Jun 28, 2013

LSN sale

Assalamualaikum.....

Serius cakap saya tak pernah ke LSN walaupun dekat. Kajang ke Cheras bukan jauh no sebelah- sebelah je hihihi tapi tak pernah kesampaian. Walaupun tahu banyak barang jahit dan banyak mesin jahit. Ok, tapi semalam nekad pergi sebab nak tengok mesin industri. Cakap dengan husband nak beli kalau betul murah. Hihihi tengok dalam web memang lah macam gah takut pergi-pergi indah khabar dari rupa. Ada 2 benda saya rasa macam nak beli. Husband kata pergilah ambik je duit dia. So saya beli mesin hutang husband separuh. Bayar ke ? Hihihi bayar......motivasi untuk diri sendiri sebenarnya. Kalau guna duit kita lebih sedap dan lebih bertanggungjawab.

Saya pergi pagi dan kebetulan anak buah saya effa off day so boleh tolong jadi nanny dan tukang masak. Itu pasal semangat lebih heheheh kalau tak diam je lah. 

Saya ambil mesin jahit industri mmg tak sampai 1 ribu pun dan barang- barang yang entah tak tahu  kenapa P beli. Tapi barang jahit ni tak sampai rm100 pun. Oklah duit hasil upah menjahit. Ada juga kan. 


Ini lah hasil yang dapat dari sesi habiskan duit kan LSN. Entah apa- apa la si suzie ni kan. Tak tahu apa yang saya beli tapi macam best. Warna pink atas tu magnet dan bobbin holder. Padahal dah ada satu beli kat Epal. Adoiiii hai. Lepas tu jarum jahit untuk portable dan industri ( kunun.... Mesin belum sampai tapi jarum dah sampai hihihi ) . Beli tape tu 100 inci padahal dah ada 2-3 kat rumah tapi yang 60 inci je la . Adoiiiii peniti tu habuan pakai shawl. Hahahahah peniti kuning saja suke suke. Getah tu pula satu singgit so ambil je kalau rasa nak jahit apa apa oklah boleh guna .



Dan yang ini memang melampau kan. Tak tahu kenapa saya ambil tapi sebab rasa macam ehhhh 50% la.  Hahahahah saya  ambil 2 tau , satu nak kasi hadiah kat kakak saya yang jahit langsir dan cadar. Saya tak guna lagi so tak tahu berbaloi ke tak. Baru dapat 1 , 1 lagi next week ambil sebab tak ada stock. Tapi kira boleh preorder. Oklah. Ingat kan dia orang jual yang ada dalam stock je. Malu tau nak tunjuk ni sebab jahit bukannya banyak pun tapi barangnya ha kau...... Tapi mana tahu satu hari saya akan jadi tukang jahit yang berjaya dan jadi jutawan...huhuhu berangan husband kata. Tak pe berangan tak kena bayar free. Usaha je kena lebih. Dok berangan apa pun x jadi. Hihihi

Ok itulah cerita habiskan duit saya. Tunggu mesin sampai saya buat n3 lain. Dan saya dah ada bilik jahit baru. Belum habis kemas bersepah-sepah tambah-tambah dengan baju raya tuan tanah dan anak-anak. Pindah ke bilik tu dah lama tapi kemas tak siap-siap. 

Oklah Ingat nak story pendek je jadi panjang pula , sampai jumpa lagi. 

P/s siapa pergi LSN ni ikut mines dan Jalan belimbing ada satu stall kueh tiau goreng Taiping. Buka lepas maghrib sampai tengah malam kot. Saya suka sangat. Stallnya depan surau kalau nak ke Damai Perdana tu sebelah kirilah. Kueh tiau tu spesial sebab dibungkus dalam daun bungkus daging. Tempat lain tak tahu panggil daun apa. Itu kat Batu Kurau sebab dulu beli daging memang dibungkus dalam daun ni. Dulu- dulu kueh tiau dolly kat Taiping tu pun guna daun sekarang ni bungkus dalam kertas je. P try no. 


Jun 26, 2013

Handmade face mask for haze

Assalamualikum....

Semalam tengok link yang mila bagi untu buat mask ni. Tapi semalam tak sempat nak godek mesin ada tetamu so terbantut kerja-kerja mesin jahit ni. Pagi ni nak ke sekolah terkejar la ke kedai keat seong. Hahahah kedai ni memang glamour  di bangi ,  kedai runcit tapi macam-macam ada. Barang jahit pun ada jual. So singgah kedai,  dia cakap dah habis. Pagi tadi wafi dengan sofiya tak ada mask lah. 

1 jam lebih saya di wet kitchen. Kitchen saya ni memang open. Bila dah nak siap tu hidung saya pedih macam berdarah hidung. Tapi belum lagi berdarah. Saya cepat- cepat masak dah kemas terus masuk rumah. Waktu tu dah hampir pukul 11. Widad nak ke sekolah pukul 12. Dalam masa sejam tu saya jahit juga mask ni untuk widad dan wafi. Wafi sekolah sampai pukul 5. Inilah yang saya dapat. 

Nak cepat tak ada lining dah hehehe selapis je lepas tu kemaskan dengan serger je. Widad punya saya letak getah sebab dia tak pandai nak ikat tali. Wafi saya jahit tali itu pun very simple. 


Yang ini saya jahit waktu petang. Saya buat 2 layer. Adik ipar saya kata boleh pakai cotton tapi elok dibasahkan dengan air. Maybe lembab kan kain kot. Adik ipar saya Aizan bekerja di farmasi hospital sultanah aminah jb. So bab ubat memang dia pakar. 


For boys saya guna warna biru. Cotton juga .


Sibuk je dengan pistol nak snap gambar pun susah. Ok sampai di sini dulu. Sekarang saya dan anak-anak dah mula minum air zamzam. Rasanya jerebu yang sebelum ni pun saya amalkan air zamzam. 
Sampai jumpa lagi ok. 

Jun 25, 2013

Dari dapur saya .....

Assalammualaikum.....

Dah lama juga terfikir hendak story pasal barang di dapur saya ni tapi tak pula shot gambar-gambarnya. Bukan lah nak tunjuk dapur saya pun sebab hihihi pepaham lah yer .....malu nak tunjuk. Bersepah jangan cakap. Agaknya kalau tunjuk dalam gambar tak nak kot blog ni timbul gambarnya hehehhe....

Ok selalu bila kita dapat hadiah , kita simpan konon sayang nak guna . Tambah-tambah pula door gift or ore Kelate cakap { x pandailah nak spell bahasa kelatan tu ....sorry } siso . Siso or sisa la kot  ,makna nya door gift lah dalam bahasa Kelantan. Kalau Perak bunga telur walaupun bukan dapat telur pun. Jangan penuhkan almari anda dengan siso. Hihihi 
Ok ini dapat hadiah dari Dahlia sempena Jamuan Teh. Dah tak ingat tapi ini macam charity so saya dapat set cawan besar ni dan apron. Apron saya masih guna sampai sekarang. Dah hampir 3 tahun kot saya guna ni. Cawan besar ni saya buat isi sabun pencuci pinggan. Saya guna liquid so inilah bekasnya. Tak ada lah guna bekas-bekas plastik yang selalu kena ganti. Dan juga kadang- kadang dah lama sangat guna dah jadi buruk pula. 


Ini pula untuk wet kitchen. Saya dapat masa birthday saya yang ke 22 or 23 x ingat dah. Hihihi from my supervisor En Kamarul. Piringnya udah pecah. Saya jaga cawan ini dari dalam kotak sampailah saya pindah ke rumah sekarang. Maknanya cawan ni didalam kotak bertahun. Sejak saya bujang dah berpindah-randah rumah. Hihihih dan jasanya berbaloi. 


 Gabak besarnya kan. Walau pun dah lama , saya masih ingat siapa yang bagi. En Kamarul pun dah pencen sekarang. Ada juga mangkuk kecil door gift saya isi garam gula ajinomoto. Lupa nak snap gambar. Lain kali saya tunjuk. 

Ok ini bukan hadiah tapi beli di kilang pinggan Mikasa di Kulim. Pinggan ni brand Mikasa tapi tak ingat dah nama kilangnya. Terletak di Kulim. Memang cantik dan saya ada 3-4 set pinggan Mikasa ni.Sesiapa dari Kulim mesti tahu pasal kilang ni. Bekas ni saya beli 2 biji 1 letak tepung satu lagi milo.


Ini pula bar la konon. Heheheh dulu saya guna tupperware then saya tukar semua guna kaca so lebih cantik dan  senang nampak isinya . Kat atas sekali mangkuk sup hadiah kahwin. Bila kat atas memang hiasan je lah. Itu yang tak suka tu. Tak terfikir lagi nak buat dengan mangkuk tu. 


Yang ini pun saya memang suka tayang sebab malas nak simpan- simpan dalam kabinet. Dasar pemalas kan. Semua malas ,tak nak gerak sikit.  Huhuhuhu ada lag ada table top saya iaitu rice cooker. Biarlah sepah tak nak tunjuk. Hihihih

Ok sampai sini dulu , gunalah barang yang dapat hadiah at least dapat juga pahala untuk yang memberi. Betul tak? Ok jumpa lagi. 

Jun 23, 2013

Telekung pink untuk widad.....

Assalamualaikum......

Akhirnya menjadi juga buat telekung untuk widad. Warna pink. Cuti sekolah hari tu sempat ke kamdar beli kain. Tapi itulah pandai sangat ,beli ini saja untuk widad. Bila dah buat menjadi ni ramai ( bukan sapa pun anak i juga hihihi) la pula yang nak macam telekung ni. Kalau beli 2-3 helai lagi tak payah la sibuk lagi nak pergi mencari.

Malas nak cerita banyak- banyak tapi tq to sifu mila blogrimbun sebab dok baca step by step dari mila. Bukan apa tak nak tetas- tetas dan tak cantik. Lepas tu awning tu pula tengok tutorial dari kak zai. Tq both of you sebab rajin buat tutorial ni. Semoga ilmu tutorial ni menjadi bekalan disana nanti. 
Mila tak tunjuk cara nak pasang lining but i can do it. Hihihi.....lupa pula snap gambarkan kalau tak boleh tunjuk- tunjuk sebab nanti kita ni kang nak buat lagi terkial-kial pula dok fikir. Kalau ada reference tu senang lain kali boleh refer. Ok tengok anak dara saya ni yer. Photoshot by wafi. Cantikkan hasilnya. 

Telekung ni saya guna lace. Mula - mula cukup untuk kepala je tapi petang sabtu sanggup keluar pergi cari lace untuk bawah telekung..

 Macam cun je model ni.....hihihi
 
Ini la muka nya dan lace ni dapat dari daiso. Sikit sangat pun, semeter je. 


Ini di bawah telekung, lace dapat dari jln reko kajang. Next n3 i tayang ok...

Ok see u ....tau tak saya dapat bibik saya balik so dah tak mob lantai lagi ,ambil bibik je. Sebab tu sempat pegang mesin. Lagi satu husband balik sekejap hari tu dia la cakap nak mob panggil je bibik tak payah dok teruk- teruk badan.hihihi sebabnya saya minta tolong mob.hihii then kesian kat saya kot. Baiknya kan.....

Jun 19, 2013

Tetiba je ada dalam camera roll.....

Assalammualaikum.....

2-3 hari saya roll photo dalam ipad ni tetiba terpandang gambar ni. Bila masa la budak- budak ni ambil. Sabar je lah. Baju ni dapat dari kakak ipar saya last week dia bagi. Anak dia tak ada yang nak pakai lagi. Widad pun tak pakai kot. Kalau nak wedding lagi saya suka pakai fabrik yang lembut. Kalau buat kat bawah khemah panas kan mana sesuai pakai fabrik ni. 

Saya rasa cameraman nya maybe wafi dan jurusoleknya sofiya. Wafi memang suka sangat snap picture. Dan tengah kumpul duit nak beli dslr. Hihihi saya kata kalau nak kumpul sendiri duit. 
  Heheeh dah macam heroin hong kong. Hehehhe



Yang ni lagi tak tahan kan.....

Ok see u ......

Jun 17, 2013

Kebakaran.....

Assalammualaikum.....

Trajedi ni terjadi semalam. Pagi lebih kurang subuh kot may be awal lagi. Waktu azan saya sedar ada bunyi siren tapi tak sure siren apa. Dah tu mamai lagi. Alarm saya bunyi pukul 5 so nak tunggu subuh tu golek golek lagi. Patutnya bangun lah kan buat solat sunat sebelum subuh. Dasar pemalas. Ya Allah ampuni dosa hambu mu ini. 

Selepas solat tu kejut anak-anak kemudian anak buah saya balik keje dari syif malam bagi tahu terbakar kat belakang rumah saya. Terkejut juga. Api besar katanya. Bila nak gerak pergi sekolah dalam pukul 7 ada jentera bomba lalu depan rumah saya. Bila saya pandang belakang dah berkepul asap. Belakang rumah saya memang tempat lori-lori buang sampah. Sebab tu la rumah saya tak buka tingkap sebab buka je lalat penuh. Stress betul. 

Kalau siapa-siapa lalu kajang silk nak ke Putrajaya mesti nampak ni. Asap berkepul. Sampai ke pagi ni asap lagi. Kat luar rumah dah bau asap dah. Pagi tadi saya dengar lagi bunyi jentolak, maybe tutup api dengan tanah. Semalam , Jentera bomba ada la 4-5 buah kot dalam longgok sampah tu padamkan api. Petang semalam 2 pili bomba di kawasan rumah saya ni digunakan. Pagi ni ada lagi asap tapi bomba dah tak ada . Jentolak still buat kerja lagi. Dah la jerebu ni kan terbakar pula. Luas juga longgok sampah ni. Kami yang duduk sini memang tak larat nak berperang dengan lalat.  
Ambil gambar dari bilik jahit saya , x nampak sangat. Dah kena tolak segala pokok belakang rumah saya ni sebab nak buat surau. Nasib baik jentolak tu baik , tak tolak pokok betik , mangga dan kelapa saya . Terima kasih, betik baru takat pinggang sayang nya kalau kena tolak.



Ini dari bilik anak dara saya. Nampak tak kawasan putih belakang tu. Itulah timbunan sampah. Ada 3 tempat yang terbakar. Tanah lapang tu tapak surau. Abaikan persatuan bibik tu , suka sangat berkumpul belakang ni.  

Sampai sini dulu, saya tak ada suara. Tak sakit tekak tak batuk tetapi tiba-tiba suara hilang. Maybe sebab jerebu hari ni dah ok sikit kalau esok suara bunyi macam itik serati kena minum air asam jawa lah .ok jumpa lagi semua. 

Jun 16, 2013

Memang best


Assalammualaikum.....

First posting using iPad.Dah sebulan juga beli tapi hari ni baru ada masa nak google2 macammana nak post. Sebabnya malas nak google. Kalau dah melekap kat iPad nanti semua kerja tak jalan .Kalau agak-agak post ni pelik sorry lah yer ....hihih 

Ok kat atas ni menu dapat dari Che mat gebu dunia tanpa sempadan. Roti canai goreng tapi tak la tiru bulat- bulat. Saya guna yang mana ada di rumah aje. Dan saya cuma guna isi ayam. Saya memang tak suka seafood di campur dengan ayam or daging. Senangnya makanan di laut di campur dengan makanan darat. Sejak kecik lagi emak saya ajar makan macam tu so dah terbiasa.
Ok roti canai goreng ni best dan yang penting lebihan roti canai boleh di makan begini. Ini saya guna 10 keping roti canai. Sebab nya ramai tetamu di rumah so beli nasi lemak n roti canai. Nasi lemak habis tapi roti tak habis so jadilah begini. Siapa nak cuba boleh lah sedap. 

Oklah untuk entry kali ni. Jumpa lagi


Jun 14, 2013

Balik kampung ....jalan di KB

Asslammualaikum..

Boleh tak, tak nak cerita panjang-panjang ...heheheh layan gambar saya ...

Apam bakar kelantan ....sedap sangat .Nanti kalau saya  buat dan menjadi saya share ok ...

Nasi tumpang ...ini di pasar Siti Khadijah , saya selalu makan nasi tumpang yang dibeli di Pasar  Kubang pasu ...

Kuih....kuih ....memang terliur

Yang warna biru tu tepung tuke.Mentua saya kata tuke tu buluh.memang sedap .Dah dapat resepi ,nanti boleh cuba 

Nasi berlauk ikan merah .Pehhhh sedap .Kakak  yang jual ni senyum sebab saya dengan husband ambil suku je nasi ...

Suka tengok tapi kurang kalau nak makan ....kalau masak asam rebus saya suka ...

Hhehehe saya beli kuali tebal dan acuan bahulu tembaga  .Gerai kak yah golok tangga no 1 tingkat 1 ...saya memang shopping kat sini selalu 

Boleh snap gambar ni sebab datang awal Parking depan pasar  .kami tidur di KB hotel Sutera  Prima Inn

Jun 12, 2013

Suka dan duka

Assalammualaikum...

Cerita bulan Mei lagi dan di musim cuti sekolah.Ahad 26 Mei  minggu pertama saya dan adik beradik saya 2 biji mpv je kami ke majlis perkahwinan anak kepada sepupu saya .Di Felda Lepar Utara Pahang.Tak tahu jalan dan tak  check google map ke main redah je.Kami keluar pagi-pagi.Masuk highway LPT keluar di exit Chenor.
Kakak sayaasyik membebel  nape asyik kelapa sawit je ni .heheheh memang jauh dan rumah pengantin pun boleh tahan juga .Tapi yang best backgroung rumah tu nampak gunung tahan .Memang cantik.Saya tak snap gambar walaupun bawa camera.Sebab nya dah berkumpul saudara mara lagi best berborak hehehe.


Kakak saya baju coklat ,abang ipar dan adik saya yang baju oren.



Adik mak saya dari Labis dan suami ...kami panggil mak ibah .Berkumpul masa kenduri tu .

28 mei saya dapat berita bapa saudara husband saya meninggal di Kota Bahru .Mula-mula ingat tak nak balik .Husband masa tu on the way balik tapi tak tahu kat mana.Dia transit 2 airport so saya tak dapat contact.Bila mentua call tanya saya nak balik ke ? Sedih je dengar saya pun cari flight .Balik KB 28hb balik KL 29hb.Sebelum tu dah janji nak ambil dia dia airport pukul 9 pagi di KLIA 29hb ...hehehehhe Anak2 saya dibawah jagaan adik saya .Ayah Sof ni dah lama sakit hampir 10tahun.Buah pinggang problem akhirnya tinggalkan kami dengan macam-macam kenangan.
29hb Mei tu pula bila lepak di airport KB dapat message pula sepupu saya di Perak meninggal.Saya bercadang, husband balik kami akan melawat dia.Tapi tak ada rezeki saya nak jumpa dia .Sedih, Kak Mah ni kurang pendengaran dan dia juga kakak kepada Arwah Kak Tam sepupu saya yang meninggal baru-baru ini .Dan semalam 8hb Jun majlis perkahwinan anak sulung beliau . Tak sempat nak tengok anak perempuan nya bernikah ...
Rosnah anak Arwah Kak Mah 

Berita gembira juga 16 Mei dapat anak saudara baru .Anak adik saya Siti Hajar Nabiqah .



Dan ini pula anak adik ipar saya lahir pada 7 Mei Nur Hannah ....Alhamdulillah ...Affan nak keduanya siap nangis lagi sebab tak bawa balik .Sabar je lah ....

Sedih dan juga suka ....hmmmmm

Jun 9, 2013

Mei ....


Assalamualaikum....

Lama tak bersiaran.Banyak cerita tapi kena cerita sikit-sikit.Bila cuti sekolah susah sikit nak update blog.Kalau guna 3G slow sikit.Saya pula banyak masa diluar.Ada kenduri kahwin dan ada yang tak attend .Terlupa.Sibuk sangat buat itu ini dah petang baru teringat .Sabar je lah.Jemputan guna sms je tak kisah pun , itu yang terlupa.

Bulan 5 ni memang banyak sangat yang kami sekeluarga celeberate .21hb mei birthday wafi .Sambutan buat di sekolah so saya tempah kek .Esoknya 22hb saya bawa dia ke JPN buat ic.Husband kata dah tua aku ni ,anak aku dah ada ic.Heheheh dia je tua i belum ...hehhehe


Kek wafi ,celeberate di sekolah 

Kemudian 28hb mei birthday husband .Wish guna email je masa tu dia dah nak balik KL.Balik seminggu je untuk buat visa.Tukmenistan, visa hanya valid sebulan je. 29hb dia sampai KL so kami pergi makan-makan je .31hb mei pula birthday piya so kami celeberate sekali je.Sofiya hari lahir yang ke 11.Tak ada kek pun just makan-makan .Tak larat nak makan kek dah .

Makan-makan .....untuk sambutan bulan Mei ...
 Dan 30hb pula hari ulangtahun perkahwinan kami .Tahun ni tahun yang ke 15.Sekejap je kan .Rasa macam baru semalam dia dok ngorat saya .heheheheheh Saya dah bekerja di TM dan my husband masih study tapi dia tengah buat tesis masa tu .Mula tak suka nak kawan dengan student sebab kita dah banyak duit heheheh dia sengkek .Tapi maybe bukan sebab tu kan kita dah kerjakan so dah matang student macam hingusan lagi .Tapi dia pandai kot so sampai lah ke jinjang pelamin dah ada 5 anak .Alhamdulillah ....

Susah betul nak snap pic romantik ngan hubby i ni.Ini lah paling cantik .Itu pun mulut tu membebel ajak bergambar .

Inilah kisah bulan MEI ...hehehhehe