VVIP BLOG INI

Pandangan Saya Mengenai Manifesto Pakatan Rakyat

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted on 2/28/2013 01:43:00 pm

Salam,

Berikut merupakan pandangan saya berkenaan Manifesto Pakatan Rayat.






1. Saya pernah memberi pandangan mengenai IKS sebagai ekonomi lokal utama negara setahun lepas, PR sependapat dengan saya.

2. Apa beza BR1M (RM500) dengan Skim Warga Emas (RM1000)?

3. Dalam reformasi institusi Islam dan keagamaan, tiada disebutkan mengenai hudud.

4. Pelan sistem pembangunan awam dalam dan antara bandar saya setuju.

5. Bab kesihatan, "memenuhi sasaran doktor : rakyat, 1:550", memang akan berlaku kebanjiran doktor pada tahun 2018 (MMC), manifesto ini relevan?

6. Yg harus dicadangkn dalam manifesto adalah bagaimana hendak menangani kebanjiran doktor pada tahun 2018, bina lebih banyak hospital, buka lebih banyak jawatan dalam kerajaan untuk lepasan doktor.

7. Yang perlu dibangkitkan dalam manifesto PR adalah menambahkan lebih banyak doktor PAKAR supaya pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk rawatan, bukan menambah lagi doktor umum.

8. Perkhidmatan wad percuma untuk Kelas 2 dan 3 memang baik, pernah masuk ke wad 3 dan 2 di hospital kerajaan, tak terlalu mahal 

9. Kemudahan wad percuma kelas 3 dan2 bermakna semuanya menjadi wad 3 atau 2? Perlu penjelasan yang lebih terperinci. 

10. 1Care masih lg dalam peringkat perbincangan, dasar yg belum dilaksanakn ditolak di dalam manifesto PR, bukan ke aneh?

11. Kesimpulan mengenai bab kesihatan dlm manifesto PR , banyak yang tak perlu disebut, yang mustahak utk dibawa ke depan tak pula dicadangkan.

12.  Bagus untuk menurunkan harga minyak, yang jadi persoalan apakah harga barang akan turut sama turun setelah harga minyak turun?

13. Bukan harga minyak yg jadi isu, tetapi alasan pembekal menaikkn harga barang setelah harga minyak dinaikkn, yg nk diturunkn harga brg

14.
Pembinaan 150,000 rumah mampu milik adalah polisi yg menarik dan perlu disokong, polisi yang sama dilaksanakan oleh BN

15. Konsep "bina dan jual" berbanding konsep "jual dan bina" yg digunapakai sekarang, kena timbang tara untung pemaju.

16.  Gaji minima yang dicadangkan dalam manifesto PR adalah rm1100, perlu mengambil kira juga kemampuan majikan, double edge policy.

17.  Saya menemui satu kes yang dengan gaji minima yang dibuat oleh kerajaan sekarang pun,ada pekerja yang dibuang oleh majikan kerana tidak mampu bayar gaji pekerja.

18. Tabung Permudah satu pendekatan menarik,tetapi jika namanya tabung,setelah habis tidak ada peruntukn lagi buat majikan,namun ada inisiatif dari PR

19.  Sekolah vokasional juga giat diperbaiki oleh masa ke masa oleh kerajaan BN, polisi yang sama.

20. Manifesto PR kali ini mensasarkn golongan wanita, mahasiswa, tentera dan pemandu teksi. Menarik kali ini golongan guru tidak diebutkan.

21. Menambahbaik SPRM itu bagus, tetapi saya khuatir akhirnya SPRM akan menjadi seperti KPK di Indonesia, penambahbaikan KPK mmg selalu dibuat.

22. Pentadbiran KPK sering ditukar ganti,pada mulanya disokong rakyat tetapi akhirnya mereka tetap dicemuh,KPK tidak dapat jalankn tugas mereka.

23.   Yagn patut ditekankan adalah pengurusan persepsi rakyat terhadap SPRM, dua-dua pihak harus kerjasama,kalau tidak sampai bila pun SPRM dicemuh!

24. Saya kurang jelas mengenai Sekolah Janaan Rakyat.Maksudnya sekolah yang mendapat peruntukan? Sekarang sekolah tidak dapat peruntukan? 

25.  Kebajikan Orang Asli saya fikir telah dijaga dengan baik oleh JHEOA.Tak payah lihat jauh,saya lihat di Jengka,banyak bantuan buat mereka.

26. Bahkan Orang Asli jauh lebih lantang suara mereka daripada penduduk Felda sendiri. Tak didengari akan mengadu kepada Sultan dan MB

 27. Ada perkampungan Orang Asli dibina semula oleh kerajaan, dibina rumah batu dan duduk berpusat, tidak lagi jauh satu sama lain seperti dulu 

28. Bekalan elektrik dan air bersih mereka sudah terima, manifesto PR menulis "..semua 852 penempatan.." seolah-olah semua tempat Orang asli tidak ada air dan elektrik

29. 5000 biasiswa untuk Orang Asli saya sokong          

30. "Setiap keluarga di Msia bawa pulang pendapatan isi rumah sekurangnya rm4000 sebulan.." Polisi idealis tetapi PR boleh cuba.

31. Manifesto PR banyak memberikan subsidi dalam pelbagai sektor, dan umum cukai 26% hanya perlu dibayar bg mrk berpendapatan lebih rm400,000

32.  Melihat negara lain, pendekatan berikan subsidi yang banyak diseimbangkan dengan menaikkan kadai cukai, kurangkn ketirisan itu bagus tapi apakah cukup?

(Pandangan ini telah ditulis di Twitter pada 26hb Februari 2013: @khairul_hafidz)

Secara keseluruhan, kebanyakan manifesto PR adalah polisi yang hampir sama dengan polisi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN, tetapi dengan penambahbaikan. Polisi yang mereka cadangkan adalah polisi yang agak idealis dan ada beberapa yang bersifat populis.

Banyak pendekatan pemberian subsidi tetapi pada masa yang sama kadai cukai dikekalkan pada tahap 26% dan menaikkan mereka yang berpendapatan lebih daripada rm400,000 sahaja wajib membayar cukai berbanding rm250,000 yang telah ditetapkan oleh kerajaan BN.

Persoalan yang paling mustahak adalah, apakah mereka mampu untuk mengekalkan dasar yang mereka cadangkan ini untuk jangka masa yang lama jika mereka berjaya menawan Putrajaya?


Comments (0)