Articles by Muhammad Hafiz Samsudin
Persekutuan Melayu Mesir (PMM) is one of the earliest Malay student associations in Cairo. Histor... more Persekutuan Melayu Mesir (PMM) is one of the earliest Malay student associations in Cairo. History of the earliest Malay student association in Cairo can be traced to the early 1920s, but PMM was officially launched in 1956. PMM was a very active and influential association among the Malay students in Cairo in the late 1950s and early 1960s. This association still exists until today with the new name Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Although PMM was an influential Malay student association in Cairo, very little is known about it. This article discusses the establishment of PMM and its development from 1956 to 1964. In particular, the study shows that the administration of PMM was carried out systematically by its members. The association has its own rules, annual structure of organization, and a complete information about the number of its members. The study also uncovered that the students' hectic schedules did not stop them from administering PMM efficiently for the welfare of their own members.
Conference Presentations by Muhammad Hafiz Samsudin
Umum mengetahui bahawa Mesir merupakan pusat pengajian Islam antarabangsa yang paling berprestij ... more Umum mengetahui bahawa Mesir merupakan pusat pengajian Islam antarabangsa yang paling berprestij kerana berdirinya pelbagai institusi pengajian Islam di sana terutamanya Universiti al-Azhar di Kaherah yang sering menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk mendalami ilmu pengajian Islam. Begitu juga India yang masyhur sebagai pusat pengajian Islam tradisional terutamanya Madrasah Dar al-Ulum di Deoband yang menjadi tumpuan. Ramaiulama antarabangsa terkemuka merupakan lulusan dari kedua-duanegara tersebut tidak terkecuali juga pelajar Melayu dari TanahMelayu. Sejarah penubuhan persatuan pelajar Melayu di Mesir danIndia boleh dijejaki jauh sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Antara persatuan pelajar Melayu yang pernah wujud di kedua-dua buah negara tersebut ialah Persekutuan Melayu Mesir (PMM) yang berpusat di Kaherah, Mesir, dan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di India (PPMMI) yang berpusat di Aligarh Uttar Pradesh, India. Ramai tokoh ulama dan tokoh akademik tanahair lulusan Mesir dan India pernah memimpin dan menganggotai kedua-dua persatuan tersebut. Walau bagaimanapun, kewujudan kedua-dua persatuan ini kurang diketahui umum kerana bolehdikatakan hampir tiada lagi kajian dan penulisan dilakukan olehpengkaji lain mengenai kedua-duanya setakat ini. Oleh itu, kertaskerja ini bertujuan untuk memperkenalkan dan membincangkanperanan kedua-dua persatuan tersebut supaya umum mengetahui sumbangan besar mereka terhadap pelajar Melayu dan negara. Disebabkan sumber sekunder berkenaan kedua-dua buah persatuanini amat terhad, kajian ini banyak merujuk sumber-sumber primer yang masih wujud seperti fail persatuan khususnya di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, keratan-keratan akhbar, termasuklah temu ramah dengan beberapa orang bekas anggota persatuan yang masih hidup. Kajian ini mendapati bahawa kedua-dua persatuan tersebut bukan sahaja berperanan besar dalam menyatukan dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di Mesir dan India, bahkan kedua-duanya juga berperanan besar dalam memperkenalkan Tanah Melayu dan Malaysia (selepas tahun 1963) kepada masyarakat umum di kedua-dua negara republik tersebut.
Persekutuan Melayu Mesir (PMM) merupakan antara persatuan pelajar-pelajar Melayu yang terawal dit... more Persekutuan Melayu Mesir (PMM) merupakan antara persatuan pelajar-pelajar Melayu yang terawal ditubuhkan di bumi Mesir yang sejarahnya boleh dijejaki seawal tahun 1930-an lagi. Sepanjang tempoh pentadbiran PMM selama lapan tahun iaitu dari tahun 1956 sehingga tahun 1964, pelbagai kegiatan bercorak politik yang telah dilaksanakan. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk penganjuran majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air, menyambut ketibaan delegasi-delegasi penting dari tanah air ke Kaherah, perhubungan melalui surat-menyurat dengan pemerintah, pemimpin politik, kementerian dan pertubuhan di tanah air, dan kegiatan-kegiatan persatuan dalam memperkenalkan masyarakat dan kebudayaan Melayu kepada masyarakat asing di Mesir. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan segala kegiatan PMM yang bercorak politik sama ada berkaitan politik kerajaan Mesir, politik Persekutuan Tanah Melayu atau politik negara-negara lain pada ketika itu. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah kajian perpustakaan dan juga kaedah temu bual. Dalam kajian ini, terdapat tiga skop utama yang difokuskan iaitu subjek, latar masa dan latar tempat kajian. Subjek kajian ini memfokuskan pada kegiatan-kegiatan PMM yang bercorak politik. Dari segi latar masa pula, kajian ini memfokuskan dari tahun 1956 sehingga tahun 1964. Dari segi latar tempat pula, kajian ini berpusat di Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir. PMM dilihat telah menjalankan pelbagai kegiatan politik dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan asing di Mesir. Ini tidak menghairankan kerana selain status Universiti al-Azhar yang merupakan institusi pengajian Islam antarabangsa yang berprestij, PMM ketika itu juga bertindak sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu di Mesir sebelum kewujudan Kedutaan Persekutuan Tanah Melayu di Kaherah pada tahun 1960.
Papers by Muhammad Hafiz Samsudin
This article discusses the contributions of prominent Malay graduates of Egypt who were also form... more This article discusses the contributions of prominent Malay graduates of Egypt who were also former members of the Persekutuan Melayu Mesir (PMM). As an association of students which excelled in Cairo, between 1950s and 1960s, PMM has trained and produced many members who have contributed greatly to the country's development in general and the community in various fields upon their return to homeland. Not only these graduates were active in the leadership field and activities undertaken by the PMM during their studies in Egypt, they also excelled in their studies. This article will discuss the role of PMM in shaping their stature. Abstrak Kajian artikel ini membicarakan mengenai sumbangan tokoh Melayu lulusan dari Mesir yang juga merupakan bekas anggota Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Sebagai sebuah persatuan pelajar yang cemerlang di Kaherah, Mesir, ketika era 1950-an dan 1960-an, PMM telah berjaya melatih dan melahirkan ramai anggota yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara umumnya dan masyarakat Melayu khususnya dalam pelbagai bidang sekembalinya mereka ke tanah air. Walaupun mereka begitu aktif dalam kepimpinan dan kegiatan yang dilaksanakan oleh PMM sepanjang pengajian mereka di Mesir, tetapi mereka juga cemerlang dalam pengajian mereka. Artikel ini akan membincangkan juga peranan PMM dalam membentuk ketokohan mereka. Kata Kunci: Persekutuan Melayu Mesir (PMM), Kaherah, Mesir
SEJARAH, 2015
Persekutuan Melayu Mesir (PMM) is one of the earliest Malay student associations in Cairo. Histor... more Persekutuan Melayu Mesir (PMM) is one of the earliest Malay student associations in Cairo. History of the earliest Malay student association in Cairo can be traced to the early 1920s, but PMM was officially launched in 1956. PMM was a very active and influential association among the Malay students in Cairo in the late 1950s and early 1960s. This association still exists until today with the new name Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Although PMM was an influential Malay student association in Cairo, very little is known about it. This article discusses the establishment of PMM and its development from 1956 to 1964. In particular, the study shows that the administration of PMM was carried out systematically by its members. The association has its own rules, annual structure of organization, and a complete information about the number of its members. The study also uncovered that the students' hectic schedules did not stop them from administering PMM efficiently for the welfare of their own members. Pengenalan Sebelum abad ke-19, Makkah merupakan tumpuan orang Melayu mendalami pengajian ilmu agama. Ini kerana Makkah sendiri adalah tempat bermulanya perkembangan agama Islam dan umat Islam setiap tahun mengerjakan ibadat haji di sana. Bermula pada abad ke-19 Masihi, 'kiblat pengajian ilmu agama' umat Islam telah beralih ke Mesir terutamanya di Universiti al-Azhar di Kaherah. Ramai sarjana Islam menegaskan bahawa kaedah dan bentuk sistem pengajian ilmu-ilmu Islam yang dijalankan di Universiti al-Azhar adalah lebih baik dan bersesuaian dengan pendekatan moden, berbanding dengan apa yang diajar di institusi pengajian tinggi di Makkah. Walaupun terdapat banyak institusi pengajian di Mesir selain Universiti al-Azhar pada awal abad ke-20 Masihi seperti Dar al-Ulum (1871), Universiti Kaherah (1908) dan Universiti 'Ain Shams (1950), tetapi Universiti al-Azhar adalah institusi pengajian yang paling masyhur dan popular. Walaupun sejarah mengenai pemergian orang Melayu ke Mesir untuk mendalami pengajian Islam boleh dijejaki seawal abad ke-17 Masihi, tetapi timbulnya kesedaran dalam kalangan pelajar Melayu di sana untuk menubuhkan persatuan sendiri hanya berlaku pada awal tahun 1920-an. Jika dilihat kajian-kajian sebelum ini yang berkaitan dengan kegiatan pelajar Melayu di Kaherah, kebanyakannya hanya mengkaji tentang persatuan pelajar Melayu di sana sebelum Perang Dunia Kedua dan amat sedikit kajian yang membincangkan mengenai persatuan pelajar Melayu pada era 1950-an dan 1960-an terutamanya berkenaan Persekutuan Melayu Mesir (PMM).
Uploads
Articles by Muhammad Hafiz Samsudin
Conference Presentations by Muhammad Hafiz Samsudin
Papers by Muhammad Hafiz Samsudin