Parti Ba'ath
Parti Ba'ath
Parti Sosialis Arab Ba'ath(atau Parti Ba'ath) (tulisan Jawi:ڤرتي سوسياليس عرب بعث)diasaskan oleh Mishel ʿAflaq, Ṣalāḥ al-Dīn al-Bīṭār, dan sekutu Zakī al-ʾArsūzī pada tanggal 7 April, 1947 di Damsyik(Damascus),Syria. Parti ini menganut fahaman Ba'athisme (dari bahasa Arab بعث baʿth bermaksud 'kebangkitan'), yang merupakan ideologi yang mencampurkan kepentingan Nasionalisme Arab, pan-Arabisme, Sosialisme Arab, dan anti-imperialisme. Ba'athisme menyeru penyatuan dunia Arab menjadi satu negara. Motonya, "Perpaduan, Kebebasan, Sosialisme", merujuk kepada perpaduan Arab, dan kebebasan daripada kawalan dan campur tangan bukan Arab (aka penjajah) .