Book Reviews by Mohd Fazli Abd Malek
JURNAL ULASAN BUKU (JAUHAR), 2019
Papers by Mohd Fazli Abd Malek

SEJARAH: Journal of the Department of History, 2022
Hutan di Tanah Melayu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Perkara ini berikutan... more Hutan di Tanah Melayu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Perkara ini berikutan hasil buminya yang menjadi tarikan para pedagang asing dari Timur Tengah, China, India, termasuklah Eropah. Oleh itu, minat yang mendalam warga Eropah telah membawa kepada pelbagai usaha penyelidikan melalui penubuhan taman-taman botani di Negeri-Negeri Selat. Seterusnya, krisis alam sekitar yang kian memuncak menyebabkan lahirnya keinsafan untuk melindungi hutan daripada terus musnah. Maka, artikel ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan alam sekitar dan tindakan konservasi yang dijalankan di Tanah Melayu sehingga tahun 1901, iaitu sebelum pembentukan Jabatan Hutan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, yang menjadi asas kepada penubuhan Jabatan Hutan di beberapa buah negeri di Tanah Melayu seperti Terengganu dan Kelantan. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah kajian perpustakaan dengan merujuk sumber primer seperti laporan perhutanan dan akhbar, serta pelbagai sumber sekunder seperti buku dan artikel berkaitan perhutanan dan alam semula jadi di Tanah Melayu. Penulisan ini mendapati bahawa krisis alam sekitar semakin memuncak apabila berlaku konflik antara manusia dan alam, yang disebabkan oleh kerancakan aktiviti perdagangan dan pertanian, manakala usaha pemuliharaan hutan pula masih di tahap minimum kerana hanya segelintir sarjana dari Eropah serta pegawai-pegawai British yang peka dengan isu ini.
Kata Kunci: Alam Sekitar, British, Pemuliharaan, Perhutanan, Tanah Melayu

Jurnal Persatuan Muzium Malaysia (PURBA), 2019
Minat terhadap Alam Melayu telah meningkat selaras dengan kekayaan hasil bumi di rantau ini. Gela... more Minat terhadap Alam Melayu telah meningkat selaras dengan kekayaan hasil bumi di rantau ini. Gelaran seperti Suvarnabhumi, Golden Khersonese, Waqwaq dan Jawi menjadikan Alam Melayu sangat masyhur dalam kalangan para pedagang dan pengembara luar, termasuklah dari Timur Tengah. Penjelajahan hingga ke Timur Jauh vis-à-vis aktiviti perdagangan sebagai salah satu faktor penolak telah menjadikan Alam Melayu khususnya Kepulauan Sumatera menjadi persinggahan para pedagang asing serta sarjana-sarjana dari Timur Tengah bagi melengkapkan siri pengembaraan mereka yang sempat dirakam di dalam catatan berbentuk travelog sejarah (historical travelogue). Artikel ini bertujuan untuk mengkaji penulisan tentang Kepulauan Sumatera berdasarkan tulisan sarjana dan pengembara dari Timur Tengah, khususnya masyarakat Arab. Kawasan utama di Kepulauan Sumatera yang dibincangkan dalam artikel ini meliputi Rāmnī dan Lāmurī, al-Niyān, Fanṣūr, serta Bālūs. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah kajian perpustakaan dengan merujuk pelbagai sumber primer berupa manuskrip seperti Akhbār al-Ṣīn wa al-Hind, al-Masālik al-Mamālik, ‘Ajā’ib al-Hind, dan Mukhtaṣar al-Ajā’ib serta pelbagai sumber sekunder seperti buku, artikel dan tesis. Kajian ini menunjukkan bahawa gambaran serta pengetahuan tentang Kepulauan Sumatera meliputi kepelbagaian aspek kehidupan seperti geografi, sosiobudaya serta politik setempat telah berjaya membentuk satu paradigma baru dalam memahami konteks sebenar Kepulauan Sumatera dari sudut pandang sarjana dan pengembara Arab.
Uploads
Book Reviews by Mohd Fazli Abd Malek
Papers by Mohd Fazli Abd Malek
Kata Kunci: Alam Sekitar, British, Pemuliharaan, Perhutanan, Tanah Melayu
Kata Kunci: Alam Sekitar, British, Pemuliharaan, Perhutanan, Tanah Melayu