pocketeers,
camana dengan cuti tiga ari kamu?
gi jejalan kemana mana?
pocket gi memancing kat tasik air ganda grik
dan pulang kerumah mendapati housemate demam
teruk.. ohh kesian housemate, sorri i was not
here, your series of bubur McD will be on me
okeh..
Tonight is a long post! A Trip Report post,
A story I'm leaving for myself to remember
after this-not-so-young flesh took age and
starts to writes names underneath each cucu's
potrait cause he cant remember them anymore.
The Road.
Keluar rumah kul 4 pagi, bunyi motor burukku
membelah kesepian malam bagaikan lagu pop sexy,
sesekali 'POM!!' bunyi exzosku adalah bagaikan
bunyi dengusan sexy dari lagu lagu
britney spears - toxic
sampai kat umah PakLah, kul 450.
Tepat seperti dijanjikan.
Tunggu sorang lagi bangun tido,
membuatkan trip ke grik bermula pada 6 pagi.
hoi!! Abang Din actually ketuk pintu rumah dia
untuk kejutkan dia.. pergh!!! :D
Selepas gen2 puteh dilajukan di jalan kona kona
dari BKE (Butterworth Kulim Expressway) ke Grik,
nasib baik tak muntah,
kami sarapan dan menapau lunch.
Drive lagi 20km untuk sampai ke
persisiran air tasik Air Ganda tu,
parking kat umah sang pembekal
ikan keli, pergh!! Orang bagitau
kater guna ikan keli untuk mancing
toman, poccket tak bajet besor
benor ikan nak buat umpan nyer!!
sekali panjang sejengkal jgak tuu!
daaahh risau!! aku yang pondan
belagak macam pandai ni tak pernah
pegang ikan keli seumur idup..
adoh!! camana ni!!
Bukan ada sengat ker?
daaahhh panic.
tapi tak per, kita kontrol macho..
kang nak ber'aww-aww!!'
pung dalam bot karang lah..
eh bot? ini lagi satu benda yang tak pernah wat
seumur idup, naik bot kechik yang max pun 3 orang
jer buleh naik tu!! adohlaa... camana ni!?
kang terbongkar lah rahsia kater pocket ni mengaku
jer budak kampung... tapi bebenda ni haram
tak pernah wat, akan terbongkar lah!!
Tapi tak per... kita control ayu dulu.
Kitorang beli anak ikan keli 30 ekor per boat.
RM1 per keli... daaaan bermula lah penyiksaan.
Upload bebarang naik atas boat, memula tu terasa
goyah nya, almaklumlah.. tak pernah naik, machaam
merangkak pun ada gak.. rasanya tekong tuu tengok
pocket pun dia dah buleh bajet agaknya...
'pondan ker yang naik ni? tapi berjanggut?'
boat dilajukan ke destinasi, masa ni pocket tak la
rasa risau sangat, quite stabil lah kan..
then sampai la destinasi yang berupa hutan tenggelam...
kayu terpacak sana sini.
dan abang din pun memberi lah tunjuk ajar camana
nak pegang ikan keli tu versi pondan tapi still
nampak macho... guna unchang teh yang orang dok
wat teh tarik tu, sauk ikan keli tu guna unchang tu,
then letak atas permukaan flat
(top of the keli container)
pegang kepala ikan tu dari luar unchang tu,
(Jadi berlapik lah dengan kain unchang tu kan..
dan selak lah kain tu bagi nampak bahagian atas
kepala keli tu untuk dicucuk.
Part ni pocket berjaya.. hoyeah,
pondan ini tidak sepondan mana lagi weh!!
Selepas tu Abang Din berdiri dan start nak
casting umpan idup tu ke riak air yang terbina
bila sang toman 'menangkap'. eh kejap? berdiri?
pocket duduk atas bot ni pun dah goyang goyang,
ko nak suruh pocket berdiri? eh?
Tapi tak per, pondan ni bangun jugak,
amik tapak biarpun sang tekong dah panic,
kenapa bot ni goyang nya lebih...
ngan separa tertonggek, pocket buleh berdiri.
pinggang di'stret'kan dan holla.. pondan ni dah
buleh belakon macam budak kampung yang dah
biasa biasa saja mancing atas bot.
Balingan pertama ikan keli ku kebelakang.
ohh malunya,
balingan kedua ikan keli ku jer terbang.
(Bail tak bukak...)
adehla malunya,
balingan ketiga baru la nampak cam betul sikit,
theorynya ikan keli ni akan terasa bagaikan
dibaling ke dalam air untuk dilepaskan,
so once dia mencecah air, dia akan terus 'dive'
menyelamatkan diri. Bila riak toman dikesan
pemancing, teorinya toman tu masih disitu,
dan ikan keli akan dilandingkan disitu 1 second
selepas tu. Keli yang tak tahu hujung pangkal tu
akan 'dive' untuk bertemu dengan sang toman dibawah.
teorinya lah kan.
The Catch.
Pocket nampak riak toman tu,
casting anak keli ku beberapa kaki terebih
sikit dari kawasan toman tadi, ku biarkan keli
'dive' lama sikit, dan ku mulakan tarikan pulang...
masa nak start tarik tu terasa sentapan,
Abang Din nampak hujung rod pocket tersentap,
terus diberi arahan. pocket tarik rod dari menghala
ke depan sampai bertentang arah. Bengkok rod tu
menunjukkan kebesaran toman tu.. dah happy dah..
kayuh la kayuh cepat cepat.. takut toman 'ikat'
tali dikeliling kayu.
Toman tu melawan la jugak tapi tak la sampai
beberapa minit, 15 saat jer kot... sampai lah
toman tu ke bot. Ku amik sauk, dan ku 'darat'kan.
Tengok ke saiz toman tu,
terasa.. tak la besor sangat tapi... pergh!!
mengeletar la jgak tangan pas tu dek adrenaline.
Inilah kot yang dikatakan 'ketagihkan toman' tu.
Dan macam benda tu hebat sangat, pocket pun
tangkap gambor la sampai 12 kali snap,
Komen dari Abang Din membuatkan ku stop
sebelum snap ke 13
'Okeh lah tu, Dah dapat saiz
baru lepas sekolah, saiz rempit... time to get the
big momma'
Ohh..
Sesi pagi abih tanpa apa apa tangkapan yang lain.
Abang din sendiri yang dah menaikkan toman sampai
tak terkira banyak nya dulu pun tak der rezeki sesi
pagi tu, ada yang mengigit, tinggal kepala tak naik jgak..
Ada yang gigit, dibawak lari diikat dikeliling kayu,
daaahh tak leh nak dinaikkan dah. Nak wat camana kan..
Tak der rezeki.
Kami singgah kat satu 'RnR' kat satu pulau ni,
makan, solat, tido, toilet break, borak ngan cina
bertatu sotong dari Kota KL yang alat alat diorang
amat lah uptodate, pocket terasa jadi 'Budak-pekan'
lagi besh dari 'budak kampung' yang sumanyer DIY nih.
The Second Catch
Kul 320 start second session, macam biasa, dok
menunggu riak toman, berubah lokasi berkali kali
ngan harapan buleh jumpa lubuk. tapi hampa...
Abang Din makin panic, sehari suntuk diair ganda
tanpa toman amat menyakitkan ati.
Then kami nampak segerombolan anak anak ikan toman,
disini nak bagitau fakta sikit yer adik adik,
ikan toman ni bila dewasa dia lone ranger,
sorang sorang jer dok memburu, tapi masa dia kechik
lagi, dia akan jalan dalam group adik beradik nya.
So dah jumpa adik beradik berjalan ramai ramai ni
kami pun kacau lah!! buleh jgak nak try test lure...
retrieving method. Abang din casting dia tak makan,
Usop the tekong try.. dia tak nak makan gak..
pocket try casting, dia tak nak makan gak...
puas jgak la kami dok mengikut group tu kesana kemari,
(Kesian sang tekong lah, nak kena mendayung)
Satu kali pocket cast..
terlepas dari group tu, dan pocket tarik balik.
Terasa sentapan, eh dia gigit ker?
pocket tarik sekali, tak begerak!!
tarik kali kedua... ada kayu bergerak..
laaa..sangkut kayu ker?
alahaaaiii.. tak best nyer...
So pocket biarkan kengkawan yang lain
terus casting, tali dilonggarkan, menunggu.
Then dok tak dok!! terasa tarikan balik..
Tapi kali ni bukan sentapan, tapi macam
nak bawak lari... apo lagi.. pocket tarik
terus n kayuh selaju cahaya,
melintuk lintuk rod lembut 6-12 pound
pocket tu macam nak patah pun ada...
dan naik lah tangkapan kedua pocket.
Terdengar dari belakang suara
Abang Din,
'Ada kawan saya kata,
yang muda muda ni....' pocket tak sempat
dengar sampai abis apa yang
Abang Din nak kata.. buat andaian
sendiri yang abang din nak suruh lepaskan.
so pocket pun lepaskan laahhh..
cuma buleh dengar dia tanya
'hang lepaih dah?' tepat masa pocket
baru cecahkanikan di air dan melihat
dia pergi.
'dah!' dan pemburuan diteruskan.
Kami balik, sampai jeti macam biasa...
tanya bot yang lagi satu diorang dapat berapa...
'7 ekor!!' jawapan mereka.
'Waaaahhhh!!!'
Tengok tengok yang tujuh tu, 2 saiz besor lagi
ibu bapak punyer saiz, lagi 5 ekor... suma muda
lagi masih bersekolah (Still schooling?)
ada yang baru besar dua jari.. pun diorang angkut!!
'loh!! korang tak lepaskan balik ker yangmuda muda ni?'
'kalau kami dapat lima nam ekor yang besar buleh
la lepaskan...ini dapat pun sorang satu, rugi lah beb'
Tapi komen dari tekong dan juga abang din bahawa
memang sikit bangat tangkapan dan juga toman di air.
Air surut katanya faktor utama,
Still pocket dahh dapat 2 ekor...
Pondan ni tak la pondan sangat lagi.
(Walaupun nasib jer tapinyer)
Air surut, katanya normal day tunggul kayu tu tak nampak pun dibawah air..
Terasa macam pocket patut dengar apa yang abang din
nak cakapkan sebelum membuat andaian lantas melepaskan
yang sekor tu, kalau tak buleh jgak makan 2 ekor
buat bakar maggi... adehlaa. bertolak dari situ
selepas tomyam pak abu jam 830, sampai umah jam 1030...
adehlaaa penat tapi happy :D
sekian full report untuk my brothers...
how I hope we can go together,
(Me as the boatman with u guys on board)
but I know chances are dang slim :D it'll
be just like fantasizing all of us having 3 wives each.
then mama would be dang happy no?
Imagine her cucu
but still I wish that one day we could be
that rich and try to make this dream a reality.
which dream?
The fishing trip
or the 3 wives each?
eh!! err.. aaaaaa