peningkatan peratus lulus dan peningkatan GPS dalam PT3. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 Tahun 2016 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 Tahun 2016 dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Rose Sita bt Abd Aziz dan disokong oleh Pn Roshina bt Abd Halim. Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 Tahun 2016 disahkan tanpa sebarang pindaan. Perkara-Perkara Berbangkit Pada tahun 2015 program Nilam masih kurang mendapat sambutan daripada murid. Jawatankuasa Nilam 2016 perlu meningkatkan usaha untuk memperkasakan lagi program Nilam. Tindakan : Jawatankuasa NILAM Program Intervensi telah dilaksanakan dengan baik pada tahun 2015. Pada tahun 2016 program intervensi perlu diteruskan demi mengurangkan masalah murid yang tidak tahu membaca dan mengira dalam kalangan murid sekolah menengah. Tindakan : Jawatankuasa Intervensi Pmbentangan Kertas Kerja/Isu/Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 2016 Semua guru boleh merujuk senarai Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum dalam Buku Jawatankuasa Pengurusan dan Takwim Sekolah pada muka surat 104 – 105. Kebanyakan Ketua Panitia dan Penolong Ketua Panitia Mata Pelajaran 2015 dikekalkan pada tahun 2016. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Kurikulum dan berharap semua Ahli Majlis Kurikulum dapat menjalankan tugas dengan baik demi meningkatkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam bidang kurikulum. Tindakan : Semua guru dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 2016. Mesyuarat kurikulum 2016. Pada tahun 2016 mesyuarat kurikulum akan dijalankan sebanyak empat kali mengikut tarikh-tarikh berikut: Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 pada 28 Disember 2015 (Isnin). Mesyuarat Kurikulum Bil. 2 pada 21 Mac 2016 (Rabu). Mesyuarat Kurikulum Bil. 3 pada 18 Julai 2016 (Isnin). Mesyuarat Kurikulum Bil. 4 pada 10 Oktober 2016 (Isnin). Tindakan : Semua guru dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 2016. Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bil. 1 Tahun 2016 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bil. 1 Tahun 2016 akan dijalankan mengikut ketetapan berikut: Tarikh/Hari : 9 Januari 2015 (Sabtu) Masa : Slot 1: 8.00 pagi – 10.00 pagi : mata pelajaran teras. Slot 2: 10.15 pagi – 12.15 tengah hari : mata pelajaran elektif. Tempat : Ditentukan oleh ketua panitia mata pelajaran. Pakaian : Rasmi. Tempat mesyuarat akan ditetapkan oleh ketua panitia mata pelajaran dan akan dicatat pada papan kenyataan kurikulum. Semua guru dikehendaki merujuk maklumat berkaitan mesyuarat panitia mata pelajaran masing-masing pada papan kenyataan kurikulum atau papan kenyataan lain berhampiran bilik guru. Ketua panitia mata pelajaran hendaklah memastikan Rancangan Strategik 2014-2016, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2016 dibincangkan dengan teliti, terperinci dan menyeluruh bersama semua ahli panitia mata pelajaran bagi memastikan program panitia yang dirancang berjaya memberi impak yang maksimum ke atas kejayaan murid SMKJK terutamanya dalam bidang kurikulum. Tindakan : Semua guru. Takwim unit kurikulum 2016 Semua guru boleh merujuk takwim unit kurikulum 2016 dalam Buku Jawatankuasa Pengurusan dan Takwim Sekolah pada muka surat 112 – 115. Mesyuarat Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum dan Mesyuarat Majlis Graduasi 2016 akan dimaklumkan kemudian. Tindakan : Semua guru Jawatankuasa panitia daerah 2016 Pada tahun 2016 SMKJK akan menjadi tuan rumah bagi Jawatankuasa Panitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) Daerah Klang. Tindakan : Panitia PVMA Daerah Klang. . Buku rekod mengajar guru (BRMG), Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian Semua guru dikehendaki mematuhi panduan buku rekod mengajar seperti dalam Pekeliling Akta 1996: PU ( A ) 531 Per 7,8,11 iaitu: Peraturan 7: Sukatan terkini / Huraian Sukatan Pelajaran / Rancangan Mengajar dan mempunyai senarai nama murid dalam satu kelas. Semua guru dikehendaki melengkapkan semua butiran dalam BRMG seperti profil peribadi dan senarai tugas guru, penggal persekolahan dan cuti am, buku rujukan guru, senarai buku teks murid (untuk guru tingkatan), Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan 2016 berdasarkan tarikh dan tahun semasa termasuk semua cuti penggal, cuti umum dan cuti-cuti yang berkaitan. Guru dikehendaki melengkapkan dan menandatangani jadual waktu guru, membaca dan menandatangani Surat Aku Janji dan melengkapkan senarai nama murid dalam satu kelas. Guru juga diminta membaca Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang tercatat dalam BRMG. BRMG hendaklah dicap dan dihantar pada setiap hari Jumaat pada pukul 12.00 tengah hari (guru sesi pagi) dan pada pukul 3.00 petang atau sebelum waktu pertama (guru sesi petang) kepada pentadbir mengikut jadual iaitu BRMG dihantar kepada pengetua pada minggu 1,4 dan 5, kepada Penolong Kanan dan Penolong Kanan Petang pada minggu 2 dan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran pada minggu 3. Penghantaran BRMG yang telah lengkap ialah pada hari Jumaat, 8 Januari 2016. Setiap kali guru menghantar BRMG, guru perlu menandatangani rekod penghantaran dalam buku yang disediakan di pejabat. Tindakan : Semua guru. Peraturan 8 : Guru hendaklah menyimpan dan mengguna BRMG. Guru tidak boleh meninggalkan BRMG di rumah. Semua guru dikehendaki membawa dan mengguna BRMG yang lengkap dengan rancangan PdP semasa sesi persekolahan terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). BRMG dan 'folder' rekod mengajar guru hendaklah sentiasa diletakkan di atas meja guru jika guru tiada proses PdP. Semua guru hendaklah menghantar BRMG ke pejabat pada setiap hari Jumaat. BRMG juga hendaklah dihantar kepada pihak sekolah pada hujung tahun kerana ia merupakan dokumen penting guru. Jika BRMG hilang, guru dikehendaki membuat laporan polis tentang kehilangan tersebut. Tindakan : Semua guru. Peraturan 11( 1 ) : Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran dan format Rancangan Pelajaran Harian yang betul. Rancangan Pelajaran Harian hendaklah mengandungi objektif pelajaran, set induksi, aktiviti, catatan/refleksi/impak (dalam bentuk bilangan murid). Guru dikehendaki menyatakan tindakan seterusnya ke atas murid yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran dalam bahagian catatan/refleksi/impak. Catatan hendaklah ditulis menggunakan pen merah jika proses PdP tidak dapat dijalankan kerana sebarang kekangan. Guru yang mengambil cuti rehat khas, bermesyuarat atau berkursus kurang daripada dua hari dikehendaki menulis Rancangan Pelajaran Harian di dalam BRMG. Pengecualian menulis Rancangan Pelajaran Harian hanya diberi kepada guru yang mengambil cuti secara mengejut atau guru yang berkursus lebih daripada dua hari. Tindakan : Semua guru. Penalti pelanggaran peraturan 7-8: Guru boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM500.00 jika melanggar peraturan 7 dan 8. Tindakan : Makluman. Penalti pelanggaran peraturan 11(1): Guru boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM5000.00 jika melanggar peraturan 11(1). Tindakan : Makluman. Guru ganti / ‘relief’ dan Melindungi Masa Instruksional (MMI) Guru ganti atau guru ‘relief’ diminta masuk mengajar. Guru juga hendaklah melindungi masa instruksional (MMI). Guru mata pelajaran yang ingin masuk mengajar semasa ketiadaan guru mata pelajaran lain boleh berhubung dan berbincang dengan jawatankuasa guru ‘relief’. Guru-guru yang bertugas atau bermesyuarat di luar kawasan sekolah diminta menyediakan tugasan dan memberi tugasan atau bahan PdP untuk murid supaya bahan yang ditinggalkan semasa guru tiada boleh dimanfaaatkan oleh murid. Guru tersebut juga perlu memastikan bahan tersebut disemak. Tindakan : Semua guru. Waktu senggang / ‘free’ Guru hendaklah menggunakan waktu senggang dengan bijak dan guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sesuka hati atas urusan peribadi. Guru boleh merujuk pekeliling berkaitan ketepatan waktu dan waktu senggang / ‘free’ dalam Buku Jawatankuasa Pengurusan dan Takwim Sekolah pada muka surat 154 dan 155. Tindakan : Semua guru. Cuti (cuti sakit, cuti rehat khas, cuti bersalin dan cuti tanpa gaji) Guru hendaklah menghantar sijil cuti sakit sebaik sahaja hadir ke sekolah selepas guru cuti sakit. Guru perlu memaklumkan dahulu kepada pengetua, penolong kanan dan pentadbir serta jawatankuasa guru ‘relief’ jika guru tidak hadir ke sekolah. Sebaik-baiknya guru meminimumkan cuti masing-masing. Jika guru ingin mengambil cuti rehat khas, guru perlu mengemukakan permohonan kepada pengetua. Borang cuti seperti cuti bersalin dan cuti tanpa gaji pula mesti diisi 3 bulan sebelum bercuti untuk mengelakkan daripada cuti tidak diluluskan. Tindakan : Semua guru. Kehadiran guru, kad perakam waktu (mengikut sesi persekolahan). Kehadiran guru dicatat menggunakan kad perakam waktu dan guru dikehendaki hadir ke sekolah dan 'punch' kad perakam waktu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum proses PdP bermula. Kad perakam waktu hendaklah diletakkan pada warna oren apabila guru masuk dan warna biru apabila guru keluar dari kawasan sekolah. Semua guru dikehendaki merakam sendiri kehadirannya pada perakam waktu. Guru perlu mengambil cuti sekiranya guru keluar dari kawasan sekolah melebihi 4 jam. Mulai tahun 2016 kehadiran guru dibahagikan kepada empat kategori iaitu: Hadir dan berada iaitu guru berada di sekolah sepanjang waktu sesi persekolahan. Hadir dan tak berada iaitu guru menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel atau bertugas di luar kawasan sekolah Tidak hadir dan berada iaitu guru cuti bersalin tetapi guru diganti oleh guru ganti Tidak hadir dan tak berada iaitu guru bercuti seperti cuti sakit dan cuti rehat khas. Tindakan : Semua guru. Gotong royong pada 30 Disember 2016 Guru kelas dikehendaki membuat persediaan awal untuk program gotong royong pada 30.12.2015. Guru boleh memanggil dua atau tiga orang murid kelas masing-masing untuk membersihkan kelas sebelum sekolah beroperasi. 'Soft board' yang sudah berlubang hendaklah ditampal. Guru hendaklah berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu jika guru ingin mengecat dinding kelas agar warna yang digunakan menepati dan mengikut tema warna yang telah ditetapkan. Program pada hari pertama sesi persekolahan Guru dikehendaki mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dalam semua urusan termasuk dalam urusan perpindahan murid. Jika murid hendak berpindah sekolah guru tingkatan perlu bersedia dengan dokumen peribadi murid tersebut. Guru perlu membuat catatan dan merekodkan sebarang maklumat berkaitan pengambilan dokumen peribadi murid terutamanya apabila murid telah mengambil dokumen tersebut untuk dijadikan bukti pengambilan. Tindakan : Semua guru. Rancangan Strategik 2014-2016, Pelan Taktikal 2016 dan Pelan Operasi 2016 Semua Ketua Panitia mata pelajaran dikehendaki mencetak dan memasukkan Rancangan Strategik 2014-2016, Pelan Taktikal 2016 dan Pelan Operasi 2016 ke dalam fail panitia mata pelajaran dan menghantar 'soft copy' dan 'hard copy' Rancangan Strategik 2014-2016, Pelan Taktikal 2016 dan Pelan Operasi 2016 kepada setiausaha kurikulum selewat-lewatnya pada 30 Disember 2015. Tindakan : Semua Ketua Panitia mata pelajaran. Post Mortem Peperiksaan PT3 2014 Analisis keseluruhan Seramai 635 orang murid mendaftar sebagai calon PT3 2015 namun seramai 625 orang sahaja hadir menduduki PT3 2015. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru tingkatan 1 (2013), tingkatan 2 (2014), tingkatan 3 (2015) dan semua warga SMKJK kerana telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang tahun 2015 sehingga keputusan PT3 SMKJK pada tahun 2015 meningkat berbanding PT3 tahun 2014 dengan 36.32% murid lulus pada tahun 2015 berbanding 22.57% murid lulus pada tahun 2014 dan GPS 2015 ialah 3.58 berbanding 4.19 (GPS 2014) dan tiada seorang pun yang memperoleh semua F. Tindakan : Makluman. Analisis kualiti A Seramai 37 orang murid memperoleh sekurang-kurangnya 6A. Empat orang murid memperoleh 9A, empat orang murid memperoleh 8A, enam orang murid memperoleh 7A dan 22 orang murid memperoleh 6A. Empat orang murid yang berjaya memperoleh 9A ialah: Muhammad Fareez Naufal 9A 2B (3 Al Farabi) Siti Suhaida 9A 2B (3 Al Farabi) Wardiatul Farha 9A 2B (3 Al Farabi) Arina Dayana 9A 1B 1C (3 Al Farabi) . Empat orang murid yang berjaya memperoleh 8A ialah: Sharifah Nur Alia Natasya 8A 2B (3 Arif) Harris Omar 8A 2B (3 Arif) Aiman Nur Batrisya 8A 2B 1C (3 Al Farabi) Nur Shuhada 8A 2C 1E (3 Al Farabi) Tindakan : Makluman. Bahasa Melayu Penulisan - Peratus A meningkat daripada 5.45% kepada 18.17%. Bahasa Inggeris Penulisan – Bilangan A meningkat daripada 10 orang kepada 14 orang. Sejarah – Bilangan A meningkat daripada 110 orang kepada 340 orang. Geografi – Bilangan A meningkat daripada 120 orang kepada 151 orang. Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan yang amat tinggi iaitu bilangan A meningkat daripada 24 orang kepada 201 orang. Matematik – walaupun bilangan A meningkat daripada 5 orang kepada 8 orang namun Matematik merupakan 'killing subject' bagi calon PT3 2015. Sains – Bilangan A meningkat daripada 7 orang kepada 18 orang. KHB Teknikal – Bilangan A meningkat daripada 3 orang kepada 18 orang. KHB ERT – Bilangan A meningkat daripada 0 orang kepada 17 orang. Tindakan : Makluman. Bahasa Inggeris Lisan – Bilangan A menurun daripada 23 orang kepada 13 orang. Guru Bahasa Inggeris dikehendaki menjalankan program yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran murid bercakap dalam bahasa Inggeris terutamanya kepada murid-murid daripada 10 kelas terawal agar mereka dapat bercakap Bahasa Inggeris dengan yakin. Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris. Bahasa Arab – Bilangan A menurun daripada 25 orang kepada 21 orang. Guru Bahasa Arab dikehendaki menjalankan program yang bersesuaian dengan murid-murid yang lemah khususnya murid-murid daripada kelas Ar Razi. Tindakan : Panitia Bahasa Arab. KHB Pertanian – Bilangan A menurun daripada 3 orang kepada 0 orang. . Guru KHB Pertanian dikehendaki menjalankan program yang bersesuaian untuk meningkatkan bilangan dan peratus A mata pelajaran KHB Pertanian dalam PT3 2016. Tindakan : Panitia KHB Pertanian. Analisis 'near miss' Semua panitia mata pelajaran perlu membuat analisis terperinci bagi mengenal pasti mata pelajaran near miss dalam PT3 2015. Semua panitia mata pelajaran juga dikehendaki meningkatkan usaha bagi mengatasi dan mengurangkan bilangan near miss bagi mata pelajaran masing-masing dalam PT3 2016. Analisis mata pelajaran Analisis mata pelajaran PT3 boleh dirujuk dalam Lampiran. Tindakan : Makluman. Program Peningkatan Kurikulum 2016 Rancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi panitia mata pelajaran 2016 Ketua panitia mata pelajaran dikehendaki berbincang bersama-sama ahli panitia mata pelajaran untuk memahami dan menghayati OPPM dalam rancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi mata pelajaran masing-masing dan berbincang untuk melaksanakan program yang telah dirancang dengan sistematik dan berkesan bagi memastikan objektif program panitia dapat dicapai dan memberi impak yang maksimum kepada murid khususnya dalam bidang kurikulum terutamanya dalam peperiksaan SPM dan PT3. Tindakan : Semua guru. Penghantaran rancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi panitia mata pelajaran 2016 Panitia mata pelajaran dikehendaki menghantar 'soft copy' rancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi mata pelajaran masing-masing kepada setiausaha kurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan memasukkan 'hard copy' rancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi mata pelajaran masing-masing ke dalam fail panitia mata pelajaran selewat-lewatnya pada 30 Disember 2015. Tindakan : Semua ketua panitia mata pelajaran. Pemantauan/Pencerapan Guru boleh merujuk jadual pencerapan guru dalam Buku Jawatankuasa Pengurusan dan Takwim Sekolah pada muka surat 84 – 87.Guru perlu sentiasa bersedia untuk dicerap semasa proses PdP. Pentadbir akan masuk ke kelas pada bila-bila masa untuk mencerap guru semasa proses PdP. Pentadbir juga boleh mencerap guru dengan hanya memerhati guru mengajar dari luar kelas tanpa perlu masuk ke dalam kelas semasa Pdp guru. Guru dikehendaki memberi perhatian kepada keceriaan kelas dan kawalan kelas bagi memastikan proses PdP berkesan dan kelas berada dalam keadaan kondusif. Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun. Pencerapan akan dijalankan lebih daripada sekali jika markah pencerapan guru kurang memuaskan. Tindakan : Semua guru. Semakan buku nota / latihan / kerja (NLK) Semua guru perlu mengambil tindakan membuat semakan buku NLK dari awal tahun 2016 dan borang semakan bukun NLK juga sudah boleh diisi mulai awal tahun 2016. Tindakan : Semua guru. Penyediaan soalan peperiksaan, ujian dan latih tubi Guru dikehendaki sentiasa merujuk tarikh peperiksaan, ujian dan latih tubi dalam buku takwim dan memastikan soalan peperiksaan, ujian dan latih tubi dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu sebulan sebelum tarikh peperiksaan, ujian dan latih tubi. Ketua panitia perlu sentiasa mengingatkan guru-guru penggubal soalan terutamanya guru-guru yang sering lewat menghantar soalan supaya menghantar soalan mengikut tarikh yang ditetapkan. Penggubal soalan juga dikehendaki bertanggungjawab menguruskan proses penyediaan soalan dari awal hingga akhir peperiksaan dijalankan. Tindakan : Semua guru. Pengurusan Data Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 4.18.1 Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Senarai nama Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan peringkat sekolah boleh dirujuk dalam Buku Jawatankuasa Pengurusan dan Takwim Sekolah pada muka surat 105 – 106. Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan peringkat sekolah bersama-sama semua guru hendaklah menjalankan tugas sebaik mungkin agar dapat membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi murid khusunya dalam peperiksaan SPM dan PT3. Tindakan : Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan peringkat sekolah dan semua guru. 4.18.2 APDM APDM murid terutamanya murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 hendaklah dikemas kini dan dilengkapkan segera oleh semua guru kelas untuk memudahkan guru mata pelajaran memasukkan markah ujian bulanan dan peperiksaan dalam SAPS. Encik Ahmad Shahir @ Shaharin bin Hashim diminta memuat naik senarai nama murid-murid tingkatan 1, 2,3,4,dan 5 tahun 2016 dalam laman web sekolah. Senarai nama murid semua tingkatan hendaklah dipaparkan pada papan kenyataan untuk rujukan murid agar proses PdP boleh terus dijalankan pada hari pertama persekolahan. Tindakan : Semua guru. 4.18.3 Headcount: TOV/KPI PT3 dan SPM 2016 Ketua Panitia bersama-sama panitia masing-masing dikehendaki menyediakan TOV dan KPI sekolah untuk peperiksaan PT3 dan SPM 2016 berpandukan KPI Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Semua guru hendaklah sentiasa merujuk, mengambil tahu, melaksanakan program peningkatan prestasi dan sentiasa berusaha ke arah pencapaian TOV dan KPI tersebut. Guru juga diminta menetapkan TOV dan KPI mata pelajaran kelas masing-masing dan berusaha untuk mencapai TOV dan KPI tersebut . Tindakan : Semua guru. School Enhancement Program (SEP) SMKJK berada di band 5. Semua guru hendaklah berusaha meningkatkan band sekolah dari band 5 kepada band 4. Tindakan : Semua guru. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Guru diminta sentiasa merujuk buku Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3 untuk memastikan guru berada pada landasan yang betul semasa melaksanakan PBS. Pada tahun 2015 terdapat aduan daripada ibu bapa murid tentang PAJSK iaitu tinggi anak mereka tidak berubah. Guru yang bertanggungjawab dalam PAJSK dikehendaki sentiasa peka dan memastikan agar kesilapan tersebut tidak berlaku lagi pada tahun 2016. Tindakan : Semua guru. Guru tidak dibenarkan menggunakan buku kerja PBS dalam proses PdP. Tindakan : Semua guru. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Sebahagian besar murid SMK Jalan Kebun belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.. Tindakan : Semua guru Sains dan Matematik. Program TIMSS dan PISA Sekolah yang terlibat dalam kajian TIMSS dan PISA 2016 masih belum dimaklumkan oleh PPD. Tindakan : Makluman. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan I-Think Semua guru perlu sentiasa membiasakan murid dengan soalan KBAT semasa proses PdP. Aktiviti menggunakan peta I-Think juga perlu dilaksanakan dalam proses PdP dan dicatat dalam BRMG. Tindakan : Semua guru. Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMB) Aktiviti program MBMMBI hendaklah dirancang, dilaksanakan dan perlu didokumentasikan sebagai bukti pelaksanaan. Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Profesional Learning Communities (PLC) Semua guru perlu menghayati PLC. Tindakan : Semua guru. Sistem Set Sistem set dalam Bahasa Inggeris akan dilaksankan ke atas semua murid tingkatan 1. Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan semua guru Bahasa Inggeris. APTIS/PRO ELT Pada tahun 2016 tiada guru SMKJK terlibat dengan APTIS/PRO ELT. Tindakan : Untuk makluman Assisting Schools in English (ASIE) Sasaran program ASIE ialah murid sederhana dan lemah dalam Bahasa Inggeris Tingkatan 3. Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan semua guru Bahasa Inggeris. School Improvement Specialist Coaches (SISC) Semua guru diminta sentiasa bersedia dengan kehadiran SISC ke SMKJK. Pihak sekolah juga boleh berbincang dengan Encik Mohd Noh, pegawai SISC PPD untuk membantu dalam perancangan PdP. Tindakan : Semua guru. VLE FROG - Pembelajaran Atas Talian Setiap guru hendaklah mempunyai 'dashboard' sendiri dalam VLE FROG dan memastikan 'dashboard' tersebut sentiasa aktif dan digunakan dalam proses PdP. Pihak sekolah berharap pada tahun 2016 penggunaan VLE FROG semasa PdP dapat ditingkatkan ke tahap maksimum. Sistem mentor mentee dalam kalangan guru SMKJK juga akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran guru dalam VLE FROG. Tindakan : Semua guru. Makmal Inovasi Pada tahun 2016 guru-guru sains dan pembantu makmal diminta berusaha untuk meletakkan SMKJK berada dalam 'ranking' teratas dalam pertandingan Makmal Inovasi. Tindakan : Semua guru. Program Nilam Pn Ruhiyah telah dilantik sebagai penyelaras program Nilam pada tahun 2016. Jawatankuasa Program Nilam 2016 dikehendaki mengemas kini, merancang dan menjalankan aktiviti Program Nilam mengikut jadual yang telah dirancang dengan baik agar pada tahun 2016 Program Nilam SMJK dapat membuat lonjakan terutamanya dalam meningkatkan prestasi murid yang memperoleh gred C dan D dalam Program Nilam 2015 kepada gred A dan B dalam Program Nilam 2016. Tindakan : Jawatankuasa Program Nilam. Kelas Intervensi Kelas intervensi diteruskan untuk semua tingkatan. Jawatankuasa Intervensi dikehendaki mendapatkan maklumat berkaitan murid tingkatan 1 yang tidak boleh membaca agar kelas intervensi murid tingkatan 1 dapat dimulakan lebih awal. Tindakan : Jawatankuasa Intervensi. Program ICTL Jawatankuasa ICTL perlu merancang program ICTL dengan teliti agar lebih ramai murid SMKJK mahir menggunakan komputer. Tindakan : Semua guru. Makmal komputer dan pusat akses Penggunaan makmal komputer dan pusat akses hendaklah direkodkan bagi memastikan ia digunakan mengikut keperluan. Guru-guru juga diminta memberi peluang dan keutamaan kepada murid-murid SMKJK untuk menggunakan komputer di pusat akses dan di makmal komputer. Tindakan : Semua guru pusat akses. Penggunaan buku kerja Ketua panitia perlu berbincang dengan GKMP tentang penggunaan buku kerja dalam proses PdP. Tindakan : Semua guru. Minit Curai Minit Curai akan dipantau oleh semua GKMP. Guru yang menghadiri mesyuarat dan kursus diminta mengiisi minit curai yang boleh diperoleh daripada GKMP masing- masing. Tindakan : GKMP dan semua guru. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Semua guru PJK dan murid dikehendaki mematuhi etika pakaian semasa PJK. Kaedah peminjaman peralatan PJK perlu dibuat penambahbaikan. GKMP akan hadir dalam semua mesyuarat PJK. Tindakan: Semua guru PJK. Latihan/Tugasan semasa cuti Latihan atau tugasan semasa cuti hendaklah dirancang, disiapkan lebih awal, dilaksanakan dan disemak secara sistematik. Tindakan: Semua guru. Kajian Tindakan Setiap panitia mata pelajaran diminta membuat dan menghantar kajian tindakan kepada ketua panitia dan GKMP untuk disemak sebelum dihantar ke PPD. Anugerah akan diberi kepada guru jika kajian tindakannya berjaya dipilih oleh PPD. Tindakan: Semua panitia mata pelajaran. Dialog prestasi Dialog prestasi bagi setiap panitia mata pelajaran akan dijalankan sebanyak 12 kali setahun. Dialog prestasi mata pelajaran untuk bulan Januari dijalankan pada 28.12.2015 dan 9.1.2016. Tindakan: Semua panitia mata pelajaran. Hal-hal Lain Majlis persaraan pengetua Majlis persaraan pengetua akan dijalankan pada hari Jumaat, 8 Januari 2016. Semua guru diminta membayar RM25 kepada Bendahari Kelab Staf 2015 dan semua guru kelas diminta membayar RM20 kepada penyelaras tingkatan 2016 selewat-lewatnya pada 29.12.15. Setiap murid boleh menderma sebanyak RM1 tanpa sebarang paksaan. Tema majlis persaraan pengetua ialah tema tradisional. Majlis akan bermula seawal jam 7.30 pagi. Sarapan pagi VIP akan dijalankan di Bilik Gerakan dan sarapan pagi guru dijalankan di kelas berhampiran bilik SPBT. Pengetua akan merasmikan Anjung Seri Alijah sebelum merakam keluar kad perakam waktu sempena berakhirnya perkhidmatan beliau sebagai pendidik dan sebagai pengetua di SMKJK Tindakan: Semua guru. Bilik peperiksaan sebagai bilik kebal sekolah Mulai tahun 2016 bilik peperiksaaan telah dinaik taraf sebagai bilik kebal sekolah. Oleh itu guru dan murid tidak boleh masuk ke bilik tersebut tanpa kebenaran. Pn Noor Diyana Ismail akan bertanggungjawab memegang kunci bilik tersebut. Tindakan: Semua guru. Bilik peperiksaan sebagai bilik kebal sekolah Guru diminta tidak mengubah penempatan guru di bilik guru. Guru hanya diminta menceriakan bilik guru dan meja masing-masing. Tindakan: Semua guru. Tempahan bilik darjah Pn Nor Faridah Hanum bt Mohtasar mencadangkan agar guru tidak membuat tempahan sesebuah bilik darjah untuk tempoh setahun bagi memberi peluang kepada guru dan murid lain menggunakan bilik darjah tersebut untuk kelas tambahan dan sebagainya. Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengah hari dengan bacaan doa kafarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat yang berikutnya akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. Urus setia, …………………………... (RUZITA BINTI KAMIL) dan ………………………... (ASIRAH BT AHMAD) TARIKH: 28 DISEMBER 2016 PAGE \* MERGEFORMAT 1