Abu Hanifah Haris
ABU HANIFAH HARIS is a Senior Lecturer in the Department of History, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. He received his Bachelor of Education (History) from Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak in 2010, and a Doctor of Philosophy (PhD) from the University of Malaya, Kuala Lumpur in 2013 with a thesis entitled, "Pengaruh Mesir Terhadap Masyarakat Melayu, 1906-1970” (“The Egyptian Influence on the Malay Society, 1906-1970”). His areas of expertise are the history of the Middle East, especially Egypt, and the history of Islam in Southeast Asia, especially Malaysia. Among his books is Menelusuri Sejarah Sosioekonomi Tanah Melayu dari Perspektif Baru (Searching for Socio-Economic History of Malaya from the New Perspectives) (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2020) as co-author, and Pengaruh Mesir Terhadap Masyarakat Melayu, 1906-1970: Daripada al-Imam Sehingga Kebangkitan Semua Islam (The Egyptian Influence on the Malay Society: From al-Imam until the Islamic Resurgence, 1906-1970) (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2019). His articles also have been published in several international journals such as British Journal of Middle Eastern Studies, Japanese Journal of Political Sciences, and al-Shajarah. He can be contacted by email at: [email protected]
Address: Dr. Abu Hanifah Haris
Department of History,
Faculty of Arts and Social Sciences,
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
Address: Dr. Abu Hanifah Haris
Department of History,
Faculty of Arts and Social Sciences,
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
less
InterestsView All (20)
Uploads
Articles by Abu Hanifah Haris
al-Sagoff telah memberikan sumbangan yang penting dalam bidang perdagangan dan pentadbiran di Johor. Dalam aspek perdagangan, beliau terlibat dalam kegiatan mengeksport hasil pertanian negeri-negeri Melayu ke Timur Tengah dan Eropah, serta mengusahakan bidang perhotelan. Beliau juga terlibat dalam bidang pengangkutan dengan mengusahakan
kapal wap yang membawa jemaah haji ke Makkah. Hubungan beliau yang agak rapat dengan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar menyaksikan beliau telah diberikan dua konsesi tanah di Kukup, Pontian dan Kampung Nong Chik, Johor Bahru. Dalam bidang politik, beliau pernah memegang jawatan sebagai Konsul Uthmaniyah di Singapura sebagai wakil kerajaan Turki
pada tahun 1880-an sehingga dianugerahkan pingat oleh kerajaan Turki pada tahun 1893. Bahkan beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membuka ruang ke arah hubungan diplomatik antara kerajaan Johor dengan kerajaan Turki Uthmaniyah apabila beliau telah mengiringi Sultan Abu Bakar yang melawat Istanbul buat pertama kalinya pada tahun 1879.
sahaja menawarkan pengajian dalam bidang sains, tetapi juga dalam bidang sastera. Penubuhan sebuah universiti di Tanah Melayu juga memakan masa yang agak lama meskipun rancangan awal penubuhannya sudah bermula sejak akhir tahun 1930-an lagi. Kelewatan penubuhan Universiti Malaya, universiti pertama di Tanah Melayu yang hanya ditubuhkan pada tahun 1949 bukan sahaja disebabkan faktor Perang Dunia Kedua, tetapi juga disebabkan kos perbelanjaan yang besar. Bahkan British terpaksa menggabungkan King Edward VII College of Medicine dan Raffles College di Singapura bagi menjimatkan kos sekali gus memberi laluan bagi penubuhan Universiti Malaya.
Timur Tengah. Penjelajahan hingga ke Timur Jauh vis-à-vis aktiviti perdagangan sebagai salah satu faktor penolak telah menjadikan Alam Melayu khususnya Kepulauan Sumatera menjadi persinggahan para pedagang asing serta sarjana-sarjana dari Timur Tengah bagi melengkapkan siri pengembaraan mereka yang sempat dirakam di dalam catatan berbentuk travelog sejarah (historical travelogue). Artikel ini bertujuan untuk mengkaji penulisan tentang Kepulauan Sumatera berdasarkan tulisan sarjana dan pengembara dari Timur Tengah, khususnya masyarakat Arab. Kawasan utama di Kepulauan Sumatera yang dibincangkan dalam artikel ini meliputi Rāmnī dan Lāmurī, al-Niyān, Fanṣūr, serta Bālūs. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah kajian perpustakaan dengan merujuk pelbagai sumber primer berupa manuskrip seperti Akhbār al-Ṣīn wa al-Hind, al-Masālik al-Mamālik, ‘Ajā’ib al-Hind, dan Mukhtaṣar al-Ajā’ib serta pelbagai sumber sekunder seperti buku, artikel dan tesis. Kajian ini menunjukkan bahawa gambaran serta pengetahuan tentang Kepulauan Sumatera meliputi kepelbagaian aspek kehidupan seperti geografi, sosiobudaya serta politik setempat telah Berjaya membentuk satu paradigma baru dalam memahami konteks sebenar Kepulauan Sumatera dari sudut pandang sarjana dan pengembara Arab.
Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Namun begitu, ketiadaan institusi pendidikan tinggi yang menawarkan mata pelajaran agama Islam pada peringkat tinggi di tanah air menyaksikan pelajar Melayu terpaksa melanjutkan pelajaran agama di luar negara khususnya di Timur Tengah khususnya di Makkah dan Kaherah. Penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang, Selangor pada tahun 1955 menyaksikan usaha untuk melahirkan golongan agama yang mempunyai ilmu agama pada tahap yang lebih tinggi dapat direalisasikan tanpa perlu ke luar negara. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji penubuhan dan perkembangan Kolej Islam Malaya
sejak ditubuhkan di Klang, Selangor pada tahun 1955, diikuti pembukaan bangunan baru Kolej Islam Malaya (Bahagian Tinggi) di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1966 sehingga diserap sebagai sebuah fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 dan dikenali
sebagai Fakulti Pengajian Islam. Kajian ini merujuk pelbagai sumber primer seperti rekod British dan akhbar, selain turut merujuk beberapa sumber sekunder seperti artikel dan tesis. Kajian ini mendapati bahawa kejayaan penubuhan Kolej Islam Malaya bukan sahaja melibatkan peranan
penting yang dimainkan oleh pertubuhan Islam, golongan ulama, dan pelajar lepasan Mesir, tetapi juga menggambarkan sokongan yang diberikan oleh raja-raja Melayu dan parti politik. Pada masa yang sama, Universiti al-Azhar dan kerajaan Mesir juga memainkan peranan penting
dalam penubuhan kolej tersebut. Kolej Islam Malaya juga bukan sahaja berjaya melahirkan ramai tokoh dalam bidang agama, tetapi juga berjaya melahirkan ramai tokoh yang terbilang dalam pelbagai bidang lain.
di sana. Malay Society of Great Britain (MSGB) merupakan persatuan pelajar Melayu yang paling awal ditubuhkan di Eropah dan United Kingdom iaitu pada tahun 1927 dan persatuan tersebut pernah dipimpin dan dianggotai oleh ramai tokoh negarawan yang pernah melanjutkan pengajian di sana. MSGB bukan sekadar berperanan besar dalam menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar Melayu di luar negara terutamanya di United Kingdom sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, bahkan turut memainkan peranan dan memberikan sumbangan terhadap kemerdekaan Tanah Melayu. Skop masa kajian ini dimulakan pada tahun 1927 kerana pada tahun tersebut MSGB mula ditubuhkan dan diakhiri pada tahun 1957 setelah kemerdekaan Tanah Melayu. Pada tahun 1958, MSGB telah bertukar nama rasminya kepada Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK) setelah merdeka. Kajian ini mendapati bahawa MSGB aktif melaksanakan pelbagai aktiviti social dan politik selain
berperanan dalam menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar Melayu di United Kingdom dan masyarakat Melayu di tanah air. Kajian ini juga mendapati bahawa MSGB turu memainkan peranan penting dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu.

khususnya ketika pemerintahan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Masyarakat Melayu juga menunjukkan penghormatan yang tinggi terhadap kepimpinan Nasser yang dianggap sebagai pembela umat Islam dan berani mengisytiharkan perang terhadap Israel. Apabila beliau
meninggal dunia pada tahun 1970, penghormatan luar biasa diberikan oleh masyarakat Melayu kepada beliau diiringi dengan penganjuran pelbagai majlis bagi memperingati sumbangan beliau.
Apabila menjadi destinasi , Mesir hanya menjadi terkenal dalam kalangan orang Melayu sebagai pusat pengajian Islam pada akhir abad ke-19. Jumlah pelajar Melayu yang menyambung pengajian di Mesir mencatatkan peningkatan yang drastik sejak awal abad ke-20, khususnya pada tahun 1920-an. Kemunculan Universiti al-Azhar di Kaherah sebagai pusat pembelajaran ilmu agama yang terkenal telah menarik kedatangan ramai pelajar Melayu untuk menyambung pengajian di sana. Ramai pelajar Melayu yang sudah menamatkan pengajian di Makkah juga lazimnya menyambung pengajian di Kaherah bagi mengukuhkan penguasaan ilmu. Setelah menamatkan pengajian di Kaherah, pelajar Melayu yang pulang ke tanah air bukan sahaja memperkenalkan sistem pendidikan madrasah, tetapi juga membawa masuk pengaruh Mesir dalam sistem pendidikan madrasah dan sekolah agama melalui pengenalan sukatan pelajaran dan buku rujukan dari Mesir, dan tenaga pengajar yang merupakan lepasan Mesir.
membincangkan pelbagai isu penting yang berkaitan dengan persoalan Malaysia dan
Indonesia serta implikasinya terhadap kedua-dua negara.