Academia.eduAcademia.edu

Konsep Perkabungan Dan Takziah Menurut Perspektif Syarak

Kajian ini akan membincangkan konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak dengan mengetengahkan definisi, konteks, amalan dan hukum berdasarkan dalil syarak. Turut disorot adalah upacara atau istiadat tertentu yang menjadi nilai sejagat dalam menzahirkan rasa simpati atau hormat terhadap mangsa musibah atau tragedi. Metod kajian ini lebih tertumpu kepada kajian kepustakaan dengan merujuk perbendaharaan teks fiqh klasik dan kontemporari. Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu berkaitan perkabungan ini.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 KONSEP PERKABUNGAN DAN TAKZIAH MENURUT PERSPEKTIF SYARAK * Muhammad Subari Ramli, Maffuza Salleh, Zulkifli Aini, Mohd Daly Daud, Rahmahtunnisah Hj Sailin, Md Rozalafri Johori, Sulaiman Salleh, Khairiamri Ahmad. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Jabatan Mufti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini akan membincangkan konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak dengan mengetengahkan definisi, konteks, amalan dan hukum berdasarkan dalil syarak. Turut disorot adalah upacara atau istiadat tertentu yang menjadi nilai sejagat dalam menzahirkan rasa simpati atau hormat terhadap mangsa musibah atau tragedi. Metod kajian ini lebih tertumpu kepada kajian kepustakaan dengan merujuk perbendaharaan teks fiqh klasik dan kontemporari. Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu berkaitan perkabungan ini. Kata Kunci: Hari Perkabungan Negara, Ihdad, perkabungan, tafakur, takziah PENGENALAN Tahun 2014 seakan menjadi tahun kesedihan buat rakyat Malaysia. Pengisytiharan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Perkabungan Negara bersempena ketibaan jenazah mangsa pesawat MH 17 ke tanah air telah membuka mata banyak pihak. Tragedi ini menambah lagi duka sedia ada dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada 8 Mac sebelum itu. Ini telah menjadi sejarah hitam industri penerbangan negara. Derita tragedi ini ditambah lagi dengan bencana banjir besar di Kelantan lewat tahun 2014. Rakyat Malaysia secara umumnya agak terkejut dengan insiden dan tragedi ini sehingga sebahagian besarnya bersimpati dan mengambil inisiatif membantu dari pelbagai sudut. Kerajaan Malaysia sedaya upaya menangani tragedi ini dengan dibantu oleh jentera pentadbiran kerajaan dan swasta. Antara yang menjadi tumpuan ialah aspek sokongan moral, spiritual, emosi dan psikologi terhadap pihak yang terlibat secara langsung dengan tragedi ini. Bantuan kaunseling, khidmat nasihat sosial dan rawatan trauma pasca bencana diberikan termasuklah pengisytiharan Hari Perkabungan Negara dan juga kempen bantuan kemanusiaan. Istiadat perkabungan melalui moment of silence, bertafakkur, bendera separuh tiang dan sebagainya menyerlahkan lagi motif memberi hormat dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat. Malah ia juga sebagai satu keresmian hubungan diplomatik antara negara. 1 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 METODOLOGI KAJIAN Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menyorot data teks klasik dan kontemporari untuk melihat konsep perkabungan, takziah dan amalan yang dianjurkan oleh syarak. Memilih rujukan yang berkaitan bidang Tafsir, Hadis dan Fiqh yang mewakili mazhabmazhab fiqh sedia ada. Kebiasaannya isu perkabungan disusun dalam bab Talak (perceraian) atau pengurusan jenazah termasuk juga hubungan sosial antara muslim dan Dzimmi. Rujukan kontemporari disorot melalui himpunan fatwa tokoh fiqh semasa khususnya dari Timur Tengah seperti Syeikh Muhammad Umar al-‘Uthaimin, Ibn Baz dan lain-lain. Laman sesawang agensi berautoriti seperti JAKIM turut dijadikan rujukan alternatif dalam kajian ini. Pemerhatian terhadap istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014 serta beberapa ketetapan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia turut menjadi fokus kajian ini. Kaedah perbandingan dilakukan secara umum antara pendapat para ulamak mazhab, fatwa individu dan pihak yang berautoriti. Metod perbandingan ini sangat efisien dalam memberi pandangan alternatif dalam bidang fiqh khususnya ketika suasana semasa yang banyak berubah dan tidak lagi boleh konsisten dengan pandangan sesuatu mazhab sahaja1. Metod ini jugalah yang banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap mazhab-mazhab lain yang sebenarnya lebih rajih (jelas) dan relevan dalam sesuatu isu. ISTILAH PERKABUNGAN Istilah perkabungan diambil dari kata dasar kabung iaitu sejenis kain lilit putih yang dipakai di kepala sebagai tanda dukacita khususnya kerana kemangkatan raja atau sesorang2. Ia juga dirujuk sebagai perihal, perlakuan atau keadaan berkabung yang memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita khususnya akibat kematian. Pengertian yang sama juga diguna pakai dalam bahasa Indonesia sebagai rumpun bahasa yang sama3. Dalam konteks perkabungan negara pula, ia biasanya dirujuk kepada kesedihan akibat kehilangan seseorang individu penting atau kehilangan yang ramai dan dianggap mengesani masa depan negara tersebut4. Menurut Syarak, Ihdad atau Hadad memberi makna perkabungan. Diambil dari perkataan arab ( ّ‫ ) حَد‬yang bermaksud memakai pakaian perkabungan yang dipanggil Hidad5. Ia juga membawa maksud meninggalkan perhiasan (berhias, bersolek, berwangian) dan memakai Hidad (pakaian perkabungan berwarna gelap atau kusam)6 sebagai gambaran kepada kesedihan dan iddah7. Perkabungan lebih dirujuk kepada situasi isteri yang kematian suami. Al-Asqalani menyatakan tentang perkabungan iaitu mengelak daripada sebarang bentuk perhiasan tubuh dan pakaian termasuk wangian, menerima pinangan atau perkara-perkara yang mendorong kepada 1 Al-Asyqar, Sulaiman et.al (1996), Masail fi al-Fiqh al-Muqarin, Jordan:Dar al-Nafais, m.s 13 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (2007), Kamus Dewan, Ed. 4, Cet. 2, Kuala Lumpur : DBP, m.s 649, lihat juga Zainal Abidin Safarwan (1995), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, m.s 657 3 Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), www.kbbi.web.id 4 Lihat temuramah dalam BBC NEWS. 2104. Pakistan mourns after Taliban Peshawar school messacre. BBC NEWS 17 Disember 2014. http://www.bbc.com/news/world-europe-31493764. dirujuk pada 23 Mac 2015 5 al-Ba’albakiy, Ruhi (1995), al-Mawrid, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayiin, m.s 455 6 Ibrahim Mustafa et.al (1989), al-Mu’jam al-Wasit, Istanbul : Dar al-Da’wah, m.s :160 7 Ibn Manzur, (1997), Lisan al-‘Arab, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, jld. 3, m.s 82 2 2 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 perkahwinan selama tempoh 4 bulan 10 hari8. Ia merupakan satu amalan wajib yang dikira sebagai ibadah, tanda dukacita dan penghormatan kepada si mati. Sebahagian fuqaha berpendapat tentang Ihdad juga turut melibatkan kaum keluarga terdekat si mati dengan tidak melebihi 3 hari9, namun ia masih menjadi polemik hukum di kalangan para Fuqaha. Ia lebih merujuk kepada tempoh memulihara naluri kesedihan manusia dan kejutan akibat kematian. Walaupun jelas penggunaan istilah perkabungan hanya dikaitkan dengan kematian, namun penggunaannya dalam konteks syarak dan istilah melayu agak berbeza. Syarak lebih fokus kepada isteri yang kematian suami atau kematian kerabat terdekat manakala istilah melayu lebih merujuk kepada kemangkatan raja, ketua negara atau sesuatu tragedi yang meibatkan kehilangan nyawa yang ramai. ISTILAH TAKZIAH Amalan takziah amat sinonim dengan suasana dukacita, musibah, kematian dan sebagainya sama ada di peringkat diri sendiri atau pihak lain yang berkait dengannya. Kerana itu setiap individu yang ditimpa musibah secara langsung atau mereka yang mendengar akan perkara musibah tersebut, perlu beristirja’10 terlebih dahulu sebagai terapi jiwa dalam menerima ketentuan Allah. Ia juga melambangkan kebersamaan iman dan kepercayaan, perkongsian emosi terhadap kehilangan serta kesediaan bersama menerima realiti. Kalimah takziah memberi maksud pernyataan turut bersedih oleh pihak ketiga yang tidak terlibat secara langsung dengan keadaan tersebut atau belasungkawa11. Perkataan ini dipinjam dari perbendaharaan bahasa arab ‘Azza’ ( ) yang bermaksud sabar atas kehilangan. Ta’ziyyah ( ) bermaksud Taqwiyyah ( ) iaitu menguatkan. Ia relatif dengan proses menguatkan jiwa individu yang terlibat dengan musibah sehinga berasa terpujuk dan terleka dari merasai kesedihan tersebut 12. Al-Dardir memberi takrifannya sebagai menasihatkan agar bersabar dengan menjanjikan pahala kebaikan dari Allah serta mendoakan pihak yang terlibat13. Manakala Ibn Qudamah mendefinisikannya sebagai meringankan tekanan mereka yang terlibat, menunaikan hak-hak mereka dan mendampingi mereka untuk tujuan tersebut. HUKUM PERKABUNGAN Syarak mengetengahkan isu perkabungan dan takziah sebagai suatu ibadah dan bukan sekadar adat yang menjaga kepentingan sosial. Malah ia juga dikaitkan dengan adab dan akhlak mulia ketika menghadapi situasi yang mendukacitakan. Berihdad bagi isteri yang kematian suami 8 Al-Asqalaniy, Ahmad bin Ali bin Hajar (2000), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhariy, Cet. 3, Beirut : Dar alkutub al-‘Ilmiyyah, jld. 9, m.s.605, hadis no, 5335 9 Al-Gahamrawiy, Muhammad al-Zuhri (1993), Anwar al-Masalik Syarh ‘Umdah al-Salik Wa ‘Uddah al-Nasik, Damsyiq: Dar al-Taba’ah, ms. 181 10 Melafazkan ‫ إنا ه وإنا إليه راجعون‬bermaksud sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya jugalah kami kembali. Lihat Said Yusuf Mahmud Abu Aziz, (2010), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim li al-Usrah, Kaherah : Dar alTawfiqiyyah li al-Turath, m.s :90 11 DBP (2007), Op.cit. m.s 1579 12 Al-‘Uthaimin, Muhammad bin Saleh, (2006), Ahkam al-Jana’iz, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, m.s. 362 13 Ibn Abidin, Muhammad Amin bin Umar, (2000), Hasyiah Ibn ‘Abidin Radd al-Muhtar Ala al-Dur al-Mukhtar, Damsyik : Dar al-Thaqafah wa al-Turath , jld. 10, m.s 354 3 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 selama 4 bulan 10 hari adalah wajib. Penetapan hukum ini adalah berdasarkan dalil nas al-Quran, hadis dan Ijmak14. Maksud firman Allah (ayat 234, surah al-Baqarah) : “….dan isteri-isteri yang kematian suaminya hendaklah mereka menahan diri (ihdad) selama 4 bulan 10 hari”. Hadis riwayat al-Bukhari15; Bermaksud : tidak boleh bagi seorang wanita yang mengimani Allah dan Hari Akhirat untuk berihdad melebihi 3 hari melainkan ke atas kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari. Ijmak ulamak juga memuktamadkan hukum wajib berihdad kepada isteri yang kematian suami selama tempoh tersebut tanpa sebarang pengecualian sama ada si isteri beragama Islam atau Ahli Kitab, dewasa atau kanak-kanak, waras atau gila, merdeka atau hamba16. Berdasarkan hadis ini juga, terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan perkabungan kematian kerabat terdekat selama 3 hari17 . Walaupun hukum ini tidak disepakati ulamak, namun dari sudut praktikalnya ia menepati keperluan waris terdekat si mati (selain isteri) seperti ibubapa, anak dan adik beradik dari sudut perkongsian emosi kesedihan, persiapan menampung kekurangan punca pendapatan, lebihan tugasan dan tanggungjawab serta urusan-urusan lain akibat kehilangan luar jangka. Haram berkabung melebihi tempoh tersebut18 berdasarkan maksud umum hadis sebelum ini. Secara logiknya, tidak perlu memanjangkan tempoh kesedihan sedangkan kehidupan perlu diteruskan tanpa si mati. Tidak terdapat sebarang nas yang merujuk kepada hukum perkabungan lain selain daripada yang dinyatakan sebelum ini. Sekiranya ada, itu adalah adat kebiasaan atau istiadat tertentu yang khusus dan tidak boleh dianggap sebagai ibadah. Malah sebahagian ulamak berpendapat ia adalah bid’ah dan diada-adakan19. Perkabungan istiadat seperti yang berlaku hari ini (Istiadat Perkabungan Diraja, kematian tokoh negara, Hari Perkabungan Negara) merupakan suatu yang baru dan tidak terdapat dalam nas al-Quran atau Hadis. Ia lebih merujuk kepada adat setempat, adat golongan tertentu atau keperluan politik dan diplomatik. Secara prinsipnya, ia sangat dekat kepada hukum harus sepertimana kaedah Fiqh yang bermaksud “Asal bagi sesuatu itu adalah harus”20 dan “Adat menjadi penentu hukum” 21 selagimana tiada nas yang melarangnya. Namun begitu, ia perlu diikat dengan syarat- syarat lain yang mempunyai sandaran dalil. Al-Jaziri, Abd al-Rahman, (1986), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Cet.7, Kaherah : Dar Ihya’ alTurath al-‘Arabiy, jld.4, m.s. 532-539 15 Lihat al-Bukhari, hadis no.5335, Muslim (1486), al-Tirmizi (1195) 16 Abd al-Karim Zaydan, (1997), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Syaria’ah alIslamiyyah, Cet.3, Beirut : Muassasah al-Risalah, jld.4, m.s 221 17 Lihat al-Syarbainy, Syams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib, (1994), Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld. 5, m.s 104; Al-Ghamrawiy, (1993), Op.cit, m.s. 181 18 ‘Atiyyah Saqar, (2002), Fatawa wa Ahkam li al-Mar’ah al-Muslimah, Kaherah : Maktabah Wahbah, m.s 175 19 Ibid. 20 Al-Ahdal, Abd al-Hadi Dhiya al-Din Ibrahim Muhammad bin al-Qasim, (t.t), al-Aqmar al-Mudiah Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Kuala Lumpur : Fajar Ulung, m.s 89 14 4 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 HUKUM TAKZIAH Hukum takziah pula adalah sunat yang sangat dituntut (Sunat Muakkad) sebagai tanda simpati sesama ahli masyarakat apatah lagi jiran tetangga atau sahabat handai. Hadis Nabi menyebut22 : Maksudnya : sesiapa yang mengucap/memberi takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka ganjarannya sama sepertimana ganjaran kebaikan (orang yang ditimpa musibah tersebut). Malah tiada halangan untuk mengucapkannya kepada pihak yang terlibat walaupun tidak dikenali tanpa ada sempadan bangsa atau agama. Galakan ini termasuklah mengucapkannya kepada sekalian ahli keluarga si mati tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan dengan menjaga batas pergaulan. Malah disarankan agar memberi takziah kepada pihak yang paling terkesan dengan kematian atau musibah tersebut23. Sungguhpun begitu, syarak melarang untuk memberi doa kebaikan atau mohon keampunan Allah sekiranya ucapan takziah ini ditujukan kepada yang bukan muslim berdasarkan nas surah al-Tawbah ayat 113-114. TEMPOH PERKABUNGAN Tempoh Ihdad isteri yang kematian suami berlanjutan sehingga 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Tempoh ini adalah muktamad berdasarkan dalil al-Quran sebelum ini. Ihdad kematian keluarga terdekat adalah selama 3 hari tanpa wajib mematuhi larangan sepertimana wanita yang kematian suami. Cukup sekadar menzahirkan rasa dukacita atas kematian tersebut. Sebahagian ulamak memberi status haram berkabung melebihi 3 hari atas kematian kerabat24. Hari Perkabungan Negara adalah satu pemasyhuran baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini25. 22 Ogos 2014 diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia sebagai tarikh perkabungan nasional, tanpa cuti umum atau cuti peristiwa. Tempoh ini tidak dipanjangkan untuk beberapa hari seterusnya. Pengisytiharan ini juga bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Belanda yang disambut dengan penuh istiadat oleh pihak kerajaan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan lain-lain. Al-Nadwiy, Abu Hasan ‘Ali, (1998), al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Cet. 4, Damsyiq: Dar al-Qalam, m.s 27 Al-Mubarakfury, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim, (t.t) Tuhfah al-Akhwaziy, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld. 2, m.s 385, hadis no. 1789. 23 Al-Mawardiy, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib, (1994), al-Hawiy al-Kabir, Beirut : Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, jld. 3, m.s.65-66 24 ‘Atiyyah Saqar, (2002), Op.cit. 25 Berdasarkan sorotan sejarah nasional dengan beberapa tragedi seperti tragedi pesawat MAS terhempas di Tanjung Kupang Johor 1977, tragedi runtuhan Highland Tower 1992, beberapa bencana alam seperti tsunami, banjir besar, kemalangan serta kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan sultan negeri-negeri, tokoh negarawan dan sebagainya. Pengisytiharan ini juga merupakan yang pertama seumpamanya yang melibatkan peringkat nasional untuk semua peringkat masyarakat awam. Hasan Mohd Noor dalam artikel “Perkabungan, Jalur Gemilang, Melayu”, Utusan Online, 25 Ogos 2014, http//:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/2014082 21 22 5 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 WAKTU DAN TEMPOH TAKZIAH Ibn al-Naqib berpendapat sunat mengucapkan takziah dalam tempoh 3 hari dari tarikh kematian26. Walaupun tiada nas yang menyebut secara langsung berkaitan tempoh ini, para ulamak mengintepretasi adat kebiasaan tentang tahap kesedihan yang kritikal adalah dalam tempoh ini serta kelangsungan hidup yang perlu diteruskan tanpa memanjangkan kesedihan sedia ada. Takziah kematian boleh diucapkan bermula sejurus selepas kematian sehinggalah hilang tanda-tanda kesedihan di kalangan waris si mati. Sama ada sebelum atau selepas pengkebumian tidaklah menjadi halangan mengucapkan takziah27. Tidak terhad dalam tempoh 3 hari dari tarikh kematian malah dibolehkan (harus) untuk mengucapkan takziah sejurus mendapat tahu berita kematian tersebut walaupun ia telah lama berlaku. Memberi ucapan takziah selepas pengkebumian adalah lebih afdal. Ini disebabkan pihak waris si mati yang berasa lebih sedih sejurus pengkebumian kerana ia dianggap sebagai waktu perpisahan sebenar dengan si mati. Tambahan pula, tempoh sebelum pengkebumian para waris akan sibuk untuk menguruskan jenazah dan tidak sesuai mengucapkan takziah ketika itu akibat kesibukan mereka28. Berdasarkan objektif takziah adalah untuk meringankan tekanan, kesedihan dan kehilangan, adalah tidak wajar malah makruh mengulang-ulanginya setiap kali bertemu khususnya apabila kesedihan dan tekanan itu telah mula reda29. Paparan media khususnya media elektronik berkaitan tragedi MH370, MH17 dan Banjir Kuning yang dibuat secara berkala dan konsisten dalam tempoh yang panjang adalah sesuatu yang boleh dibahaskan. Walaupun liputan tragedi melalui berita, dokumentari, wawancara, sorotan sejarah dan sebagainya dilakukan dengan mengambilkira faktor tumpuan penonton dan isu yang masih “panas”, namun perlu diambilkira sensitiviti pihak waris yang sedang menanggung kesedihan akibat tragedi ini. Ucapan takziah di media tidak perlu berlanjutan sehingga mengambil tempoh berbulan-bulan lamanya kerana secara asasnya, tragedi ini telah diketahui umum dan tidak perlu menambah trauma kesedihan yang sepatutnya semakin berkurang. CARA IHDAD DAN BERKABUNG Perlaksanaan ihdad menurut syarak adalah dengan mematuhi segala saranan dan larangan sepanjang tempoh ihdad. Larangan yang paling asas ialah memakai perhiasan diri sama ada dengan bermekap, berwangian, memakai pakaian yang bergemerlapan, berwarna-warni atau cantik dan memakai barang kemas. Dalam konteks mengelakkan berhias melalui pakaian, warna gelap atau kusam boleh digunakan. Selain itu, perhubungan sosial agak terhad ketika berihdad. Tidak boleh keluar rumah sesuka hati tanpa keperluan khususnya menghadiri perhimpunan yang bermotifkan leasure (santai) apatah lagi hiburan. Malah menghadiri kenduri-kendara juga boleh dihadkan kepada wakil pengganti diri untuk mengelakkan fitnah. Kelonggaran hanya diberikan dalam keadaan tertentu (darurat) seperti keselamatan yang tidak terjamin di rumah yang didiami, keluar rumah kerana keperluan rutin seperti membeli makanan atau bekerja, mengelakkan Dinukilkan oleh al-Ghamrawiy, (1993), Op.cit; lihat juga Ibn ‘Abidin, (2000), Op.cit, m.s. 355 Ibn Baz, Abd al-‘Aziz bin ‘Abdallah bin ‘Abd al-Rahman bin Baz, (2000), Majmuk Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah, cet.2, Riyadh: Dar Asda’ al-Mujtamak, jld.13, ms.379 28 Ibn ‘Abidin, (2000), Op.cit. m.s 604 29 Al-‘Uthaimin, (2006), Op.cit. m.s 364 26 27 6 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 bencana seperti kebakaran dan sebagainya30. Dalam tempoh ini juga, si isteri tidak boleh menerima sebarang bentuk lamaran perkahwinan apatah lagi mengemukakan tawaran lamaran31. Perkabungan dalam konteks amalan dan istiadat nasional di Malaysia seperti perkabungan Diraja dan Hari Perkabungan Negara dilakukan mengikut istiadat tertentu. Secara prinsipnya, syarak menetapkan agar perkabungan ini tidak menyerupai mana-mana ritual agama lain seperti menyalakan lilin, meratap, mengenakan pakaian keagamaan tertentu, bacaan atau nyayian khusus dan sebagainya32. Ibrahim al-Dabbu menambah, malah mengiringi mayat seorang kafir juga adalah dilarang dikhuatiri berlakunya Tasyabbuh bi al-Kuffar (menyerupai ritual agama mereka)33. BENTUK DAN MEDIUM UCAPAN TAKZIAH Ucapan takziah pada asasnya merupakan kaunseling kerohanian terhadap waris si mati. Dalam sorotan hadis berkaitan ucapan ini, didapati bahawa sebahagiannya berkait dengan konteks individu yang menerima ucapan dan keadaan kematian yang dihadapi. Sebahagian ucapan takziah Nabi SAW secara langsung menyebut nama si mati, doa kepada si mati, doa kepada warisnya dan sifat keagungan Allah SWT. Dengan ucapan bersifat kontekstual sebegini, maka perlu keselarian antara pengamalannya dengan keadaan musibah kematian tersebut. Jangan disebut sesuatu perkara yang tidak realistik dan boleh menambah lagi kesedihan mereka yang menghadapinya. Semua ungkapan yang diucapkan menjurus kepada peneguhan emosi dan psikologi sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadisnya : Bermaksud: sesungguhnya sesuatu yang diambil atau diberi itu semua milik Allah, semua bagiNya ada tempoh yang tertentu, maka bersabarlah dan mengharaplah kebaikan daripadanya34. Begitu juga sabdanya: Bermaksud : Semoga Allah memberkati kamu dengan apa yang berbaki (dalam milik kamu), dan memberi kamu ganjaran atas apa yang telah pergi/musnah. 30 Al-Syawkaniy, Muhammad bin Ali, (2003), al-Darari al-Mudiyyah Syarh al-Durar al-Bahiyyah, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, m.s.228; al-Syarbainiy, (1994), Op.cit, m.s 107 31 Abd al-Karim Zaydan, (1997), Op.cit, m.s. 220 32 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Syams al-Din Muhammad bin Abu Bakr, (2005), Ahkam Ahl al-Dzimmah, Kaherah:Dar al-Hadith, jld. 2, m.s 495 33 Ibrahim al-Dabbu et.al, (2010), al-Islam wa Qadaya al-‘Asr, (t.tpt): Dar al-Makmun, m.s 171; Ibn Qayyim alJawziyyah, (2005), Op.cit. m.s 495-497. 34 Lihat al-Bukhari, hadis no.80; Muslim., hadis no.636 7 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 Kesemua ungkapan takziah ini adalah doa yang mampu mengembalikan mereka yang ditimpa musibah kematian ini kembali memahami realiti sesuatu sepertimana doa yang selalu diamalkan ini; Bermaksud : semoga Allah menggandakan ganjaran kamu, dan mengelokkan kesedihan kamu dan Allah mengampuni kematian/ jenazah itu. Ungkapan takziah dan doa ini diajukan langsung kepada waris si mati secara lisan, ditulis, dipapar dan sebagainya. Pelbagai medium boleh digunakan untuk menzahirkan rasa kesedihan bersama ini. Media percetakan, elektronik dan digital boleh digunakan untuk menyampaikan mesej takziah. Para ulamak juga tidak menetapkan sesuatu tempat bagi mengucapkannya35 sama ada di rumah, masjid, tempat kerja, jalanraya atau sebagainya. HASIL KAJIAN Berdasarkan sorotan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh diketengahkan dalam isu perkabungan dan takziah ini. Antaranya ialah: 1. Kalimah dan definisi perkabungan, ihdad dan takziah Definisi perkabungan dalam bahasa Melayu adalah lebih umum berbanding makna Ihdad dalam perbendaharaan Fiqh. Ini mungkin disebabkan amalan adat yang lebih awal diamalkan berbanding amalan syarak yang sebenar. Adat perkabungan telah lama diamalkan oleh kerajaan dan kesultanan Melayu36 sebelum kedatangan Islam dan ia menjadi kefahaman asas bagi masyarakat setempat. Peminjaman atau pertindanan makna yang tidak sempurna antara kalimah “perkabungan” dengan makna Ihdad serba sedikit mengelirukan kefahaman masyarakat. Adat perkabungan DiRaja misalnya adalah sangat berbeza dengan perkabungan isteri yang kematian suaminya. Adalah wajar untuk mempopularkan kalimah Ihdad untuk konteks perkabungan seorang isteri atas kematian suaminya dan kalimah perkabungan untuk konteks selain itu. Karya klasik fiqh pula hanya memperincikan maksud ihdad dalam konteks individual iaitu isteri yang kematian suami atau individu yang kematian kerabat terdekat. Tiada andaian perkabungan dalam konteks yang kolektif akibat tragedi atau bencana. Pemasyhuran nama Hari Perkabungan Negara contohnya membawa kepada reaksi yang pelbagai sehingga sebahagiannya menganggap ia sebagai penggunaan nama yang tidak wajar kerana bertentangan dengan maksud syarak. Definisi takziah lebih mudah difahami dari sudut bahasa dan syaraknya kerana ia terus menjurus kepada penzahiran rasa kesedihan atas musibah yang menimpa. Walaupun perkataan ini dipinjam daripada bahasa Arab, namun dalam konteks masyarakat majmuk, perkataan takziah ini telah difahami dan digunakan secara meluas tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Pengamalannya dilihat sebagai satu toleransi, kesefahaman dan penghormatan kepada pihak yang terlibat. 35 36 Ibn Baz, (2000), Op.cit, m.s.380 Muhammad Yusof Hasyim,(1989), Kesultanan Melayu Melaka, Korpus DBP 8 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 2. Realiti amalan ihdad, perkabungan dan takziah di Malaysia a- Amalan Ihdad menurut syarak merangkumi larangan berhias pada diri dan pakaian serta beberapa larangan lain yang menghadkan beberapa bentuk hubungan dan aktiviti sosial bagi menjaga kepentingan dan kehormatan isteri si mati selama tempoh 4 bulan 10 hari. Namun dalam konteks individu berkerjaya, seseorang balu atau janda masih perlu keluar bekerja dalam tempoh berkabung sepanjang Iddah tersebut. Cuti ihsan yang hanya terhad pada 3 hari, keperluan bekerja, polisi pentadbiran majikan serta pengurusan kehidupan harian telah memaksa mereka keluar dari rumah. Malah sebahagian profesyen atau bidang kerjaya memerlukan peragaan pakaian dan penampilan diri yang menonjol melalui pakaian khas, tatarias yang ceria, komunikasi yang terbuka dan sebagainya. Perlu ada suatu bentuk kefahaman dan toleransi di pihak majikan untuk mengurangi risiko pelanggaran hukum ihdad dengan memberi kelonggaran dan kemudahan kepada pekerjanya khususnya berkaitan komunikasi dan penampilan. b- Perkabungan ahli keluarga atau kerabat pula agak longgar dari sudut larangan-larangan yang berkaitan dengannya, cukup sekadar menzahirkan suasana kesedihan yang sederhana berbanding situasi si isteri yang kematian suami tadi. Tempoh 3 hari perkabungan ahli keluarga bukan sesuatu yang wajib dilakukan, namun kebiasaannya ia diambil peduli oleh pihak waris atau keluarga37. c- Amalan mengucapkan takziah kepada pihak terlibat sudah menjadi suatu norma masyarakat. Namum pengucapannya hanya cenderung kepada kalimah takziah dan ditokok tambah dengan nasihat bersabar atau bertenang. Agak janggal mengutarakan doa yang disebut secara Ma’thur sepertimana yang diajarkan oleh Rasul Muhammad SAW. Oleh kerana itu, ucapan takziah yang Sunnah dan lebih nilai kerohanian perlu dipopularkan. Pendedahan, didikan dan galakan perlu dilakukan untuk mengamalkan Sunnah ucapan takziah yang sejajar dengan didikan syarak. d- Larangan syarak tentang pakaian yang berwarna-warni, bergemerlapan dan menarik hanyalah tertumpu kepada si isteri yang kematian suami, bukan kepada ahli keluarga, jiran atau mereka yang menziarahi. Walaupun pakaian hitam atau warna kusam jelas kelihatan dalam tempoh ini, ia bukanlah suatu adat rasmi. Sebaliknya, ia sekadar menzahirkan rasa sedih dan simpati. Syarak tidak melarang keadaan ini kerana ia bukan suatu ritual khas agama lain malah ia selari dengan nilai sejagat yang melihat warna hitam atau kusam itu suatu yang sedih, objektif dan tenang. Tidak juga dianggap suatu kesalahan untuk menziarah kematian dengan memakai pakaian putih atau selain dari warna hitam atau kusam38. e- Amalan membaca al-Quran, tahlil, doa dan kenduri arwah dalam tempoh perkabungan ini menjadi polemik di kalangan sarjana agama berdasarkan kecenderungan mazhab dan pendirian masing-masing. Sebahagian besarnya berpendapat ia diharuskan atas dasar ianya zikir, doa dan sedekah yang mempunyai dalil umum dalam syarak. Manakala pihak yang menafikan keharusannya pula berpegang atas asas ia bid’ah dan tiada dalil khusus yang mengharuskannya 39. Abu ‘Ammar, Mahmud al-Misri, (2007), Fatawa al-Nas : Ahkam al-Solah, Kitab al-Jana’iz, Kaherah : Maktabah al-Sofa, m.s. 786-787 38 Ibn ‘Abidin, (2000), Op.cit, m.s 356, lihat juga Abd al-Karim Zaydan, (1997), Op.cit, m.s 232 39 Abu ‘Ammar, (2007), Op.cit; Ibn Baz, (2000), Op.cit, m.s.378-382, 37 9 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 3. Amalan Hari Perkabungan Negara Dalam konteks negara, Malaysia telah mengisytiharkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Perkabungan Negara dengan beberapa simbolik perkabungan yang ditayangkan di media elektronik dan dipaparkan di dada akhbar. Perspektif syarak melihat ini adalah sesuatu perkara yang baru dan tidak terdapat nas khusus mengenainya. Ketetapan dan istiadat perkabungan pada hari tersebut dibuat oleh pihak Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM)40. a- Pengibaran bendera separuh tiang merupakan simbolik perkabungan yang universal dan diamalkan oleh seluruh dunia. Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari tersebut yang memberi simbolik rasa dukacita dan kehilangan di peringkat nasional. Beberapa kedutaan negara luar di Malaysia seperti Amerika Syarikat dan Belanda turut melakukan perkara yang sama pada hari berkenaan. Kedutaan Malaysia di India, Pakistan dan Bangladesh turut mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan. Istiadat ini telah dilakukan oleh Belanda pada 23 Julai 2014 sebagai negara yang terlibat sama dalam tragedi MH1741. b- Tafakkur Seminit dalam Moment Of Silence yang dilakukan secara berdiri diam dalam pelbagai situasi seperti pertandingan sukan, persidangan rasmi dan sesi ucapan khas turut memberi simbolik kesedihan dan penghormatan. Walaupun perkataan tafakkur dalam konteks syarak membawa maksud tadabbur iaitu mengambil iktibar dari kejadian alam dan apa yang berlaku, ia tidak bertentangan dengan realiti amalannya yang meminta setiap individu berhenti sejenak dari kesibukan yang ada dan memikirkan tentang apa yang berlaku untuk iktibar dan pengajaran42. Konsep ini selari dengan hadis dan contoh yang dikemukakan oleh Baginda SAW yang bangun ketika satu jenazah Yahudi diusung di hadapannya. Maksudnya : Lalu satu jenazah di hadapan Nabi SAW lalu Baginda berdiri. Kemudian dikatakan “itu jenazah yahudi.” Nabi SAW menjawab “bukankah ia juga satu jiwa (yang perlu dihormati).” Namun dalam konteks yang lebih terperinci, diam sejenak atau tafakkur ini boleh diisi dengan sesuatu yang lebih baik seperti bacaan doa, zikir dan al-Fatihah berbanding diam semata-mata. c- Perbarisan hormat istiadat tentera disempurnakan oleh Bridged 12 Infantri Malaysia ketika membawa dan mengiring jenazah yang sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari sudut pandangan syarak, perkara atau istiadat ini adalah sesuatu yang baru dan dijadikan rasmi oleh pihak pemerintah. Sumber amalannya tidak dikaitkan dengan manamana amalan ritual agama lain sebaliknya lebih kepada tanda toleransi, hormat dan simpati kepada pihak yang terlibat sama ada individu, keluarga, lokaliti ataupun negara. 40 BHONLINE, 18 Ogos 2014, www.bharian.com.my/node/1247, dilihat pada 12 Okt. 2015 NBCNEWS.2014. http://www.nbcnews.com/storyline/ukraine-plane-crash/day-mourning-dutch-jet-crash-returnhome-n163016. Dilihat pada 13 Mac 2015 42 Tafakkur adalah perihal merenung memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh, menumpukan segenap perhatian dan fikiran kepada sesuatu, mengheningkan cipta . lihat DBP, (2007), Op.cit. m.s 1566 41 10 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 Walaupun ia suatu istiadat rasmi, namun perlu diambilkira satu saranan syarak yang menganjurkan agar orang Islam perlu berjalan di hadapan jenazah bukan muslim jika mengiringinya. Ini berdasarkan kebenaran Rasulullah SAW kepada seorang Sahabat bernama Qays Ibn Syamas yang berhasrat menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani dengan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat43. d- Warna hitam atau gelap menjadi warna pakaian rasmi perkabungan kepada pihak yang terlibat secara langsung dengan majlis sambutan ketibaan jenazah termasuklah petugas media yang membuat liputan. Kakitangan terlibat yang beragama Islam perlu memakai songkok tanpa lilitan putih dan bagi wanita perlu berselendang hitam. Untuk masyarakat awam, diminta memakai pakaian berwarna gelap dan dilarang memakai pakaian berwarna garang atau terang. Malah tema warna gelap ini turut diserlahkan melalui cetakan hitam putih oleh semua akhbar tempatan sebagai tanda perkabungan pada hari tersebut. e- Semua acara dan program berbentuk hiburan ditangguhkan pada hari tersebut dan digantikan dengan bacaan al-Quran dan program berbentuk keagamaan. Ketetapan ini mengesani beberapa program seperti Karnival Transformasi Terengganu, perlawanan bolasepak Piala Malaysia, rancangan-rancangan berbentuk hiburan di saluran radio dan televisyen. Turut mendapat liputan media adalah perkabungan yang dilakukan oleh beberapa pengendali panggung wayang seperti TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas (GSC) yang mengadakan sesi tafakkur sebelum setiap tayangan bermula. Namun begitu program berbentuk keagamaan yang menggantikannya di saluran penyiaran agak terhad kepada ucapan takziah, bacaan al-Fatihah, surah Yaasin dan perbincangan agama dalam bentuk forum dan diskusi. Selebihnya adalah sorotan berita dengan maklumat yang sama dan berulang-ulang, liputan wawancara terhadap keluarga mangsa dan lain-lain. Perlu dipelbagaikan pengisian program dan metod penyampaian khususnya maklumat keagamaan, zikir, motivasi atau terapi, bacaan doa kepada jenazah muslim, penghormatan dan takziah kepada jenazah yang bukan muslim dan sebagainya. PENUTUP Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan agar dibuat penambahbaikan khususnya dari sudut penggunaan kalimah Ihdad dan perkabungan, variasi ucapan takziah, pengisian tafakkur (Moment Of Silence) dan kepelbagaian pengisian program perkabungan di saluran penyiaran. Usaha ini memerlukan sinergi dan kefahaman semua pihak khususnya pihak berautoriti yang menentukan sebarang hukum, keputusan, prosedur dan istiadat, sama ada di pihak kerajaan atau swasta, sektor media cetak dan elektronik serta lain-lain. Usaha ini perlu digembleng bagi memastikan sesuatu pengisytiharan perkabungan itu difahami dan dapat dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana prinsip asas syarak serta mampu menjaga kepentingan dan sensitiviti semua pihak khususnya keluarga pihak yang terlibat. 43 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (2005), Op.cit, jld. 2, m.s. 434, Lihat juga Ibrahim al-Dabbu, (2010), Op.cit 11 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 RUJUKAN Abd al-Karim Zaydan, (1997), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi alSyaria’ah al-Islamiyyah, Cet.3, Beirut : Muassasah al-Risalah Abu ‘Ammar, Mahmud al-Misri, (2007), Fatawa al-Nas : Ahkam al-Solah, Kitab al-Jana’iz, Kaherah : Maktabah al-Sofa ‘Atiyyah Saqar, (2002), Fatawa wa Ahkam li al-Mar’ah al-Muslimah, Kaherah : Maktabah Wahbah al-Asqalaniy, Ahmad bin Ali bin Hajar (2000), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhariy, Cet. 3, Beirut : Dar al-kutub al-‘Ilmiyyah al-Asyqar, Sulaiman et.al (1996), Masail fi al-Fiqh al-Muqarin, Jordan:Dar al-Nafais al-Ba’albakiy, Ruhi (1995), al-Mawrid, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayiin al-Gahamrawiy, Muhammad al-Zuhri (1993), Anwar al-Masalik Syarh ‘Umdah al-Salik Wa ‘Uddah al-Nasik, Damsyiq: Dar al-Taba’ah al-Jaziri, Abd al-Rahman, (1986), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Cet.7, Kaherah : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy al-Mawardiy, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib, (1994), al-Hawiy al-Kabir, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah al-Mubarakfury, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim, (t.t) Tuhfah al-Akhwaziy, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah al-Nadwiy, Abu Hasan ‘Ali, (1998), al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Cet. 4, Damsyiq: Dar al-Qalam, al-Syarbainy, Syams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib, (1994), Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah al-Syawkaniy, Muhammad bin Ali, (2003), al-Darari al-Mudiyyah Syarh al-Durar alBahiyyah, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah al-‘Uthaimin, Muhammad bin Saleh, (2006), Ahkam al-Jana’iz, Beirut : Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (2007), Kamus Dewan, Ed. 4, Cet. 2, Kuala Lumpur : DBP Ibn Abidin, Muhammad Amin bin Umar, (2000), Hasyiah Ibn ‘Abidin Radd al-Muhtar Ala al-Dur al-Mukhtar, Damsyik : Dar al-Thaqafah wa al-Turath Ibn Baz, Abd al-‘Aziz bin ‘Abdallah bin ‘Abd al-Rahman bin Baz, (2000 ), Majmuk Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah, cet.2, Riyadh: Dar Asda’ al-Mujtamak Ibrahim al-Dabbu et.al, (2010), al-Islam wa Qadaya al-‘Asr, (t.tpt):Dar al-Makmun Ibrahim Mustafa et.al (1989), al-Mu’jam al-Wasit, Istanbul : Dar al-Da’wah Ibn Manzur, (1997), Lisan al-‘Arab, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Syams al-Din Muhammad bin Abu Bakr, (2005), Ahkam Ahl alDzimmah, Kaherah:Dar al-Hadith Muhammad Yusof Hasyim,(1989), Kesultanan Melayu Melaka, Korpus DBP Said Yusuf Mahmud Abu Aziz, (2010), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim li al-Usrah, Kaherah : Dar al-Tawfiqiyyah li al-Turath Zainal Abidin Safarwan (1995), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors 12 International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 BHONLINE, 18 Ogos 2014, www.bharian.com.my/node/1247, 12 Okt. 2015 BBC NEWS. 2104. Pakistan mourns after Taliban Peshawar school messacre. BBC NEWS 17 Disember 2014. http://www.bbc.com/news/world-europe-31493764.23 Mac 2015 JAKIM, e-portal www.jakim.gov.my Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), www.kbbi.web.id. 23 Mac 2015 UTUSAN ONLINE, 25 Ogos 2014, Hasan Mohd Noor dalam artikel “Perkabungan, Jalur Gemilang, Melayu”, , 25 Ogos 2014, http//:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/2014082. 10 Okt 2015 NBCNEWS.2014. http://www.nbcnews.com/storyline/ukraine-plane-crash/day-mourning-dutchjet-crash-return-home-n163016. Dilihat pada 13 Mac 2015 13