Friday, September 24, 2010

KEKALKAN TENGKU LAN AHLI PARLIMEN JERANTUT





Blog baru MuaraSat menulis Tengku Azlan Masih Di Perlukan Di Jerantut;
Walaupun berbagai-bagai tohmahan dan ada usaha dari pihak tertentu cuba menolak Tengku Azlan dari Jerantut tetapi rakyat masih mahukan beliau terus memimpin UMNO Jerantut dan Ahli Parlimen Jerantut.

Memang benar pendapat itu sebab keadaan di jerantut masa ni nampak kecoh disebabkan oleh kerana perebutan hendak menjadi calon Ahli Parlimen diantara YB Wan Amizan dengan YB Dr. dato' Shukri. Ada satu pihak hendakkan calon baru orang muda tetapi masih belum bersedia, bos dia kata buah masih belum matang lagi. Ye lah kalau di felda tempat saya tu nak chop sawit tu pun kena chop buah yang matang kalau tidak kena denda.

Justeru itulah YBM Tengku Azlan masih diperlukan lagi untuk mententeramkan suasana keadaan yang hangat sekarang ini. Tapi mungkinlah YBM Tengku tak hendak dilantik calon sebagai Member Parlemen jikalau biasa saja. Mestilah dilantik juga anggota kebinet sebagai menteri penoh sebab dia sudah lama lagi pulak sudah pemgalaman sebagai timb. menteri beberapa lamanya.

saya akan pastikan PM mendengar pendapat dan cadangan serta juga pencalunan kita untuk YBM Tengku menjadi ahli parlimen lagi dalam pru 13 akan datang ini.

8 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam politik Jerantut,
Satu usaha yang positif dan baik untuk politik Jerantut jika perancangan saudara Politik Jerantut menjadi kenyataan. WZWH menyokong penuh hasrat saudara politik Jerantut. WZWH lebih prefer Ku Lan bertanding di DUN Pulau Tawar baru nampak lebih menarik politik Pahang.

Anonymous said...

Salam. bengap ke apa org UMNO ni? Dah tau Ku Lan,Wan Mizan dan Dr shukri tak berkualiti untuk jadi pemimpin.Kenapa masih kekalkan mereka? Bengap tahap gapan ke apa?

Helang Buana said...

Sesiapa pun tak apa asalkan menang. Tak buat kerja bila nak menang , ye tak. Yang bulat tak kan datang bergolek, yang pepeh tak kan datang melayang. Kenalah usaha dari sekarang untuk UMNO menang. Jangan nak jadi ahli parlimen aja tapi tak nak pastikan UMNO terus di hati rakyat. Ini cg pian betul bukan yang tiru-tiru ya.

Lukk said...

Saya pula berpendapat sebaliknya...Alangkah baiknya jika Anak Jati Jerantut diberi peluang untuk menjadi ahli parlimen Jerantut sendiri..Takda ke orang Jerantut yang berketrampilan dan berkemampuan untuk menjadi ahli parlimen..Pelik juga saya dibuatnya...

Lukk said...

Takda ke orang jerantut yang boleh jadi Ahli Parlimen Jerantut sendiri...Biarlah anak tempatan pula yang mentadbir jerantut...Rasanya akan menjadi lebih baik dan menarik..Kita lupakan orang luar..cuba anak temapatan,manalah tau akan menjadi yang lebih baik..

Anonymous said...

bagi lah orang lain pulak untok takbir jerantu ahli parlimen yang sedia ada dah terlalu lama memegang jawatan tu elok lah tukar yang lebeh muda lebeh berpontensi dan lebeh baik lagi biar lah golongan yang dari kalangan rakyat biasa pula dan anak kelahiran jerantutbbagi berbakti pada parlimen jerantut dan yang lebeh efisen sekian ini adalah pendapat saya

Anonymous said...

Salam,

Tengku Lan amat rajin melawat rakyat dan penduduk kampung di kawasan jerantut ni. Saya tak kenal dato shukri atau wan amizan. Sebabnya, 2-2 ni pun tak rajin kerja macam Tengku Lan. Kalau shukri dan amizan berebut nak jadi winnable candidate, buangje dua-dua tu. Ganti je anak peneroka yg berjaya dalam kariernya. Dah ramai anak peneroka yg ada jawatan doktor, doktor falsafah, pegawai tinggi tentera yang umornya dibawah 40 tahun. Buat apa nak cari yg dah nak mati, yg perut buncit macam nangka busuk, yg ada penyakit 3 serangkai (darah tinggi, kencing manis, sakit jantung) sebab nanti dia sibuk nak pegi hospital dari melawat penduduk kampung. So, jangan jadi lembu NFC.

Anonymous said...

dah sepatutnya anak tempatan dan dikalangan orang biasa diberikan kepercayaan untuk menjadi ahli parlimen jerantut, biarpun tidak diberi peluang memegang jawatan dalam kabenet tetapi punyai wawasan dan kuat kerja didalam membangunkan jerantut disamping dapat membela nasib rakyat jerantut dalam segenap bidang...