Academia.eduAcademia.edu

Religious Leader’s Views Living Hadith Practices in Malaysia

2020, Jurnal Living Hadis

Living Hadith is a cultural phenomenon of society based on the hadith of the Prophet saw. It is a pattern of behavior that is part of the interaction of Muslims with hadith. This study is to examine the extent to which the practice of sunnah is still practiced among the Muslim community in Malaysia. In addition to explaining the practice of sunnah in the perspective of Living Hadith. The research methodology is based on the interviews of five respondents consisting of muftis, academics, religious figures who are active with the community. The findings show that living tradition phrase less is known in the Muslim community in Malaysia, there is a Sunnah practice in perspective Living in Malaysia Hadith and Sunnah is a customary practice that is often practiced by the Malays in Malaysia. It is a pure practice that needs to be applied in society in order to be in line with the religious and moral demands of Rasulullah saw. However, the community also needs to be guided to accept this p...

085228438068 [email protected] http://ejournal.uin-suka.ac.id/ushuluddin/Living RELIGIOUS LEADERS’ VIEWS LIVING HADITH PRACTICES IN MALAYSIA DOI : https://doi.org/10.14421/livinghadis.2020.2387 Norsaleha Mohd. Salleh, Mohd Farid Ravi Abdullah, Abur Hamidi Usman, Rosni Wazir, Abu Zaki Ismail, Nurul Ain Burhanuddin Kolej Universiti Islam Antarbangsa Selangor, Malaysia [email protected] Tanggal masuk : 02 September 2020 p-ISSN : 2528-756 e-ISSN : 2548-4761 Abstract Living Hadith is a cultural phenomenon practiced by a particular society and based on the hadith of the Prophet pbuh. It is a behavioral pattern resulted by the interaction of Muslims with the hadith. This study examines the extent to which the sunnah is practiced by the Muslim community in Malaysia, in addition to explaining the concept of “practicing the sunnah” in the perspective of Living Hadith as a research genre. In doing so, I interview five respondentsincluding muftis, academics, and religious figures who are active in the community. The findings show that the Muslim community barely knows the text of the hadith. They simply practice the content or what they believe to be the teaching of the prophetic hadith, encapsulating in their custom. Performing this, they have the rooted tendency to live in line with the religious and moral demands of Rasulullah pbuh. However, the community also needs to be ‘taught’ to see this practice as a sort of encouragement to perform good deeds. This practice nevertheless is not at the same obligatory level as the command to perform five daily prayers and Ramadan fasting. In other words, the Malaysian society sees the ‘living hadith’ as merely the practice of sunnah that is thus still related to the Prophet pbuh. Keywords: Phenomenon; Living Hadith; Practice; Field research, Malaysia Abstrak Living Hadith adalah fenomena budaya masyarakat yang disandarkan kepada hadis Rasulullah saw. Ia berupa pola perilaku yang merupakan sebahagian dari interaksi umat Islam terhadap hadis. Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana pengamalan sunnah yang masih diamalkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Disamping memberi penerangan tentang pengamalan sunnah dalam perspektif Living Hadith. Metodologi kajian adalah berdasarkan temu bual lima orang responden yang terdiri daripada mufti, ahli akademik, tokoh agama yang aktif bersama masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan frasa living hadith kurang dikenali dalam masyarakat Islam di Malaysia, terdapat pengamalan sunnah dalam perspektif Living Hadith di Malaysia dan amalan sunnah merupakan adat yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Ia merupakan amalan murni yang perlu diterapkan dalam masyarakat agar selari dengan tuntutan agama dan akhlak Rasulullah saw. Namun begitu, masyarakat juga perlu dibimbing agar menerima amalan sunnah ini sebagai satu galakan dan dorongan kebaikan yang harus dilaksanakan. Ia bukanlah amalan wajib seperti hukum menunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan. Justeru itu, masyarakat Malaysia masih lagi melihat living hadith dalam konteks amalan sunnah yang masih mempunyai kaitan dengan hadis dan sunnah Rasulullah saw. Kata Kunci : Fenomena; Living Hadith; Amalan; Kajian Lapangan, Malaysia JURNAL LIVING HADIS, UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta, Vol. V, Nomor 2, Oktober 2020; hal 171-193 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. A. Pendahuluan A malan Sunnah ialah perbuatan yang disandarkan kepada Rasulullah saw. Ia dianggap perbuatan yang dapat mengaut pahala apabila mengerjakannya. Walaupun Sunnah itu disandarkan kepada Rasulullah saw semata-mata namun terdapat perbezaan dalam pengamalan Sunnah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia dari sudut penekanan dan cara pelaksanaannya. Bahkan masyarakat Islam di Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis latar belakang dan adat budaya yang hidup secara majmuk. (Ali, 2017) Meraikan persamaan dan perbezaan antara satu sama lain merupakan faktor kepada teras perpaduan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Sejarah Malaysia daripada era klasik (1400) hingga kepada era selepas merdeka (1960-2000) Islam telah menjadi kuasa utama dalam membawa perubahan kepada masyarakat Melayu. Merujuk pada politik hukum serta penggubalan dasar-dasar awam di Malaysia, fungsi Islam ini tidak hanya terhad kepada pengamalan ritual semata-mata tetapi turut menjadi elemen utama yang diterapkan ke dalam sesuatu dasar awam. (Mahmood, 2009) Penerimaan masyarakat Melayu berdasarkan fakta sejarah menunjukkan bahawa agama Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu dan kedatangan Islam ke Tanah Melayu ini secara tidak langsung memberi dorongan bahawa mereka bersedia mengikuti ajaran yang dibawa oleh Islam. (Majid, 2006) Penerimaan Islam sebagai agama rasmi oleh rakyat Islam di Malaysia adalah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekaligus membolehkan kerajaan pemerintah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ajaran Islam yang berlandaskan al-Qur’an dan hadis dijadikan sebagai pegangan utama dalam kehidupan. Justeru, umat Islam dituntut menjadikan al-Qur’an dan hadis sebagai sumber rujukan dalam menjalani kehidupan. Maka tidak hairan, umat Islam memberi perhatian yang besar terhadap al-Qur’an dan hadis. Namun, hadis yang disebarkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, tidak kesemuanya adalah sah sandarannya kepada Rasulullah saw. (Shamsudin, 2018) 172 Religious Leaders’ Views Living Kedatangan Islam telah mengubah amalan kemasyarakatan Melayu daripada mengandungi unsur-unsur agama Hindu kepada unsur-unsur Tauhid. (Mohammad, 2008) Perubahannya dilihat lebih Islamik sejajar dengan tuntutan al-Qur’an dan hadis seperti contoh bacaan tahlil selepas kematian, kenduri arwah untuk disedekahkan pahala kepada si mati dan bacaan surah Yasin yang berlaku selepas kematian. Bacaan-bacaan yang menjadi pilihan ialah bacaan yang dikumpul dan diperolehi daripada al-Qur’an, sunnah Rasulullah saw dan zikir-zikir ulama Melayu terdahulu. Amalan yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu perlu dianggap sebagai budaya semata-mata manakala amalan yang mempunyai sandaran daripada Sunnah perlu diteruskan dan diberi keutamaan untuk diamalkan. (Haqq, 2018) Kajian ini juga mendapati pengamalan sunnah dalam perspektif Living Hadith adalah fenomena budaya masyarakat yang disandarkan kepada hadis Rasulullah saw. Ia berupa pola perilaku yang merupakan sebahagian dari interaksi umat Islam terhadap hadis. Model Living Hadith merangkumi tiga elemen, yaitu 1) tradisi tulisan merupakan salah satu bentuk propaganda yang singkat dan padat dalam mengajak masyarakat mengamalkan hadis Rasulullah saw; 2) tradisi lisan muncul seiring bersama tradisi amalan yang dijalankan oleh umat Islam dan amalan; 3) tradisi amalan antara pengamalan yang banyak dilakukan kerana sesebuah masyarakat ingin menzahirkan secara fizikal rasa cinta kepada Baginda saw. (Salleh, 2019) Walau bagaimanapun, penulisan tentang amalan sunnah menurut perspektif Living Hadith perlu diperluaskan serta diberi pencerahan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan responden tentang istilah Living Hadith, mengeluarkan dan mengkaji pengamalan keagamaan yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia disamping bagi mengenal pasti sejauhmana pengamalan sunnah yang sebenar masih diamalkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Berikut adalah pengamalan dan kebiasaan masyarakat Islam yang merupakan hasil dapatan tertinggi dalam temu bual kajian lapangan. 173 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. B. Sunnah dan Budaya Masyarakat Melayu Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2016) sunnah adalah peraturan (dalam agama Islam) yang berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad saw dan golongan yang berpegang teguh kepada al-Qur’an, hadis, ijmak dan qias sebagai landasan agama. Menurut Soroni, (2020) apabila amalan sunnah digabungkan dengan adat dalam masyarakat Melayu, mungkin dapat disimpulkan sebagai; amalan-amalan yang tidak diwajibkan oleh syarak, namun menjadi kebiasaan atau kelaziman yang diwarisi dalam masyarakat Melayu. Antara amalan-amalan sunnah yang tidak menjadi kebiasaan atau kelaziman dalam budaya masyarakat Melayu antara yang dibincangkan dalam kajian ini adalah seperti perbincangan di bawah: 1. Bacaan Surah Yasin dan Tahlil Membaca surah Yasin dan ditentukan bacaannya pada malam Jumaat menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Surah Yasin dibaca ketika ada orang sedang sakit, tengah nazak, dalam majlis Tahlil selepas kematian dan dalam upacara keraian lain-lain. (Joll, 2015) Perbahasan ulama menyatakan boleh dibaca berdasarkan kepada beberapa dalil antaranya hadis riwayat Nasa’i dari Ma’qal bin Yasar al-Muzan mengatakan bahawa, Rasulullah saw pernah bersabda: ‫إِقْ َرُؤوا يس ِعْن َد َم ْو ََت ُك ْم‬ Artinya: “Bacalah surah Yasin disisi saudaramu yang sedang dalam sakaratul maut”. (HR. Abu Dawud, no. 2717) Hukum membaca Yasin beramai-ramai adalah boleh dan bahkan tidak ada larangan padanya, malah akan diberi pahala pada bacaan mereka. Imam as-Suyuthi dalam kitabnya Khushushiyyat Yaum al-Jum’a menulis: Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab al-Iman telah mentakhrijkan daripada Sayidina Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: ِ ْ ‫ُّخان َويس أ‬ َ ‫َم ْن قَ َرأَ لَْي لَ َة اجلُ ْم َعة حم الد‬ ُ‫َصبَ َح َم ْغ ُف ْوًرا لَه‬ 174 Religious Leaders’ Views Living Artinya: “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun”. (Imam al-Baihaqi, no. 2248) Pembacaan surah Yasin disusuli dengan tahlil. Kebiasaan tahlil adalah selepas berlaku kematian seseorang dari ahli keluarga dan akan diadakan kenduri dengan menjemput masyarakat sekeliling untuk mengadakan majlis tahlil pada malam yang telah ditetapkan hari-harinya. (Mohktar, 2015) Sehinggakan ianya menjadi budaya yang diamalkan secara meluas dan turun-temurun. Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai adat dan amalan yang sedia ada sejak turun temurun. Membaca surah Yasin sepatutnya dibacakan kepada orang yang hampir meninggal. Makanan sepatutnya disediakan oleh jiran tetangga bagi meringankan beban keluarga si mati. Penghidupan amalan sunnah itu haruslah selari dengan apa yang dituntut agar memperolehi ganjaran pahala oleh Allah Swt. (Joll, 2015) 2. Amalan Menyambut Bayi Zaman kelahiran adalah fasa awal dalam kehidupan manusia. Bermula saat kelahiran sehingga baligh. Peringkat kelahiran amat penting kerana ia merupakan asas kepada peringkat selanjutnya. Perpindahan dari alam Rahim kepada alam dunia. Sunnah Rasulullah saw yang sifatnya merangkumi setiap aspek kehidupan, tidak meninggalkan manamana waktu dalam hidup manusia tanpa panduan dan petunjuk, termasuklah kelahiran seorang anak Adam ke dunia. (Sudi, 2002) Sunnah nabawiyyah telah menunjukkan cara yang paling baik bagi menzahirkan tanda syukur dan kegembiraan terhadap kehadiran mereka. Malah ia boleh disifatkan sebagai satu pendidikan awal terhadap bayi tersebut sebelum melangkah lebih jauh di menjalani kehidupannya di dunia ini. Berikut adalah antara perkara-perkara yang menjadi sample apabila kajian lapangan dilakukan berkaitan kelahiran bayi: a. Cukur Jambul & Menamakan Anak Kebiasaannya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang dikenali sebagai cukur jambul. Ia adalah adat 175 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. unik masyarakat Islam di Malaysia bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga. (Idahwati, 2019) Sambil tetamu yang hadir berselawat dan barzanji, bayi didukung kemudian dibawa mengelilingi tetamu yang hadir untuk digunting sedikit rambutnya. Sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut, bukanlah menggunting sedikit rambutnya. Amalan cukur rambut bayi yang disunatkan adalah pada hari ketujuh sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw: ِِ ِ ِ ِ ٍ ‫وم َسابِعِ ِه َوُُْيلَ ُق َويُ َس َّمى‬ َ َ‫ُك ُّل ُغ ََلم َرهينَةٌ ب َعقي َقته تُ ْذبَ ُح َعْنهُ ي‬ Artinya: “Setiap anak terhutang dengan aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepala dan diberi nama”. (HR. Abi Daud, no. 2838) Berdasarkan hadis ini juga adalah amat digalakkan agar memberi nama yang baik kepada anak yang baru lahir seperti saranan Rasulullah saw dalam hadis: ِ ِ ِ ‫َْسائِ ُكم وأ َْْس ِاء‬ ِ ‫َْسَائَ ُك ْم‬ ْ ‫َح ِسنُوا أ‬ ْ ‫آَبئ ُك ْم فَأ‬ َ َ َ ْ َْ ‫إنَّ ُك ْم تَ ْدعُو َن يَ ْوَم القيَ َامة ِِب‬ Artinya: “Sesungguhnya kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu” (HR. Abi Daud, no. 2838) Disunatkan juga bersedekah perak sebanyak timbangan rambut bayi itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda saw: َّ ‫أ‬ َّ ِ‫صدَّقِى بَِوْزنِِه ف‬ ً‫َّة‬ َ َ‫َن َرسول هللا ص أ ََمَر فاطمة رضي هللا عنها فقال ِزِِن َشعر احلسني َوت‬ ‫َوأ َْعطَى ال َقابِلَةَ ِر ْجل العقيقة‬ Artinya: Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh Fatimah RA dengan berkata: "Timbanglah rambut Husayn dan sedekahkanlah seberatnya dengan perak dan berikanlah kepada bidan sepotong kaki binatang yang di aqiqah."(HR. al-Hakim, no. 4828) Amalan ini mempunyai hikmah dan kelebihan yang pelbagai menyentuh aspek kesihatan dan kemasyarakatan. Membuang rambut bayi yang baru lahir baik bayi tersebut kerana liang-liang rambutnya terbuka menguatkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran. Bersedekah dengan perak seberat timbangan rambut itu pula merupakan satu jaminan sosial untuk membasmi kemiskinan dan 176 Religious Leaders’ Views Living mewujudkan semangat bantu-membantu serta kerjasama dalam masyarakat. (Sudi, 2002) b. Tahnik (membelah mulut) Tahnik adalah perkataan Arab yang berasal dari hannaka iaitu lelangit di dalam mulut. (Ahmad, t.t) Maksud tahnik yang dikehendaki disini adalah meletakkan kurma yan telah dihancurkan di lelangit bayi yang biasanya diistilahkan sebagai membelah mulut oleh masyarakat Islam di Malaysia. Tahnik dilihat seiring metode perubatan Rasulullah saw. Ṭibbun Nabawi merupakan konsep perubatan dan kesihatan yang digunakan oleh umat Islam sebagai salah satu metode perubatan berdasarkan ajaran Rasulullah saw. (Muallifah, 2017) Tujuan asal tahnik adalah memberikan manfaat dan kebaikan terhadap bayi yang baru lahir dari rohani dan jasmaninya. Mendoakan keberkatan dan kebaikan ketika mentahnik bayi merupakan manfaat tahnik dari segi rohaninya. Memasukkan kurma yang sudah dilumatkan dalam mulut merupakan manfaat pada jasmani bayi. Secara umum, kurma mengandungi pelbagai nutrisi yang antaranya zat-zat gula (campuran glukosa, sukrosa, dan fruktosa), protein, lemak, serat, vitamin A, B1, B2, B3, potasium, kalsium, besi, klorin, tembaga, magnesium, sulfur, fosfor, dan beberapa enzim. (Khasanah, 2011) Tahnik adalah amalan Rasulullah saw berdasarkan riwayat Abu Musa ra: ِ ‫ت بِِه النَِِّب ص فَ َس َّماهُ اِبْ َر ِاه َيم َو َحنَّ َكهُ بِتَ َمَرةٍ َوَد َعا لَهُ َِبلبَ َرَك ِة َوَدفَ َعهُ إِ ََل‬ ُ ‫ُول َد ِِل غُ ََل ٌم فَأَتَْي‬ ‫وسى‬ َ ‫َوَكا َن أَ ْكبَ َر َولَ َد أَِِب ُم‬ Artinya: “Aku mendapat seorang anak lelaki maka aku telah membawanya kepada Nabi saw, maka baginda menamakannya dengan Ibrahim, mentahniknya dengan tamar serta mendoakan keberkatan untuknya dan kemudian baginda saw menghulurkannya kepadaku. Dan ia merupakan anak sulung Abu Musa”. (HR. Imam Bukhari, no. 5045) C. Skop dan Metodologi Kajian Skop utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan tentang 177 frasa Living Hadith dan melihat sejauhmana pemahaman dan Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. pengamalan sunnah dari perspektif Living Hadith dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Di samping itu, kajian ini akan merumuskan pengamalan Sunnah samada ianya sah disandarkan kepada Rasulullah saw atau sekadar adat dan budaya masyarakat setempat yang disalah erti sebagai sunnah. Metodologi kajian adalah berdasarkan temu bual lima orang responden yang terdiri daripada mufti, ahli akademik, agamawan yang aktif bersama masyarakat. Pemilihan responden ini adalah berasaskan kepada pengalaman masing-masing dalam bidang berkaitan. Penggunaan tinjauan perpustakaan dengan merujuk dan melakukan analisis serta pembacaan terhadap dokumen-dokumen seperti al-Hadith, buku ilmiah, jurnal berwasit, kertas kerja seminar dan lain-lain sumber yang mempunyai perbincangan mengikut fokus skop kajian. Kaedah temubual lima orang reponden dilakukan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Pendekatan analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Proses analisis data kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur melibatkan beberapa fasa atau prosedur analisis iaitu: 1) transkripsi ialah data yang disalin atau ditranskripsikan kesemua data temu bual yang diperoleh dari rakaman audio MP3 dalam bentuk word dokumen; dan 2) laporan hendaklah ditafsir, diulas dan disebarkan berdasarkan kepada data-data yang diperolehi. (Idris, 2010) D. Pengetahuan Masyarakat Malaysia atas Living Hadis Para ulama terdahulu telah mencapai penilaian dalam penelitian sunnah dan berusaha memelihara, menghafaz dengan tekun, menyebarkan dan menyampaikannya. Pada hari ini umat muslim memikul tanggungjawab dan amanah yang berat untuk menjaga akidah dan harus berkhidmat semula kepada sunnah nabawiyyah untuk menjaga, menyampai, mengamalkan ajarannya dan merealisasikannya. Secara ringkasnya, hasil dapatan kajian ini didapati dari kaedah kajian kualitatif iaitu instrumen temu bual. Dapatan data kualitatif ini digunakan bagi menjawab objektif kajian dijalankan. Pengkaji melampirkan soalan temu bual dan hasil temu bual yang diperolehi daripada lima orang responden. Perkara yang diambil kira dalam membentuk soal 178 Religious Leaders’ Views Living selidik untuk responden adalah latar belakang secara ringkas, tempoh kepakaran, pengetahuan frasa Living Hadith, amalan/aktiviti bersama masyarakat, amalan/aktiviti atas dasar sunnah serta dikeluarkan hujah dan berakhir dengan pandangan bagi meluaskan pengamalan sunnah. 1. Profil Responden Kajian Responden mempunyai profil pendidikan yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai pendidikan peringkat Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Justifikasi pemilihan responden adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam bidang yang berkaitan amalan sunnah dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Keterangan berkaitan latarbelakang pendidikan boleh diperhatikan dalam jadual 1.0. Kesemua responden mempunyai latarbelakang pengajian Islam di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Manakala seorang responden mempunyai latarbelakang pengajian Ilmu Kemanusiaan di peringkat Ph.D. Kelima responden tersebut pernah mempunyai pengalaman belajar di luar negara, sama ada di Mesir atau di Jordan. Jadual 1.0: Pembahagian Sampel Berdasarkan Latar Belakang 179 Bil Soalan R1 S1 : Nyatakan latar belakang secara ringkas Dapatan    Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah Ijazah Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum alIslamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria Doktor Falsafah (Ph.D) di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia R2    Ijazah Sarjana Muda Hadis, al-Azhar Ijazah Sarjana, UM Doktor Falsafah (Ph.D), KUIS R3   Diploma pengajian Islam di KUIS Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Mokhtah, Jordan. Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. R4    Sekolah Menengah Bestari Subang Jaya Melanjutkan pelajaran ke Jordan bahagian Sastera Bahasa Arab minor syariah R5  Ijazah Sarjana Muda fiqh wa usul, Universiti Zarqo’ Jordan 2. Tempoh Kepakaran Jadual 2.0 menunjukkan kategori pekerjaan dan tempoh perkhidmatan responden. Responden terdiri daripada mufti, pensyarah, editor buku (pengkhususan bidang agama), pendakwah bebas dan guru agama yang aktif menjalankan dakwah. Justifikasi pemilihan responden ini bersesuaian dengan pekerjaan mereka yang sentiasa bersama masyarakat di Malaysia, di mana purata tempoh kepakaran masingmasing adalah lima tahun ke atas. Jadual 2.0: Pembahagian Tempoh kepakaran Bil Soalan Dapatan S2 :  Berapa lama tempoh  kepakaran dalam  bidang pekerjaan memegang jawatan sebagai Mufti dalam tempoh 6 tahun. R4  berkhidmat di karangkraf sebagai editor buku dalam tempoh 5 tahun R5  dalam tempoh 17 tahun keseluruhannya, terlibat dalam aktiviti dakwah. R1 R2 R3 berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta dalam tempoh kurang lebih 12 tahun. berkhidmat di Karangkraf ini sebagai editor Kanan penerbitan al-Qur’an dalam tempoh kurang lebih 7 tahun di samping menjadi pendakwah bebas 3. Pengetahuan Terhadap Living Hadith Kajian menunjukkan tidak semua responden mengetahui secara jelas frasa Living Hadith. Dua orang responden mengetahui tentang Living Hadith manakala tiga orang responden tidak maklum tentang Living Hadith, namun begitu mereka berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Oleh sebab itu, sebelum temubual dilaksanakan, satu taklimat 180 Religious Leaders’ Views Living ringkas tentang Living Hadith telah diadakan kepada responden. Di mana Living Hadith adalah fenomena budaya masyarakat yang disandarkan kepada hadis Rasulullah saw. Ia berupa pola perilaku yang merupakan sebahagian dari interaksi umat Islam terhadap hadis. Jadual 3.0 menunjukkan responden sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Living Hadith yang menjadi fokus kajian. Jadual 3.0: Pembahagian Pengetahuan frasa Living Hadith Bil Soalan R1 S3 : Adakah anda tahu tentang frasa Living Hadith? R2 Dapatan  Tidak tahu, dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut “Living hadis ni apa makna?”  Tahu dan memberi pendapat “Living Hadith datang lain..menghidupkan sunnah kan” dari bahasa  Tahu dan memberi pendapat “Living Hadith, ok... pernah..Kalau sayalah secara rendah diri dan sejujurnya, Living Hadith ini kita berada dalam landasan syariat yang sebenar mengikut tunjuk ajar Nabi kita yang mulia saw” R4  Tidak tahu dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut “Owh Living Hadith...sebenarnya saya tak pernah dengar.. sebenarnya ape ye Living Hadith? R5  Tidak tahu dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut “Tidak biasa dengar, tapi bila diterangkan sebentar tadi, oklah..” R3 4. Amalan Keagamaan Bersama Masyarakat Jadual 4.0 menunjukkan amalan keagamaan yang dilakukan responden bersama masyarakat. Berdasarkan temubual dilakukan bersama responden, antara amalan keagamaan yang dilakukan adalah bacaan Yasin, kenduri tahlil, barzanji, maulidurrasul, memelihara janggut, penggunaan tasbih dan amalan menyambut bayi seperti cukur jambul, menamakan anak, tahnik dan melenggang perut. Keseluruhan amalan ini merupakan fenomena amalan keagamaan yang menjadi 181 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. sebahagian dari adat tradisi turun temurun masyarakat Melayu di Malaysia. Jadual 4.0: Amalan Keagamaan Bersama Masyarakat Bil Soalan Dapatan R1 S4 : *tidak dijawab R2 Apakah  pengamalan keagamaan  bersama masyarakat malaysia? R3    R4   Bacaan Yasin & Tahlil “Kalau dekat Johor tu ada buat bacaan Yassin juga...Yassin lepastu dengan tahlil...” Barzanji “orang Johorkan... pahala dia mengeratkan silaturrahim” Amalan menyambut bayi seperti bercukur, menamakan anak dan tahnik “Nabi suruh doa-doa je...Itu pun masa Nabi kata kita bersama suami Isteri ada doa, lepastu masa dapat baby pun ada am amalan dia...cara menyambut baby dengan bercukur, menamakan anak, tahnik itu cara dia...” Maulidurrasul, barzanji, bacaan Yassin, Tahlil cukur jambul, “Contohnya macam Maulidur Rasul, ada sambutan Maulid. Kemudian ada barzanji, kemudian ada bacaan Yasin pada tiap-tiap kali malam jumaat. Kemudian ada lagi apa erm..apa dipanggil cukur jambul apalah, dengan sunnah yang sebenar...” Memelihara janggut “Maksudnya janggut ini menjadi Istilahnya aksesorilah...” Bacaan Yassin “macam yang saya nak bawak mungkin saya nak aaa komen pasal bacaan baca yasin la... Penggunaan tasbih “Lepastu antara yang saya nak kat sinilah ada penggunaan tasbih” 182 Religious Leaders’ Views Living  R5   Kenduri Aqiqah untuk cukur jambul “amalan sunnah yang ustazah terima jemputan ni erm..amalan mencukur jambul” Tahlil “kalau tahlil ni bukan berbentuk jemputan..dia lebih berbentuk ada kematian jiran tetangga datang secara sukarela” Melenggang perut “melenggang perut...kalau ikut aaa dia lain daripada satu masyarakat setempat..dekat tempat ustazah tu pun ada 2,3 cara yang berlainan..matlamat utama dia pun kita dapat cerita yang berlainan...” 5. Amalan Keagamaan yang Menghidupkan Sunnah Rasulullah saw Jadual 5.0 adalah tentang amalan keagamaan yang menghidupkan sunnah Rasulullah saw. Responden mengakui kewujudan amalan keagamaan yang dilakukan oleh masyarakat bagi menghidupkan sunnah seperti bacaan Yassin, kenduri tahlil, memelihara janggut, penggunaan tasbih dan amalan menyambut bayi seperti cukur jambul, menamakan anak dan tahnik. Manakala amalan seperti barzanji, maulidurrasul dan melenggang perut bukan daripada sandaran sunnah Rasulullah saw. Namun begitu, selagi ia tidak melanggar batasan syara’, amalan itu masih boleh diteruskan. Jadual 5.0: Amalan Keagamaan Menghidupkan Sunnah Bil R1 R2 183 Soalan S5 : Adakah amalan keagamaan itu dilakukan atas dasar menghidupkan sunnah Rasulullah saw? Dapatan *tidak dijawab  Bacaan Yassin “Kalau ikut hadisnya yang sunatnya adalah surah al-Kahfi tapi dia tidaklah satu kesalahan yang besar...”  Barzanji “Dia ni sebenarnya, marhaban ni macam suka-suka...macam pergi rumah orang bernasyid...pahala marhaban tu ada...” Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. R3  Amalan menyambut bayi seperti bercukur, menamakan anak dan tahnik “Semua amalan yang disarankan Rasulullah saw ni ada sebabnya....”  Maulidurrasul “Kalau dari sudut umumnya erm tidak ada. Kerana, kalaulah ada, pasti generasi yang paling awal meraikan adalah generasi sahabat. Dan juga akan dirai oleh Tabi’in dan tabi’un dan seterusnya” Barzanji “kita selalu mendengar nabi menyebut alazkar, zikir-zikir dan menjadi kesilapan dan kesalahan apabila kita menganggap qasidah dan barzanji sebagai satu zikir...” Tahlil “Tahlil itu adalah sunnah yang bid’ahnya adalah kenduri arwah.... Memelihara janggut “Yang penting ada sedikit itu untuk kita meraikan sunnah. Jadi bila saya jumpa hadith ini dan saya melihat saya pun tidak ada kekangan, tidak disekat ke apa semua ya. Jadi saya fikir saya boleh berada pada landasan tersebutlah..”    R4   R5 Bacaan Yassin Malam jumaat kan, sebab aaa bukanlah tak ada asal usul baca yasin cuma mungkin sandaran hadithnya tak kuat Penggunaan Tasbih “Lepastu antara yang saya nak kat sinilah ada penggunaan tasbih. Penggunaan tasbih pun macam benda yang khilafiyah la...”  Kenduri Aqiqah untuk cukur jambul “Cukur jambul yang disunnahkan oleh Rasulullah saw pada hari ke tujuh dan pada hari ketujuh tu kita akan bersihkan kepala baby tu bersihlah..bukan potong sikit je kan..kita bersihkan lepastu kita minta dia timbang”  Tahlil 184 Religious Leaders’ Views Living “tahlil ni sebenarnya sangat sinonim dengan masyarakat melayu bila ada kematian..apa hujah kepada masyarakat lebih baik kita halusi amalan tadi daripada kita tolak..Jadi ustzh tengok tahlil ni memang ada sandaran pada hadis...”  Melenggang perut “Dari sudut tadi kita tengok dia punya apa acara-acara dia tu semua pada ustazah ia adalah bid’ah. Yang tidak ada sandaran kepada nas dan khurafatlah dan ia mengarut jugak” 6. Hadis Rasulullah saw yang menjadi sandaran amalan keagamaan. Jadual 6.0 menunjukkan hadis Rasulullah saw yang menjadi sandaran kepada amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Bacaan Yassin: (R2) menyatakan bahawa tidak ada hadis menfokuskan bacaan surah Yassin melainkan surah al-Kahfi, (R4) menyatakan Yassin itu adalah jantung walau bagaimanapun ianya diakui sebagai hadis palsu. Kedua, amalan menyambut bayi: (R2) telah mengeluarkan hadis berkaitan dengan cukur jambul, menamakan bayi dan tahnik menggunakan hadis sahih, (R5) juga menyatakan hadis berkaitan dengan amalan cukur jambul disamping membincangkan dengan lanjut tentang amalan melenggang perut yang tidak mempunyai sandaran dari al-Qur’an dan hadis maka ia jelas hanyalah adat dan turun temurun masyarakat Melayu terdahulu. Ketiga, tahlil: (R4) menyatakan bahawa memang tiada hadis untuk melakukan amalan seperti kenduri sekiranya ia membebani keluarga si mati. Pun begitu membacakan tahlil berbentuk doa itu tidak menjadi satu kesalahan. Keempat, pelihara janggut: (R3) berpendapat bahawa janggut itu adalah aksesori bagi orang lelaki muslim dan mempunyai sandaran kepada hadis. Kelima, penggunaan tasbih: (R4) memberikan pandangannya tentang penggunaan tasbih dalam melakukan zikir dibolehkan dan tidak melanggar syarak berlandaskan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan 185 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. dalam kitab Sunan at-Tirmizi. Keenam, barzanji dan melenggang perut: Amalan yang tiada sandaran pada hadis. Jadual 6.0: Hadis Rasulullah saw yang menjadi sandaran amalan Bil Soalan R1 S6 : R2 Adakah setiap Dapatan *tidak dijawab  pengamalan keagamaan bersandarkan kepada hadis   Bacaan Yassin “Kalau ikut hadisnya yang sunatnya adalah surah al-Kahfi tapi dia tidaklah satu kesalahan yang besar...sbb dia ayat al-Qur’an juga...jadi bila baca surah lain tak dptlah faedahnya sbb nabi x sebut dalam hadis tu.. tapi dia x delah salah...” Barzanji “Dia ni sebenarnya, marhaban ni macam sukasuka...macam pergi rumah orang bernasyid... pahala marhaban tu ada...sbb dia bukan ayat Qur’an...kalau barzanji tu dia puji-puji nabi je...bukan ayat quran pun...” Amalan menyambut bayi seperti bercukur, menamakan anak dan tahnik: a) Bercukur (HR. Abi Daud, no 2838) ِِ ِ ِ ِ ٍ ‫وم َسابِعِ ِه َوُُْيلَ ُق َويُ َس َّمى‬ َ َ‫ُك ُّل غُ ََلم َرهينَةٌ ب َعقي َقته تُ ْذبَ ُح َعنْهُ ي‬ b) Menamakan anak (HR. Abi Daud, no 2838) ِ ِ ‫َْس ِاء‬ ِ ْ ‫القيام ِة ِِب‬ ِ ‫َْسَائَ ُك ْم‬ ْ ‫َح ِسنُوا أ‬ ْ ‫آَبئ ُك ْم فَأ‬ َ َ ‫إنَّ ُك ْم تَ ْدعُو َن يَ ْوَم‬ َ َْ ‫َْسَائ ُك ْم َوأ‬ c) Tahnik (HR. Imam Al-Bukhari, no 5045) ِ‫ولِ َد ِِل ُغ ََلم فَأَتَيت بِِه النَِِّب ص فَس َّماه اِب ر ِاهيم وحنَّ َكه بِتمرةٍ ودعا لَه َِبلب رَكة‬ ُْ ٌ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َْ ُ َ ِ ‫وسى‬ َ ‫َوَدفَ َعهُ إ ََل َوَكا َن أَ ْكبَ َر َولَ َد أَِِب ُم‬ R3  Memelihara janggut “Ada pernah satu ketika, apabila golongan aaa sahabiyyat, golongan wanita-wanita dizaman Rasulullah datang bertanya kepada Aisyah ra, Baginda, kenapa baginda ada janggut ataupun dikalangan suami mereka ada janggut? Maka Aisyah menyebut: “Subhanallazi zaiyana rijalan billihi”. Maha suci Allah menghiasi golongan laki-laki ini dengan janggut...” 186 Religious Leaders’ Views Living R4  Bacaan Yassin “macam kita pernah dengar hadith tu apa surah yasin tu merupakan jantung quran, hati quran. Tu pun aaa hadith daif ataupun palsu. Mungkin ada sebahagian ulama’ yang kata palsu”  Penggunaan Tasbih “Ada ulama yang kata mengharuskanlah ada juga kata ada ulama’ yang mengharamkannya ataupun tidak mengharuskannya antara hujjah yang mengharuskan aaa sebab ada hadith aaa daripada nabi ataupun ada dalam sebahagian sahabat yang menggunakan macam batu dan biji kurma untuk bertasbih. aaa itu antara sandaranlah apa kita penggunaan tasbih tu. aaa sepertimana hadith daripada isteri nabi ye R5  Sofia dia mengatakan Rasulullah melihat dia ada 4000 biji kurma dan menanyakan kepada baginda apa kegunaannya? Sofia kata biji kurma itu digunkan untuk berzikir. Lalu nabi tidak menolak tidak menafikan kata tak boleh kea pa malah dia kata kamu boleh banyak zikir lagi daripada itu. Maksudnya 4000 tu lebih banyak lagi isterinya boleh berzikir...”  Kenduri Aqiqah untuk cukur jambul “seperti Rasulullah saw sebut, “dan nilaikan timbangan tadi dengan nilaian perak....”  Tahlil “yang menyebut tentang hallilu amwalakum bacakan tahlil pada mayat-mayat kamu..jadi amalan tahlil secara keseluruhan itu tidaklah langsung tidak disandarkan pada mana-mana hadis..bahkan ada hadis yang menyebut bacakan tahlil pada mayat...”  Melenggang perut “Owh....dia bukan amalan sunnah...” “Haa...tidak ada sandaran pada hadis...” 187 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. 7. Meluaskan Amalan Sunnah dalam Masyarakat Jadual 7.0 adalah cadangan daripada responde tentang cara meluaskan amalan sunnah dalam masyarakat. Keseluruhan responden amat menggalakkan kajian-kajian berkaitan hadis diperluaskan lagi kepada masyarakat. Perkara ini selari Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab al-Muwatta’: ِ ِ َ ‫َن رس‬ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬ ِ َ‫ال تَرْكت فِي ُكم أَمري ِن لَن ت‬ ‫َّلُّوا َما َََ َّسكْتُ ْم‬ َ َّ ‫ول‬ ْ ْ َ ْ ْ ُ َ َ َ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ق‬ ُ َ َّ ‫َع ْن َمالك أ‬ َِّ ‫ِبِِما كِتاب‬ ‫اَّلل َو ُسنَّةَ نَبِيِ ِه‬ َ َ َ Artinya: “Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (HR. Imam Malik, no. 3) Musuh-musuh Islam sejak dahulu sentiasa berusaha memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha yang mereka lakukan adalah menimbulkan keraguan terhadap hadis setelah gagal menyeleweng al-Qur’an. Maka perlu kepada pencarian ilmu serta belajar bersama guru-guru yang sememangnya pakar dalam bidang ilmu hadis. Penggunaan hadis juga perlu kepada tafsiran-tafsiran ulama tidak boleh digunakan secara logik akal semata. Saranan responden juga adalah berkenaan penggunaan laman sosial bagi penyebaran maklumat berkaitan sunnah. Maka pendekatan mengikut arus teknologi maklumat terkini perlu diperluaskan serta kreatif dalam menarik perhatian ummah. Jadual 7.0: Cara meluaskan amalan sunnah dalam masyarakat Bil R1 Soalan S7 : Nyatakan pandangan bagi meluaskan lagi Dapatan  Memberi saranan dan galakan agar kajian seperti ini dilaksanakan “Pandangan saya bagus,....” 188 Religious Leaders’ Views Living pengamalan sunnah . R2    R3 189 Justifikasi keperluan kajian “Ya, yang ini ni memang sepatutnya macam tu sebab nabi sendiri kata alaikum bisunnati wa sunnati khulafa’ rasyidin.. Nabi kata kamu kena ikut hadis, sunnah aku, dan juga alQur’an.. kalau pegang tak sesat selamalamanya.. hadis dari Imam Malik, maka hadis itu mulzil, taraktum fikum amrain idza tamasaktum bihima.. tu ada riwayat tawasaltum bihima kitaballah wa sunnati.. Penggunaan laman sosial bagi penyebaran maklumat berkaitan sunnah “media sosial, untuk sebarkan benda yang betul....” Kreatif dalam menarik perhatian ummah “amalan sunnah yang sebenarnya dan kita kene sebarkanlah buatlah poster-poster cantikcantik ke, menarik minat org nak tengok kan...org baca-baca org tak nk..lepastu buat dekat masjid, buat game2 ke untuk anak-anak kan...  Selagi tidak bercanggah dengan landasan agama sebenar “maulud nabi, bende tu memang la bid’ah tapi kalau kita tak buat maulid nabi mungkin orang takkan tahu pun nabi lahir bila, masa maulid nabi la nk cerita sifat nabi...”  Kajian hadis yang sebenar menepati dua piawaian menurut Imam al-Nawawi. a) Piawaian yang pertama amal soleh itu adalah amal yang diniatkan kerana Allah bukan kerana selainnya. b) Dan yang kedua amal soleh iaitulah iitiba’un sunnah. Ittiba’un sunnah yang kita amalkan kita aplikasi didalam kehidupan kita, masyarakat kita, keluarga kita akan duduk di atas landasan hadith, maka secara tidak langsung ia akan memberi gambaran kepada kita setiap pekerjaan yang kita buat itu selari dengan apa yang dikehendaki oleh Nabi. Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. R4 R5  Penggunaan hadis perlu kepada tafsiran ulama “Cuma aaa itulah kalau kita nak lihat hadith tu pun kene tengok tafsiran ulama’-ulama’ x boleh sewenang-wenangnya kita menggunakan logik akal semata-mata dan mentafsirkan secara literal kan”  Belajar hadis pada orang atau landasan yang benar “Jadi keutamaan kepada kitalah aaa pada sekarang ni apa-apa mungkin aaa lebih teliti sandarannya dan kepentingan untuk belajar hadith itu sendiri dalam kalangan ustz-ustz dan ilmuan di Malaysia. Bukan sekadar Jemaah ataupun guru tu hanya mendengar terima bulat-bulat, percaya bulat-bulat...”  Buat kajian terlebih dahulu “Malah sebenarnya umat Islam sendiri digalakkan untuk mengkaji, meneliti sesuatu lebih-lebih lagi dalam ibadat kita kan”  Mencari dan mempunyai ilmu hadis “dia kena pada ilmu..semua mesti kene faham hadis..dan pergi belajar hadis..” E. Simpulan Kesimpulan, ajaran Islam terbukti memberi impak dan kesan yang besar kepada kehidupan masyarakat Melayu Islam sehingga menjadi amalan dan tradisi turun temurun masyarakat Islam di Malaysia. Sebagai contoh amalan keagamaan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia seperti bacaan surah Yasin, kenduri tahlil, barzanji, maulidurrasul, memelihara janggut, penggunaan tasbih dan amalan menyambut bayi seperti cukur jambul, menamakan anak, tahnik dan melenggang perut. Kesemua amalan ini adalah berupa fenomena amalan keagamaan yang menjadi sebahagian daripada adat dan tradisi turun temurun masyarakat Islam di Malaysia. Kebanyakan amalan ini jelas mempunyai sandarannya di dalam syarak yang berpaksikan kepada al-Qur’an, sunnah, ijmak dan qiyas, termasuk juga athar para salafussoleh. Pengamalan yang menjadi perbincangan di dalam kajian ini 190 Religious Leaders’ Views Living telah dapat dikenalpasti. Tahap kefahaman berkaitan penggunaan hadis dikalangan responden adalah sangat baik. Yang jelasnya adalah pengamalan yang berlaku berhubungkait dengan sunnah Rasulullah saw masih diamalkan dengan baik oleh masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun begitu, pengamalan yang dilihat berlebihan atau mempunyai unsur tokok tambah perlu dihentikan agar tidak diteruskan oleh generasi-genarasi akan datang. Kepercayaan khurafat dan amalan yang bertentangan dengan sunnah seperti melenggang perut masih dilakukan. Sebahagiannya menerima ajaran nenek moyang dengan penuh yakin tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenarannya disisi Islam. Demikian juga di dalam merumuskan amalanamalan sunnah yang diadatkan oleh masyarakat Islam di Malaysia merupakan pengamalan yang murni dan perlu diterapkan kepada generasi baru dengan syarat tidak menjadikan pengamalan tersebut sebagai perkara wajib atau suatu kemestian di dalam masyarakat. Sebahagiannya menerima ajaran nenek moyang dengan penuh yakin tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenarannya disisi Islam. Demikian juga di dalam merumuskan amalanamalan sunnah yang diadatkan oleh masyarakat Islam di Malaysia merupakan pengamalan yang murni dan perlu diterapkan kepada generasi baru dengan syarat tidak menjadikan pengamalan tersebut sebagai perkara wajib atau suatu kemestian di dalam masyarakat. Tulisan ini berbeda dengan kajian-kajian yang ada yang melihat sesuatu dari sudut pandang boleh dan tidak suatu kebudayaan dari sudut pandang Islam. Tulisan ini menunjukkan bahwa terjadinya asimilasi ajaran agama dengan kebudayaan dalam temuan tersebut menegaskan adanya proses dialog agama dengan realitas dan ruang sosial masyarakat Malaysia. F. Daftar Pustaka Ali, H. (2017). Harmoni antara umat beragama di Indonesia: Kajian perbandingan kerukunan umat Islam dan Hindu di Bali dan Jawa Timur/Mohamad Ali Hisyam. Doctoral Dissertation, University of Malaya. al-Ayid, A. (t.t). al-Munazzamah al-Arabiyyah li al-Tarbiyyah wa al-Thāqafah wa al-Ulūm. al-Mu’jam al-Arābi al-Asasi. 191 Norsaleha Mohd. Salleh, dkk. al-Bakri, Z. M. (2018). Temubual al-Bukhari. (t.t). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Beirut: Dar Ibn Kathir. Haqq, M. M. (2018). Amalan-amalan sunnah yang ditinggalkan masyarakat Melayu. Kertas Kerja Seminar Pemantapan Amalan Sunnah (Sunnah 2018). Anjuran Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya, 13 Disember. Hasrul, M. (2019). Temubual. Idahwati, H. (2019). Ketamadunan Islam dan adat resam: Kajian awal terhadap penerapan amalan-amalan sunnah dalam menyambut kelahiran bayi. Proceeding International Conference on Islam in Malay World (ICON-IMAD IX) 2019. 18-19 Ogos 2019, Krabi, Thailand, pp. 353-379. Idris, N. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. The McGraw Hill Companies: Perpustakaan Negara Malaysia. Joll, M. H. (2015). Khilafiah persoalan dan penjelasan. Inteam Publishing Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. Kalsum, S. U. (2019). Temubual. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khasanah, N. (2011). Kandungan buah-buahan dalam al-qur’an buah tin (ficuscarica l), zaitun (olea europea l), delima (punica granatum l), anggur (vitis vinivera l), dan kurma (phoenix dactylifera l) untuk kesehatan. Jurnal Phenomenon. 1(1). Mahmood, A. R., Salleh, K. H., & Long, A. S. (2009). Penerimaan bukan Islam terhadap proses islamisasi di Malaysia (The acceptance of non-muslim toward islamization process in Malaysia). Jurnal Hadhari: An International Journal, 1(2). Majid, M.K.A., & Rahim, R.A.A., (2006). Islam Hadhari sebagai wahana ilmu untuk kecemerlangan umat Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Mohammad, A. (2008). Sumbangan tamadun Islam dalam kehidupan masyarakat di alam Melayu hingga abad ke 17M. Journal of AlTamaddun, 3(1). Mokhtar, R. A. M., & Sa’ari, C. Z. (2015). Peranan institusi masjid di Sipitang dalam memurnikan adat tradisi masyarakat Kedayan. Sains Humanika, 4(1). Muallifah, A. (2017). Mengurai hadis tahnik dan gerakan anti vaksin. Jurnal Living Hadis, 2(1). al-Naysaburi, A. (t.t), al-Mustadrak cala Ṣaḥīḥayn, Beirut: Dar al-Fikr. Salleh, N. M., Usman, A. H., Wazir, R., Shamsu, L. S. & Burhanudin, N. A. (2019). Analisis status hadith dalam kajian antropologi Living Hadith sarjana Indonesia. Proceeding of the 4th International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith (IMAM 2019), Kajang, Selangor. Shamsudin, R., & Akhir, N. S. M., (2018). Hadis daif: analisis terhadap amalanamalan kerohanian terpilih masyarakat Melayu. Journal Hadis, 8(16). Sofwan, M. A. (2019). Temubual. Soroni, M. K. (2020). Amalan sunat yang menjadi budaya dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Dalam seminar dialog bersama pakar berkaitan dengan 192 Religious Leaders’ Views Living tajuk : penggunaan konsep Living Hadis dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan negara Brunei Darussalam. Anjuran Geran Penyelidikan Living Hadis KUIS, Selangor, 15 Januari. Sudi, S. (2002). Amalan menyambut kelahiran bayi di Klang, Selangor: Kajian menurut perspektif al-Sunnah. Tesis. Ijazah Sarjana. Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith Bahagian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Sudi, S. (2019). Temubual. 193