Jul 28, 2011

Ahlan Wasalan Ramadhan

Seluar askar .....permintaan Qaid.Bila dengar mesin berjalan saja dia mesti tanya 'mama jahit seluar qaid ke ?'Sebulan juga la dia asyik tanya .Masa tu saya tengah sibuk jahit tudung dan baby quilt.Ketika shopping di SS2 saya jumpa kain heavy cotton corak askar ni .Mahal tapi beli juga la.Saya balik buatkan dia sehelai.Macam yang dia pakai ni tapi panjang.Dah kelabudah seluar tu.Selang sehari dia mesti pakai.So yang dia pakai ni second seluar dia.Saya buat pendek sikit .


 Ahmad Qaid ni memang susah sangat nak ambil gambar.Macam-macam dia buat muka.Masa saya ambil ni dia tak duduk diam goyang jer.Seluar kotak tu baru siap .Seluar tidur dari kain flannel.Belum carikan lagi baju untuk dimatchkan.Kalau ke Jusco boleh la beli tshirt rm5.

Baju kurung yang dah siap.3/4 lagi dah hantar.Tinggal nak jahit baju anak-anak buah dengan baju anak-anak.Anak-anak dah sibuk tanya bia nak start jahit baju diaorang...heheheh baju mama pun belum jahit .Biru dan hijau tu pula shawl dari knit cotton untuk Dr Dahlia.


Aksi affan dengan seluar baru nya.Sama je ngan abang .Dia sekarang under toilet trainer so banyak la bersalin seluar.



Tengok ...kalau ke bilik jahit saya inilah keje .Pistol...katanya kalau yang macam lembing tu pedang.Ada 2 hero ni pun dah kecoh macammana yang ramai lagi kan ...

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Suka kan....tak tahu kenapa ada perasaan ni .Maybe sebagai orang Islam kita tak terasa beban dengan Ramadhan .Suka nak menyiapkan juadah ,suka nak siapkan sahur cuma terawih tu je susah nak complete.Husband maybe akan offshore pada hari ahad.Dah lali ...puasa tanpa dia kat rumah.Tetapi selalunya bila Aidil fitri insya Allah ada.Tetapi tahun ni belum tahu lagi...kalau dia tak dapat balik saya terpaksa lah buat keputusan untuk hari raya.....masa inilah sedih sangat bila mak tak ada...

Anak saya wafi dah bising sebab dah lama saya tak buat kuih.Saya nak simpan bulan puasa.Buah melaka,cendol,apom ,tepung talam,bubur kacang hijau ,lopeh sagu ,cendol sagu....hahahah banyak lagilah yang akan keluar puasa ni .Sejak kahwin saya memang jarang beli kuih.Saya akan buat sendiri...masak lauk ,kuih semua buat sendiri.Kalau husband tak ada memang saya jarang jengah ke pasar ramadhan.Tak tahan panas sesak dan kuih bila berbuka basi.Geram sangat.....

Waktu berbuka saya biasa nya tak makan nasi.Saya makan mee,spageti,macaroni ,kuih kerca ,kalau nasi pun maybe nasi ayam ,beriani.Nasi putih selalunya hidang ketika sahur.Sejak anak-anak mula berpuasa sahur kena bangun awal.Anak-anak saya akan makan nasi dan maybe tambah dengan roti ,lempeng atau penkek,jemput ikan bilis,goreng pisang ...itulah menu sahur saya..Dulu saya sahur dengan quaker oats je....

Panjang pula cerita saya ...dari dulu mak saya ajar sahur pertama mulakan dengan menu daging.Mentua dah hantar daging dendeng hehehe boleh simpan buat sahur.Oklah...semoga kawan-kawan blog saya dapat menjalani ibadah Ramadahan ini dengan sempurna...Ahlan wasalan Ramadhan ....

Jul 26, 2011

Bunga oh bunga



 Ok tak macam ni je.Last sunday pergi Minlon sebab nak cari bungalah.Tapi dalam banyak - banyak jambangan tu satu pun tak berkenan.Akhirnya ini saja yang saya pilih.Rasa macam tak suka pula nak guna jambangan ni. Dan dalam banyak warna-warni bunga tu saya suka putih saja.Nasib baik bunga bula dalam mangkuk tu tak ada putih .Ada pink dan purple saja. 

Isnin pula widad dan qaid ada peraduan mewarna.Qaid tak sekolah tapi saya minta nak join.Dia orang pertama yang siap.Dah penat katanya....patut tak menang pun...heheheh

Boleh ke kita share juadah berpuasa dan bersahur bulan puasa nanti?Mana tau boleh lah cuba resepi baru.

Jul 24, 2011

Melaka Negeri Bersejarah

Semalam ,Sabtu ke Melaka dengan bas rombongan.Memang excited budak-budak ni .Jangan kata budak-budak mak dia sama ....tapi memang dah terfikir mesti panas dan penat ...


 Aksi Widad dan Qaid.Qaid actually tak berapa sihat .Tapi bila dia dapat baju yang dipinjamkan oleh cikgu tadika kesian pula tak bawa dia.Nasib baik ok.Dalam bas dia tidur je sepanjang perjalanan.Lega ....
 Kami naik menara Tamingsari ni dan masuk ke muzium yang macam kapal ni .Tak ingatlah pula nama apa muzium ni .Sebab dah panas dan bercampur penat dah tak ingat nak baca-baca apa kat situ.

Tengok...orang lain sibuk shopping kami ambil beca pergi cari McDonald.Habis Rm20 jugalah naik beca sebab 2 trip.Budak-budak ni pun suka.Gambar ni adik beca ni tolong snapkan...cantik pula kan ...

Jul 22, 2011

Wrislet

Esok nak ke Melaka rombongan cik kiah ...hehheheh Tadika Widad punya trip mak kena ikut.So terpaksa lah pergi .Sofiya n qaid pun ikut .Naik bas....
Biasalah kan nak jalan jer nak handbag baru ...so buat ni je lah sempat..

 Wrislet n card holder.Rasa macam besar dah card holder ni tapi bila dah isi kecik juga rupanya.
 Tengok bersepah ...nak cepat .Lain kali buat lagikan ...hehehhe
Nak bawa esok lah ni ...pergi jalan-jalan kat Bandar Bersejarah Melaka.
Petang tadi dah masak rendang daging dan dah juga rebus ketupat nasi.Buat bekal anak-anak .

Jul 20, 2011

Sew Along with MyBotang - complete

Ok dah siap .Isnin lepas husband ajak pergi KLCC sebab dia nak pergi office tapi syaratnya lepas tu pergi Ikea.Heheheh dapat lah frame ni .Frame yang besar pun tu pun Ikea.Surah Yassin di tulis atas kulit kambing dari Turkmenistan.


Ini yang mula-mula buat.Dekat-dekat nampak senget tapi bila jauh macam ni cantik...heheheh sapa lagi nak pujikan ....


Ini pula yang second time buat .Nak juga cari kain biru akhirnya dapatlah kebiru-biruan....

Tersergam indah .....hehehehhe Kawan-kawan punya letak kat mana .....

Ok c u ....

Jul 18, 2011

Weekend....

Hari Ahad lepas  Hari Sukan ke 12 Tadika Kemas Widad.Sabtu hari potensi ahad sukan.Terbakar muka saya sebab 2 hari berjemur di padang.Tapi hari sukan ni berbaloi sikit boleh main dan dapat hadiah.Saya pula jadi AJK dan kerja saya pencatat.So memang kena duduk kat padang je lah.

 Ini acara pertama widad.Susun tin .Widad peserta terakhir dan dia kena susun tin.Hahahaha saya yang lebih excited siap lari dengan dia lagi....hahahah dapat 1st.
 Ini pula acara untuk bapa.Husband saya join dan yang pakai topi tu adik ipar saya .Heheheh 2-2 kalah.Acaranya masuk manik dalam benang.Ramai juga tapi kalah....
Ini acara AJK Wanita.Kalah juga .Cepat betul diaorang ni.Acara isi air dalam botol guna span.Tapi saya dapat juga hadiah cabutan bertuah.Widad bawa 7 hadiah.Fun sebab masa nilah kenal ibubapa dan kami pula sebagai AJK fun juga sebab sebelum ni bertekak dalam meeting je kan ...jom lawan kat padang...

Tolonggggg kulit terbakar.... walau dah pakai uv ,hari ni dah siap mengelupas....ada petua tak 

Menu hari ini :
Pagi : pulut durian 
Lunch : Ketam masak lemak nenas+ pucuk paku goreng pedas....

Jul 16, 2011

Hari Sabtu ....

 Hari ni hari Potensi Tadika Kemas Parlimen Serdang.Widad masuk bola jaring.So dari pagi lagilah saya dah ke padang awam BBB.Boleh tak bayangkan budak-budak 5-6 tahun bermain bola jaring,bola sepak,rounder,galah panjang.Lagi 2 games gimrama dan silat.2 games ni maybe senangkan berbanding games  padang tu.Saya tengok 1st games jer bola jaring.Lepas malas ,saya duduk jauh-jauh.Budak-budak kan bila dapat bola berjalan.Kita terjerit-jerit kat luar suruh rebut bola dia boleh buat selamba jer....Sabo jelah...
 Ini semua orang kena kuku pendek.Pengadil pun penat nak tiup wisel....hahahha ada je salah.Group Widad siap bawa bola ke gol sendiri ....
 Sebelum pergi pagi tadi sempat masukkan adunan roti kedalam bread maker.Bila balik dah ada sebuku roti .Senang dan jimat...
Ni pula puding roti petang semalam.Tu yang kena buat roti sebab roti semalam dah dibuat puding roti.Saya tak ada resepi khusus untuk puding roti ni ....bantai je.Yang ni saya guna corn oil n susu pekat.Cepat ...tapi menjadi pula.Nanti kalau nak buat lagi mesti ada je problem....dah selamat pun semalam...ni ...


Jul 15, 2011

Jul 13, 2011

Menjahit untuk release tension


Entry lepas cermin myvi saya pecah.So malam tu malas nak fikir ,untuk lepaskan tension saya dan serabut di kepala inilah hasilnya.Hahahah dapat tidur cadar baru pun dah rasa lega hilang semua masalah .Itulah cara saya release tension saya .Boringkan asyik jahit baju kurung dapat sehelai cadar ni rasa lega sangat.
Tetapi sayang tak lama .Pagi Isnin tu bila nak hantar widad ke sekolah estima saya pula tidak mahu hidup.Aduh.....dulu beli myvi dengan niat nak kereta kecil dan kalau 1 problem boleh lah guna 1 lagi.Sekarang 2-2 problem...Dugaan besar buat saya.Tension lagi.Call AAM itu jelah jalannya.Sebab tulah saya dah hampir 5 tahun lebih saya bersama AAM.Bateri problem...AAM datang tukar bateri ok.
Saya rasa pening lagi ,nasib baik tak ada darah tinggi kan.Tengahari tu saya ke Hospital Serdang melawat suami kawan saya dan petang saya ke ioi dengan cousin.Lega.
Tetapi Selasa widad pula demam nak kena ke klinik.Kereta tak settle lagi .Petang saya tak banyak keluar sebab anak-anak mengaji then malam selalunya ada KUMON.So kalau nak buat apa-apa sebelah pagi.Semalam dah siap cermin saya .Auto gate pun rosak so semalam jugalah panggil orang repair.Dalam masa sehari duit saya habis lebih RM600.Lajunya duit keluar .1 minggu duit saya keluar dah nak 1000.Nak ke tak nak terpaksakan.Semuanya kena buat .Kalau tak susah juga.
Hari ini kerja saya dah siap.Lega-seleganya.Tinggal estima diserahkan kepada husband bila dia balik nanti.Biasala nak mengadap JPJ.Tapi hari ni nak jalan-jalan mid valley ....heheheh dan nak SS2 nak cari kain tudung untuk baju raya ......sapa nak ikut?

Menu : 
Hari ini breakfast belanja Dahlia ( cousin ) nasi lemak sebab hari lahir dia....
Lunch : Ikan masak kicap pedas
Dinner : belum bercadang ....nak g ronda-rondakan hari ni tunggulah fikir petang-petang sikit....

Khasiat :
Ayat 201 Surah Al Baqarah
Ya Tuhan Kami ,berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka 

Ayat ini dibaca ketika melihat orang-orang yang kena bala .Insya Allah terpelihara sipembaca dari bala tersebut .Kata sesetangah ulama  sesiapa mengamalkan ayat ini insya Allah akan dikurniakan isteri yang solehah (petikan buku Khasiat dan Fadilat ayat-ayat suci Al Quran 30 Juzuk)



Jul 10, 2011

Table runner


Hari ini pagi-pagi dah hujan saya tak ke pasar sebab semalam dah ke pasar.Pagi-pagi hujan tu lah sempat saya siapkan 2 pasang baju.Hari ini ke kenduri kahwin anak jiran tetapi dibuat di dewan Penjara Kajang.First time masuk kesana ...nyaman.Maybe kedudukannya di atas bukit...dan maybe juga hujan.Sebelum keluar rumah ,saya terpandang kaca bersepah atas lantai garaj.Kenapa?Rupanya cermin belakang Myvi pecah.Jiran sebelah memang tengah operasi mesin rumput.Tapi anak saya Wafi kata sebelum mesin rumput lagi dah pecah .Budak-budak bila cuti pepagi lagi dah main kat luar .Boleh pula tengok saja dan tak cakap dengan saya .Pembantu pula maybe tengok tak pula sapu kaca.....Hmmmm estima road tax mati 20hb dan ada saman kat JPJ myvi pula pecah cermin.Malas nak buat kerja ni semua .Tak tahu sempat ke tak kalau tunggu husband balik je settle kan ...

 Balik dari kenduri ingat nak sambung jahit baju tapi macam boring dan dah lama kepingin nak buat table runner ini.Akhirnya sempat juga disiapkan hari ini .


Saya guna pelbagai kain .Ada lebih dari buat craft ,ada lebih buat baju ...so ada cotton ,ada corduroy,ada viscose so macam tak cantik sanagtkan .Maybe kalau guna fully kain cotton untuk craft mesti cantik.Tapi anak-anak memang memujilah kan .Dimata kita memang tak cantik tapi mata orang lain cantik.Lepas ni nak buat untuk display table pula ....


Petang ...budak-budak ni lepak sambil main kat laman.Saya ada setandan pisang diberi adik saya .Petang ni budak-budak makan cekodok pisang.Nama lain jemput pisang.heheheheh

Menu hari ni : Pagi roti n hotdog
Lunch : Saya ke kenduri ,anak-anak makan nasi goreng.Pembantu saya boleh tak tahu bila dia masak nasi dalam periuk kecil dan belum terusik...Sabo je lah
Dinner : Spaggeti goreng ....

Khasiat Al Fatihah :
Menghilangkan rasa lapar dan dahaga
Baca surah Al- Fatihah pagi hari,sebaik-baiknya sebelum subuh.Kemudian tiup pada tapak tangan dan perut.Insya Allah hilang rasa lapar dan dahaga.

Jul 6, 2011

Cerita-Ceriti

Boleh tak nak cerita-ceriti kat sini ...heheheh .Dulu masa Arwah perempuan atuk saya ada dia selalu baca pantun 'cerita-ceriti taik mata buat inti'....kelakar.Atuk saya meninggal ketika umur saya 13 tahun.Arwah abah meninggal bulan 6, 3 bulan kemudian atuk perempuan saya.Betapa kuatnya dugaan arwah mak saya .Dalam satu tahun kehilangan 2 oarang kuat mak.Maybe mak saya kuat sebab kami masih kecil-kecil lagi.....tak terbalas rasanya.
Ok ...saya kan peminat cerita Para Pencari Tuhan ...sekarang ditayangkan di tv alhijrah.Semalam hero-hero PPT ni dapat menunaikan haji ke Mekah atas sumbangan Pak Jalal orang kaya di kampung.Si Udin ni cemburu sebab dia pun orang susah kenapa Pak Jalal tak bawa dia.Jawapan Ustaz Ferry ( penasihat agama di kampung)...'.adakah hati kamu suci,jiwa kamu suci ,mata ,telinga,kaki ,tangan dan anggota badan lain suci untuk kamu ke Tanah Suci.'...itulah lebih kurang dialognya.Sampai sekarang saya masih ingat dialognya dan sampai sekarang juga saya masih memikirkannya.
Sebabnya kalau umur panjang Haji saya dijadualkan Tahun 2021 ( hahahhahah.....punya la lama nak tunggu q)saya pun terfikir sucikah semua zahir dan batin saya ,sucikah rezeki saya dan suami?Memanglah saya tahu duit saya dan kerja suami adalah halal tapi sucikah?Ya kan....semoga Allah terus memberikan kami rezeki yang halal.Dan saya juga berdoa semoga rezeki saya dan suami suci untuk kami sampai ke Tanah Suci.Walau mengerjakan umrah atau Haji saya tetap mahukan kesucian ini .
Kadang-kadang rasa juga bimbang ilmu agama yang cetek kan .Tapi kenapa tak nak pergi belajar ...ada alasannya kan ....Bilalah alasan-alasan itu tidak saya ciptakan dan saya dengan senang hati nya mendalami ilmu-ilmu agama ini .Hmmmmmm.......Moga Allah bukakan hati saya untuk ini ....

Ok ...itulah sahaja luahan hati saya ...hahahah Moga saya akan ingat selalu dan moga saya akan terus berusaha untuk mencapai impian saya ....Amin ...

Menu: Ayam berlado....itu je untuk anak-anak....

Bulan Syaaban

Hari ni dah 4 Syaaban.Saya dah habis qada puasa.Alhamdulillah.Isnin lepas puasa hingga semalam dan dengan niat nak disambung hari ni tapi hari ni dah tak boleh puasa pula.Kalau boleh nak ambillah Pahala 70 Nabi puasa 3 hari diawal Syaaban,3 hari ditengah dan 3 hari di akhir.Dan semoga saya sihat pada 15Syaaban ni dan boleh mengambil fadilat nya.

Yesss......dah dapat dari MyBotang.....emmmmm cantik dan macam sayang nak guna tapi tak elokkan.Rasa macam nak buat card holder.Nantilah fikir-fikir ...kalau dah siap saya tunjuk ok....
Apa ni ,.......inilah baju yang dah siap dipotong dan tinggal nak jahit je.Berhari-hari nak potong -potong kain ni pun.Kalau boeh nak siapkan dalam masa 2 minggu ni.Harap dapat lah siap.


Yang dah siap jahit.Petang ini sepatutnya bolehlah dapat sepasang lagi tapi dapat call dari JPJ kata saman saya belum settle.Kes cermin gelap tu ...Rupanya bila saya marah kat sana balasan nya terhadap saya ada juga.Saya dah tak tau lagi dah salah apa saya ni.Kalau tak disettlekan minggu ni kes ni akan dibawa ke wilayah dan saya terpaksa rujuk ke wilayah.Aduh...letih betul.Saya yang menyerah diri sebab suruh diaorang check last-last saya kena balik.Kalau ikutkan kereta saya dah tak ada problem kalau dijalanan.JPJ tak akan saman saya kalau dijalan sebab memang dah cerah cermin tapi sebab saya serah diri then kena saya balik......Tolonglah...Ya Allah ...kerdilnya aku ini .....


Jul 2, 2011

Bag button....

Nak tunjuk bag butang tapi nak juga tunjuk gambar anak-anak saya ni .Ada aqiqah anak sepupu husband.Makan nasi beriani kambing ke sebab dalam nasi ada kambing ...hehehehe

Tengok anak-anak dara ni ....baru balik dari sekolah ambik report kad...Wafi selalunya dapat no 1 atau 2.This sem dia dapat no 1 ,Sofiya pula selalu no 5 atau 6 tapi sem dia ni dapat no 3.Hehheeh suka lah dia sebab dia memang bercita-cita nak dapat 3 terbaik.

Tukang jahit ni oarang lain ...Ayuni anak saudara saya balik bercuti dari Asunta dia minta bag ni dah lama tapi saya la tak terbuat .So ini suruh dia cuba guna mesin jahit tepi.Senang je kan ...so bag ni semua guna mesin jahit tepi kecuali tali dia la
 .
Aksi Sofiya konon bergaya ngan bag sambil turun tangga .....


Tengok....lagi gaya ...si Sofiya ni memang begitu aksinya ...suka kacau adik-adik and suka buat aksi depan camera.

Ini bagnya...tak tau nak ambik gambar dari sudut mana...camni ok kot ..

Ini testing camera lagi ..hehhehehe.....

Ini mama punya ....senang nak pergi pasar ,hantar budak-budak sekolah kecik dan ringkas..


Ini baru real.....

Ini pula ....saje test camera lagi ....hahahahhaha

Hari ini 1murid 1 Sukan.Ada yang terlibat tak ...Wafi join tapi Sofiya belum sebab dia baru Tahap 1.Balik je pergi kenduri terus tidur si Wafi .Penat sangat kot.....