Jan 22, 2013

Happy Birthday Qaid ke 6

Assalammualaikum...

Sabtu lepas 19.1.2013 birthday Qaid.Kalau ikut bulan Islam 29 Zulkaedah Qaid di lahirkan .Esoknya 1 Muharram so Qaid tak dapat lah hadiah sebab bersalin awal ....heheheheh Kalau kalendar Masehi 19.1. lah birthday Qaid.
Sabtu lepas juga saya dan suami buat majlis kesyukuran dan bacaan yaasin di rumah . Jemput saudara mara dan jiran tetangga .Ada hajat perli di tunaikan dan kebetulan birthday so belilah cake utuk dia.Beli cup cake je.Lepas tu saya tak sempat nak ambil gambar .sibuk layan tetamu .Qaid potong dengan geng-geng dia je .Tak tengok pun dia potong kek...heheh

Ini gambar terbaru ....dah pandai nak buat rambut .Malam nak tidur pun sibuk betulkan rambut .Kejap nak jadi lee chong wei ,kejap apek ,kejap mat yo ....ikut suka lah Qaid.Janji pandai jaga diri dan jadi anak yang soleh .Dan beriman kepada Allah dan Rasul.

Oklah sampai sini dulu esok cutikan .....Selamat menyambut Maulidur Rasul .....selawat ke Junjugan Mulia ...

Jan 20, 2013

Rasulullah s.a.w

 Assalammualaikum...

Saja nak masuk kan artikel Rasulullah , semoga kita terus mengingatinya ......Bila baca artikel ni rasa macam sedih sebab tak berpeluang  berjumpa Rasulullah  .Kalau lah saya dapat melihatnya apa kah reaksi saya kan , bukan saya saja rasanya maybe semua umat yang ada pada abad ini  ......
Saya dengar rupa paras Rasulullah s.a.w dalam Radio Nasional  tak ingat ustaz apa kemudian saya google-google memang banyak artikel mengenai rupa paras Nabi dan kebanyakan sama cerita nya ....so yang terbaik saya paste dalam blog saya bukan apa nanti boleh lah saya baca selalu ....insya Allah

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Jan 17, 2013

Rasulullah s.a.w

 Assalamualaikum......
Suka sangat lagu ni ...Kalau dengar selalu je nak menitik air mata .....


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran 


Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Tajuk Nasyid : Rasulullah
Artis : Hijjaz
Album : Cahaya Ilahi

Jan 9, 2013

Bila anak-anak sekolah

Assalamualaikum....

Bila je bermula persekolahan saya pun macam lemau sangat .....masa cuti sekolah ada 2 anak dara saya tu tolong sidai kain ,tolong basuh kain boleh sapu lantai boleh kemas pinggan basuh pinggan .

Bila sekolah semua benda kena buat.Petang diaorang cuma tolong angkat kain je dengan kemas dapur lepas lunch n dinner ..hehehehe letihnya mama.Lepas  tu kena pula jadi nanny untuk 3 anak buah saya .Bibik diaorang dah balik , lagilah berganda penat je ...

Bila saya mula drive tak henti-henti lutut kiri mula rasa sakit sebab kaki kiri kurang gerak.Drive banyak guna kaki kanan .2-3 hari lepas saya cuba minum anlene ok juga rasa lega sikit .Pagi tadi tampalan diantara gigi bongsu dan geraham sudah pecah .Aduhhh sudah ngilu.Nak cari doktor yang boleh cabut gigi bongsu.Selalunya kalau swasta mau kena ribu riban .Kalau ke pusat pergigian dah tak tahu bila lah boleh cabut kan ....

Dah penat dengan  budak sekolah lepas tu sakit sana sini pula .....emmmmm dah nak masuk 40 pun ...hihihi
Sabtu ni wafi sekolah dari 7 -10 mlm.Kalau nak attend course sains boleh attend dengan harga rm10.Lepas tu  pukul 930mlm ibubapa pula kena join sekali .Hmmmm itu penangan anak periksa sekarang .Dulu mana ada kan ...heheheheh

Oklah ....sampai sini dulu .Ini je masa yang ada sebelum keluar ambil widad.Cukup la kan ...

Ok see  u

Jan 3, 2013

Tahun 2013 ......

Assalamualaikum ......

Tahun 2013 ....hahahha .Kalau baca azam tahun lepas beriya je kan so tahun ni oklah .....ikut je arus perdana .Tahun lepas nak buat itu nak buat ini tapi satu apa pun tak jadi .So tahun ni ikut jelah perjalanan hidup ini dengan ketentuan Allah hari ke hari .Kalau ada peluang ambillah peluang itu tapi kalau rasa tak mampu tak apalah itu bukan rezeki kita.Rezeki pun bukan dari segi wang ringgit sahaja tapi dari pelbagai segi .Baik pendidikan ,rumah ,anak-anak ,suami ,keluarga kedua belah pihak ,kawan-kawan sekolah ,tempat kerja ,blog itu semuanya rezeki .Kalau orang suka kita rezeki kalau orang tak pun dah bukan rezeki kitakan .Masa ni pula bolehlah muhasabah diri .

Dan tentunya bila tahun baru umur pun naik so ibadah ,kesihatan penampilan semuanya perlukan perubahan.Tak kan masih lagi di takuk lama.So bab-bab ini memang saya akan sentiasa perbaiki kalau boleh setiap saat kalau ada yang kurang dan saya sedar saya akan terus bertindak .Dan tak perlu nak tunggu azam baru ,tunggu tahun baru ke bila saya sedar je saya akan buat perubahan .Tapi ini yang susah sebab tak tahu bila dapat masa kesedaran tu .Kadang-kadang masa baca kartun pun saya tetiba terfikir dan tahu saya dah silap.Itulah kan ......semoga Allah terus memberikan hidayah untuk saya dan tidak leka seperti tahun-tahun lepas.Amin .......

Tahun 2013 ni wafi akan duduki UPSR .Tak tahu lagi apa rasanya , apa denyutan jantng nya dan tak tahu juga kerenah anak dara yang makin dewasa.Saya tahu dia seorang yang senang dididik tetapi ada juga masa yang kita boleh angin satu badan ...hahahhahaha

So dalam kepala saya ni tahun ini tahun untuk anak-anak saya , setiap kerja dan perlakuan semua untuk anak-anak saya .Apa yang terbaik untuk mereka saya kan berikan.Kalau oleh biarlah mereka berjaya di dunia dan akhirat.....

Oklah .....hari pertama persekolah saya tak makan nasi sebab dah tak lalu terlampau penat sampai nasi pun rasa pasir ...huhuhu hari kedua oklah sikit dan maybe lepas tu saya akan makin selesa kot ....

Ok jumpa lagi nanti .....

Jalan Ke Bandung ( Part 5)

Assalammualaikum .....

Ok last cerita .Hehehehhe jenuh ler dok tunggu yer.Sampai dah lupa dah pasal Bandung .Sibuk dengan budak-budak sekolah.

Ok pendekkan cerita ....hari terakhir kami di Bandung .Serius cakap sejuk sangat pagi tu .Bestnye...huhuhu.
Pagi tu seperti biasa shopping lagi .Memang niat kami pun kami nak jalan sekitar Bandung sahaja .Lepas tu kalau nak meneroka jauh-jauh lagi ok.

Pagi tu kami pergi Factory Outlet di Jalan Riau .Mok sah belum pergi so dia nak pergi .Kami on je cuma husband je nak lagi ke Toko 3.Tak puas lagi belek kat Toko 3 tu .Sebab awal sangat keluar kedai pun belum buka.Pusing 2 x pekan Bandung ....heheheehh semua kedai tutup lagi .Kat sana mall semua buka pukul 9pagi waktu Bandung .


Hmmmmm saya dengan anak-anak orang pertama masuk ke Heritage .Haahahahha.Kat sini banyak jual baju,handbag pun ada .Saya shopping t-shirt untuk anak-anak .Baju tidur diaorang seorang sepasang .Dalam sejam setengah kami kat situ kami pergi The Summit.Seberang jalan je .Walau matahari macam terik tapi udaranya nyaman gitu .

Di Summit ni kira last shopping la konon .Husband cari seluar kerja.Sebelah summit ada kedai tas tangan tapi saya tak masuk .Rugi tak masuk sebab husband kata banyak sangat handbag.Nanti saya cerita macam mana husband boleh masuk kesini .


Ok lepas keluar dari summit kami pergi ke Plaza Bandung .....sampai je sana kami dah kebulur.Plaza Bandung ni shopping mall.Mok sah ajak makan Pizza Hut .Ala Malaysia pun ada ....hahahhahah
Oklah Pizza pun pizza lah sebab dah tak boleh masuk nasi padang lagi dah .Menunya tak sama dengan Malaysia.Apa yang kami order semua habis .Pizza Hut memang best kat sini .Saya balik Malaysia cari pizza memang tak sama menunya ....wawawwaaaaaa rindu pizza hut bandung .Saya minum yogurt laici pehhhhh sedap betul....lepas ni kalau pergi lagi saya akan makan puas-puas ....hahahaaahha.Ok sepuluh orang makan kami habis rp500,000.Hebat tak makan pizza setengah juta ....

Lepas kenyang masuk kedai tudung Hessya.Ingat tak nak beli nak teman mok sah je tapi beli juga sebab murah .Seledang baru Rm6 sehelai .Tudung bawal tapi ala-ala sulam tampal pun rm6 je ....ha mana la mak tak beli.murah kan....

Lepas tu kami balik hotel ,mok sah pergi Gadut .Tempat barang kulit 2 jam dari Bandung .Petang tu kami jalan asing.Lepas solat book supir thru hotel pergi beli brownies kat Kartika Sari .Mula-mula ingat nak ke Amanda sekali tapi dah habis sejuta tak jadi .Hehhehehe Bila balik Malaysia anak-anak saya marah kenapa kita tak pergi hari pertama tu mama.Boleh makan puas-puas.Brownies sampai Malaysia taan 3 hari je.So siapa bawa anak-anak macam saya belilah brownies ,cheese stick buat isi perut bila machet .Lagi sedap dari makan coco crunch.Itulah yang anak-anak saya membebel...hehehehhehe.
Sebab sewa supir 3 jam so kami ronda lagi .Pergi Jln Dago .Saya masuk runawa.Dapatlah handbag satu ...hehehhehetapi yang tak tahan stokin yang qualitinya sama soxworld harganya baru rm1.50.Apa lagi borong stokin pla...
Saya keluar dari Jln Dago ni dah maghrib sibuk nak cari bag yang harga RM10.Dah malam mana lah ada lagi orang berjualan lagi .So pergi lagi The Summit sebab teringat memang ada jual lugage kat situ .Itu yang husband masuk Kedai Tas Tangan .Dia kata perempuan penuh satu tangan tu 2-3 handbag seorang .Hahahahahah so dapat lah bag di The Summit harga Rm150 kot brand CAT.Best tak ...ha kan....hmmmm memang murah .
Ok habis sudah .Malam tu kami dinner di hotel .Kami bertujuh baru 60 hinggit .Masa ni bag kami dah berat 70kg campur dengan brownies.Nasib baik ambil luggage 100kg.Jangan terperanjat ....heheheheheh
Esok pepagi lagi kami dah check out .Flight pukul 830 so kami keluar pukul 6pg.Tau tak ,kami ambil lagi satu kereta untuk bag sahaja.Heheheheeh .Lugage kami dengan mok sah 100kg.haahahahah

Ok ini nak cerita kat airport.Lepas check imigresen ada satu lounge rp75000.So kami lepak kat sini sebelum masuk flight.Sebenarnya staff disini boleh uruskan semua lugage kita ,imigresen tak payah beratur .Mana lah tahu kan ....Kami breakfast disini ,makanan sedap .Husband suka bubur pulut hitam memang sedap .Sambil kita minm dan makan dia dah ambil boarding past .Lepak lah kat situ sampailah masuk flight.so kalau rasa nak tempat yang selesa lepaklah disini .
Kami selamat sampai di Malaysia 1130.Panasnya ....hahahahhahaha.Ambil limo rm160....huhuhuh sedih lagi ....hahahahha masuk toilet airport tisu bersepah ...huhuhu....apo nak buat ...

Ok sampai disini dulu ....kalau agak2 tersalah ejaan sorry lah yer ...nak cepat .
Rindu lagi dengan pizza kat sana .....