Jurnals by Dr Md Rozalafri Johori
e-Journal Management and Muamalah
Bidang penulisan skrip semakin berkembang selaras kemunculan stesen-stesen televisyen (TV) yang b... more Bidang penulisan skrip semakin berkembang selaras kemunculan stesen-stesen televisyen (TV) yang baru lantas menyuburkan lagi minat penulis-penulis untuk berkecimpung dalam dunia penulisan skrip. Namun, pelbagai isu masih mengganggu bidang kreatif ini lalu mengundang pelbagai polemik yang membelenggunya sehingga kini tanpa sebarang penyelesaian. Justeru, kajian ini cuba mengetengahkan semula isu-isu yang membelenggu penulis-penulis skrip tempatan dalam menghasilkan karya mereka dengan melakukan kajian secara kualitatif dengan kaedah temuramah secara mendalam dengan seorang informan yang telah berkecimpung dalam bidang ini lebih 30 tahun. Dapatan kajian yang dibincangkan dalam kertas kerja ini diharap dapat membongkar persoalan berkaitan penulisan skrip yang mana memberi manfaat kepada penulis skrip dalam mempersiapkan diri untuk menjadi seorang penulis yang baik. Diharap dengan pendedahan ini, penulis skrip seharusnya berupaya untuk menutup ruang yang membolehkan pihak lain mempertikaikan kredibiliti skrip yang dihasilkan.
Script writing is flourishing in line with the emergence of new television (TV) stations that inculcate writers' interest to get involved in script writing. However, there have been issues which beset this creative field, thus inviting various polemics that continue to impede this field without solutions. Therefore, this study attempted to bring forth the issues that beset local script writers in producing their creative works through an in-depth interview with an informant who had been into scriptwriting for more than thirty (30) years. Hopefully, the findings of this study, discussed in this working paper, will address the issues on script writing. This will benefit script writers in preparing themselves towards becoming competent script writers. This discussion shall help script writers to bridge the gaps and able to enhance the credibility of the produced scripts.
Aliran terkini menunjukkan suatu perkembangan yang mendadak apabila semakin meningkat rancangan t... more Aliran terkini menunjukkan suatu perkembangan yang mendadak apabila semakin meningkat rancangan televisyen (TV) Islamik tempatan diterbitkan dan disiarkan di saluran utama TV tempatan. Namun, perlu disedari bahawa rancangan yang diterbitkan ini bukan semuanya merupakan rancangan TV Islamik kerana terdapat rancangan yang hanya boleh dikategorikan hanya dalam genre representasi Islam sahaja kerana melanggar ketetapan syariah Islamiah. Oleh itu, kertas kerja ini bercadang untuk membincangkan dan memahami pengaruh pandangan dunia (world view) dan falsafah universiti dalam penyuburan fikrah Islamiah dalam diri penerbit rancangan TV Islamik. Kesimpulannya, diharap agar pihak universiti memahami keperluan melahirkan graduan berfikrah Islamik dan agar pihak pengurusan stesen TV hanya membenarkan penerbit yang mempunyai fikrah Islamiah sahaja dalam menerbitkan rancangan bergenre Islamik. Ini kerana keseluruhan konsep rancangan TV Islamik adalah cerminan manifestasi fikrah penerbit yang menghayati Islam dalam kehidupannya.
Current trends signify the increasing of quantity the Islamic TV programs produced by local producer and broadcast on national TV channels.However, certain Islamic TV programs just can be categorized as representations of Islam because anon-sharia compliant content.Therefore, this concept paper intends to discuss and understand the influence of world view and philosophy of the university in the self-cultivation of fikrah in the self of producer. In conclusion, analysis of this concept paper hoped that the university able to produce graduates with fikrah and management of TV station only allows producer with fikrah to produce Islamic TV programme, hence the overall concept of the TV programme is a reflection of the manifestations of fikrah when producer embrace Islam in their lives.
Community development is an important aspect of a country's progress. In line with the main tenet... more Community development is an important aspect of a country's progress. In line with the main tenets of Islam, the development of a Muslim community should not be focused only on the worldly aspects, but needs to be balanced, taking into account the afterlife thus attaining holistic self-improvement (al-falah). An individual can contribute to the betterment of human development through the practice of good morals, but to achieve societal development as a whole, an entity should be given the responsibility of administrating community development. In Malaysia, the entity responsible for administration of the development of the society based on the Islamic Syariah is a state’s Islamic Religious Council (MAIN). thus, this study focuses on the responsibilities and role of the Selangor state Islamic Religious Council (MAIS) in the development of the community. A total of 275 questionnaires were distributed to the respondents who have had dealings with MAIS, where the results obtained indicated that the respondents have a deep understanding of the function of MAIS in the development of the community. Furthermore, the results obtained shed light on the fact that the efforts of societal and community development undertaken by MAIS are in line with the main tenets of the Syariah, namely the reserving of the sanctity of religion, property, life, lineage and intellect.
Privatisation Policy (1983) has urged television (TV) stations to compete for their survival in g... more Privatisation Policy (1983) has urged television (TV) stations to compete for their survival in generating income from advertising. Furthermore, this policy has imposed TV Al Hijrah in a dilemma because of its establishment as a non-profit TV station is based on Islamic Absorption Values Policy (1985), which was contained in Islam Hadhari Policy (2003). Therefore, this study attempts to comprehend the influence of political economy of Sharia compliant advertising of TV Al Hijrah for its strict and controlled conditions while increasing the advertising income. Based on the interview sessions with a producer and executive producer of TV Al Hijrah, the researchers found that, the influence of political economy is important towards the Interpretation of Sharia Compliant, Sharia Compliant Products and Social Responsibility Advertising. In conclusion, the influence of political economy towards Sharia compliant policy will strengthen the policy so that it can be understood as one of the Islamic requirements in Muslims daily life, including the publishing and viewing of the advertisements.
Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan radio sebagai medium pendidi... more Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan radio sebagai medium pendidikan Islam bukan formal. Radio merupakan media elektronik yang berpengaruh dan fleksibel kerana ia berupaya mendidik, membujuk, menghibur dan menyampaikan makumat. Ia mempunyai khalayak pendengar yang ramai dan merupakan antara media pilihan, terutama di Negeri Sembilan menerusi siaran radio tempatan - Radio NEGERIfm. Walau bagaimanapun, program bermanfaat yang berbentuk pendidikan Islam masih kurang dari segi kuantiti dan kualitinya, sedangkan kajian mendapati bahawa sambutan kepada rancangan agama sangat memberangsangkan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu sebanyak 700 borang soal selidik telah diedarkan kepada pendengar Radio NEGERI.fm di seluruh Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 506 borang selidik telah dikembalikan oleh responden. Hasil analisis kajian mendapati bahawa pendengar yang menggunakan radio untuk mempelajari Islam secara bukan formal berada pada tahap sederhana tinggi. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkat kualiti kandungan siaran agar lebih bermanfaat dan mempunyai nilai ilmiah. Misalnya, dicadangkan agar sesi wawancara bersama tokoh-tokoh akademik dan budayawan tempatan terus dipergiat.
Research Reports by Dr Md Rozalafri Johori
MAIS adalah sebuah institusi yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Islam di Malaysia se... more MAIS adalah sebuah institusi yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya dan di Selangor secara khususnya. Namun kini, MAIS menjadi perhatian ramai terutamanya rakyat di negeri Selangor atas beberapa isu yang berada di bawah bidang kuasanya. Isu-isu tersebut telah menjadikan MAIS sebagai bahan perbincangan dalam kalangan masyarakat yang berkepentingan dengan isu-isu tersebut dan memberi kesan terhadap persepsi masyarakat terhadap MAIS. Maka, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kefahaman dan persepsi masyarakat terhadap MAIS secara jelas. Sebanyak 750 set soal selidik telah diedar kepada responden meliputi tiga daerah di negeri Selangor, iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak. Hasil kajian mendapati kefahaman responden terhadap fungsi MAIS adalah mendalam. Manakala persepsi responden terhadap perkhidmatan MAIS adalah sederhana. Antara isu utama yang dikaitkan oleh responden terhadap MAIS adalah isu kalimah Allah, tanah wakaf dan kebajikan muallaf. Secara keseluruhannya, 83% responden bersetuju bahawa MAIS telah berjaya menyelesaikan isu-isu yang dikaitkan dengan MAIS.
Book Chapters by Dr Md Rozalafri Johori
Penerbit UKM, 2019
Pengenalan
Dalam pengiklanan, istilah media merujuk kepada medium komunikasi seperti akhbar, maj... more Pengenalan
Dalam pengiklanan, istilah media merujuk kepada medium komunikasi seperti akhbar, majalah, radio, televisyen (TV), papan iklan (billboard), brosur, dan Internet. Pengiklan menggunakan media dengan sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej komersial kepada penonton sasaran mereka. Media pula beroperasi pada tahap yang berbeza yang mana bergantung kepada bayaran pengiklanan untuk menampung kos operasi mereka. Di medium penyiaran seperti TV, penonton menghabiskan sejumlah masa yang lama untuk menonton, namun sering diganggu oleh iklan dan ini bagi memastikan setiap penonton mendapat mesej pengiklan (Ford-Hutchinson & Rothwell, 2002; Moore & Lutz, 2000). Ini kerana TV adalah sumber yang paling berkuasa dalam pengiklanan (Grant & O'Connor 2005; Jasperson & Yun 2007) dan juga merupakan media yang tinggi kemungkinan untuk diingati dan dibincangkan oleh penonton (FordHutchinson dan Rothwell 2002). Ini disahkan oleh beberapa kajian yang menunjukkan tindak balas yang baik terhadap iklan TV yang mempunyai hubungan perbelanjaan komersial yang sepadan (Ford-Hutchinson & Rothwell, 2002).
Daripada sudut ekonomi dalam mempengaruhi penonton, menurut Teori Penyuburan (cultivation theory) yang diperkenalkan oleh George Gerbner (1969), yang menyatakan bahawa pendedahan yang berterusan selama 2 jam atau lebih daripada 4 jam terhadap mesej tertentu daripada media boleh mempengaruhi dan mengubah pendapat, sikap dan tingkah laku seseorang. Ini dapat dijadikan asas jika penonton di Malaysia terdedah dengan kandungan periklanan patuh syariah, pastinya ia berjaya menanamkan nilai-nilai murni dalam diri penonton. Begitu juga sebaliknya, lebih-lebih lagi iklan TV sangat efektif apabila sering diulang tayang di kaca TV. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat pengiklan dalam berperanan sebagai agen yang membantu pihak kerajaan untuk sama-sama membina masyarakat yang berakhlak, berfikiran murni, mempunyai hala tuju yang jelas serta membentuk suasana negara yang aman dan sejahtera. Selain itu, bagi menjaga kandungan iklan dan mengekang pengaruh negatif daripada iklan yang bertentangan dengan sosiobudaya tempatan, kerajaan telah memperkenalkan Kod Etika Pengiklanan yang berkuatkuasa 1 Oktober 1998. Kod ini bertujuan untuk melindungi kepentingan sosial dan ekonomi agar kehendak masyarakat, nilai dan sosiobudaya masyarakat tidak terancam. Kod Etika Pengiklanan adalah garis panduan kepada semua stesen-stesen penyiar untuk digunapakai ke atas iklan-iklan komersial. Antara kandungan penting kod ini ialah iklan tidak boleh mengandungi apa-apa penyampaian secara oral atau visual yang bercanggah atau menghina kesopanan masyarakat Malaysia. Iklan juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat yang mana iklan haruslah jujur, benar dan betul. Malah, iklan juga hendaklah peka terhadap suasana dalam masyarakat yang berbilang agama, kaum dan adat dan tidak menyinggung perasaan anggota masyarakat. Perkembangan ini adalah sesuatu perkembangan yang sihat kerana TV sebagai medium visual, yang terbukti berkesan untuk menyampaikan mesej agama dengan menghasilkan kandungan penerbitan yang lebih menarik dalam masa yang sama meningkatkan jumlah tontonan (Zulkiple, 1998).
Melihat kepada perkembangan semasa, kandungan penyiaran iklan kini mula berubah kepada lebih Islamik apabila terdapatnya iklan wanita bertudung, walaupun merupakan iklan syampu rambut. Diakui media Malaysia pada hari ini lebih beretika berbanding pada sepuluh atau dua puluh tahun lepas yang menunjukkan peningkatan yang tinggi jumlah penerbitan patuh syariah (Marina, 2011).
Oleh itu, berdasarkan perkembangan dalam penerbitan iklan-iklan patuh syariah di saluran TV Islam, diharap bab ini mampu mengupas dan memberi pencerahan tentang fenomena periklanan di saluran TV Islam dan pengaruh ekonomi politik terhadapnya. Secara khusus, ia mampu untuk menjelaskan cabaran-cabaran dan sokongan yang menjadi pemangkin kepada penerbitan iklan patuh syariah.
Jabatan Pengajian Dakiwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, 2014
Proceedings by Dr Md Rozalafri Johori
UMK Press, 2018
Sejak kewujudan saluran Astro Oasis dan tertubuhnya TV Al Hijrah, rancangan TV Islam bukan lagi s... more Sejak kewujudan saluran Astro Oasis dan tertubuhnya TV Al Hijrah, rancangan TV Islam bukan lagi sesuatu yang asing dalam industri TV di Malaysia. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa pengaruh ekonomi politik negara yang telah mencorakkan sejarah perkembangan rancangan TV Islam yang dipelopori oleh RTM dan JAKIM. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk merekod catatan secara kronologi dan membincangkan secara kritis perkembangan industri penyiaran TV Islam kesan daripada pengaruh ekonomi politik Malaysia sepanjang perkembangannya. Artikel ini ditulis hasil dapatan daripada kaedah kajian kualitatif yang dianalisis secara interpretif terhadap pengaruh ekonomi politik yang berkaitan dengan perkembangan sejarah penyiaran TV Islam. Hasil kajian mendapati bahawa sejarah penyiaran TV Islam Malaysia terbahagi kepada empat era iaitu (1) era TV Malaysia, (2) era kebangkitan Islam, (3) era Dasar Penswastaan dan (4) era Islam Hadhari. Kesimpulan daripada kajian sejarah ini, didapati bahawa perkembangan penyiaran TV Islam merupakan pengaruh ekonomi politik hasil daripada perubahan lanskap politik negara, kemerosotan ekonomi global, perubahan dasar kerajaan, perkembangan teknologi
dan globalisasi yang turut mempengaruhi arah tuju penyiaran TV di Malaysia secara
langsung.
« e-Proceeding 4th IRMIC 2017 e-Proceeding 5th IRMIC 2018, 2018
Penyiaran kandungan media adalah satu aktiviti komunikasi massa yang membabitkan proses pengumpul... more Penyiaran kandungan media adalah satu aktiviti komunikasi massa yang membabitkan proses pengumpulan dan penerbitan bahan-bahan yang bersesuaian serta berkaitan dengan berita atau maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat agar difahami dan dihayati. Namun, sehingga kini tiada garis panduan yang standard terhadap penyiaran kandungan media yang sesuai disiarkan ketika negara dilanda bencana dan kematian tokoh atau pembesar Islam. Justeru, kajian ini ingin merangka garis panduan asas penyiaran kandungan media oleh stesen TV di negara ini ketika negara menghadapi kejadian tersebut. Kajian kualitatif ini mendapatkan maklumat daripada informan dengan menggunakan reka bentuk kajian secara perbincangan meja bulat dengan panel terpilih dalam kalangan pembuat dasar, ilmuan Islam dan pengamal media. Kemudian maklumat tersebut disusuli dengan triangulasi dengan data utama yang diperolehi daripada temu bual secara mendalam dengan pembuat dasar, ilmuan Islam dan pengamal media. Hasil kajian mendapati bagi fenomena tersebut, garis panduan penyiaran perlu dalam tiga fasa utama penyiaran kandungan media yang mana terdiri daripada persediaan kandungan media pra kejadian, kandungan media semasa kejadian dan kandungan media selepas kejadian. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pengamal media dalam usaha memurnikan kandungan siaran ketika negara dilanda bencana dan kematian tokoh atau pembesar Islam berdasarkan prinsip dan nilai Islam sejagat dalam kerangka Malaysia.
Kata kunci: kandungan media, garis panduan, bencana negara.
E-PROCEEDING INTERNATIONAL CONFERENCE ON POSTGRADUATE RESEARCH 2016 (ICPR2016), 2016
ABSTRAK Komunikasi adalah suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Semenjak darip... more ABSTRAK Komunikasi adalah suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Semenjak daripada peringkat awal kehadiran manusia di muka bumi ini, manusia memerlukan suatu sistem yang mengatur perhubungan antara sesama mereka. Kertas kerja konsep ini bertujuan untuk membincangkan Korpus Komunikasi Quranik sebagai asas untuk mencadangkan pembinaan Model Komunikasi Islam yang Efektif. Perbincangan awal ini menumpukan kepada objektif untuk mengenalpasti perkataan (kalimah), pengajaran (ibrah) dan ayat Quran yang berkaitan dengan elemen dan proses komunikasi. Al-Quran mengandungi yang mengandungi 6,236 ayāt dan dibahagikan kepada 114 bab atau surah ini merupakan saluran komunikasi, antara Allah sebagai pencipta dengan hambaNya. Hasil kajian awal ini mendapati bahawa Al-Quran menggunakan perkataan yang berbeza untuk menggambarkan aktiviti komunikasi, misalnya: yuridu, ya " muru, yasya, kutiba, yaqdzi and fi " il amri sebagai usaha memahami kandungan Quran dan menyampaikannnya kepada semua insan. Konstruk-konstruk yang boleh dijadikan bukti asas tentang al-Quran sebagai panduan berkomunikasi ialah; " bacalah " (al-" Alaq: 1-2), " berkata " (alMaidah: 115), " belajar " (Ali Imran: 79), " menjelaskan penemuan " (al-Furqan: 33), " bertindak " (al-Furqon: 52), " katakanlah " (al-mukmin:66) dan " menyelidik " (al-Hujurat:6). Justeru, pemahaman terhadap elemenkomunikasi yang diperkenalkan oleh Barat adalah relevan untuk didefinisikan malahdikonseptualisasi semula berdasarkan wahyu al-Quran yang merupakan " anugerah khas " buat umat Rasulullah SAW. Kata kunci: konstruk komunikasi, tabayyun, Qur " CC Model 1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kebanyakan masalah sosial dan organisasi yang timbul kebelakangan ini hadir akibat ketidakpuasan hati dalam sesebuah perhubungan kesan daripada komunikasi yang tidak berhemah dalam kalangan manusia. Kejayaan dalam komunikasi adalah sangat bergantung kepada kebolehan seseorang menyampaikan maklumat dan mengetengahkan ideanya kepada orang lain. Komunikasi yang berkesan seringkali menatijahkan perhubungan yang lebih
ABSTRAK Hari Perkabungan Negara yang pertama kalinya diadakan di Malaysia pada 22 Ogos 2015 merup... more ABSTRAK Hari Perkabungan Negara yang pertama kalinya diadakan di Malaysia pada 22 Ogos 2015 merupakan suatu bentuk penghormatan negara susulan istiadat yang dilakukan di Netherland, Belanda yang menghormati kepulangan jenazah mangsa MH17. Kertas kerja ini akan membincangkan proses pembuatan keputusan dalam gerak kerja penerbitan siaran Hari Perkabungan Negara di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selain itu perbincangan ini juga akan menjelaskan bagaimana prosidur pelaporan berita berdasarkan Editorial Chain. Kaedah kajian ini dijalankan secara temu bual mendalam yang telah dijalankan bersama Pengarah saluran TV RTM dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Semasa RTM pada 20 Ogos 2015. Hasil kajian mendapati pembuatan keputusan oleh RTM adalah berdasarkan SOP yang telah dirangka di peringkat dalaman bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM). Selain itu kajian turut mendapati bahawa wujudnya kebebasan kandungan media di RTM yang memberikan prioriti terhadap kesahihan berita dan mengutamakan nilai berita (news value) yang tinggi terutamanya yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat.
ABSTRAK Sejarah tragedi 2014, pastinya sukar untuk dilupakan oleh rakyat di negara ini, apabila s... more ABSTRAK Sejarah tragedi 2014, pastinya sukar untuk dilupakan oleh rakyat di negara ini, apabila satu demi satu tragedi menimpa negara ini. Bermula dengan kehilangan misteri pesawat MH370, diikuti pesawat MH17 yang ditembak jatuh di perbatasan Ukraine-Russia, banjir besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan pesawat QZ8501 terhempas di perairan Indonesia menambahkan derita kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit. Fokus masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap semua insiden ini begitu menggalakkan. Semua stesen televisyen di negara ini bertanggungjawab menyebarkan maklumat terkini kepada penontonnya. Kertas kerja ini bercadang untuk melihat pendekatan pelaporan berita daripada stesen televisyen AlHijrah yang turut menyiarkan berita musibah itu. Kaedah kajian yang digunakan untuk perbincangan ini adalah temu bual terfokus bersama responden kajian mengguna pakai instrumen temu bual yang memfokuskan kepada konstruk pelapor (AlHijrah). Hasil kajian mendapati stesen televisyen AlHijrah mempunyai pendekatan tersendiri dalam melaporkan berita ini bagi menyokong corak pelaporannya. Tegasnya AlHijrah sentiasa menjaga kredibiliti setiap laporannya melalui laporan berita yang disiarkan. PENGENALAN Walaupun telah setahun berlalu, tragedi udara yang membabitkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di perbatasan Ukraine-Russia pada tahun 2014 masih lagi menjadi topik perbualan masyarakat tempatan dan antarabangsa lantaran status penembaknya masih menjadi misteri dan tanda tanya. Bagi kaum keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi berdarah ini, mereka masih berharap pihak yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan.
Kajian ini akan membincangkan konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak dengan men... more Kajian ini akan membincangkan konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak dengan mengetengahkan definisi, konteks, amalan dan hukum berdasarkan dalil syarak. Turut disorot adalah upacara atau istiadat tertentu yang menjadi nilai sejagat dalam menzahirkan rasa simpati atau hormat terhadap mangsa musibah atau tragedi. Metod kajian ini lebih tertumpu kepada kajian kepustakaan dengan merujuk perbendaharaan teks fiqh klasik dan kontemporari.
Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22
Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu berkaitan perkabungan ini.
MAIS adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan hal ehwal agama Is... more MAIS adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan hal ehwal agama Islam dan menjunjung amanah untuk memastikan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan umat Islam dilaksanakan. Dalam menggalas tugas ini, pelbagai isu khususnya hal ehwal agama Islam perlu ditangani dengan baik oleh MAIS agar martabat agama Islam terpelihara. Namun, tahun 2014 dan sebelumnya
menyaksikan beberapa isu hal ehwal agama Islam dimainkan di dada akhbar dan siaran media sedikit sebanyak membuatkan institusi ini turut terpalit dan perlu memberi maklumbalas untuk meredakan keadaan serta memberikan penjelasan
kepada orang awam. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab MAIS sebagai badan organisasi yang diberi mandat oleh DYMM Sutan dan mengenalpasti isu-isu agama yang berada dibawah tanggungjawab MAIS. Hasil
kajian mendapati masyarakat mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab MAIS namun, masih terdapat kekeliruan di pihak masyarakat terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan MAIS. Kajian ini turut mencadangkan beberapa inisiatif untuk MAIS mengambil langkah dalam membina kesatuan ummah bersama masyarakat dan seterusnya bersama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor ini.
Tahun 2014 menyaksikan negara Malaysia menghadapi pelbagai tragedi yang melanda negara dan telah ... more Tahun 2014 menyaksikan negara Malaysia menghadapi pelbagai tragedi yang melanda negara dan telah mendapat liputan yang meluas oleh media tempatan mahupun antarabangsa. Dalam mendepani situasi tragedi yang tidak diduga ini, menjadi tanggungjawab stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan berita mengenai tragedi tersebut secara terus menerus kepada orang awam. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan membincangkan pendekatan dan usaha dengan
memfokuskan pola pelaporan berita daripada salah satu saluran TV satelit sebagai salah satu stesen berita tempatan yang bertanggungjawab menyiarkan berita musibah yang melanda ketika itu. Kaedah kajian yang digunakan untuk
perbincangan ini adalah temubual terfokus bersama beberapa responden kajian mengguna pakai instrumen temubual yang memfokuskan dua konstruk utama iaitu konstruk penonton dan konstruk pelapor untuk menentu sah pelaporan berita
musibah daripada Astro Awani. Hasil kajian mendapati Astro Awani mempunyai pendekatan yang tersendiri seperti persediaan dari segi kajian terhadap tokoh-tokoh penting negara, menempatkan wartawan di lokasi tragedi untuk liputan
secara langsung dan juga mendapatkan temu bual daripada pakar-pakar mengenai tragedi tersebut di studio. Kesimpulannya Astro Awani berusaha membina kredibiliti saluran siarannya melalui berita yang disiarkan termasuklah berita musibah negara.
Penerbitan rancangan televisyen (TV) patuh syariah merupakan antara syarat baru bagi membolehkan ... more Penerbitan rancangan televisyen (TV) patuh syariah merupakan antara syarat baru bagi membolehkan pinjaman kewangan disalurkan oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA) terhadap permohonan daripada syarikat penerbitan. Namun begitu, syarat ini mendapat kritikan daripada Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang disuarakan oleh Presidennya yang turut disertai Naib Presiden, Setiausaha beberapa ahli jawatankuasa melalui satu sidang akhbar khas. Oleh itu, kertas kerja konsep ini ini bercadang untuk memahami bantahan yang dikemukakan oleh penerbit-penerbit TV yang disuarakan melalui pertubuhan tersebut. Hasil penelitian mendapati bahawa bantahan terhadap syarat patuh syariah ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya, (1) ketidakjelasan syarat patuh syariah, (2) keperluan pengolahan naratif, (3) kefahaman Islam yang cetek, (4) persepsi negatif terhadap patuh syariah, (5) polisi stesen TV penyiar dan (6) Isu pembelian murah. Kesimpulannya, walaupun amalan patuh syariah merupakan tuntutan Islam sebagi suatu cara hidup, namun pihak yang bertanggungjawab perlu memberi kefahaman kepada penerbit tentang syarat ini dan menyatakan secara jelas dan bertulis setiap syarat tersebut.
Uploads
Jurnals by Dr Md Rozalafri Johori
Script writing is flourishing in line with the emergence of new television (TV) stations that inculcate writers' interest to get involved in script writing. However, there have been issues which beset this creative field, thus inviting various polemics that continue to impede this field without solutions. Therefore, this study attempted to bring forth the issues that beset local script writers in producing their creative works through an in-depth interview with an informant who had been into scriptwriting for more than thirty (30) years. Hopefully, the findings of this study, discussed in this working paper, will address the issues on script writing. This will benefit script writers in preparing themselves towards becoming competent script writers. This discussion shall help script writers to bridge the gaps and able to enhance the credibility of the produced scripts.
Current trends signify the increasing of quantity the Islamic TV programs produced by local producer and broadcast on national TV channels.However, certain Islamic TV programs just can be categorized as representations of Islam because anon-sharia compliant content.Therefore, this concept paper intends to discuss and understand the influence of world view and philosophy of the university in the self-cultivation of fikrah in the self of producer. In conclusion, analysis of this concept paper hoped that the university able to produce graduates with fikrah and management of TV station only allows producer with fikrah to produce Islamic TV programme, hence the overall concept of the TV programme is a reflection of the manifestations of fikrah when producer embrace Islam in their lives.
Research Reports by Dr Md Rozalafri Johori
Book Chapters by Dr Md Rozalafri Johori
Dalam pengiklanan, istilah media merujuk kepada medium komunikasi seperti akhbar, majalah, radio, televisyen (TV), papan iklan (billboard), brosur, dan Internet. Pengiklan menggunakan media dengan sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej komersial kepada penonton sasaran mereka. Media pula beroperasi pada tahap yang berbeza yang mana bergantung kepada bayaran pengiklanan untuk menampung kos operasi mereka. Di medium penyiaran seperti TV, penonton menghabiskan sejumlah masa yang lama untuk menonton, namun sering diganggu oleh iklan dan ini bagi memastikan setiap penonton mendapat mesej pengiklan (Ford-Hutchinson & Rothwell, 2002; Moore & Lutz, 2000). Ini kerana TV adalah sumber yang paling berkuasa dalam pengiklanan (Grant & O'Connor 2005; Jasperson & Yun 2007) dan juga merupakan media yang tinggi kemungkinan untuk diingati dan dibincangkan oleh penonton (FordHutchinson dan Rothwell 2002). Ini disahkan oleh beberapa kajian yang menunjukkan tindak balas yang baik terhadap iklan TV yang mempunyai hubungan perbelanjaan komersial yang sepadan (Ford-Hutchinson & Rothwell, 2002).
Daripada sudut ekonomi dalam mempengaruhi penonton, menurut Teori Penyuburan (cultivation theory) yang diperkenalkan oleh George Gerbner (1969), yang menyatakan bahawa pendedahan yang berterusan selama 2 jam atau lebih daripada 4 jam terhadap mesej tertentu daripada media boleh mempengaruhi dan mengubah pendapat, sikap dan tingkah laku seseorang. Ini dapat dijadikan asas jika penonton di Malaysia terdedah dengan kandungan periklanan patuh syariah, pastinya ia berjaya menanamkan nilai-nilai murni dalam diri penonton. Begitu juga sebaliknya, lebih-lebih lagi iklan TV sangat efektif apabila sering diulang tayang di kaca TV. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat pengiklan dalam berperanan sebagai agen yang membantu pihak kerajaan untuk sama-sama membina masyarakat yang berakhlak, berfikiran murni, mempunyai hala tuju yang jelas serta membentuk suasana negara yang aman dan sejahtera. Selain itu, bagi menjaga kandungan iklan dan mengekang pengaruh negatif daripada iklan yang bertentangan dengan sosiobudaya tempatan, kerajaan telah memperkenalkan Kod Etika Pengiklanan yang berkuatkuasa 1 Oktober 1998. Kod ini bertujuan untuk melindungi kepentingan sosial dan ekonomi agar kehendak masyarakat, nilai dan sosiobudaya masyarakat tidak terancam. Kod Etika Pengiklanan adalah garis panduan kepada semua stesen-stesen penyiar untuk digunapakai ke atas iklan-iklan komersial. Antara kandungan penting kod ini ialah iklan tidak boleh mengandungi apa-apa penyampaian secara oral atau visual yang bercanggah atau menghina kesopanan masyarakat Malaysia. Iklan juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat yang mana iklan haruslah jujur, benar dan betul. Malah, iklan juga hendaklah peka terhadap suasana dalam masyarakat yang berbilang agama, kaum dan adat dan tidak menyinggung perasaan anggota masyarakat. Perkembangan ini adalah sesuatu perkembangan yang sihat kerana TV sebagai medium visual, yang terbukti berkesan untuk menyampaikan mesej agama dengan menghasilkan kandungan penerbitan yang lebih menarik dalam masa yang sama meningkatkan jumlah tontonan (Zulkiple, 1998).
Melihat kepada perkembangan semasa, kandungan penyiaran iklan kini mula berubah kepada lebih Islamik apabila terdapatnya iklan wanita bertudung, walaupun merupakan iklan syampu rambut. Diakui media Malaysia pada hari ini lebih beretika berbanding pada sepuluh atau dua puluh tahun lepas yang menunjukkan peningkatan yang tinggi jumlah penerbitan patuh syariah (Marina, 2011).
Oleh itu, berdasarkan perkembangan dalam penerbitan iklan-iklan patuh syariah di saluran TV Islam, diharap bab ini mampu mengupas dan memberi pencerahan tentang fenomena periklanan di saluran TV Islam dan pengaruh ekonomi politik terhadapnya. Secara khusus, ia mampu untuk menjelaskan cabaran-cabaran dan sokongan yang menjadi pemangkin kepada penerbitan iklan patuh syariah.
Proceedings by Dr Md Rozalafri Johori
dan globalisasi yang turut mempengaruhi arah tuju penyiaran TV di Malaysia secara
langsung.
Kata kunci: kandungan media, garis panduan, bencana negara.
Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22
Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu berkaitan perkabungan ini.
menyaksikan beberapa isu hal ehwal agama Islam dimainkan di dada akhbar dan siaran media sedikit sebanyak membuatkan institusi ini turut terpalit dan perlu memberi maklumbalas untuk meredakan keadaan serta memberikan penjelasan
kepada orang awam. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab MAIS sebagai badan organisasi yang diberi mandat oleh DYMM Sutan dan mengenalpasti isu-isu agama yang berada dibawah tanggungjawab MAIS. Hasil
kajian mendapati masyarakat mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab MAIS namun, masih terdapat kekeliruan di pihak masyarakat terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan MAIS. Kajian ini turut mencadangkan beberapa inisiatif untuk MAIS mengambil langkah dalam membina kesatuan ummah bersama masyarakat dan seterusnya bersama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor ini.
memfokuskan pola pelaporan berita daripada salah satu saluran TV satelit sebagai salah satu stesen berita tempatan yang bertanggungjawab menyiarkan berita musibah yang melanda ketika itu. Kaedah kajian yang digunakan untuk
perbincangan ini adalah temubual terfokus bersama beberapa responden kajian mengguna pakai instrumen temubual yang memfokuskan dua konstruk utama iaitu konstruk penonton dan konstruk pelapor untuk menentu sah pelaporan berita
musibah daripada Astro Awani. Hasil kajian mendapati Astro Awani mempunyai pendekatan yang tersendiri seperti persediaan dari segi kajian terhadap tokoh-tokoh penting negara, menempatkan wartawan di lokasi tragedi untuk liputan
secara langsung dan juga mendapatkan temu bual daripada pakar-pakar mengenai tragedi tersebut di studio. Kesimpulannya Astro Awani berusaha membina kredibiliti saluran siarannya melalui berita yang disiarkan termasuklah berita musibah negara.
(MARA) terhadap permohonan daripada syarikat penerbitan. Namun begitu, syarat ini mendapat kritikan daripada Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang disuarakan oleh Presidennya yang turut disertai Naib Presiden, Setiausaha beberapa ahli jawatankuasa melalui satu sidang akhbar khas. Oleh itu, kertas kerja konsep ini ini bercadang untuk memahami bantahan yang dikemukakan oleh penerbit-penerbit TV yang disuarakan melalui pertubuhan tersebut. Hasil penelitian mendapati bahawa bantahan terhadap syarat patuh syariah ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya, (1) ketidakjelasan syarat patuh syariah, (2) keperluan pengolahan naratif, (3) kefahaman Islam yang cetek, (4) persepsi negatif terhadap patuh syariah, (5) polisi stesen TV penyiar dan (6) Isu pembelian murah. Kesimpulannya, walaupun amalan patuh syariah merupakan tuntutan Islam sebagi suatu cara hidup, namun pihak yang bertanggungjawab perlu memberi kefahaman kepada penerbit tentang syarat ini dan menyatakan secara jelas dan bertulis setiap syarat tersebut.
Script writing is flourishing in line with the emergence of new television (TV) stations that inculcate writers' interest to get involved in script writing. However, there have been issues which beset this creative field, thus inviting various polemics that continue to impede this field without solutions. Therefore, this study attempted to bring forth the issues that beset local script writers in producing their creative works through an in-depth interview with an informant who had been into scriptwriting for more than thirty (30) years. Hopefully, the findings of this study, discussed in this working paper, will address the issues on script writing. This will benefit script writers in preparing themselves towards becoming competent script writers. This discussion shall help script writers to bridge the gaps and able to enhance the credibility of the produced scripts.
Current trends signify the increasing of quantity the Islamic TV programs produced by local producer and broadcast on national TV channels.However, certain Islamic TV programs just can be categorized as representations of Islam because anon-sharia compliant content.Therefore, this concept paper intends to discuss and understand the influence of world view and philosophy of the university in the self-cultivation of fikrah in the self of producer. In conclusion, analysis of this concept paper hoped that the university able to produce graduates with fikrah and management of TV station only allows producer with fikrah to produce Islamic TV programme, hence the overall concept of the TV programme is a reflection of the manifestations of fikrah when producer embrace Islam in their lives.
Dalam pengiklanan, istilah media merujuk kepada medium komunikasi seperti akhbar, majalah, radio, televisyen (TV), papan iklan (billboard), brosur, dan Internet. Pengiklan menggunakan media dengan sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej komersial kepada penonton sasaran mereka. Media pula beroperasi pada tahap yang berbeza yang mana bergantung kepada bayaran pengiklanan untuk menampung kos operasi mereka. Di medium penyiaran seperti TV, penonton menghabiskan sejumlah masa yang lama untuk menonton, namun sering diganggu oleh iklan dan ini bagi memastikan setiap penonton mendapat mesej pengiklan (Ford-Hutchinson & Rothwell, 2002; Moore & Lutz, 2000). Ini kerana TV adalah sumber yang paling berkuasa dalam pengiklanan (Grant & O'Connor 2005; Jasperson & Yun 2007) dan juga merupakan media yang tinggi kemungkinan untuk diingati dan dibincangkan oleh penonton (FordHutchinson dan Rothwell 2002). Ini disahkan oleh beberapa kajian yang menunjukkan tindak balas yang baik terhadap iklan TV yang mempunyai hubungan perbelanjaan komersial yang sepadan (Ford-Hutchinson & Rothwell, 2002).
Daripada sudut ekonomi dalam mempengaruhi penonton, menurut Teori Penyuburan (cultivation theory) yang diperkenalkan oleh George Gerbner (1969), yang menyatakan bahawa pendedahan yang berterusan selama 2 jam atau lebih daripada 4 jam terhadap mesej tertentu daripada media boleh mempengaruhi dan mengubah pendapat, sikap dan tingkah laku seseorang. Ini dapat dijadikan asas jika penonton di Malaysia terdedah dengan kandungan periklanan patuh syariah, pastinya ia berjaya menanamkan nilai-nilai murni dalam diri penonton. Begitu juga sebaliknya, lebih-lebih lagi iklan TV sangat efektif apabila sering diulang tayang di kaca TV. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat pengiklan dalam berperanan sebagai agen yang membantu pihak kerajaan untuk sama-sama membina masyarakat yang berakhlak, berfikiran murni, mempunyai hala tuju yang jelas serta membentuk suasana negara yang aman dan sejahtera. Selain itu, bagi menjaga kandungan iklan dan mengekang pengaruh negatif daripada iklan yang bertentangan dengan sosiobudaya tempatan, kerajaan telah memperkenalkan Kod Etika Pengiklanan yang berkuatkuasa 1 Oktober 1998. Kod ini bertujuan untuk melindungi kepentingan sosial dan ekonomi agar kehendak masyarakat, nilai dan sosiobudaya masyarakat tidak terancam. Kod Etika Pengiklanan adalah garis panduan kepada semua stesen-stesen penyiar untuk digunapakai ke atas iklan-iklan komersial. Antara kandungan penting kod ini ialah iklan tidak boleh mengandungi apa-apa penyampaian secara oral atau visual yang bercanggah atau menghina kesopanan masyarakat Malaysia. Iklan juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat yang mana iklan haruslah jujur, benar dan betul. Malah, iklan juga hendaklah peka terhadap suasana dalam masyarakat yang berbilang agama, kaum dan adat dan tidak menyinggung perasaan anggota masyarakat. Perkembangan ini adalah sesuatu perkembangan yang sihat kerana TV sebagai medium visual, yang terbukti berkesan untuk menyampaikan mesej agama dengan menghasilkan kandungan penerbitan yang lebih menarik dalam masa yang sama meningkatkan jumlah tontonan (Zulkiple, 1998).
Melihat kepada perkembangan semasa, kandungan penyiaran iklan kini mula berubah kepada lebih Islamik apabila terdapatnya iklan wanita bertudung, walaupun merupakan iklan syampu rambut. Diakui media Malaysia pada hari ini lebih beretika berbanding pada sepuluh atau dua puluh tahun lepas yang menunjukkan peningkatan yang tinggi jumlah penerbitan patuh syariah (Marina, 2011).
Oleh itu, berdasarkan perkembangan dalam penerbitan iklan-iklan patuh syariah di saluran TV Islam, diharap bab ini mampu mengupas dan memberi pencerahan tentang fenomena periklanan di saluran TV Islam dan pengaruh ekonomi politik terhadapnya. Secara khusus, ia mampu untuk menjelaskan cabaran-cabaran dan sokongan yang menjadi pemangkin kepada penerbitan iklan patuh syariah.
dan globalisasi yang turut mempengaruhi arah tuju penyiaran TV di Malaysia secara
langsung.
Kata kunci: kandungan media, garis panduan, bencana negara.
Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22
Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu berkaitan perkabungan ini.
menyaksikan beberapa isu hal ehwal agama Islam dimainkan di dada akhbar dan siaran media sedikit sebanyak membuatkan institusi ini turut terpalit dan perlu memberi maklumbalas untuk meredakan keadaan serta memberikan penjelasan
kepada orang awam. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab MAIS sebagai badan organisasi yang diberi mandat oleh DYMM Sutan dan mengenalpasti isu-isu agama yang berada dibawah tanggungjawab MAIS. Hasil
kajian mendapati masyarakat mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab MAIS namun, masih terdapat kekeliruan di pihak masyarakat terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan MAIS. Kajian ini turut mencadangkan beberapa inisiatif untuk MAIS mengambil langkah dalam membina kesatuan ummah bersama masyarakat dan seterusnya bersama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor ini.
memfokuskan pola pelaporan berita daripada salah satu saluran TV satelit sebagai salah satu stesen berita tempatan yang bertanggungjawab menyiarkan berita musibah yang melanda ketika itu. Kaedah kajian yang digunakan untuk
perbincangan ini adalah temubual terfokus bersama beberapa responden kajian mengguna pakai instrumen temubual yang memfokuskan dua konstruk utama iaitu konstruk penonton dan konstruk pelapor untuk menentu sah pelaporan berita
musibah daripada Astro Awani. Hasil kajian mendapati Astro Awani mempunyai pendekatan yang tersendiri seperti persediaan dari segi kajian terhadap tokoh-tokoh penting negara, menempatkan wartawan di lokasi tragedi untuk liputan
secara langsung dan juga mendapatkan temu bual daripada pakar-pakar mengenai tragedi tersebut di studio. Kesimpulannya Astro Awani berusaha membina kredibiliti saluran siarannya melalui berita yang disiarkan termasuklah berita musibah negara.
(MARA) terhadap permohonan daripada syarikat penerbitan. Namun begitu, syarat ini mendapat kritikan daripada Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang disuarakan oleh Presidennya yang turut disertai Naib Presiden, Setiausaha beberapa ahli jawatankuasa melalui satu sidang akhbar khas. Oleh itu, kertas kerja konsep ini ini bercadang untuk memahami bantahan yang dikemukakan oleh penerbit-penerbit TV yang disuarakan melalui pertubuhan tersebut. Hasil penelitian mendapati bahawa bantahan terhadap syarat patuh syariah ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya, (1) ketidakjelasan syarat patuh syariah, (2) keperluan pengolahan naratif, (3) kefahaman Islam yang cetek, (4) persepsi negatif terhadap patuh syariah, (5) polisi stesen TV penyiar dan (6) Isu pembelian murah. Kesimpulannya, walaupun amalan patuh syariah merupakan tuntutan Islam sebagi suatu cara hidup, namun pihak yang bertanggungjawab perlu memberi kefahaman kepada penerbit tentang syarat ini dan menyatakan secara jelas dan bertulis setiap syarat tersebut.
mendapat liputan yang meluas oleh media tempatan dan antarabangsa kerana pertama kali membabitkan protokol dan diplomasi antarabangsa.