JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
Aspek Sosiologi Dalam Drama Buang Karya Roziah Adama
Sociological Aspect In Buang By Roziah Adama
1
Syafiqah Binti Shaari
Nur Afifah Vanitha Binti Abdullah
Program Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Correspondence:
[email protected]
1
[email protected]
ABSTRAK
Drama Buang karya Roziah Adama memaparkan pelbagai isu sosial masyarakat terpinggir di
Malaysia. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana pada tahun 2015 bagi kategori
Drama Eceran anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini memaparkan dua watak bagi
mengerakkan jalan cerita. Drama ini dirungkai dengan menggunakan pendekatan sosiologi
yang dipelopori oleh Karl Marx, bagi menjawab persoalan apakah isu-isu sosial yang
disampaikan oleh Roziah Adama? Kajian jenis feudamental dengan reka bentuk kualitatif
dirangka bagi menjawab persoalan tersebut. Bahan bagi kajian ini termasuk kajian buku,
makalah, jurnal, internet dan juga kajian lepas. Dapatan kajian yang dirakam dalam artikel ini
adalah, isu sosial yang terdapat dalam drama Buang adalah kes jenayah pembuangan bayi,
sikap prasangka, penindasan yang lemah. Selain itu, aspek politik pula ialah pentadbiran orang
atasan yang berkuasa dan boleh diselesaikan dengan wang ringgit iaitu golongan hipokrit.
Seterusnya, dari aspek ekonomi kehidupan masyarakat dari golongan bawahan yang miskin
dipaparkan.
Kata kunci: Buang, drama Melayu, kritikan drama, kritikan sosial, Roziah Adama, sosiologi
ABSTRACT
Buang by Roziah Adama is a drama that focuses on social issues among marginalized
communities in Malaysia. This drama won the National Literature Award for the drama category
organised by Dewan Bahasa dan Pustaka in 2015. This drama is presents two main characters
that play a big role in the drama. The sociological approach by Karl Marx is applied to study the
types of social issues portrayed in this drama. Thus, a fundamental research with qualitative
design was chosen in the research to gather data. The materials used to gather data for this
study includes books, magazines, journal articles, internet and previous research related to the
topic of this study. The findings of this research are major social issue such as child
abandonment, social prejudice and discrimination are portrayed in Buang. In the context of
politics, issues such as political power and corruption among the rich are highlighted. The rich
use their power and wealth to obtain their desire. In terms of economy, poverty among the
community of the lower hieracy is portrayed.
Keywords: Buang; malay drama; social criticism; Roziah Adama; sosiology
1
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
1.
Pengenalan
Drama merupakan antara karya yang diberi penekanan terhadap kemunculannya. Intipati drama
adalah mengisahkan tentang kehidupan masyarakat sekeliling. Ia bertujuan mengajak masyarakat
kembali berfikir mengenai kehidupan mereka. Drama juga mempunyai pemikiran dan idea dari
pengarangnya serta mengandungi mesej yang tersirat untuk disampaikan kepada penonton.
Pengarang juga akan mengolah sesebuah drama bersandarkan kreativiti dengan bertunjangan
realiti kehidupan. Drama dapat mempengaruhi khalayak dan drama juga adalah salah satu
medium yang mampu menyebarkan maklumat terutama kepada pembaca atau penonton
(Soejorno Soekanto, 1993).
Skrip yang baik dapat dilakonkan dalam lakonan pementasan drama mahupun teater.
Untuk seni drama ianya merupakan hasil kesenian yang cukup istimewa dibandingkan dengan
hasil lainnya kerana dalam dirinya terkandung dua aspek sekaligus. Aspek-aspek tersebut
memiliki seni sastera dan juga seni teaternya. Sebagai seni sastera ia mengandungi cerita di mana
bahannya dipungut dari ilham dan pemikiran penulisnya, yang lahir dari kehidupan yang penuh
dengan lembah-lembah dan pucuk-puncak yang tidak terduga; kemudian dipilih dan disusun bagi
menimbulkan keseronokan dan keghairahan. Oleh itu, skrip Buang ini menjadi salah satu skrip
yang menyentuh mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada masa itu. Karya yang dihasilkan
mempunyai makna yang tersendiri utuk memeberi kesedaran kepada pembaca untuk menilai
sendiri keadaan yang berlaku menjadikan karya ini lebih unik dengan caranya yang tersendiri.
(Rahman Bujang, 1947).
Karya skrip Buang ini terbukti merupakan karya yang baik kerana telah memenangi
Anugerah Hadiah Sastera Perdana pada 2015. Beliau merupakan penulis muda yang menceburi
bidang penulisan dan berjaya mengutarakan karyanya di Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya
beliau banyak menyentuh mengenai kehidupan sosial pada masa itu. Ini jelas dapat dilihat
bagaimana skrip Buang ini menyentuh mengenai isu kemanusian dan memenangi hadiah Sastera
untuk karya ini (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).
Drama merupakan satu wadah yang menjadi pilihan pengarang di Malaysia sekaligus
dapat menaikkan lagi semangat pengarang untuk menghasilkan karya yang penuh sarat nilai-nilai
murni dalam memupuk jati diri masyarakat. Selain itu, pengarang juga dapat memberi
pengajaran terbaru buat sesetengah kelompok masyarakat. Ia juga merupakan wadah yang dapat
dilihat mampu menyuarakan pendapat pengarang. Justeru, kajian kali ini akan mengkaji tentang
isu yang cuba diangkat oleh Roziah Adama dalam karya skripnya Buang.
2.
Sorotan Literatur
Terdapat juga kajian-kajian ilmiah yang menjadi rujukan kepada pengkaji antaranya penulisan
Mohamad Nazri Ahmad (1997) menerusi tesis Sarjana Sastera yang bertajuk “Seni Persembahan
Drama Melayu Moden: Perkembangan Dan Penilaian.” Tesis ini mengemukakan suatu kajian
tentang aspek-aspek dalam persembahan drama Melayu Moden. Kajian ini meneliti
perkembangan drama Melayu daripada aspek-aspek pementasannya. Kajian ini ditulis adalah
untuk meninjau dan membuktikan bahawa bentuk-bentuk pementaan drama Melayu yang
dilangsungkan mempunyai kelainan dari pelbagai aspek termasuk aspek belakang tabir. Ianya
turut merungkaikan faedah penayangan drama tersebut terhadfap masyarakat.
2
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
Selain daripada itu, antara penulisan ilmiah lain yang turut menjadi rujukan pengkaji
ialah tesis Sarjana Sastera, Hamzah Ismail (1996) yang bertajuk “Sandiwara Sebagai Genre
Drama Moden Malaysia”. Kajian ini menggunakan tiga pendekatan iaitu pendekatan sejarah,
formalistic dan sosiologikal. Kajian ini mendapati Sandiwara sebagai drama moden bukan sahaja
berperanan sebagai hiburan, tetapi telah menambah satu bentuk genre baru terhadap sastera
Melayu. Tambahan pula, kajian ini turt mendapati sandiwara telah memulakan tradisi penulisan
skrip dan menjadi wadah perjuangan kebangsaan serta meninggalkan kesan sejarah dalam
tamadun bangsa Melayu. Malah ianya mewujudkan peranan pengarah yang bertanggungjawab
terhadap keseluruhan pementasan sesebuah drama.
Juliana Abdul Wahab dan Mahyudin Ahmad (2009), melalui kajiannya Industri Filem
dan Sosiologi Masyarakat di Malaysia mengkaji kebanyakkan filem beroperasi dalam industri
kapitalis yang ada matlamat untuk kaut untung. Pada masa yang sama kajian ini turut
mengaitkan industri filem dengan sosiologi masyarakat dari segi ekonomi. Dalam kajian ini
dapat dilihat masalah kajiannya ialah bagaimana filem dapat membantu ekonomi masyarakat
setempat dan juga tujuan filem atau karya itu dicipta. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati
bahawa taraf sosial masyarakat dari segi ekonomi dapat ditingkatkan melalui pembikinan filem
kerana dengan adanya filem-filem yang di hasilkan maka peluang pekerjaan akan terbuka luas
dan para pengkarya filem dapat menghasilakan filem yang lebih banyak dan berkualiti dari masa
ke semasa.
Marsita Binti Shamsuddin (1990) dalam latihan ilmiahnya yang berjudul “Drama 1980an: Satu Kajian Sosiologi” membicarakan tentang drama-drama 1980-an dari sudut kajian
sosiologi. Pendekatan sosiologi digunakan bagi menggambarkan keseluruhan aspek-aspek
kemasyarakatan yang dipaparkan dalam drama sama ada dari sudut sosial, politik, ekonomi,
agama dan budaya. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan metodologi kualitatif. Hasil
daripada dapatan kajian ini, pengkaji telah mengetengahkan perkembangan sejarah drama secara
terperinci selain menyentuh tentang gambaran masyarakat dan sosialisasi penulis. Seterusnya,
perbincangan tentang nilai-nilai kemasyarakatan juga terdapat dalam kajian ini.
Menurut Paulus Wirutomo dalam buku Pokok-pokok Pemikiran dalam Sosiologi David
Berry (1982) menyatakan bahawa sosiologi juga merupakan “keteraturan moral kehidupan
sosial” yang merupakan konsep-konsep dasar dari suatu keteraturan sosial, yakni moral, nilai
peraturan dan sebagainya. Penulis menampilkan keterampilan penulis dalam membahas suatu
masalah sosiologi dengan mempergunakan pelbagai perspektif sekaligus membahas norma
misalnya, penulis mulai dari usaha menggambarkan dari sudut perspektif masyarakat iaitu norma
sebagai sesuatu hasil interaksi masyarakat yang berada di luar individu dan memiliki kekuatan
mengatur perilaku individu. Masyarakat dilihat sebagai kekuatan impersonal, yang
mempengaruhi dan juga menentukan tingkah laku anggota-anggotanya. Pandangan seperti ini
sama dengan suatu wawasan sosiologi yang terutama dipelopori oleh seorang ahli sosiologi
klasik di prancis, Emile Durkheim. Bagi Durkheim, masyarakat merupakan suatu kenyataan
yang objektif secara mandiri, bebas dari individu-individu yang merupakan angota-angotanya.
Kajian ini berkaitan dengan ilmu sosiologi yang ingin dikaitkan dan dikaji dalam karya Roziah
Adama untuk memahami pengisian pada teks. Namun kajian lepas ini tidak menumpukan pada
satu-satu karya yang dikaji.
Menurut Normaliza Abd. Rahim (2014) melalui kajian ini, pemasalahan kajian yang
didapati ialah pelbagai kritikan sosial yang dipaparkan dalam filem terutamanya filem Melayu.
Hal ini dapat dilihat, melalui filem-filem karya arahan Mamat Khalid yang banyak memaparkan
3
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
kritikan sosial yang terdapat dalam filem Zombi Kampung Pisang.Metodologi kajian ini
menggunakan menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan cara pengumpulan data tersebut.
Antara dapatan kajian yang diperoleh ialah semangat patriotik, gejala rempit dalam kalangan
masyrakat Melayu. Karya ini menggukan kaedah kajian sosiologi pada karya filem Melayu. Pada
karya yang ingin dikaji pula tertumpu kepada karya skrip yang dihasilkan oleh Roziah adama.
Menurut Hassan Ahmad (1981) drama dalam erti kata persuratkhabarannya ialah satu
deretan kejadian yang menarik perhatian, manakala mengikut pengertian sasteranya ialah satu
lukisan atau gambaran hidup manusia yang dipertunjukan di atas. Berdasarkan pengertian
tersebut, skrip drama boleh merujuk kepada bahan bertulis yang mengandungi cerita tentang
sesuatu kejadian atau kehidupan yang dilakonkan untuk pertunjukan pentas. Yang dimaksudkan
skrip drama dalam kajian ini ialah skrip drama Melayu terpilih hasil tulisan Kala Dewata dan
Usman Awang. Kebanyakkan skrip yang dihasilkan oleh Kala Dewata dan Usman Awang
seperti “ Dua Tiga Kucing Berlari”, “Di Balik Tabir Harapan”, “Atap Genting Atap Rumbia”, “
degup Jantung”, “Gendang Kosong” dan “Serunai Malam” telah dipentaskan dari skrip drama.
Ungku Maimunah Mohd Tahir (2006), melalui kajian Sosiologi: Pemahaman dan
Penerapan Kesusasteraan menyatakan konsep sosiologi sastera terbahagi kepada tiga bentuk
pemahaman dan penerapan. Pemahaman pertama bertolak daripada andaian bahawa teks sastera
bebas daripada tuntutan dan pengaruh persekitaran. Pemahaman kedua menghujahkan bahawa
persekitaran mempunyai kaitan yang penting dengan karya yang terhasil. Justeru itu, kajian ini
menganalisis dinamik antara teks konteksnya dan bagaimana konteks tersebut mempengaruhi
karya yang terhasil daripada segi isi dan bentuknya. Pemahaman ketiga, juga meyakini eratnya
jalinan antara persekitaran dan karya, lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma
tertentu untuk mengkaji sesuatu permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Secara
bandingan, pemahaman pertama adalah jauh lebih dominan dan merupakan ilmu tentang
sosiologi sastera yang dianuti dan diamalkan dalam sastera Melayu.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Ekhsan Ezani (2013) dalam latihan ilmiahnya yang
berjudul “Kuntum Harapan: Satu Analisis Nilai Kemanusiaan Berdasarkan Teori Sosiologi” turut
menganalisis nilai kemanusiaan berdasarkan karya Zahari Hasib itu. Perbincangan telah
dilakukan dengan menggunakan metodologi kualitatif. Nilai-nilai kemanusiaan yang didapati
berdasarkan karya yang dikaji seperti kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan
lain-lain. Pengkaji juga mendapati bahawa pengarang seolah-olah ingin memberi teguran dan
teladan kepada masyarakat dan negara. Nilai kemanusiaan yang sangat kontang dan tandus
diperlihatkan oleh pengarang dalam karya tersebut sehingga menimbulkan pelbagai
permasalahan. Memandangkan kajian ini meneliti tentang nilai kemanusiaan, maka teori
sosiologi sastera telah digunakan. Hasil daripada teks-teks yang dibincangkan, didapati tiga
aspek utama yang diterapkan dalam nilai kemanusiaan iaitu aspek sosial, ekonomi dan politik.
Nilai kemanusiaan di dalam karya yang dikaji telah dijadikan sebagai kritikan dan teladan
kepada masyarakat.
Abdul Rahman Embong (1975), juga mengatakan data yang digunakan ahli sosiologi
bukan semata-mata karya sastera, tetapi juga data sosio-ekonomi, politik, ideology dan sejarah
masyarakat sezaman supaya dia dapat menganalisis karya sastera itu sebagai produk sosial dan
sebagai satu komponen dalam sistem idea sosial. Namun, memang sudah nyata bahawa teori
sosiologi yang lebih bermakna dalam pengajian sastera, lebih-lebih lagi teks sastera bukannya
teori yang terlalu kuat orentasi positivisnya, tetapi teori yang berorentasi interpretif dan
4
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
fenomenologi. Ini kera sastera mempunyai ciri-ciri khususnya sendiri sebagai komponen bidang
kemanusiaan.
Ida Nadira (2017) melalui kajiannya “Filem 29 Februari: Satu Kajian Teori Sosiologi
Sastera” turut mengkaji nilai-nilai sosial yang terdapat dalam filem 29 Februari yang banyak
memaparkan kisah percintaan dan pengorbanan untuk membebaskan tanah air dari penjajahan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai-nilai sosial yang terdapat dalam sesebuah masyarakat
dipengaruhi oleh gender, latar pendidikan dan juga dasar kepercayaan yang dianuti oleh
masyarakat itu untuk diterima di samping ada faktor lain juga.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, terdapat banyak isu yang dibincangkan tentang
gambaran masyarakat yang jelasnya berkaitan dengan masyarakat. Namun, kajian terhadap isu
masyarakat dalam skrip masih belum banyak ditemui. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk
mengenal pasti bentuk-bentuk isu masyarakat dalam skrip Buang serta menganalisis nilai moral
dan mesej yang terdapat dalam skrip tersebut.
3.
Metodologi
Kajian ini menggunakan bentuk kajian penyelidikan dasar atau penyelidikan feudamental iaitu
dengan cara pengumpulan data dan menganalisis kandungan data tersebut. Penyelidikan dasar
atau penyelidikan fundamental, mempunyai tujuan utama untuk menemukan prinsip atau
generalisasi yang diperlukan bagi merumuskan teori atau dasar pemikiran ilmiah. Cara kajian ini
dilakukan berbentuk kaedah kualitatif. Secara umumnya, kajian penyelidikan kualitatif dilakukan
bagi tujuan meningkatkan pemahaman, dengan mengambil data sivi dari pengarang, agar analisis
data dapat dilaksanakan secara terus menerus dan merupakan suatu usaha untuk memahami
makna yang tersirat dalam karya (Bogdan dan Biklen, 1982:45-48). Melalui kaedah kajian
kualitatif beberapa instrumental kajian digunakan. Instrumental kajian yang digunakan adalah
pemerhatian, dan perpustakaan.
Kaedah kajian meneliti dan menganalisis teks merupakan kaedah pertama yang dilakukan
dalam kajian ini. Kaedah pemerhatian amat penting dilakukan bagi memerhatikan aspek yang
hendak dikaji dalam kajian. Pemerhatian kajian ini dilakukan pada skrip Buang. Penelitian setiap
jalan cerita pada skrip dicatat untuk digunakan dalam menganalisis data yang diperoleh. Melalui
kaedah pemerhatian, dapat dilihat bahawa terdapat banyak sinikal pengarang yang membawa isu
permasalahan yang sedang melanda dalam kalangan masyarakat hari ini.
Kaedah kajian perpustakaan juga merupakan kaedah yang penting dalam kajian ini.
Kaedah ini turut digunakan untuk mendapatkan data-data mengenai teori sosiologi dan
pendekatan kajian yang di guna pakai dalam kajian ini disamping sumber-sumber yang berkaitan
dengannya. Melalui kaedah ini, pelbagai maklumat daripada bahan-bahan akedemik tersebut
dapat membantu kelancaran penulisan kajian ilmiah ini. Selain itu, bahan-bahan rujukan terdiri
daripada tesis sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran tempatan turut menjadi tumpuan untuk
mendapatkan informasi tentang topik yang akan dibincangkan dalam kajian ini. Bahan-bahan
kajian atau rujukan banyak diperoleh daripada Perpustakaan Pusat Pengajian Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dan
Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang terdapat di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
5
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
4.
Dapatan Dan Perbincangan
Dapatan dalam kertas kerja ini membincangkan aspek kritikan sosial dari dari sudut isu sosial,
isu ekonomi dan isu politik yang terdapat dalam drama Buang. Setelah analisis dilakukan,
mendapati bahawa terdapat isu sosial, isu ekonomi dan juga isu politik yang merupakan aspek
kritikan sosial yang dipaparkan oleh Roziah Adama dalam karya drama tersebut. Hal ini
membuktikan bahawa stail Roziah Adama menyelitkan aspek kritikan sosial sebagai unsur
realistik dalam karya-karya beliau dan disampaikan dalam bentuk genre tragedi. Seterusnya,
kepengarangan Roziah Adama dalam berkarya dengan mengemukakan permasalahan pemikiran
masyarakat Melayu terutamanya telah mencerminkan kehidupan masyarakat yang sebenar di
negara ini.
Dari sudut aspek sosial yang telah dianalisis adalah perspektif masyarakat Masyarakat
terhadap kes jenayah pembuangan bayi, sikap prasangka masyarakat, menindas masyarakat
dengan ugutan dan paksaan. Isu sosial tersebut bukan sahaja isu sosial yang baru sahaja melanda
dalam kalangan segelintir masyarakat Melayu bahkan ianya sudah lama dikaitkan dengan
“attitude” ataupun sikap masyarakat.
Isu sosial ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota
masyarakat, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dan dianggap sebagai masalah,
kontroversi yang berkaitan dengan nilai moral, atau kedua-duanya. Ia termasuk persoalan
kemiskinan, keganasan, pencemaran, ketakadilan, penindasan hak asasi manusia, diskriminasi,
dan jenayah, selain daripada keguguran, perkahwinan homoseksual, kawalan senjata api, dan
pergolakan antara penganut sesuatu agama dengan penganut agama yang lain. Isu sosial berkait
dengan struktur masyarakat, termasuk konflik kepentingan antara anggota komuniti, dan berada
di luar kawalan mana-mana individu.
Kajian ini mendekati isu yang dipaparkan pada hasil karya penulis Roziah Adama iaitu
skrip Buang. Isu sosiologi yang dikaji dalam aspek isu sosial adalah hubungan dalam masyarakat
terutamanya pada watak-watak dan tingkah laku mereka. Hal ini kerana, karya yang dibaca atau
dianalisis mengikut pendekatan sosiologi tidak terlepas daripada isu sosial daripada perkara yang
besar hinggalah yang kecil. Ini termasuklah isu situasi masyarakat moden, maju dan kuno.
Segala aspek karya itu sendiri diteliti dari sudut kepentingan masyarakat sambil menganalisis
norma-norma atau kelaziman-kelaziman dalam sosial masyarakat (Mana Sikana, 1998)
Di samping itu, isu sosial juga dianggap sebagai sebuah masalah dan kontroversi yang
berkaitan dengan persoalan kemiskinan, keganasan, penindasan, jenayah, penyingkiran sosial
dan isu kemanusiaan. mengikut Max Weber (1864-1920), “ Sosiologi adalah suatu sains yang
cuba memahami tindakan sosial dalam usaha untuk mencapai penghuraian mengenai sebab dan
akibat”. Oleh itu, kritikan sosial dari sudut aspek sosial dapat dilihat melalui watak-watak dalam
skrip Buang (2016) menerusi watak utama dan watak sampingan.
4.1
Isu Sosial Dalam Masyarakat
4.1.1 Kes Jenayah Pembuangan Bayi
Berdasarkan pemerhatian pengkaji dalam skrip Buang ini, pengkaji mendapati bahawa Roziah
Adama cuba untuk memaparkan kes pembuangan bayi semakin meningkat pada tahun ke tahun.
Ini adalah masalah gejala sosial yang serius dan sangat membimbangkan. Peristiwa yang dilihat
dalam karya menunjukan operasi yang dijalankan oleh watak Buang yang menghapuskan segala
6
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
barang yang disuruh oleh orang yang mengupahnya tanpa meninggalkan kesan. Arahan yang
diberi tidak pernah gagal namun kali ini mereka tergamam dengan barang yang disuruh
hapuskan. Sebagai contoh petikan:
SABAR: “Abang kata dah 10 tahun dalam bidang buang-membuang ni! Selama ni abang
buang barang tanpa usul periksa? (berani dan melepaskan pegangan BUANG);
Abang nak jadi binatang? Sama dengan orang yang upah kita? Abang tak
fikirkah itu nyawa? Mungkin dan ribuan nyawa abang buang sejak 10 tahun
yang lau!”
(Roziah Adama, 2015)
Buang dan Sabar sama-sama terpaku kerana masih tergamam dengan barang yang mereka diarah
untuk dihapuskan. Mereka tidak menyangka bahawa bahan yang hendak dihapuskan kali ini
adalah seorang bayi. Dari sini dapat dilihat bagaimana penulis ingin mengangkat isu kes
pembuangan bayi yang semakin meningkat pada masa itu. Mengikut statistik kes pembuangan
bayi berbeza di setiap negeri yang menunjukan jumlah yang berlainan pada setiap tahun.
Kadar peratusan kes pembuangan bayi dari tahun 2010 hingga 2016 mempamerkan
peningkatan. Kes pembuangan bayi pada setiap negeri masing-masing menunjukkan peningkatan
pada setiap tahun. Di Selangor telah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 36 peratus iaitu 157 Kes
yang dilaporkan. Manakala negeri Sabah dan Johor pula mencatatkan sebanyak 19 peratus iaitu
84 Kes yang dikumpul. Di Kuala Lumpur pula, sebanyak 15 peratus iaitu 65 kes yang dilaporkan
di negeri itu. Akhir sekali, kes pembuangan bayi di Sarawak tercatat sebanyak 11 peratus iaitu 49
kes yang dapat dikenal pasti kes pembuangan bayi pada tahun 2010 hingga 2016 (Harian Metro,
2017).
Peningkatan kes pembuangan bayi merupakan salah satu faktor karya ini dihasilkan.
Kecenderungan terhadap isu semasa juga menjadi satu idea untuk menghasilkan sesebuah karya.
Selain itu, penulis juga merupakan anak kelahiran negeri Sabah dan kadar pembuangan bayi di
Sabah juga menunjukkan tempat kedua tertinggi selepas negeri Selangor. Masalah yang berlaku
ini menunjukkan penulis juga sangat peka dengan isu semasa. Medium sastera ini sebenarnya
meluas seperti untuk menyampaikan mesej kepada pembaca serta memberi nilai-nilai pengajaran
dalam kehidupan. Hasil karya ini juga merupakan kritikan terhadap masyarakat tentang aktiviti
yang dilakukan sama ada negatif dan positif (Ungku Maimunah, 2006).
Terdapat beberapa faktor yang kecenderungan membuang bayi ini. Kesusahan yang
dialami oleh keluarga juga merupakan faktor mengapa mereka sangup membuang bayi mereka
sendiri. Kesempitan hidup yang dilalui menyebabkan mereka melakukan pekara yang kejam
terhadap sesama manusia. Mereka lebih mementingkan nama baik keluarga berbanding darah
daging mereka sendiri di buang. Hal ini dapatlah dilihat bahawa manusia sangup melakukan
jenayah hanya untuk melepaskan tanggungjawab mereka. Masalah semakin berlanjutan
sekiranya masyarakat sendiri tidak bertindak untuk memupuk ataupun memberi didikan agama
yang kuat supaya mereka sentiasa berfikir dan waspada dengan kelakuan mereka setiap masa.
4.1.2 Sikap Prasangka Masyarakat
Sikap prasangka masyarakat sosial yang negatif dapat dilihat dalam karya Buang. Ini jelas dapat
dilihat pada watak Buang yang ditimpa malang terhadapnya. Dia selalu disisih dari keluarga
angkatnya kerana dikatakan seorang pembunuh. Pengalaman atau kejadian yang berlaku
meletakkan perbezaan jurang dalam kelompok masyarakat sosial. Pengarang ingin
mengambarkan tuduhan yang dilemparkan kepada watak Buang memberi kesan buruk kerana
7
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
melulu mempercayakan tanpa usul periksa. Buang tersisih dari kelompok kehidupan yang
sewajarnya. Dari kecil dituduh membunuh sehinggalah dia terasa terasing dan kemudian dia
menjalankan kehidupan jauh dari kehidupan masyarakat sosial yang lain. Sikap ini secara tidak
langsung telah dikatogorikan sebagai fitnah yang besar kerana tidak sahih sehingga mengaibkan
orang lain.
Di dalam Al-Qur’an dan hadist sendiri ada banyak makna tentang fitnah, seperti fitnah
bermaksud Syirik Dalam Islam, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan
kebinasaan, perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan. Termasuk adalah
menyebar berita dusta atau bohong atau mengada-ngada yang kemudian merugikan orang lain
juga termasuk dalam fitnah. Padahal bahaya berbohong dan hukumnya dalam Islam sudah jelas
termasuk Fungsi Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari. Seharusnya perkara yang sahih itu perlu
diselidik semula supaya tidak tular dengan salah dan diterima sebulat-bulat tanpa berfikir jauh
tentang sikap yang kita lakukan sama ada wajar mahupun tidak. Oleh hal demikaian, Islam
melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram.
Dalam ajaran agama Islam juga melarang perbuatan prasangka dan fitnah ini di larang
sekeras kerasnya begitu juga dengan agama yang lainnya. Kebanyakan agama seperti hindu,
budha dan Kristian juga lebih mementingkan melakukan kebaikan dan melawan kejahatan yang
boleh membinasakan kehidupan manusia mahupun alam. Mereka juga mempercayai
keseimbangan dalam kehidupan sepertimana adanya kejahatan akan diatasi oleh kebaikan.
Dalam Islam perbuatan menfitnah diibaratkan dosa seperti membunuh. Hal ini demikaian kerana,
walaupun kita tidak melakukan pembunuhan tikam menikam akan tetapi dengan kata-kata juga
boleh membunuh dan menyakitkan hati orang lain. Sikap seperti inilah perlu dihindar supaya
kelakuan ini tidak akan berlaku dalam masyarakat sekiranya kita mahukan keadaan yang
harmoni dan aman.
Penulis juga ingin menyifatkan watak Buang ini sebagai watak yang lebih menarik
kerana kehidupan lalu yang dialami Buang mengajar dirinya untuk hidup tanpa pergantungan
orang lain sehingalah dia sendiri terjebak dengan aktiviti gelap ini dan telah sebati dengan
hidupnya. Buang dituduh sebagai pembunuh disebabkan kecuaian yang dilakukan semasa dia
kecil menjadi cemuhan orang. Antara contoh petikan:
BUANG: Aku suka main api, satu hari aku bakar tilam. Apabila api
semakin besar, aku lari keluar rumah. Ibu bapa aku mati
terbakar semasa tidur termasuklah adik kecil aku juga (nada kekesalan).
(Roziah Adama, 2015).
Semasa kejadian ini Buang masih lagi kecil dan tidak tahu akan perbuatannya itu akan meragut
nyawa kesemua ahli keluarganya. Namun, ibu saudaranya sendiri telah mendera dan memukul
Buang kerana diangap sebagai pembunuh. Seharusnya mereka yang lebih tua perlu berfikiran
rasional dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan dengan memberi didikan dan ajaran yang
betul supaya dapat memberi peluang dan semangat baru kepada seseorang yang pernah
melakukan kesilapan. Penulis menyifatkan watak Buang sebagai kanak-kanak yang malang
kerana dilayan dengan begitu kejam atas perbuatannya yang tidak disengajakan. Oleh itu, penulis
ingin mengkritik pemikiran masyarakat yang membawa kesan yang negatif terhadap seseorang
individu dalam kehidupannya. Perbuatan seperti ini tidak seharusnya kita amalkan kerana kita
telah merosakkan kehidupan orang lain dengan perbuatan kita sendiri. Hal ini demikian kerana,
mulut manusia juga dapat membinasakan orang lain jika tidak dipelihara.
8
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
Terdapat tiga kesan besar sekiranya seseorang itu melakukan fitnah dan menyebarkannya
iaitu yang pertama ialah menimbulkan kesengsaraan. Oleh sebab berita yang disebarkan tidaklah
benar, fitnah sangat merugikan terutamanya bagi orang yang difitnah harga dirinya mungkin
akan hancur di mata masyarakat dan menjadi bahan cemuhan. Sedangkan bagi yang orang yang
difitnah itu sendiri tidak akan lagi orang mahu mendekatinya dan setiap orang pasti akan
menjauhinya. Perkara seperti inilah yang berlaku dalam masyarakat apabila seseorang yang
dituduh melakukan kesalahan akan dihukum oleh masyarakat sedangkan perkara tersebut
tidaklah benar. Orang yang dituduh pula sentiasa terpingir oleh masyarakat dan mereka juga rasa
terhina dan tidak mahu lagi bergaul dengan masyarakat luar. Keadaan seperti ini telah
memburukan individu tersebut kerana hanya dengan sikap manusia yang sentiasa terburu dan
mudah mempercayai ura-ura yang tidak benar. Oleh itu pengarang berhasrat untuk membuka
mata masyarakat bertapa seriusnya kesan menfitnah ini dalam masyarakat.
Yang keduanya pula, menimbulkan keresahan pada orang yang telah difitnah. Mereka
tidak mengetahui siapakah yang melakukan dan menyatakan pekara itu kerana pasti ramai yang
telah menerimanya dengan rasa geram dan marah walhal perkara ini belum tentu benar dan
sahih. Individu tersebut mungkin hidup dalam ketakutan kerana takut masyarakat lain
mempercayai dan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya. Yang terakhir sekali ialah,
memecah belah hubungan tali silaturrahmi. Hal ini demikian kerana, satu fitnah bisa
menghancurkan satu bangsa karana satu fitnah saja boleh menimbulkan berbagai masalah yang
berlarutan (masalah yang tiada akhir) sekiranya tidak diperbaiki semula kesilapan. Menjadi
kewajipan setiap umat islam untuk sentiasa menjaga hubungan Silatulrahim supaya ianya
berkekalan dan tidak retak untuk membentuk masyarakat yang bahagia dan harmoni.
Oleh itu, usaha-usaha perlu dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh dan tegas untuk
membanteras gejala seperti ini terutamanya fitnah dan pemberitaan tidak sahih yang banyak
meracun fikiran masyarakat. Proses pendidikan formal dan tidak formal perlu dilaksanakan
untuk mengajak masyarakat termasuk anak-anak muda kita menggunakan saluran yang betul
dalam menzahirkan perasaan mahu pun perbuatan apabila tidak bersetuju, tidak memahami atau
mendapat perkhabaran yang tidak jelas. Apapun yang kita dengar dari orang lain, segala ucapan
itu kita terima dengan telinga, bukan dengan lidah (ucapan). Berita-berita itu menyebar luas dari
telinga ke telinga seolah keluar dari mulut ke mulut. Hati adalah yang menentukan apakah semua
berita yang di dengar itu adalah benar atau salah. Oleh itu, seharusnya kita menjaga perbuatan
kita agar tidak tersalah melakukan kesilapan sebesar fitnah ini yang menghancurkan kehidupan
orang lain.
4.1.3 Menindas masyarakat dengan ugutan dan paksaan
Dalam skrip Buang ini penulis ingin mengkritik isu penindasan yang berlaku dalam kalangan
masyarakat. Bagi individu yang mempunyai kuasa dan wang ringgit mereka boleh
mempergunakan manusia demi kepentingan mereka. Sebagai contoh situasi dimana Sabar
terpaksa berkerja dengan Buang menjalankan Dalam Operasi Gelap (D.O.G) kerana mahu
melunaskan hutang bapanya. Bos mereka mengenakan kadar bayaran yang tinggi terhadap
pinjaman yang dilakukan oleh bapa Sabar sebanyak dua kali ganda dari pinjaman. Dari sini dapat
dilihat bahawa wang ringgit juga adalah penentu kehidupan seseorang. Sebagai contoh petikan:
SABAR(menintas): “Memang saya ditipu bang. Ayah saya kata hanya berhutang 10 ribu
tetapi rupa-rupanya 25 ribu. Bos kata bunga 10 peratus tapi naik 50
9
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
peratus. Bos kata kerja sekali boleh lepas tapi abang kata simpul
mati. Apa ni bang? Saya ditipu dan dipaksa!”
(Roziah Adama, 2015)
Dalam situasi ini, Sabar seperti dipermainkan oleh majikan mereka dengan cara melunaskan
wang harus melakukan kerja-kerja yang terlarang dan berisiko tinggi. Dijanjikan gaji yang
lumayan serta janji manis merupakan teknik menjerut secara halus sekit demi sedikit supaya
mereka terjerut sehingga tidak dapat meloloskan diri. Sebagai contoh situasi Sabar, disebabkan
pinjaman yang dilakukan oleh bapanya tidak dapat dilunaskan, dia dipaksa untuk bekerja
bersama majikan Buang. Buang juga sebenarnya ditipu buat kali kedua secara halus dan
berselindung apabila majikan mereka menjanjikan akan menyelesaikan hutang yang dipinjam
bapanya sekiranya Sabar melakukan pekerjaan yang harus dipatuh. Setelah terlibat dengan
aktiviti ini, Sabar akan sentiasa terikat dengan perjanjian seterusnya seperti Buang yang perlu
berkerja selama 10 tahun. Contoh petikan:
BUANG: Aku dahulu pun begitu. Menganggap yang pertama dan terakhir tetapi
perjanjian dalam bilik suram itu mengikat aku sehingg sekarang dah 10 tahun.
Kau tahu apa isi perjanjian itu? (SABAR menggeleng)
BUANG: Ingkar. Dibuang. Jadi sampah. Mati. Kau dan keluarga kau.
(Roziah Adama, 2015)
Kajian juga menumpukan kepada perubahan-peruhahan yang berlalu dalam masa dari ke semasa
masyarakat seperti yang digambarkan pengarang. Di peringkat awal misalnya masyarakatnya
adalah pertanian, tetapi akibat kurang ilmu pengetahuan, terjadi perubahan menjadi golongan
tengahan. Kejadian ini ada kaitannya seperti pada Zaman Pencerahan di Prancis apabila
golongan pemilik cagaran tanah berkuasa terhadap tanah yang dicagarkan oleh penduduk dan
penduduk tersebut perlu akur dan melakukan pelbagai pekerjaan bagi melangsaikan hutang
walaupun tidak dibayar gaji (Karl Max 1818-1883).
Sikap penindasan ini telah lama wujud dalam kalangan masyarakat. Perubahan itu
biasanya akan melibatkan kemasyarakatan struktur, kajiannya dapat menunjukkan perubahan
proses dan sebab-sebab perubahan. Sememangnya golongan yang berpengaruh dan mempunyai
wang ringgit lebih berkuasa dalam sistem hieraki masyarakat. Penumpuan terhadap ciri-ciri
watak Buang, merupakan seorang yang tidak berpendidikan tinggi dan hanya melakukan kerja
sampingan dan tidak tetap serta terikat dengan perjanjian oleh majikannya. Berbeza dengan
watak Sabar yang mempunyai pendidikan tinggi bertaraf kolej. Namun, kedua-duanya di sifatkan
dengan golongan yang lemah kerana boleh diarah dan ditindas mengikut kehendak majikan
mereka yang dikatakan mereka itu berkuasa sehinggakan boleh meragut nyawa sesiapa sahaja
sekiranya melawan arahan.
Perbezaan ini juga merupakan adat dalam kehidupan setiap individu yang berbeza-beza.
Dapat kita menegaskan bahawa sastera sebagai dokumentasi sosial ini berulang dari
kesusasteraan konsep sebagai realiti dari realiti masyarakat. Pengarang melakukan perbezaan
sedemikian kerana untuk melihat sendiri realiti kehidupan setiap manusia tidaklah semudah yang
dirancang dan menjadi realiti dan sudah pastinya tidak sama dan berbeza setiap individu. Teori
ini juga melihat bahawa pengarang adalah rakaman zamannya, dan memiliki kekuatan untuk
menghasilkan karya yang bersifat perekaan dengan kontekstualnya mendapatkan gambaran
nyata. Karya ini jelas menunjukan bahawa falsafah fenomena sosial yang menjelaskan
kemiskinan dan penindasan mempunyai asas kedendaan (material basis), begitu juga dengan satu
bentuk sistem sosial dan ekonomi yang wujud iaitu kapitalisme.
10
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
Kuasa yang dimiliki oleh majikan mereka membuatkan mereka terpaksa akur dengan apa
jua arahan yang diberi perlu dilakukan. Mereka akan sentiasa dipermainkan kerana kuasa
pemilik wang akan menjerut kehidupan dengan ugutan yang diberi. Penulis juga ingin
mengkritik sikap masyarakat yang suka menindas hak orang lain dengan paksaan dan ugutan
supaya dapat mempergunakan seseorang individu itu demi kepentingan diri mereka. Amalan
seperti inilah yang telah merosakan kehidupan manusia yang lain dengan melawan fitrah pada
manusia. Seharusnya manusia hidup bebas dengan pilihan mereka sendiri namun, disebabkan
sikap manusia yang tamak mereka menjadikan manusia seperti hamba untuk diatur melakukan
pekerjaan-pekerjaan yang haram dan memudaratkan.
4.2
Isu Politik
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia
biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di
korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkahlaku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya keupayaan untuk
memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.
4.2.1 Pengaruh Kuasa Menggunakan Wang Ringgit
Kajian ini meneliti isu politik dan sains politik di dalam skrip Buang melalui teori sosiologi. Isu
sosiologi yang dikaji dalam aspek politik pula adalah kekuasaan orang yang berpengaruh boleh
menggunakan wang ringgit untuk untuk menutup kesalahan mereka. Mereka juga menggunakan
golongan yang lemah untuk melaksanakan tugas walaupun ianya salah dari sisi undang-undang.
Menurut Mana Sikana (1998) Realisme sosialis adalah istilah ynng tersohor dan istimewa di
kalangan sosiologi yang berfikir Marxisme. Pertama, karya sastera hendaklah lihat dari sudut
pertentangan kelas di antara pihak atasan dengan pihak bawahan. Golongan borjuis dengan
golongan proletariat atau marhaen mestilah mencapai kemenangan dalam perjuangannya
menegakan kaum yang lemah. Tegasnya, ia menentang kekuasaan feudalism, aristokrat dan
bangsawan. Kemajuan sosial akan hanya akan dicapai menerusi perjuangan kelas dan revolusi.
Seseorang itu hanya akan menjadi penting, jika dia bergerak untuk kepentingan masyarakat
bawahan, bukannya didasarkan kepentingan dirinya sendiri.
Pena Patriot (1973:3) juga pernah menegaskan pentingnya kritikan sastera tidak
memisahkan karya dari isu politik. Iaitu isi kandungan dan fungsi sosio-politiknya. Lanjutan dari
penekanan kepada tugas sosio-politik sastera dan penilaian sastera secara keseluruhannya, Pena
Patriot mengajukan satu kerangka pemikiran yang menekankan peranan kuasa besar dunia serta
tekanan politik dan ekonomi yang dapat mereka gembeleng dalam menentukan sejarah dan nasib
masyarakat miskin. Politik mungkin mempunyai maksud pejorative iaitu cemuhan atau tidak
menyenangkan, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah
institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi
gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan segelintir atau ahli politik
sendiri daripada objektif atau kebaikan bersama.
Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk
kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan
sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat (debated questions). Kebanyakan
ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit
11
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik (Auguste Comte, Marx and
Waber, 1977).
4.2.2 Penidasan Golongan Bawahan
Dalam skrip drama ini dilihat perjuangan pengarang yang ingin menjelaskan nasib golongan
yang tertindas ini. Mereka hanya bergantung kepada orang atasan dan menerima arahan dan
perlu dipatuhi. Golongan ini juga tidak diberi pilihan sekiranya diminta melakukan sesuatu tugas
kerana terikat dengan hutang dan perjanjian. Sekiranya mereka ingkar dengan arahan yang
diberikan nyawa dijadikan sebagai ganti. Penindasan ini jelas dilihat bagi orang-orang yang
berpengaruh dan pempunyai kuasa untuk menentukan hidup seseorang dengan kuasa yang
dimiliki oleh mereka. Mereka seolah-olah mengunakan pengaruh untuk mendapat ikutan dan
pengikut perlu akur dengan arahan yang ditetapkan.
Sebagai contoh petikan:
SABAR (agak marah): Tak, kalau takut saya dah lari! Saya nak selamatkan ayah. Bos
kata hutang ayah hanya layak dibayar dengan darah. Saya hanya ada satu
malam untuk lansaikan semua ini. Kalau berjaya saya juga diberi wang. Saya
tak akan balik tangan kosong.
BUANG: Kau berhutang, kau fikir bos nak bagi wang? (SABAR mengangguk-angguk)
BUANG: Lupakan impian kau. Tugas malam ini perlu selesai.
(Roziah Adama, 2015)
Perbualan antara Sabar dan Buang perlu melaksanakan tugas yang diberi kepada mereka.
Tugasan yang diberi perlu diselesaikan dan tiada seorang pun akan terlepas sekiranya mereka
lari. Pengakaji mendapati majikan mereka bukanlah melakukan pekerjaan ini hanya untuk
dirinya sendiri namun majikan mereka melakukan pekerjaan haram ini kerana diupah untuk
membersihkan nama orang atasan juga. Orang yang mempunyai nama dan pengaruh yang besar
dari masyarakat tidak dapat melakukan perkara ini secara terang-terangan. Oleh itu mereka juga
menggunakan “kroni-kroni” untuk menjalankan pekerjaan mereka supaya nama baik juga dapat
dijaga. Ini merupakan kaedah yang digunakan kerana mahu mempengaruhi masyarakat dengan
nama baik serta kelakuan yang baik. Kejadian ini sentiasa berlaku bagi golongan yang tidak
mempunyai masa untuk menguruskannya kerana jawatan yang disandang perlulah dijaga dengan
baik untuk mengekalkan kuasa yang dimiliki oleh mereka. Peranan golongan bawahan inilah
melakukan segala pekerjaan “belakang takbir” yang merupakan situasi sebenar dan dalang dalam
sesuatu aktiviti yang tidak dapat dilihat kerana dilakukan secara tersembunyi.
Karya skrip Buang ini mengamalkan fahaman realisme dan realisme sosialis, akan
menghasilkan dan memotivasi keadaan masyarakat yang seperti pincang, penyelewengan dan
sebagainya. Mengkritik kehidupan sosial sememangnya menjadi rukun kepada kata yang bersifat
sosiologi. Ia boleh dikategorikan sebagai sastera protes sosial. Dapat dilihat dalam karya ini
penulis ingin meluahkan sikap protesnya terhadap dua golongan yang tidak seimbang. Seseorang
yang mengaplikasikan pendekatan kritikan sosiologi ini, mesti dapat melihat apakah protes sosial
wajar dilakukan oleh masyarakat. Begitu juga pada watak Buang yang seharusnya tidak
menerima arahan dari orang yang tidak bertanggungjawab melakukan kehancuran dan
kemusnahan kepada alam sekeliling terutamanya melakukan kekejaman terhadap manusia.
12
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
4.3
Isu Ekonomi
Kajian ini meneliti isu ekonomi yang terdapat dalam skrip drama Buang. Aspek ekonomi dari isu
sosiologi dikaji dengan meneliti isu kemiskinan dan pengangguran yang berlaku di Malaysia.
Pengarang menjelaskan kehidupan yang dilalui oleh watak menyukarkan mereka untuk mencari
wang yang halal dan tetap. Kehidupan yang bersifat sederhana ini memberi jalan yang buntu
kepada mereka untuk melakukan apa sahaja pekerjaan yang dikatakan peluang untuk mereka
mencari pendapatan. Perkara inilah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kini dan
merupakan realiti kehidupan masyarakat dalam menagani masalah kemiskinan dalam bidang
pekerjaan
Sebagai contoh petikan:
SABAR (ingin tahu): Anak sekecil itu dituduh pembunuh?
BUANG: Aku tidak memerlukan simpati! Bertahun-tahun aku dihina. Sehinggalah aku
sedar, aku mesti melawan siapa sahaja yang mencemuh, tanpa belas kasihan.
Kumpulan D.O.G buat aku rasa berkuasa, semua orang takut Buang! Buang
kuat!
(Roziah Adama, 2015)
Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya dipaksa untuk melakukan pekerjaan ini demi
mendapatkan wang dan hutang yang perlu dibayar namun, mereka tidak mempunyai pekerjaan
yang tetap untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat yang lain. Sisihan dari masyarakat
menjadikan mereka hilang arah tuju dan perlu mencari peluang apa sahaja untuk selamatkan diri
mereka. Dalam watak Buang, dia dikatakan seorang yang hidup tidak bergaul dengan
masyarakat luar. Dia hanya melakukan pekerjaan secara senyap dan tidak diketahui ramai.
Pekerjaan ini juga tidak menentu kerana dia hanya mengikut arahan ataupun upahan dari orangorang tertentu sahaja. Inilah pekerjaan yang dilakukan selama sepuluh tahun.
Selain itu, watak Sabar juga merupakan seorang graduan yang masih belum mendapat
pekerjaan. Dia terpaksa melakukan pekerjaan haram ini kerana perlu melangsaikan hutan
keluarganya. Sabar bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Dia juga masih lagi muda dalam
menempuh kehidupan yang penuh onak dan duri. Disebabkan kekangan wang yang tidak
mencukupi dia terpaksa mengikuti operasi gelap ini supaya dapat melangsaikan hutang yang
tertunggak sebanyak dua kali ganda dari jumlah hutang yang di pinjam. Oleh itu, mereka
terpaksa menuju ke jalan yang buntu dengan meminjam wang dari orang yang bahaya dan
memudaratkan.
Kesimpulannya, watak-watak yang terkandung dalam skrip ini merungkaikan apakah
yang berlaku dalam kehidupan sosial sebenar. Keadaan yang berlaku dapat membuka minda
pembaca agar melihat isu sosial yang terdapat pada pada karya yang indin dikemukakan oleh
pengarang. Latar belakang watak juga mempunyai gambaran mengenai kehidupan masyarakat
yang penuh dengan liku-liku dalam kehidupan. Aspek yang dikaji jiga dapat melihat sendiri
aspek sosial, ekonomi dan politik.
5.
Rumusan
Skrip drama Buang ini memaparkan pelbagai isu dari segi sosial, politik dan ekonomi. Antara isu
soaial yang diketengahkan ialah adalah kes jenayah pembuangan bayi, sikap prasangka,
penindasan yang lemah. Selain itu, aspek politik pula ialah pentadbiran orang atasan yang
berkuasa dan boleh diselesaikan dengan wang ringgit iaitu golongan hipokrit. Seterusnya, aspek
13
JURNAL WACANA SARJANA
Volume 4(5) November 2020: 1-14; e-ISSN 2600-9501
ekonomi menyentuh tentang kehidupan masyarakat seperti kemiskinan yang berlaku kepada
golongan bawahan yang terpaksa akur dengan arahan yang diberikan oleh golongan orang atasan
termasuklah melakukan pekerjaan haram. Drama ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana
karya ini mengetengahkan isu yang berlaku pada masyarakat sehingalah kini. Kelebihan dua
watak dalam karya ini dapat menjayakan jalan cerita dengan baik bagi mengambarkan
keseluruhan cerita mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pengarang.
Rujukan
Abdul Rahman Embong. (1967). Hubungan Gejala-gejala Masyarakat dengan Ciptaan dan
Perkembangan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Sastera
Abdul Syani. (1995). Sosiologi dan Perubahan Masyarakat: Satu Interpretasi ke Arah
Realitas Sosial. Jakarta: Pustaka Jaya anggota IKAPI.
Auguste Comte, Marx and Waber. 1977. Philosophical Foundation of The Sociologies.
(Printers) Ltd. London
Bernama. (2014). 19 Jun. 26 Kes Buang Bayi Dilaporkan Suku Pertama 2014. Berita
Harian.
Dewan Sastera. (2015). Drama. Dewan Sastera April: 71-74
Dewan Sastera. (2015). Drama. Dewan Sastera Mac: 61-66
Hamzah Hamdani. (1988). Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hassan. A. M. (2012). Yang Tersurat dan Tersirat di Dalam Filem-filem arahan Mamat Khalid.
Academia.com.
Ida Nadira Zainuddin. (2017). Filem 29 Februari: Satu Kajian Teori Sosiologi Sastera. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Juliana Abdul Wahab dan Mahyudin Ahmad. (2009). Industri Filem dan Sosiologi Masyarakat
di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.
Mana Sikana. (2003). Koleksi Teori Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mana Sikana. (2006). Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Max Weber. (1947). Theory of Social and Economics Organisations. United Kingdom: A
division of Transaction Publishers.
Nazura Ngah, Hazwan Faizal Mohamad & Fahmi Azril Rosli 25 Julai 2017.
Selangor Tertinggi Kes Buang Bayi. Kuala Lumpur: Berita Harian.
Normaliza Abdul Rahim. (2014). Filem Zombi Kampung Pisang: Satu Kajian Teori Sosiologi
Sastera. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Soerjono Soekanto. (1993). Beberapa Teori Sosiologi Tentang Struktur Masyarakat. Jakarta:
Raja Grasindo Persada.
Umur Junus. (1986). Sosiologi Sastera: Persoalan Teori dan Metode. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
14