Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Stok EBM Terakhir

rasanya korg pn sedia maklum afne dh stop bf haziq sblm hari raya puasa. alhamdulillah, tercapai hajat ibu to fully bf haziq sehingga 2 thn. syukur :)

memandangkan haziq dh consume fm so baki ebm yg cuma bbrp botol tersimpan je dlm freezer. tiap kali buka freezer perasaan berbelah bagi.. buang? simpan? buang? simpan? sampai lah expired baru2 ni. nk tgk ebm tu mencair dpn mata tak sampai hati. so biarkan ebm tu kt sinki for few hours then buang bila dh cair.


sedih rasanya masa tuang masuk lubang sinki cos pd afne setitik susu ibu tu sgt2 berharga. bila dikenang2 kn, bkn mudah liku2 hidup sbg bf mom. byk benda yg jd sepanjang masa tu. tp afne panjatkan kesyukuran yg tak terhingga sbb Allah beri peluang ni, Alhamdulillah.

rindu tak moments bf anak? maunya tidak!! secara tak lgsg masa bersama anak dh berkurangan. tak percaya? klu dulu nk nenen tentulah cari ibu. time tido mlm klu blh nk kemam tet ibu sampai ke pagi (sakit2 pinggang ibu dibuatnya tp itulah pengorbanan). skrg ni (dh mnm fm) cari ayah pn dh blh buatkan susu ye tak haziq? kekadang tu saja usik haziq "haziq nk nenen tak?" tau apa dia jwb? "eeeee.... nenen rarah (berdarah)" siap dgn muka geli plak tu hahahahaaa. hana dulu stop menyusu badan masa umurnya setahun setengah & afne preggy haziq 4 bln. InsyaAllah, klu ada rezeki afne akan bf anak2 yg seterusnya :)

himpunan memori daun pisang indah di sini..
Breastfeeding
EBM

kpd semua bf mom atau mommy to be yg berniat utk bf baby anda, kuatkan semangat & gain knowledge (gadget bf, how to express breastmilk/store/thaw ebm). bykkan berdoa moga Allah murahkan rezeki & permudahkan urusan. preparation mental & fizikal sgt penting. milk booster (mkn/mnm) tu sekadar membantu. kerapkan mengepam from time to time. Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu. - momchoice


Monday, July 18, 2011

CERITA EBM (EXPRESSED BREAST MILK)

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. di kala usia haziq genap 1 tahun 10 bln 28 hari (smlm) msh lg diberikan rezeki (susu bdn) utk anakku. permudahkanlah urusanku utk trs menyusukan dia sehingga 2 tahun, amin.



ok, afne tau.. frozen ebm tu blh dikira dgn jari jemari sebelah tgn je. mmg tak byk mcm dulu2. tp afne percaya byk/skt yg kita dpt (ebm), cukup utk anak kita. byk faktor yg buatkan ebm menyusut. fizikal kita.. cukup mkn, cukup rehat, rajin/mls mengepam, hormon & mcm2 lg. tp yg plg penting mental kita.. kena kuat jgn sesekali ckp tak cukup. byk atau skt ebm yg kita dpt bkn ukuran. tak perlu banding2kan susu aku skt susu dia byk. cuma bila byk stok frozen ebm ni kelebihannya adalah utk waktu2 kecemasan cthnya masa afne kena chicken pox dulu.

tipulah klu ckp tak rindu tgk ebm dulu2..

 stok masa dlm pantang

stok masa hari pertama kerja slps pantang

 

stok november 2009

 stok december 2009

stok december 2009

 stok february 2010

 stok march 2010

 stok april 2010

 stok may 2010 - stok ebm hampir licin haziq bottle feed selama seminggu cos afne kena chicken pox

stok august 2010

start bln puasa thn lps, stok frozen ebm mula menyusut. afne mengaku masa tu mls nk bgn tgh mlm mengepam. dr sehari ke sehari gunakan 1-2 botol stok frozen ebm, skip session mengepam dr 6 sessi ke 3 sessi saja, emosi kurg stabil dgn pemergian arwah adik & mcm2 lg lah. tp apa2 pn, afne make sure bekalan ebm haziq di taska mencukupi.

memandangkan usia haziq hampir mencecah 2 thn pertengahan bln ramadhan akan dtg (19/08), afne msh lg tercari2 cara yg sesuai utk cerai/sapih susu bdn. uwaaaaaaaaaaaaaa mesti sedih gila nnti kan?! tak decide lg lps tu haziq akan consume fm (formula milk) apa. any suggestion? btw, afne tak berhajat nk ceraikan trs susu bdn. mungkin slow2 since tgk gaya haziq ni jns nk melekap kt ibu 24/7. mungkin fm hanya dibekalkan kt taska utk bbrp jangka masa & direct feed waktu mlm je. mungkin-mungkin-mungkin sbb semuanya msh tak pasti lg. hana dulu stop bf masa afne preggy haziq 4-5 bln. mula2 tu ssh juga menangis kami 2 beranak tp lama2 tu hana ok bila ibu explain elok2. tp tak pasti lah taktik tet berdarah (sirap) berkesan utk haziq ke tak.

kwn2 blogger/readers kt luar sana, if u have any ideas/suggestions nk bg kt afne, feel free to do so yea. drop me an email atau komen kt entry ni. TQ in advance :)


Friday, June 17, 2011

PHILIPS AVENT BREASTPUMP VALVE - SAPA BLH TLG DPTKAN UTK SAYA?

pernah tak korg (read as bf mom) alami situasi ni.. tgh assemble parts breastpump tetiba korg sedar something is missing. even bersaiz kecil tp sgt penting utk breastpump tersebut beroperasi. pernah tak? pernah tak??!!! kdg2 tu kelam kabut nk cpt mengepam tgk2 benda tu mcm takde tp sbnrnya ada (sbb warnanya seakan sama dgn drying rack).

sblm tu mmg ada dgr haziq tolak2 kerusi (biasanya dia panjat atas kerusi tgk apa ada atas meja/lemari dapo). igtkan haziq capai ke, campak ke, jatuh bwh lemari ke.. tp kali ni mmg hilang for real! uwaaaaaaaaaaaaaaaa mmg dh nangis pn cari tak jumpa2. tu je la one & only yg afne ada huhu.. tu pun sparepart masa beli avent isis out & about masa preggy hana 7 bln dulu (back to 2007).


nk tak nak masa tu kena express susu bdn guna teknik marmet (memerah menggunakan tgn).

as pengguna breastpump avent, afne sedia maklum sparepart avent hanya dijual di Kinderdijk kt Plaza Damas, Sri Hartamas. mmg takde jual kt shopping mall ke butik baby ke. masa tu automatik teringat ana cos previously dia guna avent breastpump but now dh upgrade to medela swing. trs call ana minta tlg nk pinjam valve dia. punya lah baik hati siap hntr depan pintu rmh tak bg afne turun amik kt rmh dia (mmg terharu sgt2!). 

 cilok gmbr google

sejak tu afne pam susu (rasanya dh masuk 3 mggu kot) dgn ehsan valve kepunyaan ana. sblm tu ana bgtau suction duck bill valve (2nd pic) agak kureng dr valve bunga (1st pic). mmg la pam mcm biasa tp mula2 tu terasa juga kelainannya tp dh berhari2 bahkan berminggu gunakan valve tu rasa ok kot. cuma tak dgr susu yg dipam mencurah laju masuk ke dlm botol tp alhamdulillah, output ebm maintain :)

actually, afne dh cuba survey websites yg jual sparepart avent. jumpa di KasihkuSayangku & fyi pengeluaran valve bunga tu dh dihentikan & digantikan dgn valve duck bill tu. malangnya out of stock!


so mommies/bloggers out there klu blh bg info website lain yg jual sparepart avent sila2 lah komen atau email kan info tersebut di [email protected]. ke ada sesapa berhati mulia yg dkt dgn kinderdijk tu blh tlg belikan (tentulah afne akan byr berserta postage fee). jasa anda amat dihargai. tq in advance :)

kpd ana, tqvm atas pertolongan anda. Allah saja yg dpt membalas jasa ana. even tho ana bg je soh afne guna, InsyaAllah klu ada rezeki afne gantikan yg baru yea.

afne msh ada lg 2 bln to complete 2 years of fully breastfeed haziq. moga Allah permudahkan urusanku, amin.


Monday, February 21, 2011

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

hari khamis lps nmpk memo dr management..


dlm kepala otak dh tak igt lain... tak lain tak bukan.. frozen EBM!!!

even tho stock frozen ebm tak sekencang dulu tp setiap botol sgt2 bermakna tau tak! so google sana sini cr info ebm & gangguan bekalan elektrik. afne tanya juga di KIM (Kump. Ibu2 Menyusu) di facebook. rata2 bg cadangan & ada yg berpengalaman melalui 'saat2 ngeri' ni;
  1. tumpang fridge jiran/sesiapa.
  2. biarkan semua stock frozen ebm dlm freezer tp standby ketulan ais/ice packs/techni ice sheet byk2 keliling botol2 frozen ebm.
cadangan yg pertama, 1 blok rmh ni akan terlibat dgn gangguan bekalan elektrik so rasanya mmg tak dpt tumpangkan stok frozen ebm. fridge office? blh juga tp kena mengangkut tong polisterin putih ke office. sapa nk tlg sila angkat kening tinggi2!

cadangan yg kedua, afne dh standby ais dlm bekas2 tipuware aiskrim. esok mlm nk pecah2 kan letak dlm freezer. ice packs avent & techni ice sheet pn ada. rasanya cara ni lbh praktikal kot.

ebm utk bekal haziq kt taska afne tak risau sgt cos blh letak dlm tong polisterin kecik. sumbat je ais & ebm dlm tu. speaking of taska, td diorg bgtau hari rabu taska hanya akan dibuka setengah hari sbb gangguan bekalan elektrik tu. kesian dgn bdk2 nnti kepanasan & bergelap.. maklum la taska kan di LG floor. maknanya on wednesday, afne pn akan keje half day yea.

harap2 tempoh masa yg dinyatakan dlm memo tu cuma anggaran saja & takkan sampai 8 jam. i hope so!


Tuesday, February 8, 2011

WALAUPUN SIKIT TAPI SANGAT BERMAKNA TAU!

korg.. ni ada cerita kurg gembira - sedih la sng ckp. terasa ralat sampai skrg.

alkisahnya, hari jumaat (28/01/11) hari tu, blk keje sampai rmh trs pam susu, masukkan ebm ke dlm botol MLO utk dibekukan sbb nk cuti pnjg kan & biarkan botol2 ebm yg msh hangat tu ke suhu bilik kt atas meja. kemas2 apa patut, masukkan ebm ke dlm freezer & jemput anak2 sblm memulakan perjalanan blk ke kg. 

dlm perjalanan tu teringat blk.. "ehhhh.. lebihan ebm hari khamis dh masuk freezer ke blm ekk?" tak jengah langsung fridge bhgain bwh. "dh kot!" jwpn nk sedapkan hati.

smlm sampai rmh bukak je fridge... ada sebotol ebm (6oz) kt bhgian bwh tu! confirmed lupa masukkan ke freezer. sedih korg.. sedih disebabkan kecuaian diri sendiri. mungkin pd korg alaaaa 6oz je pun tak byk mana tp sgt2 bermakna bg afne. maklum le stock frozen ebm dh tak sekencang dulu. kena buang juga la ebm tu sbb klu simpan bhgian bwh/chiller cuma thn 2-3 hari je kan. ntah la knp, selalunya klu ada lebihan ebm mmg trs masuk stock frozen. masa buang ke sinki tu redha aje la dgn harapan ada rezeki lain, InsyaAllah.



p/s : pengajaran utk diri sendiri!


Thursday, December 16, 2010

EBM Untuk Haziq

ebm ptg smlm 14oz

syukur alhamdulillah. di kala usia haziq 1 tahun 4 bln (almost), afne msh diberi peluang menyusukan & mengepam. walaupun frozen stock dh menyusut (takmo amik gmbr nnti terbayang2 plak) tp harapnya ini jd pemangkin utk afne kuat semangat utk trs menyusukan haziq!

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."


Tuesday, October 19, 2010

HAZIQ @ 14 MONTHS

hari ni haziq genap 1 thn 2 bln. perkembangan haziq setakat ni..
  • msh fully breastfeed. moga Allah permudahkan urusan ibu utk menyusukanmu hingga 2 thn, amin.
  • bdn dh semakin susut. dh mula jd picky eater.. geram btl ibu dibuatnya. masa kecik dulu sumbat bubur semangkuk pn hbs licin. tp bila nmpk org lain mkn dia pn sbk nk mkn sama2.
  • semakin laju berjalan kdg meluru ikut suka hati dia je.
  • aktiviti utama setiap hari jalan-memanjat-'mengemas'. nk2 almari dapo tu.. kdg2 tgk pintu almari dh terbuka luas. skrg dh terer panjat meja kopi ok! pantang kitorg leka skjp tgk2 dh ddk kt atas meja. bahaya nak oooiiii
  • dh pandai mnm guna straw sejak ahad lps (kt tasik titiwangsa). siap berebut nk mnm air kotak milo ngan kak hana.
  • msh tak byk bercakap mcm kak hana. ayah.. dia panggil ayah. ibu.. dia panggil pn ayah! hahahaaa. walaupun haziq tak byk bercakap tp dh faham bbrp arahan mudah cthnya bila ibu suruh baring, ddk, nenen & etc.
  • pantang nmpk ibu masuk bilik air tutup pintu agaknya dia igt kita nk keluar berjalan tinggalkan dia hehe
  • terhenjut2 lyn menari bila dgr lagu kt radio, tv, vcd nursery rhymes, youtube. sooooo cute ok!
  • pantang terjaga bila tido mlm.. trs menangis cari nenen. selagi tak dpt selagi tu dia merengek. sampai sakit2 pinggang ibu asik tido mengereng.
saja nk selit cerita psl ebm. stok frozen ebm mmg menyusut sgt2 sbb ibu mls mengepam. ntah la, sejak  naik cuti raya kt office mengepam kdg2 sekali kdg2 2x huhu.. tp syukur lah chilled/fresh ebm msh mencukupi utk bekalan kt taska setiap hari. ini yg saya dpt td..



p/s : bila agaknya angin rajin (mengepam) nk dtg?


Monday, August 30, 2010

REZEKI UTK HAZIQ

alhamdulillah, ini yg akan dibawa pulang utk haziq..

10-11oz

1 botol je? bln puasa ni afne pam sekali je kt office (12 t/hari - 2 ptg) sbb blk awal 4.30 ptg. dh sampai rmh lps singgah bazar ramadhan (5.10 ptg - 5.30 ptg) trs pam susu, mandi, solat & amik double H bawa diorg main2 kt playground sementara tunggu 7.00 ptg.

seronok kan tgk ebm mcm ni mula la nk sengih sorg2 haha. bulan puasa ni tak menentu ebm per session.. kadang 6-7oz, kadang 9-10oz. tu yg asik amik stok frozen huhu.. tp afne make sure bekalan ke taska cukup 4 botol fresh/chilled ebm + 1 botol thawed ebm.

lately perasan haziq kurg menyusu.. ke perasaan je? mana taknya, aktif sgt2 dh skrg ni. pantang kita leka sekejap dh ke mana2 & mcm2 projek yg dia cuba buat. aksi2 cuba memanjat rak tv, meja kopi, sofa & kotak adalah perkara biasa skrg ni. selalunya sebelah kaki dh naik kt atas. dh bbrp kali dia tolak kerusi plastik hana dkt dgn meja kopi & berdiri atas kerusi tu! punya la panjang akal dia nk naik atas meja. bahaya nak oooiiii... bila dh tak reti nk turun baru le melalak mcm org kena picit hahaaaa! klu tgk kereta hana, walker, highchair, playgym dh bersepah tu mmg angkara haziq tolak ke sana sini.



Tuesday, August 3, 2010

Kad Penghargaan Ibu Menyusu

Ibu-ibu.. bapak-bapak.. terutamanya teman2 seperjuangan yg mengamalkn penyusuan susu ibu!

credit to Dunia Susu Ibu

dgn seikhlas hati afne nk bg Kad Penghargaan Ibu Menyusu utk kamu, kamu & kamu. yea, semua org blh ambil kad (di atas) ni & tepek di blog/facebook atau email/print/beri pd sesapa yg korg suka. para suami mahu pun kwn2 yg tak menyusukan anak blh beri/email/forward pd isteri/kwn2 yg menyusukan anak sbg tanda penghargaan & sokongan kalian.


SHARING IS CARING ;)


Monday, August 2, 2010

EBM @ 01/08/2010

ni stock frozen ebm setakat mlm td..


alhamdulillah, syukur msh ada rezeki utk haziq. afne cuba kumpul blk yg mana terdaya. tak kira pn brp total oz yg ada. klu blh nk kumpul byk lg utk masa akan dtg. yelah, we never know what will happen in future ececehhh.. ckp mat saleh bagai kihkihkih. ooohhh.. yg belah kiri dlm bekas dadih tu frozen baby food haziq. time nasi dh menjadi bubur masukkan puri (selepas dicairkan) jadi lauk sekali.

mcm2 afne blaja dr pengalaman masa menyusukan sampai skrg. dr takde stok lgsg lps bersalin.. pam buat stok.. mmg happy gila tgk stock frozen ebm menimbun sampai tak muat freezer.. pastu menyusut. ooo bkn menyusut sbb susu merudum (afne harap sgt ni tak terjadi) tp sbb kes chicken pox bln april lps. ni gambo masa stok hampir licin sbb haziq kena bottle feed sepanjang afne mkn antiviral dulu. sedih woooo.. ni gmbr dlm entry EBM @ 11/05/2010


pastu pam-pam-pam cuba kumpul balik (gmbr atas). semuanya kerana haziq. yea utk haziq! moga Allah permudahkan perjalanan ibu sepanjang menyusukan haziq, amin.


p/s : smlm eddy tercegat lama bukak freezer ntah apa dia buat. kira stok susu ke bang? hahahahaaaaa



Thursday, July 29, 2010

BESTNYA KLU HARI2 MCM NI..

yea.. sgt best & sgt seronok klu hari2 pam setiap sessi dpt mcm ni..



alhamdulillah, syukur sgt. pam susu jam 11.15 am td dpt 10oz. skrg ni mmg jarang2 dpt byk camni memandangkan haziq pn dh melewati 11 bln. selalunya average per session 6-8oz. 

mmm.. jgn tanya apa afne mkn. korg nk tau? ok, smlm lps blk keje sampai je rmh trs lenyek pisang sbb eddy tingin cekodok pisang & cempedak goreng. buat lemonade 1 jug - ni selalunya afne ngan hana yg hbskan. air kopi special pekat utk eddy. 
 

korg tgk.. tu tgn hana tu. tukang goreng dpt mkn 2 ketol je. tak sempat hbs goreng cempedak dh licin sepinggan cekodok pisang.


puas hati mkn cempedak goreng byk2 sbb klu beli kompom seketul lima posen atau 3 ketol singgit. tak mkn nasi pun mlm td sbb eddy dh kenyang tak payah msk katanya.

pastu pg td breakfast mkn nasi lemak kosong ngan teh o limau suam plus shaklee ngan air suam. takkan sbb cempedak mlm td kot yea susu jd byk?

selalu org tanya mcmn nk bykkan susu then afne cuma jwb kerapkan mengepam/direct feeding for stimulation sbb bila ada rangsangan otak dpt signal adanya demand & kilang susu akan produktif, ambil mknn/mnmn seimbang, liquid intake (air msk) secukupnya - at least 2 liter sehari, cukup rehat cukup tido, tangani stress & +ve thinking. dulu afne jns suka fikir mcm2 sbb selagi ada benda mengganggu fikiran asik la teringat je sampai kena sound ngan kak ros yg garang tu katanya ko tak pyh fikir sgt benda mcm ni buat pening kepala je.. makanya kena la jd kepala batu keras hati lantak le apa org nk ckp ke serang ke ada aku kesah? bak kata eddy, ada org tu kasi duit kita mkn? hahahaaaaa

apa dh melalut ke laut niiii.. k la, sekian utk hari ni ke ada lg?


 - updates @ 5.00 pm -


best-best-best! sessi ptg ni dpt 8.5oz, murah rezeki haziq. syukur Ya Allah. naik ghairah semangat tgk ebm sendiri hahahaaa. total ebm dibawa pulang = 18.5oz.


msh tercari2 apa yg afne buat/mkn sampai bertambah bbrp oz per session selain shaklee agaknya...


Friday, July 9, 2010

SHAKLEE Set B add on 120's Alfalfa : Hari ke 4

ni hasil ebm yg afne pam kt ofiice slps 4 hari mkn SHAKLEE Set B add on 120's alfalfa

botol kiri 8oz sessi pg/tengahari
botol kanan 9oz sessi ptg

skrg ni afne mkn 2 biji alfalfa slps breakfast & 2 biji alfalfa slps lunch. vitamin lain (b-complex, vitamin c &  vitalea) afne mkn waktu mlm sblm tido. seronok wooo... breast rasa berat susu. tu yg senyum je time pam tgk dpt byk ni. kak N dh remind bila amik dos tambahan alfalfa so kena la mnm air msk/mineral yg byk & kerapkn pam/direct feed utk elakkan breast bengkak.

harap2 hasil ebm mcm ni berterusan, insyaallah. serious weehhh.. tgk gmbr kt atas ni mcm nk nangis pn ada! moga afne dpt buat stok frozen byk2 utk haziq mcm dulu. rindunyaaaaa bila tgk blk gmbr2 lama.


p/s : bbrp hari lg haziq genap 11 bln. cpt btl masa berlalu. moga tercapai niat ibu to fully bf haziq smpai setahun & seterusnya, insyaallah.


Thursday, May 20, 2010

EBM ooo.. EBM

entry ni bkn lah bertujuan utk menunjuk2 tayang tp sbg pemangkin semangat utk diri sendiri k. maklum le.. aritu kan ebm drop kejap lps kena chicken pox (mungkin kesan mkn antiviral atau sbg tanda kehadiran En. P?)

ni ebm smlm (ooopppss terlupa dlm fridge ada ebm 5oz yg dipam slps bgn tido)...

kiri - ebm sessi pagi 5oz
kanan - ebm sessi ptg 10oz

perasan tak ebm dlm botol kanan tu agak kekuningan? afne mkn shaklee dgn air suam lps lunch (tiap2 hari).

yg ni plak.. ok, saya ngaku dh skip sessi pg td kt office sbb ada urusan. sempat pam jam 2 lbh & dpt ni..

hampir 11oz!

yelahhh.. mungkin ebm sebanyak ni hanya lah so-so pd sesetengah org yg dh biasa dpt berbelas2 oz per session tp afne cukup bersyukur sbb aritu pernah drop ke 3oz per session huhu..

hari isnin saja cabar diri sendiri (takmo usik frozen yg tinggal bbrp ketul aritu), alhamdulillah.. hari selasa haziq dpt mnm totally chilled/fresh ebm (20oz - 5 botol) kt taska & dpt lg top up kt stok frozen 3oz. mmm.. harus ke cabar mencabar dibuat setiap hari? takpe la pelan2 kayuh.. chaiyyokk!!!


Tuesday, May 11, 2010

FAKTOR PENGARUHI KEJAYAAN PENYUSUAN SUSU BADAN

Penyusuan susu ibu nampaknya mudah, namun ia tetap memerlukan pelbagai persediaan untuk anda terus menjayakannya sehingga bayi berusia dua tahun.

* Dapatkan ilmu tentang penyusuan.
* Belajar teknik dan posisi penyusuan.
* Menyusukan bayi satu jam pertama kelahiran.
* Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan. Ibu juga boleh mendapatkan sokongan daripada rakan penyusuan online seperti di susuibu.com.
* Pilih hospital dan doktor yang cenderung kepada penyusuan susu ibu.
* Bersedia dari segi mental dan fizikal semenjak hamil lagi.
* Berniat untuk menjayakan penyusuan susu ibu sejak hamil lagi.
* Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
* Jauhi dan uruskan stress dengan berkesan.
* 'Buat pekak' kepada mereka yang negatif terhadap penyusuan susu ibu.
* Tahu bila perlu mendapatkan bantuan.
* Simpan nombor telefon kaunselor laktasi atau rakan yang menyokong penyusuan susu ibu.

sumber : ratuhati.com

SHARING IS CARING


Monday, May 10, 2010

EBM @ 11/05/2010

curi2 masa update stok frozen yg tinggal brp ketol ni (botol & dlm plastik)...


tak tipu.. mmg ni je stok frozen yg ada. kan haziq dh hbskn 2 plastik bsr masa afne kena chicken pox aritu. buat masa skrg ni mmg tgh cuba kumpul blk stok frozen. takmo fikir2 risau sgt ke apa. ntah knp sejak lps kena chicken pox tu, ebm per session drop.. dpt 5-6oz dh bersyukur. ada sekali tu dpt 3oz je. yg peliknya sepanjang afne pam selama seminggu & stop bf haziq sementara (as adviced by doctor sbb ubat tak sesuai utk breastfeeding mommies), setiap kali pam dpt plak 8-9oz per session. skrg ni hasil ebm sehari cukup2 utk bekalan esok harinya

pg td haziq bottle feed 2x sbb ada frozen yg dh thawed mlm td. so dpt la mengepam. pastu haziq bantai tido sejak kul 2 ptg - 6 ptg, sempat la mengepam lg.

ebm smlm & hari ni (setakat jam 8 mlm) utk bekalan esok

mlm ni nk curi2 masa mengepam lg. bila difikir2 knp hasil ebm leh drop, mungkin juga afne kurg mengepam.. dulu dpt cekau 6 sessi sehari tp skrg 4 sessi sehari je. dh tu dpt pun tak sekencang dulu sekali pam senang2 blh dpt 8-10oz. skrg ni 5-6oz jeeeeeeeeee. tak pe la, stok frozen tu berkurg sbb mmg haziq perlukan hari tu kan. nnti la kejar blk skit2 lama2 jd bukit!

mungkin jugak afne kepenatan.. ntah knp skrg ni selalu mengantuk & badan cpt penat rasa lemah. mungkin dh sampai masanya afne amik supplement.

AFNE!!! JGN MLS PAM SUSU! TAK KASIHAN KE HAZIQ YG BERGANTUNG (SELAIN MKN) PD SUSU BDN KO?

"YEA, AKU MESTI KUAT SEMANGAT! AKU MESTI RAJIN PAM SUSU!"


Wednesday, April 21, 2010

EBM @ 17/04/2010 & & Travel Dengan EBM Beku

patutnya publish entry ni sabtu lps tp sbb tertinggal cable camera kt office pastu isnin blk kg sbb dpt mc pnjg baru la ni sempat nk upload.

k, ni stok setakat sabtu lps. masuk dlm plastik lah sng mls nk susun2 lg pun dh sendat sampai letak kt pintu freezer



ni stok frozen ebm february 2010 - byk dlm storage bags..



ni stok frozen ebm march 2010 - byk dlm bottles..



ni plak stok frozen april 2010 (setakat amik gmbr ni le harap2 bertambah & tambah lg yeahaaaaaaa)



semua 'aiskrim' ni haziq yg punya hahahaaaaaaaaa (read style mcm dlm filem ahmad albab)



k, kan ke doktor kata afne kena stop direct feed haziq selama seminggu (lbh kurg la as long as afne amik antiviral zovirax) so masa kt klinik tu kan trs teringat stok2 susu kt atas tu. syukur lah ada back up kan?! ni yg afne pernah ckp dulu in case emergency ke apa. tak pe la mungkin mmg ini masanya utk stok2 susu ni digunakan. mlm ahad tu eddy tlg beli kotak ikan (alaaaaa kotak putih yg biasa org letak menatang laut tu la) kt giant. esoknya lps hantar double h check up trs beli setengah beg ais ketul utk diisi dlm kotak tu.




korg tak nmpk pun ais ketul tu kan?! sbb tak mencukupi! setengah beg ais cuma dpt selapis bhgian bwh sekali, pastu letak stok susu yg dlm storage bags & susun plak dgn yg dlm bottles. nmpk tak ada stok puri frozen, penapis & plastik ubat (ubat2 hana)? trs angkut masuk kereta singgah pasaraya KK beli lg setengah beg ais ketul & eddy tlg ratakan kat bhgian atas sekali sblm ditutup. thawed ebm (susu yg dh dicairkan) standby 3 botol (4oz each) dlm beg avent utk haziq mnm. siap dgn thermos dlm kereta supaya sng panaskan susu. kitorg mmg jarang2 bawak thermos bila travel/outing.

sampai je kg (2-3 jam perjalanan) tgk kotak tu walllaaaaaaaa mmg tak cair lgsg stok2 susu tu. syukur alhamdulillah. sikit pun takde yg mencair. so tumpang dlm freezer mak le hehe.. tumpang lalu ikan/daging/sotong/udang.



ni yg muat dimasukkan dlm freezer mak. ada lg yg dlm storage bags afne biarkan dlm kotak tu utk haziq mnm sampai ke mlm. tu pun dh selit2 celah nugget ngan fries. korg nmpk tak frozen ebm dlm bekas dadih tu? itu bkn afne punya.. itu ida/makngah double h yg punya.. ehh aneesah punya la kan hehe.

ckp psl aneesah, afne msh blm jumpa lg sbb mmg kebetulan 2 mggu ni dia dijaga nenek sblh ayahnya. waaa rindunya dgn aneesah. mak pun takde kt rmh sbk ke muar pastu blk sehari dh ke selangor pulak sampai khamis ni. haaaaaa.. jgn le igt afne blk kg ramai org kononnya afne rileks je. anak tetap dijaga, keje rmh tetap dibuat, kesihatan pun jaga, mkn ubat on time.

bila tgk gambo2 susu tu tingat haziq. sejak bottle feed hari ahad hari tu mesti dia tenung mata afne masa bg dia mnm. sorry haziq, bkn ibu takmo bg nenen trs kt mulut tp ibu terpaksa buat mcm ni. yg penting ibu tetap bg yg terbaik utk haziq, insyaallah. sejak ahad tu jugak la, pam & buang.. time nk buang tu tuang cpt2 dlm sinki kang tgk lama2 lg sedih huhu. yg peliknya tiap kali afne pam (6 sesi sehari - sorry, tak sempat nk buat sampai 8 sesi) dpt plak 9-11oz per session! time sihat kadang nk dpt 8oz pun ada masa2nya. takpe la, anggap je ni pemangkin semangat selama afne jd exclusive pumper perahsan!!! buat sementara waktu ni. kang time mcm ni klu pam dpt skit kita lg down kan.

btw, afne nk ucapkan terima kasih byk2. diulangi terima kasih byk2 kpd yatie hashim yg sudi refer kes afne ni pd puan kamariah (susuibu.com). afne cuma sms tanya pendapat yatie, tak sangka plak dia sanggup call semula slps refer LC (lactation councelor). bak kata yatie/pn kamariah, klu afne nk stop bf sementara sbb takut jangkit mmg haziq dh pun terdedah dgn virus sejak hana kena chicken pox aritu kan. tp due to medication yg doktor dh prescribe tak sesuai utk breastfeeding mommies so mmg terpaksa la pam & buang. penting woooo klu tak pam lgsg kang otak tak dpt signal demand secara tak lgsg pun produktivi kilang susu akan menurun. then klu breast bengkak? mastisis? aiiyyooooooooo. baik pam je la. mak pun ckp baik pam tkt susu susut bila seminggu tak dihisap.


p/s : waaaaaaaaaa ibu rindu nk nenenkan haziq!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...