Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday, 30 December 2013

Kuih Koci Labu





Kuih Koci Labu
sumber rujukan : blog bilachahkedapur.
Olahan : Gya DuniaKu

Bahan-bahan inti:

  • 2 biji kelapa agak muda (putih je parut)
  • 50 sen gula merah
  • 1 cawan gula pasir (ikut tahap manis yg kita suka)
  • sedikit air
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Masak gula merah dengan air.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.



Untuk kuih:
  • 1/2 biji buah labu yang telah direbus dan dilenyek
  • 1 peket tepung pulut
  • Sedikit garam halus
  • sedikit air suam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat. kemudian boleh le ambil sikit bulat2kan dan isi inti td sama seperti buat koci biasa tu..

p/s : nak sedap lagi buh santan mcm koci pulut hitam. tapi yg ni nak cepat so yg begini aje ye..




Friday, 13 December 2013

Siakap Stim Limau


Sesekali layan ikan besar tapi makan 3 beranak.. ingat x boleh nak perabih. tambahan pulak masa tu en hubby x berapa sihat. sape nak tolong makan??? planning dah ada, barang pun dah cukup tinggal nak masak  jer. tapi sapa sangka en hubby pulak tetiba x sihat... GD teruskan jugak kot2 mane tau dia nak makan. 

Misi GD pun bermula lepas dah balik dr klinik. en hubby pun dah tido lepas makan ubat. yg sihat perlu makan nasi kan!!! hihihi.. harap2 en hubby pun terbuka seleranya. sebenarnya GD memang jarang masak mcm ni. x berapa pandai atau malas ??? entah le. x tau jawapan mane yg de best. suka ati korang le nak tolong jawabkan atau idak. x de paksaan lansung.

Oleh yang demikian, walaupun nmpk senang, GD puaskan juga le napesu mengoogle nak cari camane, bagaimana dan mana2 yg de best of de best hasil pengeposan rakan2 fb juga x terkecuali selain dari tenet2 semua. so, inilah hasilnya...


setelah di + / - apa2 yg perlu dan x perlu, serta mengikut citarasa dan yang penting bahan yg GD ada. inilah persembahannya. SIAKAP STIM LIMAU..

Resepi : Siakap Stim Limau
Sumber : Internet
Olahan : GD sendiri

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang besar holand - potong bulat
  • 4 ulas bawang putih - hiris je
  • 2 inci halia - mayang
  • 2 btg serai - titik/ketuk
  • 5 biji cili padi - belah 2 (ikut sapa nak pedas buh byk sket)
  • 1 biji limau nipis 
  • daun limau purut
  • Garam dan serbuk perisa yang dibenarkan
  • sedikit sos ikan
  • 1 biji buah tomato (kalau suka. x yah pun x pe)
  • Sedikit tepung jagung

Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan dulang untuk kukus ikan.
  2. Ikan dibersihkan. kemudian lumur dengan garam terlebih dahulu. jgn banyak sangat nanti masin.
  3. Lumur juga dengan sedikit tepung jagung.
  4. Letak ikan dalam dulang dan alas ikan dengan serai yg telah diketuk.
  5. Kemudian bubuh kesemua bahan atas ikan dan dan dalam perit ikan juga. (susun le cantik2)
  6. lepastu baru perahkan limau nipis, dan sedikit sos ikan.
  7. Buh lagi sikit garam dan serbuk perisa
  8. Kalau nak berkuah, tambah le sikit air. Tapi GD x tambah air hanya air dari bahan2 dan ikan itu sendiri je.
  9. Kemudian kukus le lebih kurang 15 ke 20 minit bergantung ikan tu besar atau kecil.


Siap dan boleh dihidangkan. Alhamdulillah, en hubby mau makan dan selera nmpknya.

X sia-sia GD teruskan juga niat memasak lauk ni ... x sabar nak try yg seterusnya pula. tukar kepada asam masin pulak.. nantikan selepas ini. bila???? tunggu..

okey babai dulu. jumpa di lain entry.

Thursday, 12 December 2013

Kuih Cucur Jawa aka Mexican Hat


Kuir Cucur Jawa aka Mexican Hat
Sumber : Open Minda

Bahan-bahannya:-
GD kurangkan sukatan menjadi 1 cawan aje sebab famili x ramai..
  • 1 mangkuk tepung beras 
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 1 mangkuk gula merah
  • 1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)
  • sedikit garam
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit. (Yg ni GD derhaka sebab termasuk kesemuanya dan kacau je terus. Ampun tuan punya resepiyer)
  2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.
  3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
  4. Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak berkurangan, tambah sikit lagi.
  5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.


Pesanan penaja : Open Minda

Kuih cucur jawa kira menjadi jika bibir kuih ini tebal.
    Kuih nie tak berapa manis sangat sebab saya guna 100% gula merah tapi anda boleh guna 1/2 mangkuk gula merah dan 1/2 mangkuk gula putih. Terpulang kepada anda. Mak saya kata kalau guna gula putih, kuih nie akan jadi lebih rangup.

    Jenis tepung beras yang digunakan mempengaruhi kelembutan kuih ini. Saya guna tepung beras cap 3 gajah sebab tu kuih nie kurang lembut sikit. Jenis tepung beras juga mempengaruhi jumlah air yang digunakan....so saya tambah lagi 1/4 cawan air sebab saya guna tepung beras cap 3 gajah.

    Tuesday, 10 December 2013

    Pulut Serunding





    PULUT SERUNDING
    Resepi dari : Suhaini Abd Wahab

    Cara:

    • 2 cwn beras pulut
    • 2 cwn santan 
    • 1 cwn air
    • 1 sk garam 
    • 1 helai daun pandan

    Cara:
    Campur semua bahan d atas kecuali pulut- didihkn hingga mggelegak n masukan pulut kacau rata hingga kering n perlahankn api- tutup- biarkn hingga masak.

    Bahan Serunding:

    1. 1 biji kelapa parut muda
    2. 2 btg serai #
    3. 2sd udang kerig #
    4. 1 sb jintan manis/kasar#
    5. 4-5 ulas bwg merah#
    6. 1sk ketumbar biji#
    7. 1sk sebuk kunyit
    8. 2-3 sb cili blend- ikut suka pedas
    9. 2 cwn air
    10. Garam n gula- ikut selera

    Cara:
    Blend bahan yg brtanda #..
    Masukkn semua bahan ke dlm kuali
    n masukan 2 cwn air gaul rata n masak sampai kering n rasakn masin n manisnya..
    Bentukkn pulut bulat2 atau ikut suka n golekkn kedlm serundin n blh la d hidangkn... Sedapppp

    Memang sedap... mintak halal ye kak sue, GD kopi n pes je dlm blog ni untuk rujukan dimasa2 akan datang.
    time makan x cukup satu ambik lagi.. x sedar rupanya dah licin dalam pinggan. tq sgt2..