Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, November 14, 2019

Sambal Totok

Sambal signature org jawa. Buatnya mudah & cpt. Jgn tanya knp namanya totok mungkin sbb kita ketuk-ketuk tumbuk-tumbuk guna lesung kot 😬. Klu eddy dia panggil sambal hijau sbb dia tak suka klu guna cili padi merah. Tak feel katanya 😂


Sambal Totok

Bahan-bahan;
1. Cili api (suka hati nk guna byk mana)
2. Bwg bsr yg dihiris kasar (suka hati nk guna byk mana)
3. Ikan bilis yg sdh disiang, cuci bersih & toskan (suka hati nk guna byk mana)
4. Sedikit minyak utk menggoreng

Cara-caranya;
1. Panaskan minyak, goreng layu cili padi dan bwg.
2. Goreng garing ikan bilis.
3. Tumbuk bahan td dlm lesung.

Ok, klu ikut style Afne suka tumbuk lumat dulu cili padi & bwg kemudian br masukkan ikan bilis td dan tumbuk kasar sahaja.

Mkn nasi dgn sambal totok dgn dpt telur goreng atau ikan goreng je pun dh sedap wehhhhh... Mau bertambah-bertambah nasi dibuatnya 😅


Friday, September 20, 2019

Mandai (Jeruk Kulit Cempedak)

Alkisahnya dh lama teringin mkn mandai. Dulu masa ddk kg mak rajin juga buat tp kita rajin mkn je lah 😅

Kebetulan musim cempedak baru-baru ni mak bg bbrp biji cempedak cuma isinya tak byk. Try google cara buat mandai, sng je rupanya...

Bahan yang diperlukan;
Kulit cempedak
Garam kasar secukupnya
Air msk
Telap/bekas kedap udara

Cara buat mandai/jeruk kulit cempedak;
1. Buang/kikis bahagian kulit luar hijau yg menggerutu tu. 
2. Potong kpd bahagian anggaran saiz sebesar 2 jari. 
3. Lumur rata garam kasar di kulit cempedak. 
4. Masukkan ke dlm telap & masukkan air msk. Pastikan paras air menutupi bhgian kulit cempedak sepenuhnya. Taburkan lg sedikit garam kasar & tutup telap. 
5. Balutkan telap dgn kain & simpan di tempat gelap (Afne simpan dlm kabinet dapur) & biarkan selama 1 mggu. 

Genap 1 mggu br cerita kat mak yg Afne ada cuba buat mandai. Mak ckp klu mandainya keras maknanya menjadi lah tu 😁


Alhamdulillah, elok kejadian. Nmpk tak benda putih kat permukaan tu? No worries, itu sbnrnya getah dr kulit cempedak (yg Afne baca dr internet la). 


Menu yg pastinya jd pembuka selera. Semakin pedas semakin mkn bertambah-tambah 😅. Boss yg awalnya kata mcm kenyang tu pn last-last dia yg mkn hbs lauk mandai tu 😂


Mandai Goreng

Bahan;
Mandai - hiris
Ikan bilis - cuci bersih
Bawang bsr - hiris
Cili api/lada bsr - hiris

Cara-caranya;
1. Rendamkan mandai dlm semangkuk air selama 10 mnt (tujuannya utk kurgkan masin). Toskan & ramas keluar airnya. 
2. Ikan bilis digoreng garing. Tepikan. 
3. Tumis bwg & cili hingga layu. 
4. Masukkan mandai & kacau sebati hingga kering. Perasakan garam gula jika suka. 
5. Masukan ikan bilis goreng, kacau sebati & matikan api. 

Utk korg yg tak pernah mkn mungkin tertanya-tanya apa sbnrnya rasa mandai ni kan? Seakan2 lobak masin. Liat-liat skt. Dpt mkn dgn nasi panas aduhaiiiiiii sedapnya cukup rasa masin masamnya. 1 lauk pn sdh mencukupi 😋😋😋



Friday, October 5, 2018

Ayam Masak Lemak Kuning

Salam semua.

Meh le Afne nak share resepi ayam msk lemak kuning. Antara menu mingguan sbb fav anak-anak. Klu msk lauk ni kena pulak nasi panas-panas confirm diorg mkn bertambah, In shaa Allah.

Ayam Masak Lemak Kuning


Bahan-bahan;
Setengah ekor ayam - terpulang nk potong brp. Cuci bersih dan toskan.
1 biji bwg bsr *
4-5 biji bwg merah *
2 ulas bwg putih *
Halia sebesar ibu jari *
2 sudu mkn ketumbar *
2 sudu mkn jintan manis *
1-2 sudu teh serbuk kunyit
2 btg serai diketuk
2 kpg asam kpg
Garam & serbuk perasa secukupnya
1 kotak kecil santan
5-6 kpg daun limau purut
Minyak msk utk menumis

Cara-caranya;
1. Tumbuk lumat bahan bertanda * dan tumiskan dgn serbuk kunyit, serai & asam keping hingga naik bau wangi. 
2. Masukkan ayam dan kacau mesra hingga ayam separuh msk. 
3. Masukkan santan dan tambah air ikut kepekatan kuah yg disukai kemudian masukkan daun limau purut utk bau wangi menyegarkan. 
4. Biarkan hingga kuah mendidih dan ayam msk sekata. 
5. Masukkan garam & serbuk perasa (afne tak guna aji sbb big no-no kat rmh ni so Afne gunakan cukup rasa maggi). 

Amacammmm... Sng kan? Slmt mencuba 🤗

Tuesday, August 7, 2018

Udang Nestum

Saja je nk share kita msk udang nestum. Antara menu wajib order klu mkn kedai seafood. Bila try msk laaaaaaa sng je rupanya 😅. Google je lah resepi tu melambak kt internet tinggal korg pilih nk cuba yg mana satu ye dak?! Mcm Afne biasa lah suka resepi yg sng sokmo pastu derhaka dr resepi asal sepatutnya ada cili potong. Afne tak letak sbb ada msk sambal udang. 

Udang Nestum


Bahan2;
Udang - setengah kilo
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung
Butter - 1/4 blok
Daun kari - agak2 10-12 helai
Bwg putih - 3-4 biji cincang halus

Cara-caranya;
1. Panaskan minyak.
2. Gaul mesra udang, garam & tepung jagung. Goreng udang mcm biasa & toskan.
3. Panaskan kuali & biarkan butter mencair.
4. Masukkan bwg putih & daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.
5. Masukkan udang & nestum. Gaul mesra sampai bersalut semua.

Amacammmm... Sng kan. Cuba je, In shaa Allah jd. Tp nk kabo ni api setting sdg elok jgn bsr sgt jgn kecik sgt. Klu api bsr nnti nestum tu cpt hangit. Overall resepi ni sama je mcm msk butter telo asin cuma bezanya tak ada susu cair dan ada nestum. 

Btw, ini antara menu lunch kami kelmarin...


Ikan bulu ayam tu lamanya lahai tak mkn. Kena goreng kunyit garing2 bg crunchy tulang temulang dia. 


Monday, May 14, 2018

Kepak Ayam Bakar Simple

Salam semua.

Meh le kita share resepi kepak ayam bakar yg simple tp sedap hingga menjilat tulang wakakakaaaa... Mana lah tau kan blh jd slh 1 menu berbuka korg. 

Peringatan : sukatan sebenar takde kita pn agak2 je, Alhamdulillah menjadi. 


Kepak Ayam Bakar Simple
Kepak ayam
Bawang putih
Halia
Black pepper
Sos tiram
Madu
Garam secukupnya

Cara-caranya:
1. Cuci bersih ayam dan toskan.
2. Tumbuk bwg putih, halia dan black pepper.
3. Campurkan semua bahan bg mesra dan perapkan hingga bbrp jam (simpan je dlm peti ais bhgian bwh tu).
4. Panaskan oven 10 mnt sblm mula membakar dan susunkan kepak ayam dlm bekas thn panas (oven-proof).
5. Setkan suhu 200 api atas bwh selama 1 jam 15 mnt. Setiap setengah jam balik2kan ayam. Jus ayam yg ada jgn buang blh buat cicah2 sbb rasa manis2 dr madu td.


Anak-anak Afne mmg suka klu ayam bakar mcm ni. Mkn panas-panas licinnnnnnn



Thursday, April 26, 2018

Meaty Nachos

Ni gara-gara nmpk post fb Aisha Shukor la ni terliur le pulop! Sapa kaki msk mesti kenal la dgn owner resepi ayam sambal bali yg viral tu. So Afne pn cuba buat ikut apa bahan yg ada kat rmh je cuma pesan kat lokong belikan kerepek nachos tu.


Perghhhhh hasil dia mmg tak mengecewakan! Takleh berhenti dok kunyah krupkrapkrupkrap! Blh repeat in future. Meh Afne share resepi...

Meaty Nachos
1 peket kerepek nachos
1 peket daging hancur
Sedikit black pepper
Seasoning maggi
1 biji bwg holland
1 biji lada benggala (yg ni Afne takde so tak letak)
Sepotong lemon
Sedikit mayonis

Cara-caranya;
1. Tumiskan daging dgn sedikit minyak.
2. Bila air daging dh kering, masukkan black pepper dan seasoning maggi (masa ni dh start wangi dah haaaa)
3. Masukkan bwg holland yg dipotong dadu kecil.
4. Perasakan sedikit garam. Gaul mesra.
5. Sour cream versi ecah : satukan jus lemon dan mayonis. Siap.

Cara nk mkn sonang yooooo amik kerepek nachos tu, sapukan sour cream kemudian bubuh daging td dan ngapppppp aduh dap dap dappppp




Thursday, January 26, 2017

Kek Batik - Resepi Yang Mudah, Sedap, Lemak & Kurang Manis

Salam semua 😀


Hjg mggu yg lps Hana mintak buatkan kek batik. Kita mak2 ni mmg gini lah... apa anak teringin nk mkn kita akan cuba buatkan. Antara lmbt atau cpt je btl tak?! Ayah le yg kena kerah ke 7e tgh2 mlm beli bahan2 nk membuatnya ekekekkkkk... upah kopi o dgn biskut lemak je setted.


Resepi ni Afne dpt dr fb group msk2. Lbh kurg sama dgn resepi ni cuma bezanya rasanya lbh lemak & kurg manis. Ikut tuan post nya bgtau klu ikut resepi asal ada 1/2 cwn gula tp x dimasukkan sbb x nk manis sgt. Afne ikut resepi tanpa gula ni mmg sedap chewahhh... perasan lah pulok kahkahkahhhh Rugi klu korg tak cuba 😉

Kek Batik


Bahan2;
250 gram butter
1 pek biskut marie 600 gram - patah 2 @ 4
1 cwn milo
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
4 biji telur ayam
1 cwn air msk
1 cwn nestum

Cara2nya;
1. Cairkan butter sepenuhnya dgn api kecil.
2. Masukkan milo, serbuk koko & susu pekat. Kacau rata.
3. Bila nmpk mula mendidih masukkan telur & air. Kacau rata hingga mula pekat.
4. Matikan api, masukkan nestum & biskut marie. Kacau rata sampai sebati adunan dgn biskut.
5. Masukkan ke dlm loyang, tekan supaya padat mampat semampatnya, sejukkan suhu bilik & simpan dlm fridge selama 30 mnt - 1 jam sblm dipotong.




Tuesday, January 10, 2017

Penkek - Resepi Yang Mudah, Sedap & Gebu

Salam semua.

Meh mehhh... klu korg suka mkn penkek tp nk try resepi yg sng tp sedap sila baca sampai hbs. Afne dh try few recipes tp anak2 kata ini yg plg win 😁

Penkek

Bahan2nya;
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu segar/susu penuh krim/susu cair
1 sb gula
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
1 biji telur
2 sb minyak jagung/butter dicairkan/minyak msk


Cara2nya;
1. Satukn semua bahan & kacau guna whisker sampai sebati. Klu mls sgt korg blend je.
2. Rehatkn adunan 10-15 mnt supaya hasil penkek gebu.
3. Panaskan non-stick pan saiz kecil & letakkan 1 senduk kecil adunan.
4. Bila bhgian atas sdh nmpk berbuih terbalikkan ke bhgian bwh & biarkan sekejap br diangkat dr pan.

Biasanya Afne buat 1 adunan dpt 8-9 kpg penkek & anak2 mkn hbs sekali hadap. Sedap mkn panas2 dgn madu, coklat, butter, aiskrim, maple syrup.

Tp tekak org kg mcm Afne ni dpt mkn lempeng cicah sambal tumis ikan bilis pn dh sedap sgt. Suami plak jns setekak seperut. Gandingkan kopi o panas time cuaca sejuk hujan perghhhhhh


Ok, jgn lupa cuba resepi penkek kt atas tu yea & komen sedap ke idok 😉


Tuesday, June 21, 2016

Shepherd's Pie

menu tambahan iftar hari ke 16. dh ptg2 tu ckp dgn hana... "ibu teringin mkn shepherd's pie. kakak nk tlg ibu msk?" hana klu bab2 memasak atau kerja dapur ni mmg suka sgt menolong. tp kupas kulit kentang & mash kan lps rebus je lah... yg lain2 ibu uruskan. 

mehhh afne share resepi versi simple sbb ikut suka hati & gunapakai bahan sedia ada... nan ado herba2 mat saleh segala bagai. sbnrnya dh bertahun tak buat & tak mkn tp nsb baik rasanya sedap kehkehkehhh

Shepherd's Pie


bahan2;
* 4 biji kentang - buang kulit, potong 4, rebus & toskan.
* 1 sudu teh lada sulah
* 1 sudu teh garam
* 1/2 cwn susu segar/penuh krim
1 biji bwg bsr - dicincang
1 peket daging kisar
1 sudu mkn serbuk kari daging
3 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn tepung gandum
3/4 cwn air
1 btg lobak merah (disagat)
garam secukup rasa
keju mozarella

cara2;
1. utk jadikan mashed potato, satukan bahan bertanda * kemudian lenyekkan hingga lembut & sebati. ketepikan.
2. tumiskan bwg bsr hingga naik wangi, masukkan daging kisar kacau2 & biarkan air daging kering.
3. masukkan serbuk kari & pastikan dimasak hingga pecah minyak.
4. masukkan sos cili & perasakan garam.
5. masukkan tepung gandum yg dibancuh dgn air msk, kacau2, bila kuah nmpk memekat masukkan lobak, kacau2 lg & matikan api.
6. masukkan inti daging yg dimasak ke dlm loyang/bekas bersesuaian, ratakan & padatkan. masukkan pula mashed potato, ratakan & padatkan. taburkan keju mozarella terpulang nk byk mana.
7. bakar dlm oven gunakan api atas bwh pd suhu 190 selama 15 mnt.

haaaa sng je kan bahan2nya apa yg ada je kt rmh. slmt mencuba 😉


Monday, June 20, 2016

Cupcake Milo

mehhh akak2 adik2... makyong nk share resepi cupcake milo yg simple gila, bahan nk guna rasa semua org ada kt rmh & yg tak perlu amik masa lama nk sediakan. btw, resepinya dh lama save tp br ni nk mencuba bhahahahaaaa

Cupcake Milo


bahan2;
4 sudu mkn milo
4 sudu mkn gula kastor/gula halus
4 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn susu segar/penuh krim
4 sudu mkn minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
choc chips/rice sbg hiasan

cara2nya;
1. gaul rata semua bahan sampai sebati & mesra.
2. tuang dlm cuppies (afne guna saiz bsr dpt 5 bekas) & tabur choc chips/rice.
3. bakar dlm oven set suhu 160 selama 15 mnt (pastikan oven dipanaskan dahulu 10 mnt).

kannnnnnnn.... sng gila. klu rasa teringin nk mkn, 25-30 mnt lps tu dh blh ngap. jgn x caya hana yg jd masterchef godak2 dlm mangkuk. dia punya bangga walaweiiiiiiiiiiiiiiiii... sedap ke x? tentu lah rasa milo & tekstur agak padat mcm kek moist 😉


menu iftar yg sgt simple pd hari ke 8... nasi goreng campak2 bubuh ayam+udang+sotong+kcg pnjg+sawi, cupcake milo & teh ais.


Friday, June 17, 2016

Ketam Telur Masin

meh nk share resepi ketam telur masin afne amik dr internet. teringat2 lah pulak ketam masak telur masin masa mkn kt Anjung Senibong Seafood aritu tp kt area sini payahnya nk mencari ketam nipah/bangkang. maka ketam bunga menjadi mangsa ekekekekkkkk... kebetulan dpt saiz bsr2 mmg puas hati mkn!


Ketam Telur Masin

bahan2;
5 ekor ketam bunga - buang cengkerang atas, setiap ekor potong kpd 2 bhgian, cuci & toskan. ketuk2 skt kaki ketam supaya mudah nk mkn nnti.
sedikit tepung jagung
sedikit lada sulah
4 biji telur masin
4 pelepah daun kari (ambil daunnya sahaja)
4 biji bwg putih - dicincang
bbrp biji cili api (nk lbh pedas bubuh le byk2) - dipotong2
125 gram butter (separuh dr 1 blok saiz standard tu)
1/2 tin susu cair

cara2nya;
1. rebus telur masin, ambil isi kuningnya sahaja & sebiji isi putihnya kemudian hancur2kan dgn garfu. ketepikan.
2. campurkan ketam dgn tepung jagung & lada sulah kemudian gorengkan sebentar sahaja x perlu lama2 sgt. ketepikan.
3. cairkan butter dlm kuali, tumis bwg putih & cili api. bila dh naik wangi masukkan daun kari hingga agak kering.
4. masukkan telur masin, kacau sebati kemudian masukkan susu cair, kacau2 & biarkan hingga berbuih.
5. masukkan ketam td & gaul hingga semua sebati bersalut.

sblm ni igt leceh nk msk ketam telur masin, rupa2nyaaaaaaaaa mudah sgt! rasanya lemak2 masin gituuuuuuuuuuuuuuuu. korg dg cuba?


Thursday, June 16, 2016

Mee Kari

time2 puasa ni la hai tekak teringin mcm2... mee kari pulak tu (ehh bkn ko mmg jns teringin sepanjang masa?! 😅)

fyi, afne mmg x brp reti msk gulai kari kikikiiii... pengakuan jujur ni hah pernah korg baca entry afne msk kari? nan hadoooo. aritu blk kg belajar msk kari ikan tongkol dgn mak. mmg terbaik lah mak msk sampai anak2-menantu2-cucu2 mkn bertambah nasi 😁

dahhh... x mo cerita pnjg jom check resepi simple yg afne campur aduk belajar dr mak & google internet. ni agak2 portion utk 3-4 org mkn yea.

Mee Kari


bahan2 utk kuah mee kari;
* 1-2 biji bwg bsr (bergantung saiz bwg tu afne guna 2 biji sbb bwg agak kecik)
* 4-5 biji bwg merah
* 2-3 biji bwg putih
* halia anggaran sebesar ibu jari
* 2 sudu mkn cili blend
4 sudu mkn serbuk kari ayam/daging (afne guna brand adabi) - bancuh sedikit air
rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
1 btg serai - dititik
3 tangkai daun kari
1/2 peket fishball - belah 2, basuh & toskan
2 btg fishcake - potong2, basuh & toskan
asam jawa - bancuh dgn air
2 cwn air
1 kotak kecik santan (afne guna brand kara)
garam & gula secukup rasa

bahan2 utama yg lain;
1/2 kg mee kuning - dicelur sebentar dgn air panas & toskan
segenggam taugeh - basuh, dicelur & toskan. klu suka mentah x perlu celur
bbrp btg sayur sawi - basuh, potong2 & dicelur & toskan
2 kpg tauhu bsh - digoreng & potong2
2 biji telur ayam - direbus & belah 2
bbrp biji limau nipis

fuhhhh.. nmpk bahan pnjg berjela kan tp sonang je nk msk sbnrnya 😁

cara2nya;
1. blend bahan bertanda *.
2. panaskan sedikit minyak utk menumis, masukkan daun kari hingga agak kering & tumis bahan yg diblend bersama serai hingga wangi & terbit minyak.
3. masukkan bancuhan serbuk kari & tumis hingga btl2 msk.
4. masukkan ayam hingga separa masak.
5. masukkan air asam jawa, fishball, fishcake & biarkan hingga menggelegak.
6. masukkan santan & sentiasa kacau hingga masak supaya tak pecah minyak.
7. perasakan garam & gula secukup rasa. siap.

waktu nk mkn... bubuh mee dlm mangkuk, curah kuah kari berserta isi, hiaskan bahan2 utama yg lain & perah limau nipis. klu nk lg pedas blh tabur potongan cili. perghhhh menjilat chopstick wa ckp luuuuu! klu ada isi kerang, udang & sotong mesti lg terangkat ye dak?! 

mee kari ni menu iftar hari puasa ke 6. selain tu afne sediakan sosej roll, buah potong (rajin pulak eddy nk potong & susun cantik2 mcm kt hotel katanya), air teh o madu panas & air teh o ais limau.




Friday, June 3, 2016

Sagu Gula Melaka

haaaa... pg td share idea menu lunch, ni nk share idea dessert pulak. sedap ni mkn sejuk2 keluar dr fridge. klu idok takkan le anak2 & eddy mkn berulang kali kannnnn. blh gak repeat utk bulan puada nnti.

meh afne share resepi memandai2... refer gak kt internet tp igtkn dlm kepala je sbb sgt lah mudah nk membuatnya.

Sagu Gula Melaka


bahan2;
sagu - afne guna 1 pek beli kt pasaraya
sedikit garam
gula melaka - 1 ketul mencukupi
1 tin susu cair

cara2;
1. rebus sagu dgn sedikit garam & air. ulang tambah air hingga hilang mata putih sagu. kena rajin kacau sbb byk kanji tkt melekat/hangus di bhgian bwh periuk.
2. sambil tunggu sagu msk elok, masakkan 1 tin susu air dgn 1 tin air serta sedikit garam. biarkan sejuk suhu bilik sblm disimpan di dlm fridge.
3. masakkan gula melaka dgn sedikit air hingga mendidih. tapis, sejukkan suhu bilik & simpan dlm bekas bertutup (tkt semut hurung pulak kan).
4. bila sagu dh msk elok, letak sagu dlm penapis halus & lalukan air msk utk buang kanji berlebihan. masukkan sagu ke dlm bekas (afne letak bekas taufufa sng time mkn amik 1 portion je sekali hadap hehe). sejukkan ke suhu bilik & sejukkan di dlm fridge.
5. waktu nk mkn curahkan air susu cair & bbrp sudu air gula melaka mengikut kesesuaian. tp mcm afne dh siap2 masukkan air gula tu dlm setiap bekas sagu so waktu nk mkn tinggal curah air susu sahaja.

ni gmbr masa hana mkn tanpa menghiraukan 2 props blkg yg syok sendiri tu... hani mmg suka menyakat abg haziq, pastu nnti dia yg menangis bila abg mrh hahahhaaa






Ayam Sambal Bali

acik pn x mo ketinggalan mencuba resepi2 viral. lg2 bila baca testimoni yg rata2 komen mmg sedap (mcm x de pulak yg komen x sedap bhahahaaa). ni le bahana join group msk2... afne jarang komen sekadar view cuci mata tgk diorg msk sedap2 hehe...


siap je msk trs share kt group whatssapp family. mmg sedap wehhhh 👍👍👍

fyi, mmg dh menjadi kebiasaan otw blk sekolah anak2 main teka teki apa menu ibu msk hari ni. klu xde teka teki itu bermakna kita tapau je lah kikikikiii. tp biasanya afne akan msk (walaupun sesimple mana sekali pun) menu kegemaran anak2 cthnya sayur petola dgn suhun msk bening tu...


k, bwh afne share resepi asli dr tuan empunya resepi. ikut step by step In Shaa Allah menjadi. nahhh... kot2 blh jd idea menu korg lunch hari ni 😉

Ayam Sambal Bali


slmt mencuba 😉


Thursday, October 8, 2015

Roti Telur Bakar Bunga Cheese

afne pn br 1st time cuba tp mmg sedappppp... x tipu. kan viral jap dlm group resepi ringkas aritu


jd menu bento anak2 hari khamis mggu lps. maklum le kan diorg dh cuti jerebu 2 hari jd buatkn breakfast cum bento lain skt dr biasa. ni pun diorg dh mkn telo setengah msk & teh o.

masa tgh dlm oven tu dh bau wangi semerbak anak2 asik jengah oven je. 1st bite, hana kata mcm puding roti hehe... 


must try utk sapa2 yg suka cheese. resepi semestinya sgt mudah & cpt :)

Roti Telur Bakar Bunga Cheese

bahan2;
12 kpg roti - bergantung pd saiz muffin tray. afne guna saiz yg bsr ngam utk sekeping roti utk 1 lubang.
3 btg sosej
6 sudu mkn susu segar
2 biji telur ayam
parutan keju mozarella

cara2nya;
1. rebus/kukus/goreng sosej & potong2.
2. lenyekkan roti supaya padat kemudian tekap guna acuan bulat (cwn pn blh) tp kebetulan ada penerap roti bento bentuk bunga so afne guna yg tu je lah.
3. letakkan roti dlm lubang tray ikut bentuk & taburkan potongan sosej.
4. kacau rata susu segar & telur ayam. tuang atas kepingan sosej & roti td.
5. taburkan parutan keju mozarella ikut suka.
6. bakar dlm oven pd suhu 140c selama 10 mnt. jgn lupa panaskan oven dulu ye sblm membakar.


slmt mencuba :)


Friday, September 18, 2015

Cheesekut Nestum & Milo

dh lama x buat pastu rasa teringin nk mkn. kebetulan bahan2 mmg dh ada kt rmh & tersangatlah mudah membuatnya x sampai 15 mnt pun. knp... x percaya? apesal sambil2 msk ikan kembong goreng, tempe goreng manis berempah, sambal sotong & sayur bening bayam tiba2 afne blh dpt ini....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


tp msh blm blh mkn. kena sbr tunggu cheesekut ni disejukkan dlm fridge selama 5-6 jam (sekurang2nya). ptg tu dh upah anak2 mkn cheesekut bubuh aiskrim :)


nsb baik cheesekut x sompek dikorek hani hehe.... bdk rambut kenteng tu bkn reti diam ada sesaja projek mega dia!

k, resepi blh rujuk sini. mls klik? nk baca trs? manja sgt korg ni semua nk bersuap kehkehkehhh. resepi sama je cuma hiasan/topping tu je tambah milo. nk bubuh antara lapisan tu pun blh juga.

Resepi Cheesekut

bahan2;
1 blok cream cheese 250g (afne guna brand philadelphia)
1 pek biskut deluxe crackers hup seng (ramai bgtau deluxe crackers lbh sesuai dr cream crackers)
1/4 tin susu pekat
susu segar (1 kotak kecil pn dh lbh dr cukup)
nestum & milo secukupnya

cara2nya;
1. putar cream cheese hingga kembang, masukkan susu pekat, putar sekejap, masukkan 4-5 sudu mkn susu segar, putar sekejap & ketepikan (klu nk cpt blh je masuk je blender & blend sampai sebati).
2. celup sekejap sahaja biskut deluxe crackers ke dlm susu segar & susun masuk bekas hingga dpt 1 lapisan.
3. tuang sedikit adunan cream cheese td atas lapisan biskut & ratakan nipis sahaja.
4. ulang langkah 2 & 3 hingga biskut & cream cheese hbs tp pastikan lapisan cream cheese adalah yg plg atas.
5. utk hiasan blh taburkan nestum & milo atau apa2 sahaja yg anda suka.
6. sejukkan di dlm fridge sekurang2nya 5-6 jam sblm dipotong & mkn.

slmt mencuba ;)


Tuesday, September 15, 2015

Tempe Goreng Manis Berempah

tetiba kan tekak rasa nk mkn tempe goreng manis berempah. dulu masa ddk kg bekalan tempe dlm fridge x pernah putus. ddk kt bp ni nsb baik jmpa kedai yg jual tempe daun. tempe bungkus plastik tu pn sedap tp feel mkn tempe daun ni lg berasa seketul2 kcg soya nya. alahhhh camne nk kabo ekk... hanya pencinta tempe yg faham bahagianya hahahahaaa

k, nk share resepi tempe goreng manis berempah yg afne belajar dr mak. ni klu time goreng ni anak2 dh berlari masuk dapur sbb bau wangi je masa goreng :)


TEMPE GORENG MANIS BEREMPAH

bahan2;
bbrp keping tempe - dbelah 2 atau 3 kemudian dipotong serong. blh juga kelar2 sedikit tempe utk bg bahan meresap.
1-2 biji bwg putih
4-5 biji bwg kecil
sedikit garam
sedikit kunyit
bbrp sudu mkn gula
2-3 sudu mkn ketubar
1-2 sudu mkn jintan manis

cara2nya;
1. tumbuk lumat semua bahan kecuali tempe.
2. lumur rata bahan td pd tempe. blh perap selama 15-30 mnt.
3. panaskan minyak & goreng tempe dgn api yg kecil supaya tidak hangus. jgn lupa balik2kan tempe supaya warna & msk sekata.

guess what... feel dia mkn yg br lps goreng panas2 rasa rangup2 bahan rencah dia td wallaaaaaa


Monday, January 5, 2015

Gulai Tempoyak Ikan Manyung/Ikan Duri

al-kisahnya, eddy gi memancing sblm kitorg bercuti aritu. katanya naik bot dr kawasan muar & sblm subuh tu dh blk. tgk2 ada ikan manyung/ikan duri, ikan gelama & ikan pari. not bad lah kannnn...... sesekali swing joran pulokkkk


k, berbalik kpd tajuk. adoooiiii... kembang kempis kembang kempis hidung waktu siang ikan ni sbb bau dia blh thn hanyir. potong2, buang perut, buang insang & rendam dgn air asam jawa. biasanya org msk asam pedas atau msk lemak cili api tp afne cuba gulai tempoyak...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


mula2 msk tu mcm x confident je kan tp eddy komen "ok, blh thn". dia mmg gitu... toksah le harap dia bg brp bintang ke kabo sedap ke hape. tp dia mkn bertambah :)

x tau le cara korg msk camne tp ini cara afne...

bahan2;
5-6 ekor ikan manyong/ikan duri saiz sederhana kecil - potong2, bersihkan, cuci, rendam air asam jawa.
* 2 biji bawang besar
* 5-6 biji bawang kecil
* 2 biji bawang putih
* 10 biji lada merah (nk pedas kaw blh tambah cili api)
* 2 inci halia
* 2 inci lengkuas
* 1-2 inci kunyit hidup
2 btg serai - dititik
air asam jawa/2 kpg asam gelugor
air - ikut nk kuah byk mana
4-5 sudu mkn tempoyak
garam secukup rasa

cara2nya;
1. tumbuk bahan bertanda *.
2. masukkan bahan yg ditumbuk bersama bahan2 lain ke dlm periuk kecuali ikan. biarkan mereneh hingga kuah pekat.
2. masukkan ikan & biarkan msk. kacau sekali sekala utk elakkan isi ikan hancur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...