Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kidney. Show all posts
Showing posts with label Kidney. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Appointment 12 Oktober 2013

Phewww.. Punyalah dah lama jumpa doktor baru nak update.. Penyakit malas terlalu bervirus sekarang.. Idea banyak tapi malas nak taip.. Boleh gitu? Baca blog orang pun tak sempat.. Tanaman pun tak update.. Nantilah kalau rajin saya update blog pasal tanaman lump sum terus.

Appointment lepas, semuanya ok je.. Result darah tak improve sangat tapi terkawal. Doktor kata bagus, darah pun bersih. Potassium, kolesterol semua OK. Cuma Phosphate je tinggi sikit. Tapi dapat agaklah sebab apa. Ambil darah hari tu betul-betul lepas raya. Imagine jelah, biskut raya almost all ada kacang. Biskut cornflakes I je yang xde kekacang. Pastu lauk pauk melayu ni mesti nak ada santan kan? Rendang, kuah kacang, lodeh, gulai.. Kalau tak makan karang. mak kecik hati.. Eh? Nama mak juga kena jual. Hahahha.. Ampun mak...Sebenarnya sebab mak masak sedap. Anakanda tergodalah.. Doktor seronok je berborak pasal pendermaan organ. Bagus juga doktor ni.. Dia suka share tapi patient lain cakap dia kuat membebel.. Hahahha.. Doktor pesan suruh buat exercise..

Hmm patutnya dalam bulan oktober ni kitorang nak berjimba-jimba kat Langkawi. Pusat dialisis sponsor RM500 untuk setiap patient yang nak pergi. Pengiring bayar sendiri. Puas pujuk hubby pergi, siap offer nak sponsor lagi. Rasa berpatutan sebab termasuk tiket penerbangan, makan, penginapan dan tour guide. Tapi yang tak bestnya tak dapat sambutan. Ahli rombongan tak cukup untuk satu pakej. Jadi terpaksalah ditunda. Hukhukhuk.. Penat I buat survey apa yang best kat Langkawi tu. Yelah, nak pergi sendiri boleh. Tapi kalau pergi dengan rombongan ni senang. Jadual dialisis diorang atur. Kalau perlu, boleh buat dialisis dekat sana. Ada nurse dan doktor sekali. So, kalau jadi apa-apa, tak payah risau. Senang kata, senanglah! Takde rezeki lah nak melencong...

Huhuhuhuhu.. Baru ingat nak honeymoooooon..

Wednesday, May 29, 2013

Medication & Diet Counselling

Apabila dah memulakan hemodialisis, ada beberapa perkara yang perlu dititikberat terutamanya pemakanan dan ubat-ubatan. Sekadar untuk perkongsian, saya nak ceritalah apa yang diberitahu oleh doktor dan nurse.

1) Perlu kawal pemakanan yang mengandungi tinggi kalium (potassium) dan phosphate. Antara makanan yang tinggi potassium & phosphate ialah tomato, potato, buah-buahan berwarna kuning (mangga, oren, durian, pisang), sayur-sayur hijau, seafood. Nampak macam makanan sihat kan? Baik untuk orang sihat, tidak untuk pesakit buah pinggang. Saya juga diajar agar merendam sayur hijau barang 3 jam untuk menyingkirkan potassium daripada sayur tu. Kiranya saya makan fiber jelah.. Yelah, kalau tak makan fiber karang sembelit pulak.

2) Pengambilan protein boleh macam biasa asalkan dari sumber yang segar bukan processed food (such as nuggets, burger, makanan dalam tin-sardin, baked bean). Takde masalah kalau setakat macam ni.. Lemah part sardin je.. hahahah.. sedap tu..:P Protein masih penting untuk menjalankan fungsinya misalnya untuk pembinaan otot dan hemoglobin.

3) Oleh sebab saya ni ada hypertension, makanan tinggi garam, ber-MSG, kicap (makanan ruji ni.. huhuhuh), sos, mi segera, jajan memang kena elak la.. Ubat hypertension makan macam biasa kecuali kalau dekat sangat dengan masa dialisis. Misalnya selalu makan ubat pagi dan petang, tapi ada dialisis waktu pagi. Jangan makan ubat pagi sebelum dialisis tu. Selepas takpe. Sebabnya, tekanan darah boleh turun mendadak masa hemodialisis. Dah rasa dah ni.. Hypotension namanya. Tetiba rasa tak cukup oksigen, nak muntah, kebas, tak selesa, pening. Biasanya diorang suruh saya goyangkan kaki dan kalau teruk sangat diorang bagi saya oksigen. Orang dah biasa tekanan darah tinggi tak apa-apa, tetiba bila tekanan darah turun jadi 100/60 dah rasa macam nazak je. Hehehehe..

4) Doktor juga pesan untuk jalan-jalan barang 30 minit setiap petang atau berbasikal. Bila saya kata kerja saya melibatkan pergerakan fizikal, dia kata kerja lain, riadah lain. Takpelah, saya rajin teman kakak saya ukur shopping complex.. Theheheh..

5) Pengambilan air perlu dikawal. Kalau ikutkan sehari cuma boleh minum lebih kurang 500 mL air je. Yang ni susah nak ikut sebab saya cepat dahaga dan suka  minum air. Bila tak boleh minum air saya mula stress. Tapi oleh sebab saya masih boleh kencing banyak, diorang bagi saya minum banyak sikit. Heheheh. Perlu berhati-hati juga dengan air tersembunyi seperti dalam buah-buahan dan makanan seperti bubur, puding dan jeli.

6) Pengambilan makanan berminyak dan berlemak pun perlu dikawal sebab kalau berlebihan boleh menyumbat salur darah.. Ni diorang yang cakap. 

7) Pengambilan kalsium juga penting. Biasanya pil kalsium karbonat dikunyah bersama makanan untuk mengikat fosfat dan mengeluarkannya melalui proses penyahtinjaan. Chewah... ilmiah gile bunyinya. Ada sorang TA kat pusat dialisis tu kata, kalau tak amik pil kalsium nanti saya jadi makin pendek. Erk! Fosfat berlebihan boleh menyebabkan masalah pada sendi dan tulang. Walaupun begitu, sumber tenusu tak boleh walaupun kaya kalsium.

Monday, May 27, 2013

New Routine

Salam semua.. lama tak menjengah blog dan kebun.. Mujurlah tanaman masih bersemangat meneruskan hidup dan dapat jugalah menuai sawi organik. Cuma brokoli masih tak muncul-muncul.. Lamanyaaa..... Tak sabar rasanya.

Hmm.. sekarang ramai kawan-kawan saya dah mula menanam. Salah satu faktornya kerana kesihatan. Kawan saya yang kena kanser baru-baru ni dah mula diet vegetarian dan organik. Nak membeli je parah la. Mahal tu.. Saya pula dah mula perlahankan aktiviti berkebun sebab nak mula clearkan laman.. Tak lama lagi dah nak say bye-bye to Skudai. Jadi petani sepenuh masa la lepas ni. Heheheh..

Hmm.. bermula 15 Mei 2013, saya dah menjalani kehidupan sebagai pelanggan pusat hemodialisis. Keputusan ujian darah pada 14 Mei menunjukkan bacaan Creatinine sebanyak 930, urea pula 23. Saya pula dah mula muntah-muntah dan rasa lemah. Tak sangka pula vomiting tu antara tanda jelas yang saya perlukan dialisis. Sebelum buat dialisis terpaksa ke Hospital Putra, Batu Pahat jumpa pakar, Dr Kee sebab saya first timer. Dia suggest saya buat transplant ginjal. Calon penderma pula adik beradik saya..Katanya kalau dapat penderma saya boleh mengandung dan beranak ramai-ramai. Tapi masalahnya, sampai hati ke saya nak ambil buah pinggang adik beradik saya. Kalau apa-apa jadi pada diorang? Tak apalah, saya pilih untuk tidak mempunyai anak. Kalau suami saya nak anak, dia boleh kawen lagi satu. Heheheh..Second choice pula CAPD/APD. Ini mungkin saya akan pertimbangkan. But not now.

Berlakon sedih.. Padahal baru lepas mengilai tengok ulangan Edisi Khas

Beginilah sambungan dibuat

After 2nd time hemodialysis....

Saya tak rasa banyak beza sebelum dan selepas dialisis. Hmm after first dialysis, saya demam dan sakit tekak. Tapi satu malam je. Sakit tekak dan batuk je yang berlarutan. Kali kedua pula, diorang salah cucuk, bengkak tangan saya, dah sama besar dengan kaki. Huhuhu.. sakit.. Tuam punya tuam jadi lebam gile. Sampai 4 kali kot cari urat baru jumpa. Wawawawa.. rasa nak nangis.. Tapi lama-lama macam imun. Cuma cemuih ya ampun tunggu berjam-jam. Lepas ni 4 jam pula.. Kematu la bontot ambe.. Nasib baik pekerja-pekerja dekat centre tu sume baik-baik dan mesra-mesra.

Sekarang ni jadual dialisis hari selasa dan sabtu. Macam leceh jugalah sebab saya masih kerja. Kes gaji saya ni masih tak settle lagi, rasa demotivated gile nak teruskan kerja. Yelah, dahlah bantuan ilat tak dapat, gaji tarak. Duit simpanan kena  tarah bukan sikit-sikit wooii.. Gunung pun boleh jadi lombong macam ni. Hahahhaha. Mulalah saya asyik emosi tak tentu pasal. Geram dengan orang-orang yang tak efisien. Pastu rasa marah tu berjangkit-jangkit, habis semua orang saya nak marah. Ramai pulak tu yang nak cari pasal. Sabor.. sabor.. marah tu sifat syaitan.. huhuhuhu.. Astaghfirullah.. astaghfirullah... alhamdulillah.. alhamdulillah..




Friday, March 8, 2013

Appointment 5 Mac 2013

Bismillah..

Keputusan seperti dalam jangkaan. Creatinine meningkat ke 640. Dr suruh bersedia dan buat pilihan dekat mana nak buat hemodialisis. Saya pulak agak dilema nak pilih area skudai atau kluang sebab kontrak akan tamat tak lama lagi. MC yang doktor beri dimanfaatkan untuk ke pejabat PERKESO untuk buat semakan samaada saya layak untuk bantuan dialisis. Alhamdulillah, layak tapi masih ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Sekurang-kurangnya bab keringanan beban kewangan sudah ada jaminan. Perlu usaha sikitlah ke sana-sini. Takpe.. boleh diusahakan..

Hmm.. sebelum tiba giliran saya untuk berjumpa Doktor, nurse akan periksa tekanan darah dulu. Sambil tu saya pasang telinga perbualan doktor dengan pesakit. Waktu tu Doktor sedang melayan seorang auntie. Dia menangis-nangis. Muka doktor pula tak puas hati. Saya ingatkan dia kena marah dengan doktor sebab mereka berbual dalam Bahasa Cina. Tiba-tiba doktor bertanya kepada jururawatnya.

Doktor : You tinggal mana?
Nurse : Masai.

Doktor: Masai, skudai, banyak perompak aar?
Nurse : Betul doktor. Motor hubby dah dua biji kena curi. Ada sekali tu siang-siang hari.
Doktor: Haiyooo.. ini pun surat khabar, TV kata tenteram, aman. Dia ni (pesakit) takde duit nak buat AVF. Suami dia pergi jual motor dapat RM3000, keluar kedai ada dua lelaki ********* rompak, lepas tu pukul tangan. Sekarang tangan dah patah dah tak boleh kerja.


Huhuu.. insaf saya. Rasa malu pula sebab berkeluh kesah sebelum ni sedangkan ada orang yang lebih kesian daripada saya. Pengajaran untuk saya.

Tuesday, January 8, 2013

Update Appointment 1 Jan 2013

Aiiyyoo.. dah seminggu baru nak update. 

Busy sikit. Settle kan medical check up adik lepas tu ada saudara meninggal dunia. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat sepupu saya, Kak Eton yang meninggal dunia kerana kencing manis. Kak Eton ialah isteri sepupu saya sebenarnya. Penyakit kencing manis keturunan, tapi jadi melarat sebab arwah accident yang menyebabkan komplikasi dan jangkitan kuman seterusnya menyebabkan kakinya perlu dipotong. Saya sangat terkejut bila dapat berita kematiannya kerana sehari sebelumnya ayah saya cakap dia dah nak keluar wad. Sakitnya tak lama, tapi masanya dah tiba. Apabila ajal sampai, takkan tercepat atau terlambat walau sesaat. 

Berbalik pada pemeriksaan kesihatan terkini (like people care, hahahah), keputusan dalam jangkaan saya. Bacaan creatinine saya ialah 560. Semakin teruk nampaknya tapi tak terkejut pun sebab saya buat medical check up kat swasta pun creatinine 600. Keputusan yang doktor bincangkan ni merupakan hasil ujian darah bagi dua bulan lepas ya. Manakala yang di swasta tu sebulan lepas. Nampaknya terus naik dan naik.. 410, 470, 560, 600. Next appointment 660 pulak kot. Tak pun jump ke 700 terus. Masa check up kat Penawar hari tu dia kata fungsi hati dah mula terganggu. Mak saya pun hadapi masalah sama sekarang. Tiba-tiba saya jadi risau, takut-takut mak saya pun ada sakit buah pinggang. Tapi Dr Liu di HSA tak cakap apa-apa pun pasal hati. Yang saya pelik tu, BP saya yang selalu duk kat 160-170 tu bila gi jumpa tuan doktor mesti jadi normal. Hewhewhew. So, doktor kurangkan dos tapi tambahkan vitamin. Padahal kat rumah berlambak vitamin masa mengandung dulu. Yelah, dulu gi hospital tiap-tiap minggu, tiap-tiap minggu jugalah dapat vitamin.

 Yang tak boleh blah tu, boleh doktor lupa yang beliau ada suruh saya buat fistula. Bila saya cakap saya dah buat, beliau terkejut. "Saya tak tahu kan?". "Saya suruh buat?" Yelah tuan doktor, takkan saya sengaja mengada suruh orang siang tangan saya. Bayar RM 1200 kot.. Heheheh. At least saya buat beliau happy lah kot sebab buat fistula tu. Doktor tak tahu saya belum buat implanon. Kahkahkah. Bukan tak nak buat, tapi buang masa je cuti pergi LPPKN selagi BP tak cantik. Hubby pun keberatan sebab Doktor kat LPPKN kata kalau hypertension tapi buat juga, takut mudarat.

Lupa pulak, saya ada pergi lagi berubat alternatif. Ustaz tu cakap, kes saya ni kes berat sebab salah satu kidney saya memang tak berfungsi. Yang kanan katanya. Nak hidupkan balik sel yang dah mati memang makan masa katanya. Sakit tu penghapus dosa. Banyak agaknya dosa saya ni. Apa agak-agak Nurul Hidayah oi.. memang banyak pun. Semoga Dia sudi mengampunkan dosa-dosa saya.

Sejak akhir-akhir ni, makan tak berapa lalu, tidur pun tak lena. Tapi dalam tidur boleh pulak mimpi makan banyak sampai senak. Lepas tu selalu terliur dan bernafsu nak makan benda yang supposely to be restricted such as chocolate or anything chocolatey, pulut dan kentang. Sabor.. sabor.. Jihad paling besar ialah jihad melawan nafsu.. Kekekekek..


Tuesday, December 11, 2012

Arteriovenous Fistula (AVF) Surgery

Salam semua..

Saya telah menjalani pembedahan kecil AVF ni pada hari Sabtu lepas, 8 Disember 2012.

Hmm...saya ringkaskan lah ya? Mula-mula Dr Anga  mengenalpasti urat yang nak digunakan.. Oleh sebab susah nak cari urat di tangan kiri, terpaksalah guna tangan kanan. Bius setempat disuntik sebelum prosedur pembedahan. Pembedahan tak ambil masa yang lama, dalam setengah jam sahaja. Tapi memang bukan pengalaman yang indah la.. sempatlah menitik dua tiga titis air mata..Oleh sebab tak boleh kena air, kerja memasak dan mencuci diambilalih oleh suami.Kena buat excercise genggam lepas untuk pastikan urat tu kembang.

Semalam pergi cabut tiub. Dressing kalis air ditampal. Tapi katanya, kalau sakit, jari-jari kebas atau basah perlu dibuka dressing tu. Risau nak buka sebab takut lagi susah nak jaga.

Semalam. Masih putih suci bersih.

Hari ni. Ala.. apesallah ada tompok-tompok pulak ni.. Huhuhu
Sungguh menakutkan. Walaupun kecik je tompok tu, tapi pengalaman sebelum ni bermasalah selepas operate, sungguh merisaukan. Nanti kena call clinic balik la. huhu..

Oh ya.. Antara penjagaan yang perlu dititikberatkan ialah tidak boleh memakai baju dengan lengan ketat, tidak boleh memakai perhiasan di tangan yang dipasang AVF (jam tangan, cincin, gelang), dan tidak boleh mengambil tekanan darah atau mengambil sampel darah dari lengan tersebut. Pastikan juga bahagian tersebut tidak terhimpit sewaktu tidur. Bagaimanapun, fungsi tangan adalah seperti biasa termasuk boleh mengangkat benda berat.

Pasal pemakanan masih dalam pencarian dan pembacaan.

Monday, November 12, 2012

Update Perubatan Alternatif

Perubatan Alternatif yang saya pergi ni tempatnya di Taman Daya Johor Bahru. Perawatnya Ustaz Najib. Ni pun kawan kakak ipar yang cadangkan. Alang-alang appointment dengan doktor bulan Januari kang baru tiba masanya. Berusaha dan berikhtiarlah kita nak sihat semula.

Oleh sebab perawatnya orang bekerja, jadi rawatan hanya dibuat pada malam hari Sabtu. Tu pun di rumah Encik Mispan sebab dia tinggal berdua je dengan isterinya. Lapang agaknya. Sebenarnya minggu lepas dah pergi, tapi tak kesampaian. Sebelum merawat, ustaz najib ni akan bacakan ayatul kursi pada secawan air. Tapi nak jadi cerita, dua kali air tersebut tumpah. Katanya, "Maaf dik, Allah tak izinkan. Tapi jangan putus asa, minggu depan cuba datang lagi. Saya tak boleh teruskan. Kalau saya teruskan nanti jadi takbur". Masa tu saya tak rasa apa-apa pun. Sebab dalam hati dah niat, kalau kat sini jodoh nak baik, mohon Allah mudahkan. Kalau bukan, minta saya diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segalanya. Hanya kepada Allah kita menyembah dan kepada Allah kita memohon pertolongan.

Mungkin tergerak hati kami ke situ bukan untuk kami tapi untuk kakak ipar yang masih belum dapat zuriat. Dia yang asalnya nak tunjuk jalan saja, tiba-tiba tergerak hati nak minta pendapat ustaz tu. Pertanyaan pertama Ustaz, suami tak tahu yang datang nak berubat malam ni? Kakak ipar jawablah suaminya tahu dia pergi ke mana tapi takde plan pun nak berubat. Ustaz tu minta datang minggu depan bersama suami. Katanya, soal zuriat kena ada dua-dua pihak. Barulah berkesan. Alhamdulillah, kedua-dua kami bebas daripada gangguan mistik. Ramai pesakit yang datang bermasalah sebab mewarisi saka, susuk ataupun 'dihantar' sesuatu oleh musuh.

Malam sabtu baru-baru ni saya ke sana lagi. Niat tetap sama, mohon dipermudahkan oleh Allah sekiranya diizinkannya. Kali ni tak ramai pesakit, mungkin sebab ramai yang bercuti panjang. Tapi sebelum kami semua kes berat. Ada seorang pak cik tua yang mewarisi susuk daripada nenek moyang. Menurut cerita daripada pesakit sendiri, kesan ilmu warisan nenek moyang ni menyeksakan keturunan walaupun mereka tak rela. Ada yang terjejas kepada akal, fizikal, malah ada yang diganggu setiap kali nak melakukan ibadat. Bila tengok ada pesakit sampai menangis sewaktu dirawat jadi cuaklah pulak.

Oh ya, kali ni ada seorang ustazah membantu dalam perawatan. Ceritanya, ustazah ni sedang buat ujian praktikal untuk merawat. Asalnya ustazah ni adalah pesakit, tapi setelah dia pulih, hijabnya telah dibuka oleh Allah SWT sehingga dia mampu melihat apa yang orang biasa tak mampu lihat. Cuma kata Ustaz Najib, ada masanya, ustazah ni tidak ada kekuatan. Just imagine la, kita nampak benda yang tak patut kita nampak. Perempuan pulak tu. Tapi macam citer spiderman, with great power, comes great responsibility.

Kali ni ustaz suruh ustazah scan saya. Katanya, buah pinggang kanan saya yang nampak tidak normal. Ada salur darah yang berhubung ke buah pinggang yang tidak sihat. Tiba-tiba ustaz tanya saya, "Belajar sampai mana?" And me, blur as ever cuma menjawab, "AAA?". Ustaz tanya lagi, "Adik belajar sampai mana?". "Master", jawab ambe. "Patutlah.." kata ustaz. Dia kata otak saya dah overworked sampai menjejaskan urat saraf. Seriously? Ingatkan makin banyak pikir makin cerdik. Heheheh.. Ni sampai ada wayar putus la pulak. Patutlah berat je nak buat PhD, selalu lupa-lupa dan cepat keliru. Saya ingatkan sebab kurang kalsium..Kakakakak. Tapi kan, at least 'diagnosis' Ustaz ni tally lah dengan dua rawatan alternatif yang saya buat sebelum ni. Masalah darah dan urat saraf. Jadi kaedahnya, diorang buat agarkan salur darah tu lancar semula. Mereka berpesan agar saya tetap jumpa doktor untuk pastikan keadaan saya. Mereka boleh cuba rawat tapi tiada alat untuk membuktikan yang kita dah sihat. Maklumlah ilmu manusia tu limited. Semuanya Allah yang punya. Saya ingat nanti nak buat ujian darah kat swasta untuk buat comparison and get second opinion.

Oh ya, untuk kes kakak ipar saya (Kak Pojit) pun tally dengan rawatan di hospital dan alternatif yang dia buat sebelum ni. Kalau tak salah saya, pakar cakap telur dia tak boleh matang dan salurnya tersumbat. Tapi macam-macam kerenah masa dia cuba dapatkan rawatan moden di hospital, sampai fed up agaknya. Bila buat rawatan alternatif pulak, dah takdir Allah dan mungkin belum rezeki mereka, perawatnya kembali ke rahmatullah. Bila discan oleh ustazah, memang itulah yang dia nampak, selain dinding uterus yang kurang sihat. Ya Allah, kalau ada rezeki mereka, tahun depan 3 orang anak saudara keluar termasuk dua yang dah on da way. Tiba-tiba saya pulak rasa terlebih happy. 7 tahun penantian bukan tempoh yang pendek. Sedangkan saya yang baru 3 tahun kawin pun selalu je 'sentap' bila orang sembang pasal anak.

Apa-apa pun, mudah-mudahan usaha ni membuahkan hasil. Kalau tidak saya, semoga Kak Pojit and Abg Awie berjaya. Kalau tidak, cukuplah semoga Allah lorongkan kami ke jalan yang lurus menuju ke syurga idaman.

Thursday, June 21, 2012

Appointment 19 June 2012

Lupa pulak nak update pasal medical appointment dengan nephrology clinic, last Tuesday. Ini semua gardening punya pasal. Hahhah...

Hmm..sebenarnya saya kecut perut nak pergi jumpa doktor sebab sejak akhir-akhir ni BP saya tinggi je.. Selalunya 160/110 mmHg je tak nak turun walaupun dalam keadaan rehat. Lepas tu selalu sakit kepala rasa macam nak pecah sebab cuaca yang panas. Macam-macamlah saya cuba untuk turunkan tekanan darah, makan tunjuk langit la, hempedu bumi la, makan timun dan macam-macam lah. Ubat spital makan juga. Supplement makan juga. Tapi tetap juga dia nak duk takat tu. Lepas tu hubby teringat ada satu time tu darah saya elok turun. Puas memikir apa yang saya makan masa tu. Last-last teringat yang masa tu saya teringin nak minum air kelapa muda sebab rasa nak demam.

Kebetulan petang Isnin ada pasar malam dekat-dekat sini. Belilah air kelapa muda. Tapi buat persediaan juga kot-kot kena admit. Surat admit yang doktor dah siapkan awal-awal pun dan sediakan dalam beg. Berus gigi, ubat gigi, cawan, sudu, garfu, dan pakaian dalam pun dah siap packing. Dah sedialah katakan. Hahahah.. Kejadahlah macam excited pulak nak masuk wad kan? Saya cakap kat hubby, kalau kena tahan pun lantaklah. Boleh juga saya berehat. Heheheh..Tapi kena tebalkan telinga la sebab kalau bp macam ni mesti kena marah punya dengan tuan doktor. Hahahh..

Sampai masa, nurse amik tekanan darah, 120/80 mmHg. Ewahhhh.. elok pulak dia kan. Alhamdulillah. Tapi tetap kena bebel dengan doktor sebab tak buat perancang keluarga lagi. Hari tu pergi nak pasang implanon, tapi LPPKN tak boleh buat sebab bp saya tinggi. Masa tu 175/115 mmHg. Hamek kau! Siap diorang kata nak refer balik kat spital kot-kot spital suggest ikat terus. Huwaaaaaa.. Sian la kat saya. Saya nak anak juga. Last-last doktor LPPKN kata, kalau BP saya macam ni, segala jenis perancang keluarga pun diorang tak boleh buat (kecuali abstinence & kondom). Sebab takut tekanan darah saya makin melonjak. Doktor Nephro bagi dateline bulan Julai musti buat. Dia kata, BP saya naik sebab saya stress nak buat implanon. Dia siap pesan kat suami suruh ikut dan pastikan saya tak cari alasan. Heheh.. Yolah doktor! Dia tak tahu hubby tu partner in crime saya. Heh!

Oleh sebab kidney disease saya ni spesis misteri, takde apa yang diorang boleh buat selain daripada kawal tekanan darah saya. Ubat pun dah tinggal dua jenis sebab yang lagi dua tu ada kesan negatif pada buah pinggang saya. So, saya tak perlu jumpa mereka selama 3 bulan. Yahoo...Oh ya, dua bulan lepas punya creatinine ialah 340. Agak menurun daripada sebelumnya 360. Alhamdulillah.