Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 27
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
1
TAJUK 1 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
1.0 Definisi Istilah Pengujian dan Penilaian
1.1 Sinopsis Tajuk ini memperkenalkan tentang definisi istilah pengujian, pengukuran dan penilaian.
1.2 Hasil Pembelajaran Menjelaskan istilah serta dapat membezakan tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian.
1.3 Kerangka Tajuk
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
2
1.4 Definisi dan Istilah
Pengukuran, penilaian dan pengujian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan rapat dengan proses pelaksanaan. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.
1.4.1 Pengujian Umumnya, pengujian digunakan untuk melihat darjah kemahiran matematik yang dicapai melalui pembelajaran matematik. Oleh kerana proses pembelajaran itu penting di dalam sistem pendidikan, maka soalan pengujian haruslah diberi perhatian yang sewajarnya Pengujian juga merupakan suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku seseorang individu.
Prosedur pengujian di katakan sistematik kerana: Soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur untuk mentadbirkan ujian ditentukan. Prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci.
1.4.2 Pengukuran Proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat di nilai atau di interpretasi. Ianya merupakan satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Dalam pendidikan, pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran.
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
3
1.4.3 Penilaian Istilah penilaian ini merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran matematik dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak.
Perkaitan Antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
Latihan pengukuhan
Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
4
2.0 Rekabentuk Pentaksiran
2.1 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan rekabentuk pentaksiran dari segi prinsip pembinaan item, taksonomi Bloom dan huraian sukatan pelajaran serta jadual spesifikasi ujian.
2.2 Hasil Pembelajaran
Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU Membina ujian berdasarkan taksonomi Bloom berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
2.3 KerangkaTajuk
2.4 Prinsip Penyediaan Item
Penyediaan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan jadual spesifikasi ujian, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Langkah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Kepentingan JSU Definisi Langkah Pembinaan JSU MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
5 seterusnya setelah guru mengetahui tentang tujuan ujian dan merancang ujian ialah menyenaraikan item mengikut aras kesukaran.
2.5 Taksonomi Bloom
Analisis dan penyediaan tem perlu dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi.
Aras kognitif taksonomi Bloom ditunjukkan dalam Rajah 2.1 sementara huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 2.1
Rajah 2.1 : Aras Kognitif taksonomi Bloom MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
6 TAHAP ISTILAH Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan, tulis semula.
Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan. Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Jadual 2.1 : Tahap Taksonomi Bloom MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
7 2.6 Huraian Sukatan Pelajaran dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Huraian Sukatan Pelajaran menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat yang mengaitkan objektif pengajaran dan aras kognitif yang hendak diuji seperti dalam contoh Jadual 2.2. Carta ini juga menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Antara kepentingan penyediaan JSU ialah: Kertas ujian dapat digubal secara sistematik; Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin; Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain. MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
8 Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu: 1. Menyediakan JSU 2. Menulis item ujian 3. Menyemak item ujian 4. Menilai item ujian, dan 5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item. MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
9
Aras Jumlah Kandungan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian % M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S Kaedah Penghapusan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 ( 20% ) Kaedah Penggantian 1 1 1 1 1 1 2 2 2 1 1 1 15 ( 30 % ) Kaedah Gauss- Jordan Method 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 11 ( 22 % ) Aplikasi Sistem Persamaan Linear 1 1 1 1 1 1 2 2 1 2 1 14 ( 28 % ) 1 2 1 2 3 2 4 3 2 6 4 1 6 4 2 4 3 Jumlah % 3 ( 6 % ) 6 ( 12 % ) 9 ( 18 % ) 12 ( 24 % ) 11 ( 22 % ) 9 ( 18 % ) 50 ( 100% ) M =Mudah Sd =Sederhana S =Sukar
Anda dikehendaki menyediakan kertas Matematik Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas anda mengandungi 20 soalan objektif.
a) Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.
b) Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
11 3.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Bilik Darjah
3.1 Sinopsis Tajuk ini melihat maksud dan perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif, jenis-jenis penilaian formal dan penilaian tak formal.
3.2 Hasil Pembelajaran Membanding dan membezakan bentuk penilaian formatif dan sumatif Memberikan contoh penilaian formal dan penilaian tak formal
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.
Pentaksiran berasaskan sekolah dan bilik darjah Penilaian Formal Sumatif Formatif Penilaian Tak Formal Pentaksiran Alternatif MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
12
3.5 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun, yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh ujian sumatif ialah penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR,PMR dan SPM.
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif ditunjukkan dalan Jadual 3.1
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
13
Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Konsep Penilaian yang boleh dibuat secara formal/tidak formal untuk mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi setiap tajuk pengajaran. Penilaian yang dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir pengajaran,seperti pada hujung penggal/akhir tahun. Waktu Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan. Kaedah Formal : Ujian pensel kertas Tidak formal:Pemerhatian,soal jawab,tugasan,latihan. Dibuat secara individu/ kumpulan. Formal :Ujian pensel ke atas, ujian lisan. Ditadbir secara berkumpulan Tujuan Selepas tahap kemajuan/ penguasaan pelajarr ditentukan, tindakan susulan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pelajar. Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu,gred pencapaian diberikan kepada pelajar. Selepas penilaian dijalankan Mengatasi kelemahan pelajar dengan mengulang semula topik atau mengadakan pemulihan. Menjalankan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah. Menempatkan murid mengikut pencapaian.Memberi pengiktirafan sijil,hadiah dan sebagainya.Membaiki kurikulum.
Jadual 3.1 : Perbezaan Antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
14
3.6 Penilaian Formal dan Tak Formal
Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : Pemerhatian Senarai semak Kaedah lisan Kaedah penulisan Kaedah portfolio
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
15
3.7 Pentaksiran Alternatif
Pentaksiran alternatif merupakan mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian alternatif iaitu :
3.7.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang- orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya.
3.7.2 Senarai semak Senarai tingkah laku yang dijangka oleh pelajar yang telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid.
3.7.3 Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang lain yang berkenaan tentangnya.
3.7.4 Kaedah Penulisan
Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan teknik penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian atau satu set pernyataan soal selidik. MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
16
3.7.5 Kaedah Portfolio Penilaian potfolio (portfolio evaluation) ialah kaedah kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-
PERBANDINGAN
PENILAIAN FORMAL
PENILAIAN TIDAK FORMAL
Fungsi
Kelebihan
Kelemahan
Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
17
4.0 Pentafsiran Pentaksiran
4.1 Sinopsis
Tajuk ini menganalisis dan membuat penafsiran item soalan ujian berdaskan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.
4.2 Hasil Pembelajaran
Menilai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Melaporkan kesesuaian item berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
4,3 Kerangka Tajuk
4.4 Analisis dan Pentafsiran Item
Selepas item ujian dibina dan digubal, analisis item perlu dijalankan untuk memastikan bahawa item ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis dijalankan untuk menghasilkan indeks yang dinamakan indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi.
Pentafsiran Pentaksiran Analisis dan Pentafsiran Item Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Pemantauan MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
18
4.5 Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran ialah kadar pelajar yang dapat menjawab item dengan betul. Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:
Jika jumlah pelajar yang menjawab item ialah J dan bilangan pelajar yang dapat menjawab item dengan betul ialah B; Indeks Kesukaran (p) = B/J
Contoh:
Sekiranya daripada 50 pelajar yg menjawab Item X itu, 30 pelajar dapat menjawab dengan betul, maka Indeks Kesukaran Item X ialah:
Indeks kesukaran (p) = 30/50 0.60
Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0; Nilai p adalah sentiasa positif; Nilai p yang tinggi menunjukkan item lebih senang; Nilai p yang rendah menunjukkan lebih sukar (lihat Jadual 4.1)
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
19
Jadual 4.1 : Aras Kesukaran dan Pengelasan Item
4.6 Indeks Diskriminasi Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya). Sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus D = U - L
D = indeks diskriminasi, U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya yang menjawab soalan dengan betul, L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya yang menjawab soalan dengan betul, N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. N 2 MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
20 Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi : 30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan bawah mengikut markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 15 pelajar; Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q dengan betul; manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan bawah yang menjawab item itu dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:
PA = 12/15 = 0.80; PB = 6/15 = 0.40; D = PA - PB = .80 - .40 = 0.40 Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.
Rajah 4.2 : Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
21 4.7 Pemantauan
Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar dan merekod pencapaian pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.
Latihan untuk mengira indeks diskriminasi
Seramai 40 daripada 50 orang pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab satu soalan objektif dengan betul, sementara 20 daripada 50 orang pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul. Kira indeks diskriminasi soalan ini dan jelaskan kesesuaiannya.
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
22 5.0 Pentadbiran Pentaksiran
5.1 Sinopsis Tajuk ini melihat langkah-langkah mentadbir ujian, moderasi ujian dan skema pemarkahan, membuat laporan dan pelaporan serta proses pembinaan item ujian dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.
5.2 Hasil Pembelajaran Menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mentadbir ujian. Mengamalkan langkah-langkah dalam pembinaan dan mentadbirkan ujian dengan betul
5.3 Kerangka Tajuk
5.4 Pentadbiran Ujian Semasa mentadbirkan ujian, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut i. Tempat pelaksanaan (psychological setting). Ketua pengawas dan pengawas perlu menberian arahan yang jelas sebelum mula peperiksaan, semasa peperiksaan, sebelum tamat peperiksaan, selepas tamat peperiksaan.
Pentadbiran Pentafsiran Pentadbiran Ujian Moderasi Ujian & Skema Pemarkahan Penilaian Laporan & Pelaporan Kebolehpercayaan & Kesahan Ujian Bank Item MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
23 ii. Suasanal fizikal tempat peperiksaan (physical setting) perlu selesa. Susunan meja kerusi calon perlu ada jarak antara tempat duduk yang sesuai untuk mengelakkan calon meniru. iii. Kawalan masa (keeping track of time). Sediakan jam dinding yang cukup jelas. Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi. Arahan untuk mula peperiksaan dan arahan sebelum tamat peperiksaan dan tamat peperiksaan
5.5 Moderasi Ujian dan Skema Pemarkahan Selepas mentadbirkan ujian, guru akan memeriksa skrip jawapan. skema pemarkahan perlu disediakan semasa menggubal kertas peperiksaan sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa jawapan ujian. Moderasi dilaksanakan untuk memastikan ada keadilan dan ketekalan bagi semua pemeriksa dan situasi pemeriksaan. Skema pemarkahan digunakan untuk moderasi.
i. Skema pemarkahan mestilah menepati kehendak soalan dan mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal (konsisten ) bagi semua pemeriksa dan situasi pemeriksaan.
ii. Untuk menjamin keobjektifan, skema pemarkahan perlu menyatakan peraturan-peraturan memberi markah secara terperinci.
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
24 5.6 Penilaian Laporan dan Pelaporan Penilaian boleh dinilai dalam beberapa bentuk laporan seperti: a. Pemerhatian b. Projek c. Lisan d. Tugasan e. Penulisan
Bentuk-bentuk laporan ini adalah penting kerana ia dapat menilai murid-murid daripada pelbagai segi. Murid-murid yang kurang mencapai dalam peperiksaan bertulis diberi ruang untuk menonjol keupayaan mereka dan seterusnya ini dapat membina keyakinan diri mereka.
Selain daripada itu, bentuk penilaian laporan ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan setiap murid dan seterusnya memberi peluang kepada guru untuk memberi bimbingan yang lebih berkesan kepada murid- murid.
Pemilihan kaedah penilaian laporan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti: a. Hasil pembelajaran yang hendak dinilai b. Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai
Penilaian boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:
a. Penilaian secara lisan guru dapat melaporkan penilaian melalui aktiviti murid-murid seperti perbahasan, bercerita, nyayian, mendengar soalan dan memberi respon.
b. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid-murid seperti karangan, laporan projek, MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
25 latihan, ujian bertulis dan lain-lain. Ia boleh digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid-murid.
Pelaporan merupakan aktiviti seperti merekod, mencatatkan maklumat dengan sistematik di mana catatan ini melaporkan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid-murid. Ia memudahkan guru untuk membuat rujukan dan memantau perkembangan pembelajaran murid-murid. Maklumat dalam rekod perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan yang lebih terperinci.
Rekod-rekod boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti membuat pernyataan, memberi markah atau memberi gred. Ia boleh dibuat dalam dokumen-dokumen seperti buku rekod mengajar, buku latihan murid, buku laporan kemajuan murid, rekod prestasi murid atau rekod profil murid.
Aktiviti pelaporan ini harus dilakukan dari masa ke semasa supaya maklumat menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah dibuat rujukan apabila diperlukan.
Pelaporan adalah sangat penting kerana ia adalah satu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Ia membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Dalam pelaporan, guru boleh melaporkan beberapa perkara yang releven berkaitan dengan murid seperti prestasi akademik, pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid serta cadangan untuk memperkembangkan potensi seseorang murid.
Pelaporan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dalam bentuk markah, pernyataan dan gred. pelaporan bertulis boleh dibuat dalam bentuk seperti buku MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
26 laporan kemajuan murid, rekod profil murid, laporan ringkasan oleh guru mata pelajaran atau guru kelas.
5.7 Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan item ujian harus memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan .Item-item yang dikemukakan perlu akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.
5.8 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama
Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap ujian untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan ujian.
Fikir
Terangkan bagaimana anda menyediakan satu ujian pencapaian matematik yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
27 5.9 Bank Item Bank Item diwujudkan bagi menyelaras dan memastikan kualiti item yang dihasilkan adalah sah, bolehpercaya dan cukupcakup. Fungsi bank item ini adalah untuk membina, menilai, mengumpul dan menyelaras item ujian.yang berkualiti. Item-item yang baik akan digunakan sebagai stok dan digunakan apabila perlu umpamanya untuk tujuan peperiksaan utama, peperiksaan percubaan, peperiksaan ulangan dan sebagainya.
Proses membuat penilaian atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang berkualiti. Panel penilai perlu membuat penilaian dan memastikan item yang telah dibina adalah berasaskan kepada ciri-ciri item berkualiti seperti berikut:
i. Keakuran Keakuran terhadap Standard, spesifikasi dan peluang; ii. Ketepatan dan Kejelasan tepat keterampilan, tepat kandungan dan jelas; iii. Kesesuaian Sesuai mengikut aras kesukaran, kepentingan dan keadilan. Proses ini berakhir dengan membuat keputusan tentang item sama ada diterima, ditolak atau dalam perhatian (KIV).
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.
Manajemen waktu dalam 4 langkah: Metode, strategi, dan teknik operasional untuk mengatur waktu sesuai keinginan Anda, menyeimbangkan tujuan pribadi dan profesional