Saddam Hussein
Saddām Hussein al Tikriti (Hussein dibaca juga Husayn atau Hussain); bahasa Arab: صدام حسين عبدالمجيد التكريتي (28 April 1937-30 Disember 2006) merupakan Presiden Iraq dari 1979 sehingga 2003. Seorang bintang di Parti Ba'ath yang revolusionis, yang memberikan dukungan pan-Arab sekular, modernisasi ekonomi, sosialisme, Saddam memainkan peranan penting dalam kudeta berdarah pada tahun 1968, yang membawa parti tersebut menjadi penguasa. Sebagai wakil presiden di bawah Jeneral Ahmed Bakr yang lemah dan tua, Saddam mengawal ketat konflik antara kerajaan pemerintah dan angkatan bersenjata di saat banyak organisasi mampu menggulingkan pemerintah dengan menggencet badan keamanan, dan ekonomi Iraq maju pesat pada tahun 1970an.
Saddam Hussein | |
---|---|
صدام حسين | |
Presiden Iraq ke-9 | |
Dalam jawatan 16 Julai 1979 – 9 April 2003 | |
Naib Presiden | Taha Muhie-eldin Marouf (1974–2003) Izzat Ibrahim al-Douri (1979–2003) Taha Yassin Ramadan (1991–2003) |
Didahului oleh | Ahmed Hassan al-Bakr |
Digantikan oleh | Jay Garner (sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan Semula dan Bantuan Kemanusiaan Iraq) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tikrit, Iraq | 28 April 1937
Mati | 30 Disember 2006 Baghdad, Iraq | (umur 69)
Parti politik | Parti Baath |
Sebagai presiden, beliau mengembangkan pengabdian pribadi yang luas dan mempertahankan kekuasaan selama perang Iran-Iraq (1980–1988) dan Perang Teluk Parsi pertama(1991), yang keduanya menyebabkan penurunan drastik standard hidup dan HAM. Walaupun dia dipuji oleh beberapa negara Arab diatas penentangannya terhadap dunia Barat dan sokongannya terhadap Palestin, Amerika Syarikat tetap memandang Saddam dengan banyak kecurigaan pada saat setelah kekalahan Iraq pada tahun 1991 dalam Perang Iran-Iraq. Dia disingkirkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya ketika perang Iraq 2003 dan ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat pada 13 Disember 2003 Dan dihukum gantung sampai mati.
Kematian
suntingPada 30 Disember 2006, Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati menurut laporan media Iraq.
Rujukans
suntingPautan luar
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.