Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Monday, December 2, 2019

13th Anniversary

Happy anniversary yg ke 13 thn syg 😘


13 thn yg lps pd waktu ini pastinya kami lah insan yg plg berdebar menunggu saat utk diijabkabulkan. Perkenalan terserempak di KL semasa bln ramadhan 2001 membawa ke jinjang pelamin thn 2006. 5 thn utk mengenal hati budi memasing rupa-rupanya slps kahwin byk lg perlu dipelajari. Tq syg for everything. Moga Allah pelihara jodoh kita, trs saling bertolak ansur dlm menjaga keharmonian rumahtangga dan mendidik anak-anak  kita sebaik mungkin, amin.

Apa pun yg berlaku dlm tempoh usia perkahwinan ni, kami bersyukur dgn kehadiran 4 org anak yg menceriakan hdp kami sehari-hari. Benar lah kata org, anak itu pengerat kasih syg suami isteri. 









Allahuakbar... Nikmat apa lg yg hendak didustakan? Melihat mereka saja semakin hari semakin syg. Moga anak-anak kami membesar dgn sihat, jd anak soleh solehah, taat ibu ayah, dimudahkan urusan di jln kebaikan, bahagia, berjaya di dunia dan akhirat, amin. 




Sunday, December 2, 2018

12th Anniversary :)


Alhamdulillah, syukran. Trm ksh Ya Allah msh dipanjangkan jodoh kami suami isteri dan moga bahagia kekal hingga ke jannah, amin.

In ups & down, through thick & thin.... Allahuakbar hanya Allah yg mengetahui segalanya. Moga kami sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur sepanjang melayari hdp berumahtangga. Tipu lah klu tak gaduh, bohong lah klu tak merajuk tp semua tu asam garam berumahtangga. 









Ehhh... br perasan byk selfie ber2 dlm kereta rupanya kikikiiii.. Ye lah itu je klu masa btl2 ber2 ada urusan kerja. Klu keluar dgn anak-anak mmg tak dan nk pegang hp.

Apa-apa pun tq syg sbb selalu bersabar dgn saya yg selalu mood swing ni huhu... tq selalu bg apa saya nak selalu lyn kemahuan saya. Tgh mlm isteri ajak ngeteh dia layankan, kita teringin cheese nan dgn tandoori dia temankan mkn, teringin kerang sambal dia bawakkan juga. Lps tu dia tanya kita.. Yang, awak yg suka mkn mlm knp perut saya yg naik? Kahkahkahhhh

Hadiah anniversary? Dh tua-tua ni kita doa yg baik2 je lah. Biaq pi lah apa yg dtg sekali pun, saya tau dia tetap utamakan keluarga 😜


Saturday, December 2, 2017

11th Anniversary

Salam semua 😀

Kasi chance la ahkak feeling2 pengantin sentiasa baru hakhakhakkkk



Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Cecah 11 thn usia perkahwinan kami melalui suka duka tawa nangis rajuk pujuk. Allah.... mcm-mcm sgt tp biarlah kami berdua simpan utk dikenang di hari tua kelak, In shaa Allah. 



11 thn dgn kehadiran 4 org anak, Alhamdulillah. Tiada hadiah yg lbh bermakna selain anak-anak ibu sendiri. Moga ibu dan ayah sentiasa diberi kesabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Ibu sentiasa mendoakan kalian menjadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat, amin.





TQ syg for everything. Moga Allah pelihara jodoh kita sampai syurga & hidup kita sekeluarga dirahmati Allah swt, amin.

Friday, December 2, 2016

10th Anniversary

Salam semua 😀

Akhirnya! setelah hampir setengah tahun menyepikan diri (chewahhh perasan retis lah pulak. Errr... msh ada ke yg sudi baca blog suam2 kuku ni?), terbuka hati nk abadikan entry ulang tahun perkahwinan kami yg ke 10 thn.


Ulang tayang gambar legend itu harusssss bhahahhaaaa... mcm tak percaya dh jejak 10 thn berkahwin dgn 4 adorable kids 😉


Trm ksh Ya Allah. 4 anak dgn 4 karakter berbeza walaupun 1 'cetak'. Syg anak2 ibu dunia akhirat. 

Moga Allah pelihara jodoh kami, permudahkan urusan kami, berikan kesabaran utk kami menghadapi dugaan yg mendatang & sama2 mendidik anak2 kami sebaiknya, amin.

Ikut hati banyaaaakkkkk lg cerita nk share dgn korg. Nanti afne update pelan2 yea. Trm ksh sudi singgah & baca blog picisan ni. Jumpa lg di entry seterusnya 😉


Wednesday, December 2, 2015

9th Anniversary :)

Alhamdulillah... itu yg mampu diucapkan. 9 thn yg sgt mcm2. tq abg utk semuanya. dlm ssh dlm sng. dlm suka dlm duka. igt2 blk apa yg kami lalui rasanya mmg blh menangis sendiri.

Moga Allah pelihara jodoh kami sampai syurga, berikan kami kesabaran yg tinggi utk mengharungi dugaan yg mendatang & mendidik anak2 kami agar menjadi anak2 yg soleh & solehah, amin.


ulang tayang je lah gambar 9 thn lps zmn2 mudo remajo. jarang2 nk selfie dgn suami katanya kihkihkihhhh

selit hadiah anniversary ehh... tak lah! mmg takdenya nk  berhadiah bagai. kebetulan keluar lunch kt bp mall then masuk TBS mintak eddy belanja seketul buat wangi2 ketiak kepam kt rmh ekekekekkkk


hana pujuk ayah dpt juga seketul yg bau strawberry tu. untung le nakkkk... nk apa semua ayah belikn. anak makin membesar.... nmpk apa yg ibunya ada, dia pn teringin juga. ibu pakai shawl, dia pn nk bertudung lilit bagai (pandai pulak tu pakai sendiri tanpa bantuan ibu). ibu pakai bedak, dia ikut tepek kt muka. ibu pakai lipstik, pn dia ikut calit juga.  tp ikut peel ibu yg baik2 aje tau, yg x elok tu buang jauh2 ;)


Wednesday, December 3, 2014

8th Anniversary :)

8 years, Alhamdulillah & still counting, In Shaa Allah.

Moga Allah pelihara jodoh kami hingga jannah, dimurahkan rezeki, diberi kesabaran yg tinggi mengharungi apa jua dugaan yg dihadapi, dipermudahkan urusan, pelihara anak2 kami menjadi anak2 soleh/solehah berjaya dunia & akhirat, amin.

ok, ulang tayang gambar 8 thn lps hahahaaaaa


dan mereka yang menceriakan hari2 kami...


sebenar-benar harta ibu & ayah di dunia & akhirat. terima kasih Ya Allah :)


Tuesday, December 3, 2013

7th Anniversary :)

 Moga Allah pelihara jodoh kami hingga syurga, dimurahkan rezeki, diberi kesabaran yg tinggi dlm mengharungi apa juga dugaan yg dihadapi, dipermudahkan urusan & sama2 mendidik anak2 kami supaya menjadi anak2 yg soleh/solehah & berjaya di dunia & akhirat, amin.

7 years & still counting, In Shaa Allah. 7 tahun dgn pelbagai kenangan pahit manis, suka duka, tawa nangis, merajuk memujuk, memberi menerima, ssh sng yg kami tempuh bersama. Allahu Akbar! rasa nk nangis igt semua tu tp biarlah ianya menjadi kenangan antara kami. Kami bersyukur Ya Allah, dgn kehadiran putera puteri yg menceriakan & menambah kebahagiaan dlm hidup kami.

Hana Humaira
Muhamad Haziq
Hani Hadirah

kalian adalah sebenar-benar harta kami di dunia & akhirat. ayah & ibu bkn lah yg terbaik tp ayah & ibu akan cuba yg terbaik utk korg, In Shaa Allah.

gmbr kelmarin. bkn sng nk dptkn gmbr ber5 yg fokus kamera pd masa yg sama. plg tidak sorg msti tgk kanan/kiri/atas/bwh hehe...




p/s : baju magic. blh dipakai waktu kurus & juga waktu sarat mengandung hehe... tp muka yg makin tembam x blh blah hahahahaaaa


Monday, December 3, 2012

6th Anniversary :)

02.12.06 - 02.12.12 : 6 years & still counting, Insyaallah. 

Moga Allah pelihara jodoh kami hingga syurga, dimurahkn rezeki, diberikan ketabahan & kesabaran dlm apa jua keadaan serta dipermudahkan segala urusan, amin.

Alhamdulillah, smlm genap lah 6 tahun kami diijabkabulkan. 6 tahun yg penuh warna warni... suka duka, ssh sng, ketawa menangis, merajuk memujuk. mcm2 yg kami alami dlm masa 6 tahun ni. nk cerita details kang x cukup 1 entry hahahaaaaa. walau apa pun, afne bersyukur dgn segala yg Allah berikan utk kami sekeluarga :D

buat masa ni mmg tak sempat nk celebrate dating2 ke, mkn2 ke, potong kek 6 tingkat ke... nnti2 lah pi jejalan ke mana2 ke. kesian juga kt hana.. time cuti sekolah ni blm ada bawa dia ke mana2. tp tu lah, bila dh ddk rmh rasa mls nk angkat vontot hahahaaaa


gmbr raya puasa yg lps. InsyaAllah, raya puasa thn dpn kami ber5 ;)


harap2nya gmbr di atas dpt menjawab soalan kwn2 yg komen fb & blog sblm ni. tq for your concern. bkn x nk mengaku tp pengalaman yg lps buat afne was2 nk admit awal2. syukran, masa scan ni 23/11 @ 8-9 weeks. tp doktor kata ikut saiz janin dh 10 weeks. tak sedar mengalir airmata masa dgr degup jantung baby plus tgk tgn & kaki baby bergerak aktif. minta kwn2 doakan kami selamat & sihat sepanjang mengandung & melahirkan yea, tq in advance :)


Friday, December 2, 2011

Today Is Our 5th Anniversary!!!

Alhamdulillah, hari ni genap 5 thn usia perkahwinan kami. 5 thn yg penuh dgn warna warni. 5 thn tu bkn lah apa2 bg mereka yg dh berkahwin lbh lama tp afne bersyukur diberi peluang menjalani kehidupan sbg isteri & ibu kpd anak2 yg comel lg bijak. moga kebahagiaan ini berkekalan, amin.


hakikatnya, kami pun mcm pasangan yg lain juga. tipu lah klu kata takde berselisih faham ke.. merajuk ke.. tp itu semua asam garam berumahtangga. sedangkan lidah lg tergigit ini kan pula suami isteri. afne akui bkn mudah ddk berjauhan. semuanya kena buat sendiri. mmg kena berdikari. berjauhan tu kan mengajar erti rindu (ecehhh.. mood jiwang sdh mari!). tp kan siapa yg suka ddk jauh lama2 dr suami & anak. lama tak lama pun dh 2 thn lbh kami pjj. bkn tak nak ddk sama2 mcm dulu tp peluangnya blm ada. atau.. mungkin sdh tiba masa utk afne buat keputusan demi kebaikan semua pihak?? kwn2, doakan yg terbaik utk kami sekeluarga yea.


takde pun sambut2 anniversary... calling2 sms2 aje lah kan. nk jumpa... jauh. sorg kt  kl, sorg kt johor. takpe lah lain masa kita dating2 yea bang?

Monday, December 6, 2010

Dating Berduaan

konon2nya sempena 4th anniversary hari tu le ni hehe. mmg tak dirancang ok! jarang2 le kami nk keluar dating mcm ni. yelah, anak2 jumpa ayah diorg pn on weekend je. hana plak jns kuat cemburu klu nmpk kitorg ddk kt sofa cpt2 dtg menyelit kt tgh2.. katanya ini ayah hana! hahahaa. tp kali ni kasi chance le kt ibu & ayah keluar tgk movie & mkn2 ok?!

pg sabtu lps hntr anak2 ke taska trs zoom ke gsc midvalley megamall. punya la ramai org beratur beli tiket. plan nk tgk Harry Potter And The Deathly Hallows : Part 1 yg plg awal fully booked! same goes dgn The Chronicles Of Narnia : The Voyage Of The Dawn Treader. last2 beli tiket Ngangkung. tu je yg plg awal msh available.

settled bab tiket kitorg jln2 cari tmpt mkn.. last2 masuk Rak Thai (LG Floor Gardens Midvalley).

 penaja mkn & movie

 nmpk berisi ekk.. teknik kamera je tu hahahaa

air pudina + limau

mango ice (sedappp!)

nasi putih & tomyam clear chicken soup yg cukup masam+pedas! (highly recommended)

pineapple fried rice (blh thn sedap)

jemput mkn yea kwn2..

lps mkn, pusing2 jap then masuk tgk wayang. igt kan dh kenyang tp eddy beli set pop corn & air. mula2 tu igt mcm biasa2 je filem Ngangkung ni. kdg2 tgk iklan mmg nmpk best tp jln cerita kureng. komen saya? mmg best ok! sarat dgn unsur2 kelakar (gelak manjang kitorg dlm tu), seram, sedih & pengajaran (hujung2 cerita). doktor nk selamatkan janin dr digugurkn pn siap takut2kan patient dgn brg memasak yg tajam2. yg plg tak thn masa hantu rambut pnjg tu nk pegang kacang terkejut wan hahahhaaa. korg gi la tgk sendiri klu nk tau cerita penuh.

gi care4 beli brg2 keperluan mcm biasa. blk trs amik anak2. rindunyaaaaaaaaaa kt korg. selalunya klu keluar mesti ber4. eddy ckp kitorg patut kerap keluar ber2 mcm ni (romantika d'amour ye bang? hehe). last time dating tgk wayang masa bln 7 hari tu.

mlm tu dating dgn anak2 plak.. msk ler mkn kt rmh dh tak larat nk keluar lg.


jd le kan.. menu ketam msk lemak cili api, telo dadar mayonis & bening bayam (msk air). alhamdulillah, kenyang perut kami sekeluarga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...