Academia.eduAcademia.edu

Review Filem PK

Review filem PK lakonan Aamir Khan ini meninjau aspek penceritaan (naratif), tema dan sedikit tentang acting dan sinematografi

RIVIEW FILEM PK Filem PK (Aamir Khan (2014)) Filem PK? tiada pemikiran segar. Itulah yg aku nak komen selepas menonton sebab baru rasa nak menonton. Kalau kau belajar teologi kau akan belajar ttg tauhid, sifat 20 dan keadilan ilahi (aamir khan yg diberitakan lahir dlm keluarga syiah pasti tahu 'keadilan ilahi'). Itu (terutama 'keadilan ilahi') byk menjawab persoalan2 PK. Kalau kau biasa dgn wacana pluralisme dan liberalisme, kau akan rasa apa yg PK ketengahkan versi "popular" kpd penyelesaian yg liberalisme tawarkan sejak lama. Dari segi acting, casting dan cinematography nya, aku rasa lebih kurang sama saja dgn three idiots. Sama saja. Mungkin wacana yg PK cuba sampaikan agak taboo temanya maka perhatian berlebihan diberi kpd nya. Cuma spt kata Reza Aslan ttg agama, begitu juga filem atau apa saja budaya popular, ia express what is inexpressible . Ia membawa ke permukaan apa yg selama ini kita-kita dok bincang dan bahaskan spt isu 'adakah Tuhan itu Maha Pemurah kalau kesengsaraan merata?'. Filem melayu sudah tentu tak akan ketengahkan isu berat begini mungkin krn fikrah melayu yg telah 'berjaya' dibonsaikan atau krn spt yg dihujahkan liberalisme, tiada kebebasan bersuara di Malaysia (freedom of expression) sbb sudah pasti jakim akan haramkan dan kilang filem akan rugi dan gulung tikar slp satu filem siap. Maka bila org buat filem PK, org kita sgt teruja sbb mereka jarang dapat peluang menonton filem seumpamanya dlm bahasa ibunda mereka. Jelas, org kita sebenarnya tlh bersedia, cuma pemimpin2 yg sekat kesediaan org kita krn pemimpin2 ini ada kepentingan sendiri. Mohamad Azley Ahmad Mac 2015