Academia.eduAcademia.edu

PERMAINAN TRADISIONAL

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada permainan tradisional, jenis-jenis permainan tradisional, peraturan-peraturan permainan tradisional dan pengurusan pertandingan tradisional. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Tajuk 1 PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada permainan tradisional, jenis-jenis permainan tradisional, peraturan-peraturan permainan tradisional dan pengurusan pertandingan tradisional. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep permainan tradisional 2. Mengurus permainan tradisional dalam bentuk pertandingan 3. Menghuraikan peraturan permainan tradisional 4. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pengurusan Permainan Tradisional Pengenalan kepada Permainan Tradisional Peraturan Permainan Tradisional Jenis-Jenis Permainan Tradisional 1 Pengurusan Pertandingan Tradisional PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan KANDUNGAN 1.0 Pengurusan permainan tradisional 1.1 Pengenalan kepada permainan tradisonal Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional selalunya dimainkan untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan nilai persahabatan di kalangan peserta. Melalui permainan sukan tradisional ini, ia juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional tidak dinyatakan secara jelas. Ia lebih bergantung kepada situasi semasa ditempat pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil bahagian. 1.2 Jenis-jenis permainan tradisional Sebenarnya permainan tradisional ini wujud dalam variasi pertandingan yang banyak dan berbeza-beza. Keadaan ini disebabkan permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat yang pelbagai. Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu dan juga secara berkumpulan iaitu melebihi daripada seorang. 2 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Jadual 1.1: Jenis Permainan Tradisional Individu Kumpulan Wau Tating lawi Dam Usung balak Gasing Sorong kereta Congkak Galah panjang Laga Ayam Sepak raga bulatan Kategori Pertandingan Kategori pertandingan permainan tradisional dibahagikan kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman. Jadual 1.2: Ciri-ciri Kategori Permainan Tradisional Permainan Anjung Tempat permainan Permainan Berpasukan melibatkan Tempat permainan kawasan yang tidak luas melibatkan kawasan permainan yang luas Melibatkan bilangan pemain yang Melibatkan pemain yang ramai dan tidak ramai Kawasan biasanya dalam bentuk kumpulan permainan di dalam Kawasan permainan di luar rumah ruangan rumah contohnya di anjung atau di kawasan lapang contohnya di rumah padang Tempat permainan di leparan simen Tempat permainan di ruang tanah, atau lantai kayu rumput atau simen 3 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 1.3 Peraturan Permainan Tradisional Sebenarnya undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub dan tidak dinyatakan secara jelas. Ia lebih bergantung kepada situasi semasa di tempat pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil bahagian. Semenjak kebelakangan ini didapati Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan telah mula memberi perhatian terhadap sukan rakyat ini. Sistem pertandingan sukan ini mula dipiawaikan tetapi mengikut keadaan tempat, peserta dan situasi pertandingan permainan tradisional itu. Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga. 1.4 Pengurusan Pertandingan Tradisional Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang berkaitan dengan sejarah permainan tradisional seperti dari mana asal permainan tradisional, siapa pelopor permainan ini, di manakah permainan ini mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan permainan tradisional disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen atau rujukan khas yang boleh kita rujuk. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat kepuasan, keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti 4 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti permainan yang dipilih pula adalah secara sukarela dan tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional yang dimainkan kebiasaannya dicetuskan dari pengalaman kehidupan sendiri seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Dari segi peralatan, kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Selalunya alatan yang digunakan dalam permainan tradisional boleh diperolehi di alam sekeliling yang berdekatan sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah atau bahan kitar semula. Syarat dan peraturan permainan sukan tradisional ini lebih terarah kepada persetujuan pemain di antara dua pihak. Peraturannya juga berbeza mengikut keadaan sesuatu tempat, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. 5 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Aci sorok Di beberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat menggemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. Undian Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain. Cara Bermain dan Peraturan Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain 6 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah selesai, kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya. 7 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Bulu Ayam Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4 cm. garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi 8 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara. 9 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Cari Cucu Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Permainan Cari Cucu Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. 10 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Nyanyian Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu di mana berada. Nenek kahwin dengan anak raja. Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya. Nyanyian Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia yang jadi. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. 11 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan. Galah Panjang Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling 12 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. Gelanggang Permainan Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja. 13 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Cara Bermain Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya. Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut. 14 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Guli Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Gelanggang Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1m. Ditengahtengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10cm. lebar dan sedalam 7cm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan. Cara Bermain Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia 15 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjentik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan. Jala Itik Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan. Cara Bermain Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan 16 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan masing-masing yang diangkat ke atas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas. Menentukan Pemain Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masingmasing. Pertukaran Pemain Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai. Menentukan Pemenang Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya 17 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah. Konda Kondi Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. 18 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, manamana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu 19 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini. Sepak Raga Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Cara Bermain Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu 20 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. Teng Teng Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan 21 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampung-kampung gelanggang dibuat dengan menggoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. Gelanggang & Gundu Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah. Gelangang Teng Teng Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper. 22 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia dianggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan. 23 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Membina Rumah Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat ke dalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan ke semua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati. 24 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Wau (Layang-Layang) Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis Wau Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding. Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu 25 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau Teraju Tiga. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa. 26 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Congkak Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Congkak ini dikenali sebagai Jongkok di utara semenanjung. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Lubang papan congkak sebesar 9cm. garis pusat dan 7cm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut .Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung.Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Peraturan permainan Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam 27 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. 28 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Batu Seremban Permainan batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat yang dikenali sebagai buah. Cara bermain Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ini dilakukan dengan cara menimbang buah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan yang berlainan yang dikenali dari peringkat batu satu hingga peringkat batu ketujuh 29 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama, pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan 30 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementara itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama adalah sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. 31 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Gasing Gasing adalah popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Cara bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut Pertandingan gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual man. 32 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Gasing uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri di mana seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam. Gasing pangkah Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak 33 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. 1.5 Kesimpulan Secara keseluruhannya permainan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Kebiasaannya aktiviti yang dipilih dalam sukan ini adalah secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Permainannya lebih berkisar kepada kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Permainan tradisional di warisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam permainan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Oleh itu generasi sekarang dan akan datang haruslah merasa bangga dan sentiasa menjaga serta menghidupkannya kembali agar tidak luput di telan zaman. 34 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan TUGASAN TERARAH Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan pengurusan permainan tradisional. LAMAN WEB Laman Web Kementerian Belia dan Permainan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy. 35 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan RUJUKAN Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. pelajaran Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd. 36 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Tajuk 2 PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini meliputi aspek pembangunan jurulatih, kenal pasti bakat dan pembangunan atlet. Modul ini juga menyediakan latihan terarah bagi memudahkan kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan. HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan corak program pembangunan sukan seperti pembangunan jurulatih, program mengenal pasti bakat dan pembangunan atlet 2. Mempamerkan komitmen kepada kepada kecemerlangan, akauntabiliti integriti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Program Pembangunan Sukan Pembangunan Jurulatih Kenal Pasti Bakat 37 Pembangunan Atlet PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan KANDUNGAN 2.0 Program Pembangunan Sukan Program melibatkan kegiatan sukan merupakan sebahagian daripada aktiviti kehidupan masyarakat. Aktiviti itu memberi kesempatan kepada ahli-ahli sukan dan masyarakat untuk mengenal dan mengintegrasikan secara praktik pengetahuan yang dipelajari mereka melalui aktiviti amali sukan. Oleh itu sukan merupakan aktiviti bersepadu dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Sukan tidak terbatas kepada kemahiran fisikal sahaja bahkan dikaitkan juga dengan bidang kehidupan yang lain seperti sosial dan emosi. Untuk itu keutamaan program pembangunan sukan seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet dan program mengenal pasti bakat perlu diberi penekanan. 2.1 Pembangunan Jurulatih Bagi melahirkan atlet-atlet sukan yang berwibawa maka jurulatih yang dipilih dan dilantik mestilah seseorang yang berkebolehan dan berilmu. Justeru itu seseorang jurulatih haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas, bermotivasi, kekuatan dan peka dengan keperluan individu. Ia juga berjaya menyelesaikan masalah dan dapat mewujudkan suasana persekitaran latihan yang sesuai serta dapat mengelola program latihan yang padat dan menyeluruh. Bagi melahirkan jurulatih yang terbaik, pembangunan jurulatih perlulah dilaksanakan. 38 penyusunan terhadap program PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 2.1.1 Kaedah menyusun program pembangunan untuk jurulatih Keperluan Sebagai langkah permulaan, persatuan sukan mesti dapat mengenalpasti dan menentukan keperluan mereka dalam bidang sukan. Pemimpin-pemimpin sukan hendaklah menetapkan bentuk dan peringkat kepakaran yang diperlukan mereka. Mungkin mereka memikirkan untuk melahirkan ahli sukan dan jurulatih diperingkat tempatan, kebangsaan ataupun antarabangsa. Peringkat Mereka juga perlu mempertimbangkan bilangan jurulatih yang mereka perlukan di tiap-tiap peringkat itu dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang. Dalam pada itu mereka juga harus memikirkan tentang sumber, kemudahan, peralatan dan tenaga pengajar yang akan melatih mereka. Di setengah negara persatuan mereka sendiri mempunyai segala kemudahan yang diperlukan itu. Dengan itu, mereka dapati mudah untuk merancang latihan itu. Mengenal Pasti Persatuan sukan harus dapat mengenal pasti jurulatih yang cekap, terlatih dan berkemahiran tinggi di kawasan mereka untuk memberi latihan yang teratur. Mereka dapat membantu persatuan sukan untuk membantu merancang program latihan itu. Tetapi jikalau mereka tiada mempunyai kemudahan seperti itu, mereka terpaksa mencari alternatif yang lain. Oleh itu, mereka terpaksa berhubung dengan badan-badan sukan lain yang telah berjaya mengendalikan rancangan latihan jurulatih. Merancang Apabila persatuan sukan itu telah berjaya memastikan keperluannya, dan mempunyai idea untuk sumber, perancangan untuk mengadakan latihan jurulatih boleh dimulakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat latihan. Melatih jurulatih merupakan projek yang menelan masa yang agak lama juga. 39 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Latihan jurulatih memerlukan pendekatan yang sistematik. Rancangan itu mesti ada kelonggaran dan harus peka mengikut keperluan jurulatih yang sering berubah-ubah. Memikirkan Sumber Dalam menganjurkan latihan jurulatih mesti difikirkan tentang sumber-sumber yang ada di persekitaran persatuan itu. Peluang untuk latihan itu mungkin dapat dikendalikan oleh Kementerian dan Jabatan Belia dan Sukan. Majlis sukan negara mungkin dapat membantu memberi latihan jurulatih. Begitu juga, Majlis Olimpik Malaysia mungkin dapat menghulurkan bantuan untuk melatih jurulatih di peringkat pusat. Mungkin tenaga kerja pensyarah universiti dan institut pendidikan guru serta guru-guru sekolah boleh digunakan untuk mengadakan latihan jurulatih untuk persatuan sukan. 2.1.2 Merangka Rancangan Latihan Kejurulatihan Sukan 1. Menentukan bentuk, jenis dan bidang pengetahuan yang perlu disampaikan bagi tiap-tiap peringkat latihan kejurulatihan itu. 2. Menetapkan peruntukan masa untuk meyampaikan tiap-tiap tajuk dalam kursus latihan itu dengan menyusun penjadualannya secara tersusun. 3. Menentukan sumber yang berbentuk kemudahan, alat tulis, kelengkapan dan tenaga pengajar bagi tiap-tiap peringkat kursus latihan kejurulatihan. 4. Mengadakan program latihan untuk melahirkan jurulatih-jurulatih yang cekap dan berkelayakan bagi tiap-tiap peringkat latihan. 5. Menentukan tenaga pengajar yang bertauliah bagi tiap-tiap tahap latihan kejurulatihan sukan. 6. Mengeluarkan tawaran mengenai kursus latihan kejurulatihan daripada persatuan sukan, pusat latihan sukan atau pun institusi pendidikan. 7. Jurulatih-jurulatih yang telah berjaya menamatkan kursus latihan mereka diperingkat tertentu dengan jayanya hendaklah diberi pengikhtirafan dalam bentuk pensijilan. 8. Peringkat pertandingan sukan yang berlainan memerlukan jurulatih yang berkaliber. 9. Oleh itu, jurulatih-jurulatih hendaklah digalakkan untuk mengikuti program 40 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan latihan mengikut peringkat demi peringkat. 2.1.3 Pemilihan Calon Jurulatih Kriteria Calon-calon jurulatih yang dipilih itu harus mempunyai sifat-sifat sahsiah berikut: 1. Calon-calon yang dipilih itu harus mempunyai kecerdasan dan kematangan fikiran. 2. Jurulatih yang dipilih itu mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan manusia. 3. Perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang dan perkembangan sukan. 4. Terdapat juga calon jurulatih yang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan jangka masa panjang. 5. Mempunyai kemahiran mengajar yang menyeronokkan dan berkesan. 6. Bakal jurulatih yang dipilih itu mempunyai hubungan manusia yang baik, mesra ceria dan pandai bergaul. 7. Pendekatan yang digunakan adalah praktikal dan berkesan serta dapat pula menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam bidang sukan. 8. Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang sukan, berpengetahuan mengenai anatomi dan psikologi manusia serta telah mengikuti latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 9. Jurulatih itu perlulah seseorang yang berdedikasi, mempunyai semangat yang berkobar-kobar, beretika, adil, berdisiplin tinggi dan dapat membuat penilaian terhadap atlet. 2.1.4 Prinsip Kejurulatihan 1. Merupakan individu yang pakar dalam bidang sukan dan dapat membantu ahli- ahli sukan mengembangkan bakat. 2. Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berasaskan matlamat, pertumbuhan, perkembangan dan pembangunan ahli-ahli sukan. 3. Menjadikan sukan sebagai cabaran hidup dan aktiviti yang menyeronokkan. 4. Sering bersikap jujur dan ikhlas kepada ahli-ahli sukan. 5. Berpakaian kemas, bergaya, berbudi pekerti, berlemah lembut, bersopan 41 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan santun dan berhemah tinggi. 6. Kesihatan fizikal harus menjadi matlamat hidup dan menggalakkan semua ahli sukan agar sentiasa sihat sepanjang masa. 2.1.5 Ciri-Ciri Program Latihan Jurulatih Program atau kursus kejurulatihan yang baik mempunyai ciri-ciri seperti peringkat kejurulatihan, bahagian kursus latihan, dan pensijilan. Berikut adalah penerangan bagi setiap ciri yang dinyatakan. Peringkat Latihan jurulatih terdiri daripada empat peringkat: Tahap asas: Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan. Tahap pertengahan: Melatih peserta di peringkat daerah. Tahap lanjutan: Melatih peserta di peringkat negeri. Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan. Bahagian Kursus Latihan Bahagian Pertama – Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan, strategi dan perancangan latihan. Bahagian Kedua – Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dan lain lain. Bahagian Ketiga – Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan). Pensijilan Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang berjaya mengikuti kursus pada setiap peringkat. Sijil menjadi perangsang kepada mereka meneruskan latihan. Latihan kejurulatihan menjadikan mereka lebih cekap mengendalikan kegiatan sukan. 42 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 2.2 Kenal Pasti Bakat Kenal pasti bakat atau juga dikenali sebagai „Talent Identification Device‟(TID). Ianya bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi pelapis untuk mewakili negara dalam sukan. Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan mengadakan suatu program khas yang diadakan dipusat-pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia. Program ini diadakan bagi melalui beberapa ujian yang dilaksanakan oleh MSN dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Cara keduanya ialah pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN) serta seterusnya ke peringkat kebangsaan (MSSM). Mereka yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12 tahun. Pemilihan pemain merupakan satu proses yang amat penting dan sukar. Seseorang jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dengan pemain yang tidak baik. Kewujudan kumpulan pemain yang baik tetapi tidak sesuai merumitkan lagi proses pemilihan. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah, malah menghapuskan peluang pemain yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan maju. 2.2.1 Pemilihan Berstruktur Satu pelan perlu dirancang untuk menentukan struktur atau peraturan pemilihan pemain dijalankan secara adil dan hanya pemain yang benar-benar sesuai dipilih. Para pemain yang terlibat dalam proses pemilihan perlu diberitahu terlebih dahulu tentang prosedur yang akan diambil supaya mereka dapat bersedia dari segi psikologi. Proses pemilihan pemain melibatkan pemilihan objektif dan subjektif. 43 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Pemilihan Objektif 1. Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet perlu dinilai termasuk pemerhatian terhadap kemahiran istimewa yang dimiliki atlet. Misalnya dalam sukan badminton, kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti membuat servis, pukulan drive, pergerakan digelanggang dan smesy. 2. Tahap kecergasan atlet adalah penting dalam aspek pemilihan. Oleh itu komponen kecergasan berasaskan kemahiran atlet perlu diuji supaya jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih dalam aspek ini. 3. Kesesuaian seseorang atlet untuk bermain dalam permainan individu atau berpasukan perlu diberi pertimbangan. Permainan berpasukan memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan sepasukannya. Selain itu, umur dan pengalaman atlet juga merupakan kriteria pemilihan yang penting. Pemilihan Subjektif 1. Bergantung kepada penilaian peribadi jurulatih terhadap seseorang atlet. Pemerhatian terhadap sifat atletnya seperti sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat, gigih, mudah menyesuaikan diri dan tidak sombong semasa sesi latihan dapat memberi gambaran subjektif yang menyeluruh kepada jurulatih berkenaan seseorang atlet. Seseorang pemain mungkin mempunyai tahap kemahiran yang tinggi tetapi sentiasa menimbulkan masalah dan memberi pengaruh yang tidak baik kepada ahli lain dalam pasukan tersebut. 2. Jurulatih juga boleh menggunakan saluran lain seperti melihat rekod peribadi atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan yang mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai atlet tersebut. 44 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 2.2.2 Identifikasi Bakat Bakat seseorang atlet sebenarnya dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat pelbagai dimensi, bakat satu sukan dan bakat dalam pelbagai sukan (Brown, 2001). Jadual 5.1 di bawah menunjukkan jenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu, manakala jadual 5.2 menunjukkan sembilan ujian teras yang dapat dijalankan untuk tujuan identifikasi bakat. Jadual 5.1 Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu Faktor Prestasi Struktur tubuh badan Tindak balas dan koordinasi Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan - Ketinggian - Jarak rentang lengan - Ketinggian semasa duduk - Jism badan - Masa tindak balas - Keupayaan menangkap - Keupayaan membaling - Penglihatan konvergen - Persepsi dalaman Penglihatan - Penglihatan Pinggiran - Mata dominan Kestabilan - Dirian bangau - Pusingan bangau Kekuatan dan kuasa - Balingan bola - Bangun tubi - Balingan beban (peluru 3 kg) - Lompatan menegak Kelajuan dan keupayaan - Lari pecut 40 m memulihkan pecutan - Pemulihan pecutan Ketangkasan - Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan) Daya tahan - Daya tahan „crunch‟ - Tekan tubi - Lari ulang-alik - Larian 800 m 45 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Kelembutan - Duduk berjangkau - Ekstensi belakang - Skala 1 – 5 terhadap lima faktor Mental - Inventori Eysenck‟s Personality Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6. Jaduai 5.2 Ujian sembilan teras untuk tujuan identifikasi bakat Faktor Prestasi Ujian teras identifikasi bakat Struktur tubuh badan 1. Ketinggian 2. Jarak rentang lengan 3. Ketinggian semasa duduk 4. Jisim badan Kekuatan dan kuasa 5. Balingan beban (peluru 3 kg) 6. Lompatan menegak Kelajuan 7. Lari pecut 40 m Ketangkasan 8. Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan) Daya tahan 9. Larian ulang-alik atau larian 800 m Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6. 2.3 Pembangunan atlet Kejayaan sukan bagi sesebuah negara adalah bergantung terhadap perancangan yang baik dan berkesan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet, prasarana sukan dan pelbagai kemudahan yang lain. Kalau dilihat dari segi pembangunan atlet, negara kita juga tidak ketinggalan dalam mencari bakat dari akar umbi iaitu semenjak di bangku sekolah rendah lagi, seterusnya berterusan ke sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya lagi. 46 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Dalam hal ini, panel jurulatih terbaik yang dilantik sama ada di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan, haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti bakat-bakat yang terbaik agar tidak terlepas pandang terhadap atlet sukan yang berbakat. Untuk itu pembangunan atlet yang telah terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang terancang samada dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya lagi. Merancang program latihan Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Seorang jurulatih seharusnya merancang program latihan dengan memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti teknik permainan (kemahiran sukan), taktik permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi serta pengetahuan permainan (termasuk undang-undang permainan). Bentuk program latihan Terdapat dua bentuk program latihan, iaitu program latihan jangka pendek yang mengambil masa kurang daripada dua tahun dan program latihan jangka panjang yang mengambil masa antara dua hingga empat tahun. Latihan kemahiran psikologikal (LKP) LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan. 47 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Pemakanan atlet Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik. Sahsiah Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya amat menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap atlet. Kerangka program latihan Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat periodisasi. Periodisasi boleh dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses pembahagian pelan tahunan kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang dapat dijalankan secara teratur. Tujuan kerangka program latihan adalah untuk memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya periodisasi, jurulatih akan berasa lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program latihan membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan 48 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bersistematik. Ini juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan oleh jurulatih terhadap atlet yang dilatih. Fasa-fasa latihan Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitaran makro dan kitaran mikro serta mempunyai matlamat yang berbeza. Fasa persediaan Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu persediaan umum dan persediaan spesifik. Fasa persediaan umum memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan bagi persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah sederhana (40% - 70%). Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu. Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa persediaan umum. Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 – 10 minggu. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan. Fasa pertandingan Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu pra-pertandingan dan pertandingan. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa pertandingan adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini dilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa serta daya tahan otot. Jangka masa bagi 49 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan fasa ini adalah antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan diperlukan bagi fasa ini. Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu dikurangkan. Jangka masa bagi fasa pertandingan bergantung kepada format pertandingan. Fasa transisi Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. Jangka masa fasa masih bergantung kepada pertandingan. Rehat aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan program dan merancang sesi latihan yang akan datang. Isipadu Isipadu adalah jumlah kerja atau aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh seseorang atlet. Intensiti Latihan Intensiti latihan merujuk kepada kualiti kerja yang yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (repitition maxsimum). Intensiti rendah tidak meningkatkan tahap kecergasan. Intensiti terlalu tinggi mengganggu proses pembangunan kecergasan kecederaan. Terdapat komponen-komponen yang 50 diberi keutamaan mengikut fasa. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Komponen-komponen tersebut adalah latihan atau pembinaan fizikal, latihan atau pembinaan psikologi, latihan atau pembinaan teknikal (kemahiran) dan latihan atau pembinaan taktikal (strategi). Penekanan kepada komponen-komponen ini diberi mengikut kitaran latihan. Jurulatih perlu memahami konsep-konsep isipadu, intensiti dan rehat supaya program yang dirancang menghasilkan kualiti pada akhir latihan. 2.4 Kesimpulan Keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa program pembangunan sukan yang terancang melibatkan pembanguan jurulatih, pengenalpastian bakat dan juga pembangunan atlet merupakan satu program terancang yang di susun secara sistematik agar dapat memenuhi keperluan negara dalam melahirkan jaguh sukan untuk mewakili negara hingga ke peringkat dunia. Keutamaan bakat muda bermula dari peringkat agar umbi haruslah dikenal pasti, dipupuk dan dibentuk sebaik mungkin. Semua pihak perlulah memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada semua untuk mereka fahami. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu dalam merealisasikan hasrat ini. 51 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan TUGASAN TERARAH 1. Mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia berkaitan program pembangunan sukan. 2. Dapatkan maklumat bagaimana anda dapat merancang dan menyediakan satu program pembangunan sukan. LAMAN WEB PORTFOLIO Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukanperlu Negara Dokumen atau tugasan disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy. 52 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan RUJUKAN Cheah Swee Ming(1995), Sains Dalam Sukan. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Sofian(2001),Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Pratikal, Kuala Lumpur Utusan Publicatiuons & Distribution Sdn.Bhd. Omardin Ashaari (1998). Pengurusan sukan: Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan. Kuala Lumpur Wee Eng Hoe (2002). Sains Kejurulatihan. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd http://www.scribd.com/doc/40678061/Pentadbiran-Sukan. htm http://www.scribd.com/doc/31969160/Pembangunan Jurulatih.htm http://www.isn.gov.my/tid/index.php?option=com_content&view=frontpage&Item id=1 http://www.brianmac.co.uk/plan.htm 53 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ISU-ISU DALAM SUKAN Tajuk 3 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai isu-isu dalam sukan yang merangkumi isu wanita dan sukan, sukan dan media massa, politik dan sukan, insentif dan atlit, perjudian dalam sukan serta cabaran sukan negara membangun masa kini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 5. Menjelas isu-isu dalam sukan 6. Menghuraikan tentang wanita dan sukan 7. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh 8. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Isu-Isu Dalam Sukan Wanita dan sukan Sukan dan media massa Politik dan sukan Perjudian dan sukan Cabaran sukan negara membangun masa kini 54 Insentif dan atlit PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan KANDUNGAN 3.0 Isu-isu dalam sukan 3.1 Wanita dan sukan Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain begitu juga antara wanita sebuah negara dengan negara lain. Tetapi dalam kontek sukan dunia, ternyata bahawa penglibatan kaum wanita kini amat ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada ikatan atau kekangan budaya atau adat resam, sosial, politik dan agama. Kini atlet wanita telah menyumbang pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki. Wanita hari ini memainkan peranan penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah mengembeling tenaga di semua peringkat sukan. Mereka juga bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan sukan, pembangunan atlet muda, pengurusan sukan dan sebagainya. Di samping itu kaum wanita juga menjalankan pelbagai kegiatan dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan malahan telah dapat menjadi pengurus dan pemimpin dalam pentadbiran sukan. 3.1.1 Mitos wanita dalam sukan Sukan Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita untuk menyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa penggunaan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem pembiakan kaum wanita. Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita telah dilarang untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita dilarang menyertai sukan tanpa kajian saintifik akan kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan wanita. 55 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3.1.2 Kedudukan wanita dalam masyarakat Pandangan umum terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat yang diwarisi sejak dahulu masih berada ditahap yang rendah iaitu melihat wanita sebagai anggota sokongan yang seharusnya menjalakan tugas-tugas membantu kepada golongan lelaki. Maka dari segi penyertaan wanita dalam sukan dan mungkin juga pandangan umum ini turut meletakkan kaum wanita agak ketinggalan daripada kaum lelaki dalam sukan terutamanya sukan yang memerlukan tindakan yang agresif, mengerah tenaga yang ada hubungan dengan kekuatan fizikal dan sebagainya. Hal ini mungkin ada hubungan dengan fungsi utama wanita yang dianggap sebagai agen untuk reproduktif dengan segala implikasinya. Sungguhpun pandangan ini telah lapuk, namun hal ini masih berpengaruh dalam konteks negara membangun terutamanya di sebelah timur. Bagaimanapun, dari satu sudut, budaya timur melihat ada jenis-jenis sukan yang tidak sesuai disertai oleh kaum wanita. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap tanggapan ini kerana dari segi realitinya hal ini merupakan pandangan yang disokong oleh kenyataan yang wujud dalam jenis-jenis sukan tertentu. 3.1.3 Faktor yang menyebabkan wanita menjauhi sukan Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum wanita dalam sukan. Antaranya sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang wujud daripada “sex stereotyping”. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan kesedaran atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini demikian kerana berpunca daripada ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan peluang. Oleh itu, untuk menggalakkan kaum wanita terlibat aktif dalam sukan maka faktor ketidaksaksamaan perlu diatasi. Faktor seterusnya ialah wanita kekurangan kepekaan kerana sikap “sex stereotyping:, maka ramai kaum wanita tidak digalakkan aktif bersama-sama kaum lelaki, tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti yang sama jenis dengan kaum lelaki dan kaum wanita juga tidak diberi harapan atau tanggapan 56 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan terhadap kompetensi mereka sama seperti kaum lelaki dalam sukan. Faktor seterusnya yang menyebabkan kaum wanita menjauhi aktiviti sukan kerana kekurangan self-esteem mereka untuk aktif bersukan, kekurangan sistem yang menyokong penyertaan wanita, kekurangan kebolehan kemahiran bersukan dan kekurangan peluang dan pendedahan terhadap sukan. Hakikatnya terdapat pelbagai halangan dan perbalahan terhadap wanita untuk bergiat cergas dalam sukan. Perbalahan atau halangan ke atas wanita bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau feminine dan fitrah kejadian wanita seperti :I. Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine II. Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan. III. Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan, oleh itu mereka tidak perlu dilibatkan dalam sukan. IV. Wanita tidak perlu digalakkan menceburi sukan kerana mereka mungkin menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal. Oleh kerana larangan dan perbalahan ini maka wanita enggan terlibat secara aktif dalam sukan secara total kerana banyak lagi tanggapan yang negatif dibuat terhadap wanita jika mereka bergiat cergas dalam sukan contohnya jika wanita terlalu aktif bersukan maka mereka akan mirip seperti lelaki iaitu otot mereka menjadi sasa atau tegap (masculine). Tanggapan sebegini ini yang menyebabkan timbulnya pelbagai konflik terhadap wanita untuk menceburi dengan aktif dalam sukan. 3.1.4 Konflik fizikal Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan dan penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet wanita. Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan apabila terlibat dalam sukan. 57 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan bahawa jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti lelaki dan tidak feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan atau feminine tetapi harus menjadi sebahagian proses perkembangannya. 3.1.5 Konflik psikologi Disebabkan banyak tanggapan negatif ke atas wanita yang bersukan maka timbullah konflik psikologi ke atas wanita. Walau bagaimanapun Snyder dan Kivlin (1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai kesejahteraan psikologi yang baik. Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya menyatakan bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap yang baik dalam kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap kekecewaan yang rendah. Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan “feminine traits”. 3.1.6 Konflik Fisiologikal Pengetahuan berkaitan fisiologi wanita bersukan telah benyak dibuat kajian. Namun terdapat prejudis dan pemikiran yang tidak sainstifik terhadap wanita yang bersukan. Kerap kali dikatakan sukan untuk “tomboys” dan mereka yang terlibat dalam sukan secara aktif akan menanggung risiko terhadap kewanitaan mereka. Bersukan boleh memberi kesan buruk ke atas sistem reproduktif wanita dan mengubah penampilan wanita menjadikan susuk tubuh badan mereka lebih masculine. Kerap dikatakan wanita akan menghadapi kesukaran untuk mengandung secara normal jika terlalu aktif bersukan. Robinson (1973) dalam kajiannya telah menyangkal tohmahan ini. Wanita tidak sepatutnya ditakut-takutkan dengan tanggapan yang aktiviti fizikal akan menjadikan mereka masculine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap kewanitaan mereka tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan mereka. 58 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3.2 Sukan dan media massa Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi sukan terlibat membangunkan produk, acara dan menentukan harga untuk menyaksikan sesuatu kejohanan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan menyampaikan kepada penonton sukan. Kejayaan sesuatu kejohanan sukan juga sangat bergantung kepada aktiviti publisiti, promosi, penajaan dan juga penyiarannya. Dalam hal ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting terhadap sukan. Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting kepada sukan. Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan kepada sukan iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. berperanan memberi kesempatan kepada Media massa juga masyarakat dunia untuk menyaksikan program sukan. Imej sukan terhadap masyarakat dunia dipersembahkan oleh media massa. Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya iaitu peminat dan penonton sukan lebih canggih diguna pakai. Peralatan elektronik moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan awam yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti sukan diseluruh dunia. Kerana pendedahan yang kurang professional dan mirip kepada sensasi oleh media massa, khasnya televisyen, para atlet mudah dieksploitasi oleh kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan media massa, khasnya televisyen adalah penting untuk memberikan galakan kepada para atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan. Malangnya liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi, gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif. 59 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3.2.1 Fungsi media massa Media massa mempunyai fungsinya tersendiri biar apa pun penafsiran yang diberikan terhadap media. Lazimnya setiap media ini mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkan oleh media massa agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perpektif yang negatif. Umumnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, penafsir, penghubung dan penghibur i. Fungsi pemerhati Peranan media massa sebagai “pemerhati” boleh ditafsirkan sebagai media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada audien melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan kepada masyarakat. Fungsi amaran Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sepertri ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya yang kemudiannya memberi amaran kepada audien agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual. Contohnya mengenai ancaman H1N1, Malaysia belum diserang oleh wabak ini tetapi media telah memberikan amaran awal kepada audien, oleh itu audien dapat bersiap sedia bagi mengelakkan pandemik ini.Audien tidak perlu lagi ke sana-sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pandemik ini kerana media telah menyebarkan maklumat tentang langkah-langkah persediaan. Fungsi instrumental Media massa sebagai fungsi instrumental ini membantu audien memperoleh maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan yang baru dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang 60 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bertujuan menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam fungsi instrumental ini. ii. Fungsi Pentafsir Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu sahaja. Media massa juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesigniifikan sesuatu peristiwa sukan. Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati “Gatekeepers”. Media akan menentukan mana berita yang penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya. Berdasarkan bahan berita yang disiarkan, audien memperoleh pelbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boloeh didapati di halaman editorial. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan agar audien memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan. iii. Fungsi Penghubung Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audien merupakan peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media massa menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya. Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat ini, segala maklumat mengenai perkembangan sukan dapat diakses dihujung jari sahaja. Media massa menjadi wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain. Kemudahan seperti laman web dapat menghubungkan para peminat sukan dengan atlet, jurulatih dan juga badan-badan sukan. Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan peranan media massa menyediakan akses kepada audien dengan sukan. 61 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan iv. Penghibur Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur semata-mata. Contohnya program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan kepada audien. Fungsi ini ditakrifkan sebagai “media massa berfungsi sebagai penghibur kepada audien melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahupun sekadar hiburan sahaja. Kesimpulannya media massa sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam industri sukan hari ini. Cuma sedikit kebimbangan dengan kewujudan media massa yang lebih mengutamakan isu-isu sensasi atau gossip daripada maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada audien. 3.3 Politik dan sukan Politik ialah alat untuk menunjukkan kuasa seperti kuasa pengurusan pasukan atau persatuan sukan, kuasa hirearki dan pengurusan dan pentadbiran sukan. Politik sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan sukan. Politik wujud dalam kebanyakan aktiviti proses dan perkembangan sukan. Politik berlaku dalam proses pemilihan atlit atau pemain, jurulatih dan juga pegawai sukan. Politik wujud dalam pertandingan atau kejohanan, politik juga wujud dalam kelab sukan. Malahan ada kalanya politik berperanan dalam memastikan kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpinnya. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa melalui sukan juga karier politik seseorang tokoh boleh dijulang atau dijatuhkan. Kuatnya pengaruh sukan terhadap politik sehingga memberi impak ke atas nasib ahli politik. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada negara dan kerajaan yang bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sukan. Melalui sukan, pengaruh politik dapat diserapkan dengan berkesan. Banyak teori yang mengaitkan sukan dengan politik. Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa juga kadang-kadang dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik negara tersebut. 62 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Umum telah mengetahui bahawa, sesebuah badan atau persatuan sukan yang aktif memang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan adanya bantuan kewangan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan atau persatuan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat ditingkatkan. Selain itu, badan sukan tersebut juga boleh menggunakan nama atau pengaruh ahli politik untuk mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan. Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan tersebut dapat menjalankan segala aktiviti dan program yang telah dirancangkan seperti program latihan atlet, program pembangunan sukan, program kejurulatihan dan sebagainya. . 3.3.1 Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan Politik dalam sukan juga memberi impak yang positif terhadap sukan. Antaranya politik dalam sukan dapat membina semangat setiakawan, contohnya peringkat serantau sukan SEA dan sukan Asia Selatan. Politik dalam sukan juga membina kerjasama antarabangsa seperti sukan Olimpik, sukan Komanwel dan sukan Asia. Apabila terdapatnya sesuatu pertandingan atau kejohanan sukan, ahli-ahli politik dapat menjalinkan persahabatan dan juga kerjasama dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam sesuatu negara itu mendapat pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan dan sebagainya. 3.3.2 Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan Sukan sejak dahulu dan hingga kini tidak dapat lari daripada belenggu percaturan politik. Umpamanya persengketaan antara Athens dan Sparta sebelum masihi dahulu masih terus berlaku hingga hari ini, contohnya Olimpik di Moscow pada 1980 dan Olimpik Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peristiwa memboikot penyertaaan ke sukan Olimpik oleh beberapa negara 63 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan tertentu. Hal ini berlaku kerana blok kapitalis dan blok komunis sangat menyedarikan musuh mereka di arena politik dunia juga adalah musuh di gelanggang sukan. Persoalan prestij menjadi perkara penting dan sukan dijadikan medan untuk menunjukkan kekuatan politik dan menyampaikan mesej politik masing-masing. Seterusnya sukan juga dipolitikkan apabila jutaan malah berbilion dollar ditaburkan untuk mendapat hak eksklusif oleh penaja koporat. Hal ni menyebabkan berlakunya perlanggaran etika dengan berleluasa oleh Jawatankuasa Badan Sukan dunia demi mengejar keuntungan, antaranya melalui pelancongan, pembinaan dan pengangkutan. Seterusnya membuka ruang kepada badan sukan dunia mendapatkan imbuhan daripada pihak yang berlumba menjadi pengajur temasya sukan. Umpamanya IOC sebagai sebuah organisasi yang memiliki kuasa yang sangat luas dalam menentukan negara mana yang menganjur dan peraturan lain kejohanan telah dibeli undi OIC, dimana jutaan dollart dibelanjakan pihak korporat untuk membeli “hadiah” kepada anggota badan induk itu. Isu ini hangat diperkatakan selepas skandal sekitar Olimpik di Sidney pada tahun 2000 dan sekitar pemilihan Salt Lake City sebagai penganjur Olimpik musim sejuk 2002. Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia mendedahkan perbelanjaan membeli undi untuk mendapatkan hak menganjur Olimpik di Sidney dengan bantuan kerajaan Australia mencapai AS $ 1 juta untuk membeli pelbagai jenis hadiah kepada ahli-ahli OIC, tidak termasuk belanja lain untuk memenangi hak penganjuran. Rasa kesal terhadap politik wang yang sangat berleluasa ini pernah diluahkan oleh seorang atlet Kanada, Kaliya Young yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai Olimpik selepas melihat apa yang berlaku pada kejohanan sukan tersebut. Persembahan kompetitif atlet bukan hanya untuk menjadi sebahagian satu komuniti global yang bertanding dengan semangat kesukanan, persahabatan dan kesepakatan dunia, tetapi hanya akan diperalatkan oleh syarikat korporat demi kepentingan komersial mereka. Semangat sukan telah dihakis apabila temasya sukan menjadi platform syarikat multinasional seperti Coke, Mc Donald‟s dan lain-lain syarikat mempromosikan produk tidak sihat 64 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan mereka kepada dunia dengan para atlit menjadi alat promosi mereka. Sekurang-kurangnya sejak Olimpik di Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peningkatan perbelanjaan dan berleluasanya tajaan korporat, skandal, korupsi, diskriminasi dan penindasan menjadi trend pesta sukan. Hal ini dapat disaksikan iklan Visa – kad rasmi sukan Olimpik. Media massa memaparkan segala-galanya mengenai sukan kini yang dikuasai oleh jenamajenama korporat. Manakala belanja besar sehingga berbilion dollar dikeluarkan penganjur untuk menganjurkan temasya sukan seolah-olah memperlihatkan politik sentiasa menjadi elemen penting dalam sukan. Terdapat sesetengah ahli politik yang gemar memegang pelbagai jawatan dalam persatuan atau badan sukan. Hal ini kerana mereka tahu jawatanjawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan mereka selain dapat membantu mereka ketika pemilihan atau pilihanraya. Penglibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan atau badan sukan kemungkinan akan terjejas kerana para pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik. Malahan terdapat juga sesetengah persatuan atau badan sukan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan persatuan atau badan sukan. Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan kerajaan dan persatuan sukan terabai oleh kerana kesibukan dan kurangnya tumpuan. Kegiatan sukan yang terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik persatuan atau campur tangan ahli politik. Sukan yang terlalu bergantung kepada naungan dan bantuan kewangan daripada kerajaan. Seterusnya terdapat pemimpin dalam persatuan dan badan sukan yang kurang arif dalam menyelesaikan masalah politik dalaman telah membuka ruang kepada kerajaan dan ahli politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan persatuan atau badan sukan. Terdapat banyak persatuan sukan yang berasakan bahawa dengan menjadikan ahli politik sebagai pemimpin, persatuan sukan boleh mengumpul dana dengan senang dan boleh mendapat pengaruh dalam pelbagai bidang. Hal ini menyebabkan lebih ramai orang menyertai persatuan sukan kerana lebih 65 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan berminat untuk mendekati pemimpin politik berbanding yang betul-betul komited untuk bekerja bagi persatuan sukan. 3.4 Insentif dan atlet Bagi mengiktiraf sumbangan para atlet, jurulatih serta pegawai sukan, pelbagai insentif dan skim kebajikan telah diperkenalkan. Sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pertandingan di pelbagai peringkat dalam mahupun luar negara, Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja, Skim Galakkan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan Pengurusan Pasukan telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain tiu insentif untuk kemasukan atlit ke pusat pengajian tinggi, adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam disiplin yang dipohon. Di samping itu insentif pengurangan beberapa cukai dan eksais ke atas peralatan sukanhendaklah dijalankan supaya lebih ramai orang mampu memperoleh barangan sukan pada harga yang murah. Sejak 2005, kerajaan memberikan imbuhan tetap bulan kepada pemenang pingat olimpik sama ada pingat emasa, perak atau gangsa. Imbuhan ini untuk sepanjang hayat bermula dari tarikh atlit memenangi pingat dikejohanan tersebut. Selain ganjaran kewangan, pengorbanan atlit turut diikhtiraf dalam bentuk darjah kebesaran dan pemberian rumah atau tanah. Misalnya pasukan badminton negara yang menjuarai Piala Thomas pada 1992 telah dikurniakan sebidang tanah setiap seorang daripada mereka Karier ahli sukan yang semakin singkat akibat daripada persaingan sengit menyebabkan atlet berusaha memburu wang ganjaran atau insentif ini. Jika wang menjadi motif utama maka semangat kesukanan, jati diri akan luntur. Justeru atlit perlu ditanam dengan semangat cintakan negara sejak di awal pembabitan dalam bidang sukan dan semangat cintakan sukan itu sendiri dan matlamat utama bergelar atlit ialah untuk meraih kejayaan sekaligus 66 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan mengharumkan nama negara. Kerajaan sudah menghargai sumbangan dan pengorbanan atlet yang mengharumkan nama negara di persada dunia, kini tiba masanya para atlet yang bersaing menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menamatkan kemarau kilauan pingat emas Olimpik untuk negara 3.5 Perjudian dan sukan Perjudian bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan. Perjudian juga didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan pertaruhan. Menurut kamu pelajar (1997), perjudian ialah perbuatan atau hal menjudikan dengan bertaruhkan wang. Menurut kamu Bahasa Melayu Utusan (1995), perjudian bermaksud menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan judi, mempertarungkan dan menggadaikan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan 3.5.1 Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan Wujudnya unsur perjudian dalam sukan disebabkan beberapa faktor antaranya :i. Faktor kewangan ii. Hiburan iii. Bookie (individu atau organisasi menguruskan perjudian dalam sukan) 67 yang menjadi dalang dalam PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3.5.2 Jenis perjudian dalam sukan i. Menentukan dan mengatur perlawanan  Sebelum pertandingan atau perlawanan bermula keputusan perlawanan sudah  ditentukan Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan atau perlawanan Bertaruh keputusan pertandingan  Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan atau perlawanan contohnya bola sepak – keputusan perlawanan ialah jumlah jaringan gol 3.5.3 Kesan perjudian dalam sukan  Mencemarkan imej sukan Negara Isu perjudian dan juga rasuah dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan Negara tercemar di mata dunia  Mutu sukan merosot Perjudian dan rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara.  Kepercayaan peminat atau penonton sukan terjejas Peminat dan penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan perlawanan atau pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan perjudian dan rasuah  Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan perjuaian dan rasuah akan disisih oleh rakan-rakan 68 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan sepasukan yang lain. Rakan-karan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot 3.5.4 Cara mengatasi perjudian dan rasuah dalam sukan Jika terbukti ahli sukan terbabit perjudian dan rasuah, tindakan tegas perlu dikenakan dengan segera termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan mengambil hasil perjudian dan rasuah demi menjaga semangat kesukanan. Jadikan kesilapan mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada “bookie” . Tindakan proaktif perlu dijalankan oleh semua pihak. Pendidikan mengenai kesan buruk amalan perjudian dan rasuah perlu dibenteras secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai sukan harus disemai dalam kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk para ahli sukan untuk melaporkan sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing ahli sukan untuk terjebak dalam gejala perjudian dan rasuah sukan ini. Antara langkah yang boleh diambil ialah : Menghayatikan dan mengamalkan nilai moral dan etika dalam sukan Para ahli sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip dan nilai moral dan etika. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, negara dan bangsa  Memberi penerangan kesan buruk perjudian dan rasuah dalam sukan Media massa berperanan menerangkan kesan buruk perjudian dan rasuah. Para peminat dan penonton sukan akan menyedari kesan negatif gejala perjudian dan rasuah terhadap mutu dan imej sukan negara.  69 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan  Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat meningkatkan semangat mereka.  Peranan kelab penyokong dan penonton Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti perjudian dan rasuah kepada para ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan untuk menyeru peminat sukan agar membenci dan membenteras gejala perjudian dan rasuah.  Kebajikan atlet dijaga dengan baik Kebajikan ahli sukan perlu dijaga, soal gaji dan elaun mereka semestinya dilunaskan mengikiut jadual. Begitu juga dengan pemberian insentif perlu tepat dan mengikut jadual pembayaran.  Tindakan tegas pihak berkuasa dan badan sukan Pihak berkuasa dan badan sukan perlu bertindak tegas tanpa memilih bulu dalam isu perjudian dan rasuah sukan ini. Dengan itu atlet dan semua yang terlibat dalam sukan tidak berani terjebak dalam perjudian dan perjudian dan rasuah sukan . 70 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3.6 Cabaran sukan negara membangun masa kini Pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Jawatankuasa Kabinet mengenai pembangunan sukan yang bermatlamat untuk memartabatkan mutu sukan negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara matlamat utama jawatankuasa ini ialah fokus utama untuk melahirkan lebih ramai atlit muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang bersepadu. Menggalakkan pengambilan pelajar cemerlang sukan melalui perancangan penubuhan program matrikulasi dan pra-universiti bersama Sekolah Sukan Malaysia dengan mewujudkan syarat kemasukan khas kepada atlit negara dan menggalakkan pelaksanaan kajian sainstifk Sains Sukan demi membantu mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi sukan dalam kalangan pelajar. Antara fokus yang dikenalpasti ialah pembangunan sukan secara bersepadu di peringkat sekolah melalui program melahirkan lebih ramai guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di sekolah. 3.6.1 Cabaran dalam akademik Antara cabaran yang telah dan sedang dihadapi i. Bilangan tenaga pengajar yang terhad ii. Faktor kekurangan tenaga pengajar ini dibayangi dengan pertambahan pesat bilangan program yang ditawarkan. iii. Kekurangan kemudahan prasarana akademik iv. Faktor prasarana akademik yang terhad ini serta factor kekurangan tenaga pengajar boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar dalam kalangan pelajar 71 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan v. Jadual kuliah yang agak padat vi. Faktor fokus kursus yang pelbagai mewujudkan kepadatan jadual kuliah pelajar. Akibatnya pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan ekurangan pelajar cemerlang sukan viii. Ramai pelajar cemerlang tidak berminat untuk aktif dalam sukan kerana pelbagai kekangan serti halangan keluarga, kerjaya dalam sukan, tumpuan kepada akademik dan sebagainya Antara cabaran lain dalam pembangun sukan ialah :i. Infrastruktur dan fisiliti ii. Pemain kelas dunia (world class player) iii. Pembangunan atlet iv. Kebajikan atlit dan profesionalisme atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin sukan v. Pusat kecemerlangan atlit vi. Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan kerajaan. Perbincangan mengenai sukan jika adapun adalah terbatas vii. Persatuan sukan menerima bantuan dan sokongan kewangan yang terhad daripada kerajaan untuk kegiatan mereka viii. Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap keperluan masing-masing ix. Kurangnya kerjasama antara badan sukan dengan pihak kerajaan Di sesetengah negara, persatuan sukan dan pihak kerajaan kurang arif tentang hasrat dan pendirian masing-masing mengenai pengurusan sukan 72 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3.7 Penutup Sukan tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu seperi masalah penggunaan dadah, perjudian dan rasuah, keganasan dan sebagainya. Perkara ni bukanlah baru malah masalah ini telah. menghantui sukan sejak dahulu lagi. Sebagai insan yang trelibat dalam bidang sukan sama ada sebagai atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin sukan malah peminat sukan, seharusnya mematuhi nilai dan etika kesukanan secara total. Nilai dan etika telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu. Jika para atlet, jurulatih, pegawai sukan dan penonton mematuhi nilai dan etika ini, sudah tentu isu ini tidak timbul. Penggunaan dadah memang tidak membawa sebarang faedah kepada para atlet, sebaliknya memberi kesan buruk ke atas fisiologi tubuh badan. Para atlet yang mencapai kejayaan dan kecemerlangan tanpa dadah terlarang harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. Perjudian dan rasuah juga memberi kesan buruk dan boleh menjejaskan mutu dan nama baik negara. Prestasi sebenar para atlet tidak dapat ditonjolkan malah sukan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat. 73 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan TUGASAN TERARAH Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan isu-isu dalam sukan. LAMAN WEB Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy. 74 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan RUJUKAN Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd. 75 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Tajuk 4 NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan nilai atau moral dan etika dalam sukan, isu-isu semasa dan dilema penyertaan dan penglibatan dalam sukan di peringkat dalam negara dan luar negara umpamanya permainan bersih, penyalahgunaan bahan dalam sukan, keganasan dalam sukan, dan gangguan dalam sukan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 9. menjelaskan konsep nilai atau moral dan etika dalam sukan 10. mentakrifkan perrmainan bersih atau ”fair play” 11. menghuraikan kesan-kesan penyalahgunaan bahan dalam sukan 12. menyenaraikan dan menjelaskan punca dan kesan keganasan dalam sukan 13. mentakrifkan gangguan dalam sukan Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Nilai dan Etika Dalam Sukan Permainan bersih (Fair play) Keganasan dalam sukan Penyalahgunaan bahan dalam sukan 76 Gangguan dalam sukan PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan KANDUNGAN 4.0 Nilai dan Etika dalam sukan 4.1 Definisi dan tafsiran Nilai atau moral merupakan satu perlakuan atau perwatakan yang dikaitkan dengan benar atau salah, baik atau buruk. Di mana nilai atau moral ini lebih kepada perlakuan seseorang. Etika pula merupakan seni perlakuan atau perwatakan individu atau sesebuah institusi yang berpunca daripada nilai-nilai atau moral. Etika lebih kepada teori atau satu siri peraturan (set of rules). Nilai atau moral dan etika ialah satu disiplin ilmu yang penting kepada setiap individu dalam apa jua tindakan yang melampaui batasan atlit, kaum, budaya, usia dan sebagainya. Nilai moral dan etika ini adalah nilai-nilai sejagat dan juga merupakan satu pencarian kepada kebaikan, kesempurnaan perlakuan bermoral dan keadilan. Nilai atau moral merupakan satu kepercayaan abstrak apabila ditukarkan kepada sesuatu yang konkrit maka dinamakan nilai atau moral Secara umum ada empat nilai atau moral iaitu I. keadilan II. kejujuran III. bertanggungjawab IV. perbuatan yang baik (fair play) Seterusnya terdapat empat keperluan etika iaitu I. wujudnya kekeliruan moral (moral panic) II. peraturan sukan yang semakin banyak III. tumpuan media terhadap perlakuan atlit IV. kepelbagaian latar belakang atlit 77 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Antara prinsip utama dalam pentaakulan nilai atau moral dan etika ialah I. prinsip keadilan II. prinsip pertimbangan reflektif III. prinsip konsistensi/ketekalan 4.2 Permainan bersih (fair play) Permainan bersih atau ”fair play” objektifnya untuk mengelak ialah satu bentuk etika permainan yang berlakunya keganasan dalam sukan dan menghindari semangat untuk memang semata-mata (winning is everything) dalam kalangan atlit mahupun pasukan sukan. Permainan bersih juga ditakrifkan sebagai satu amalan yang diperlihatkan oleh semangat akan kebenaran dan kejujuran dengan mematuhi segala peraturan yang bertulis ataupun tidak bertulis. Konsep permainan bersih bukan sekadar bermain dengan mematuhi peraturan permainan sahaja malahan meliputi konsep persahabatan, menghormati individu lain dan sentiasa bermain dengan semangat yang betul. Permainan bersih ialah satu cara berfikir bukan sekadar bertindak atau berkelakuan sahaja malahan merangkumi isu untuk mengelak penipuan, penyalahgunaan bahan, keganasan dalam sukan, eksploitasi, ketidaksamaan peluang, keterlaluan komersialisasi dalam sukan dan juga rasuah. 4.2.1 Keperluan wujudnya permainan bersih Nilai atau moral dan etika kesukanan banyak bergantung kepada cara kita mengawal, membangunkan struktur sesebuah sukan itu. Hal ni merangkumi semua atlit, pegawai sukan, kepimpinan sukan, penonton dan orang ramai. Hakikatnya sukan secara falsafahnya perlu memperlihatkan menggambarkan kepada beberapa perkara iaitu:I. keadilan iaitu memaparkan nilai keadilan dan kesaksamaan II. persahabatan 78 atau PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan III. cabaran IV. keseronokkan V. keaslian dan tidak terlalu komersialisme VI. kesihatan VII. aktiviti yang member faedah baik Oleh itu, sebarang unsur atau tindakan yang boleh menjejaskan nilai-nilai murni dalam sukan perlu dielakkan atau diberi perhatian yang serius. 4.3 Penyalahgunaan bahan dalam sukan Penyalahgunaan bahan atau ergogenik dalam sukan ialah sebarang bahan atau substan yang diambil oleh atlit bagi meningkatkan prestasi dalam sukan. Bahan atau substan ini dapat meningkatkan keyakinan yang tinggi kepada atlit dan para atlit mengambil bahan atau substan larangan ini kerana faktor persaingan yang semakin tinggi. Sebarang bahan atau substan yang boleh meningkatkan prestasi adalah disebabkan oleh bantuan ergogenik sama ada ergogenik itu boleh digunakan atau tidak boleh digunakan semuanya bergantung kepada “legalitynya” 4.3.1 Larangan penggunaan ergogenik Bantuan ergogenik atau penyalahgunaan bahan dilarang penggunaannya dalam sukan kerana bantuan ergogenik menyebabkan :I. wujudnya unsur-unsur penipuan II. melanggar prinsip nilai atau moral dan etika III. tiada semangat kesukanan tulen IV. melanggar kejujuran diri sendiri V. prestasi yang tinggi bukan dari usaha sendiri VI. memberi kesan sampingan buruk 79 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 4.3.2 Doping Penggunaan dadah adalah cubaan untuk meningkatkan prestasi lazimnya merujukan kepada doping. Di percayai perkataan “dope” berasal dari Afrika Selatan. Dope merujuk kepada arak primitf yang digunakan sebagai stimulant dalam tarian perayaan. Akhirnya perkataan dope ini digunakan secara meluas dan dikaitkan kepada sukan sebagai doping. Dalam konteks sukan kini, doping merujuk kepada penggunaan substan atau kaedah yang dilarang yang boleh meningkat prestasi sebagaimana yang telah digariskan oleh IOC, IAAF dan lain-lain badan sukan dunia. Kawalan doping merupakan satu sistem ujian contoh air kencing atau darah yang diuji. Jika ditemui sebarang unsur terlarang, prosedur disiplin akan dikenakan. Antara prosedur doping yang dilakukan ialah :I. atlit dipilih secara rawak semasa pertandingan atau semasa latihan II. atlit yang dipilih akan dimaklumkan secara bertulis III. atlit berkenaan akan dibawa ke stesen kawalan doping dengan diiringi oleh pengurus atau pegawai pasukan IV. apabila atlit tersebut bersedia memberi sampel dia akan  memilih 2 botol yang bernombor  memberi sampel secara pengawasan  mengisi borang dan menyatakan sebarang ubatan diambil dalam tempoh 3 hari yang lalu  membuat pengesahan telah memberi sampel dalam 2 botol yang bernombor, ditutup kemas oleh atlit sendiri, nombor direkodkan dan atlit tidak membuat sebarang aduan dalam prosedur ujian  kedua-dua sampel A dan B dianalisis di makmal yang diikhtiraf oleh badan sukan dunia  laporan analisis akan diperoleh dalam masa 10 hari tetapi dalam pertandingan besar laporan boleh didapati dalam masa 24 jam v. jika tiada sebarang unsur terlarang dalam sampel/botol A, maka sampel/botol B dimusnahkan 80 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan vi. Jika sampel/botol A didapati positif, atlit dan wakil badan sukan atlit dimaklumkan dan sampel/botol B akan diuji dihadapan atlit dan wakil badan sukan atlit oleh penguji yang lain. vii. tindakan yang boleh diambil ke atas atlit ialah seperti penggantungan daripada bertanding untuk satu tempoh masa tertentu atau seumur hidup, bagaimanapun semua atlit boleh membuat rayuandi atas hukuman yang diikenakan itu. 4.3.3 Jenis-jenis dadah dalam doping Terdapat beberapa kumpulan dadah yang dilarang iaitu I. Anabolic steroids II. Stimulants III. Narcotics analgesics (sejenis pain killer) IV. Beta blockers V. Diuretics VI. Lain-lain 4.3.4 Risiko pengambilan dadah/ergogenik i. Kerosakan hati – kanser atau pendarahan hati ii. Kerosakan jantung iii. Penyakit barah/kanser iv. Wujudnya unsur hormon lelaki dalam badan bagi atlit wanita v. Suara menjadi garau/besar bagi atlit wanita vi. Perubahan tingkah laku- agreasif vii. Masalah haid kepada atlit wanita viii. Tumbuh jerawat ix. Masalah kepada organ dalaman badan x. Kes kematian – untuk jangka masa panjang 81 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 4.3.5 Kenapa atlit mengambil dadah Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan para atlit menyalahgunakan dadah. Faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan dadah itu sendiri, individu terlibat atau persekitaran atlit itu sendiri, tekanan spesifik seperti tekanan daripada jurulatih, rakan, keluarga, penonton, media massa, tajaan atau ganjaran kewangan dan sebagainya. Selain itu faktor keghairahan yang meluap-luap untuk menang, untuk memuaskan hati jurulatih atau keluarga, kegemilangan kemenangan, ganjaran status sosial dan ekonomi, ganjaran dan kemahsyuran kejayaan dalam sukan telah menyebabkan para atlit terjerumus ke dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimana pun kejadian secara tidak sengaja terjerumus dengan doping berlaku apabila terdapat para atlit mengambil ubat-ubatan untuk merawat kesihatan ketika jatuh sakit tanpa mengetahui ubat-ubatan yang diambil itu mengandungi bahan atau substan yang dilarang. Dalam keadaan ini, walaupun atlit tersebut tidak mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi, mereka dirujuk sebagai positif dalam ujian dadah kerana ubat-ubatan yang diambil itu mengandungi substan yang dilarang. Antara contoh ubat-ubatan yang mengandungi substan terlarang ialah Sudafed dan Demazin. Dalam kebanyakan kes, keuzuran para atlit ini boleh dirawat dengan perubatan alternatif lain yang tidak mengandungi bahan atau substan yang diharamkan. 4.4 Keganasan dalam sukan Keganasan dalam sukan boleh didefinisikan sebagai satu tindakan fizikal atau kekerasan yang dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk mencederakan pihak lawan. Keganasan juga boleh berlaku dalam bentuk lisan seperti ugutan untuk mencederakan atau menakutkan pihak lawan contohnya jurulatih atau atlit mengugut pihak lawan iaitu suatu taktik psikologi untuk memenangi perlawanan 82 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 4.4.1 Faktor berlaku keganasan dalam sukan Keganasan dalam sukan berlaku disebabkan banyak faktor antaranya :i. Atlit sendi mengaku bahawa keganasan adalah sebahagian daripada permainan atau aktiviti sukan. ii. Suatu strategi iaitu untuk mendapat advantej (kelebihan) dengan cara tidak adil demi kemenangan. iii. Keganasan berlaku sebagai tindak balas kepada pihak lawan iv. “Band wagon” iaitu sebab rasional kerana semua orang lakukan maka kita pun lakukannya juga. v. Mentaliti identiti iaitu perasaan atlit secara relatif sengaja dilakukan untuk ganggu konsentrasi pihak lawan vi. Kemenangan diutamakan iaitu menang adalah segalanya vii. Pengaruh atau desakan daripada penonton yang sukakan pergaduhan viii. Pengaruh daripada media massa iaitu publisiti dan berita sensasi ix. Sikap atlit yang terlalu mengagongkan kemenangan, keghairahan untuk menang di mana tempat kedua bukan yang terbaik (2nd best is not the best) x. Norma sukan seperti sikap agreasif patut wujud kerana tanpanya adalah ciri-ciri manusia yang lemah xi. “Cartharsis” iaitu emosi marah seperti perasaan dendam dan emosi dilepaskan melalui keganasan xii. Nilai-nilai masyarakat telah berubah seperti pengaruh daripada media elektronik , galakkan daripada masyarakat dan sebagainya xiii. Peraturan dan pelaksanaannya yang longgar contohnya orang kreatif melanggar peraturan dan kekurangan (loop holes) 83 peraturan juga terdapatnya PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 4.4.2 Cadangan mengatasi keganasan dalam sukan Keganasan dalam sukan dapat diatasi sekiranya semua pihak yang terlibat dalam sukan menggembeleng tenaga untuk membasmi isu keganasan ini. Antara langkah yang boleh diambil ialah :i. Perlembagaan iaitu peraturan dalam sukan dikuatkuasakan contohnya peraturan konstitutif menetapkan bagaimana sesuatu permainan itu secara spesifik dimainkan, peraturan proskriptif iaitu peraturan yang melarang tingkah laku spesifik agar mengurangkan risiko keganasan ii. Kuatkuasakan peraturan semangat kesukanan atau “fair play” iii. Semaikan sikap kesedaran kepada semua yang terlibat dalam sukan merangkumi atlit, jurulatih pegawai sukan, penonton dan masyarakat akan nilai-nilai dan etika dalam sukan iv. Hukuman yang tegas dan tindakan segera jika berlaku keganasan v. Akauntabiliti atlit, jurulatih dan pegawai sukan ke arah semangat kesukanan tulen. vi. Kod tingkah laku terhadap atlit, jurulatih, pegawai sukan malahan penonton atau penyokong vii. Kawalan ketat premis sukan oleh pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya viii. Pihak media massa lebih akauntabiliti dalam menyiarkan berita, 84 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan publisiti, jangan sensasikan berita ix. Pendidikan seperti program pendidikan moral yang fokus kepada nilai, prinsip, pentaakulan nilai sejagat 4.5 Gangguan dalam sukan Gangguan dalam sukan merupadakan suatu halangan atau kekangan yang menyebabkan aktiviti sukan terganggu atau tidak dapat dijalankan. Gangguan dalam sukan bukanlah keganasan dalam sukan. Gangguan dalam sukan tidak melibatkan sikap agreasif atlit dan peminat sukan. 4.5.1 Gangguan seksual dalam sukan Gangguan seksual didefinisikan sebagai sebarang perkataan, isyarat badan, kelakuan dan perbuatan yang berunsur seksual atau lucah yang mengganggu hak peribadi individu lain yang tidak diminta. Antara bentuk gangguan seksual dalam sukan ialah :i. Lisan – biasanya berlaku semasa perbualan bersama-sama rakan atau jurulatih mahupun pegawai pasukan. Semasa perbualan mereka menggunakan perkataan lucah atau bahasa yang menggoda. ii. Isyarat badan – mengenyit mata, menjilap bibir, kucupan bibir dan isyarat jari tangan dianggap isyarat badan yang berunsur lucah melampau. iii. Visual – pelaku menunjukkan bahan-bahan pornografi, melukis dan menulis sesuatu yang berunsur seks, mempamerkan genital, melakukan aksi mengghairahkan dan mendedahkan sebahagian anggota badan untuk merangsang mangsa. iv. Psikologi – memaksa mangsa bersosial dan melakukan kemesraan fizikal yang keterlaluan. Ini menyebabkan mangsa tertekan dan akhirnya terpaksa mengikut kehendak pelaku. 85 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan v. Fizikal – pencabulan fizikal dengan menyentuh, meraba, meramas dan memeluk mangsa. Gangguan tersebut biasanya dilakukan oleh rakan, jurulatih, pegawai pasukan malahan penonton 4.5.2 Langkah-langkah mengelakkan gangguan seksual i. Elakkan berbual topik berunsur lucah ii. Elakkan bergurau senda secara fizikal iii. Elakkan memakai pakaian yang mencolok mata iv. Elakkan berdua-duaan di tempat sunyi 4.5.3 Rusuhan Rusuhan adalah satu bentuk gangguan dalam sukan atau dalam erti kata sebenar ialah gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah. Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah sukan, rusuhan berlaku setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya sukan bola sepak. Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan persendirian. Dalam sukan rusuhan dilakukan oleh samseng atau hooligan, sering merusuh serta melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang mereka sokong itu kalah. Gejala samseng ini sering menjadi ancaman terhadap sukan contohnya sukan bola sepak di Eropah. Hooligan merujuk kepada perusuh yang terdiri daripada peminat sukan terutamanya peminat bola sepak yang berkelakuan pemusnah. Sesetengah perusuh sukan ini menjadi semi professional, sanggup mengembara jauh ke tempat yang biasanya akan berlaku rusuhan. Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi ke atas pemain bola keranjang, didapati pemain yang tidak terganggu dengan 86 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan gangguan tersebut menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan (arousal) yang keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agreasif sehingga mengurangkan tumpuan terhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contohnya yang sering kita lihat ialah dalam sukan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton atau pemain lawan, pemain tersebut akan menunjukkan keagreasifan yang membawa kepada layangan kad kuning ataupun kad merah. Kesan daripada keagreasifan pemain tersebut menyebabkan prestasi sukan pasukan terjejas. TUGASAN TERARAH Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan nilai atau moral dan etika dalam sukan. LAMAN WEB Laman Web Kementerian Belia dan Permainan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia 87 PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy. RUJUKAN Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd. 88