Seminar Antarabangsa Aqidah, Dakwah Dan Syariah (IRSYAD 2018), 18 September 2018, 2018
Peranan hati adalah sesuatu yang sangat penting dalam amalan umat Islam seharian. Maka, tidak hai... more Peranan hati adalah sesuatu yang sangat penting dalam amalan umat Islam seharian. Maka, tidak hairanlah sekiranya Imam al-Nawawi telah meletakkan beberapa buah hadis di dalam al-Arba'in yang berkaitan dengan hati dan fungsinya. Karya al-Nawawi ini pula telah dihuraikan oleh ramai penulis dengan pelbagai pendekatan dan metodologi. Salah seorang daripadanya adalah Sa'd al-Din al-Taftazani, tokoh yang terkenal dalam akidah dan bahasa Arab. Namun begitu, penulisan ini hanya akan menumpukan kepada pendekatan sufistik beliau dan membandingkannya dengan pendekatan tasawuf Tok Pulau Manis di Hikam Melayu. Karya Hikam Melayu ini dipilih kerana ia dapat menggambarkan konsep dan pemahaman ilmu tasawuf yang mendalam. Hasil analisis terhadap pendekatan sufistik al-Taftazani ini akan menampakkan perkaitan yang erat di antara peranan hati di dalam al-Arba'in al-Nawawiyyah dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Kata Kunci : Peranan hati, al-Taftazani, Sufistik, Al-Arba'in Al-Nawawiyyah, Hikam, Tok Pulau Manis. Pendahuluan Al-Arba'in al-Nawawiyyah adalah salah satu daripada karya Imam al-Nawawi yang terkenal. Ia telah mendapat perhatian daripada pengarang, penulis dan cendikiawan serata dunia. Hadis-hadis yang termuat di dalamnya juga memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada sesiapa yang menelaahnya. Salah satu daripada hadisnya yang terkenal adalah hadis berkaitan dengan niat yang diletakkan di permulaan susunannya. Salah seorang daripada cendikiawan dan ahli bijaksana muslim yang mencurahkan masa dan tenaga serta kepakaran untuk menghuraikan hadis-hadisnya adalah al-Taftazani. Sebagai seorang tokoh tasawuf yang terkenal di zamanya, beliau telah menampakkan kecenderungannya yang sangat ketara di dalam huraiannya itu. Salah satu daripada penerapan konsep tasawuf yang menarik adalah sebagaimana yang dilakukan dalam huraiannya terhadap hadis satu al-Arba'in al-Nawawiyyah. Huraian tersebut telah menghasilkan satu konsep ikhlas yang mendalam dan mendasari ilmu tasawuf itu sendiri. Justeru, untuk melihat sejauh mana ia menepati kaedah dan konsep sebenar di dalam ilmu tasawuf, penulisan ini akan membandingkannya dengan huraian yang dilakukan oleh Tok Pulau Manis di dalam al-Hikam. Konsep niat, hati serta ikhlas yang disentuh di dalam al-Hikam akan menjadi timbang tara terhadap konsep ikhlas oleh al-Tafatzani itu.
Uploads
Papers by Rosni Wazir
bidang ini. Namun begitu, beliau juga mempunyai kecenderungan tasawuf berasaskan kepada huraian yang beliau lakukan terhadap al-Arba'in al-Nawawiyyah yang telah menghasilkan satu karya bertajuk Syarh Al-Taftazani Ala Ahadith Al-Arba'in Al-Nawawiyyah Penulisan ini, dengan menggunakan kaedah kualitatif akan menumpukan kepada huraian yang telah beliau lakukan terhadap hadis akidah iaitu Hadis 2 (Islam, Iman dan Ihsan) di dalam al-Arba’in al-Nawawiyyah. Analisis yang akan dilakukan akan menampakkan keunikan pendekatan tasawuf al-Taftazani terhadap hadis tersebut