Air Conditioning
Air Conditioning
Air Conditioning
TITLE
10.02 CHECK AND CLEAN AIR FILTER 10.03 - CHECK AND SERVICE DRAIN PIPES 10.04 CHECK AND CLEAN CONDENSER 10.05 CHECK AND SERVICE EVAPORATOR 10.06 CHECK AND SERVICE COMPRESSOR 10.07 LUBRICATE ALL MOVING PARTS 10.08 CHECK THE CONDITION OF BRACKETS AND CASING IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE / BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH NO I/C / I/C NO. NO. KOD / CODE NO TARIKH / DATE
TAJUK : SENGGARAAN UNIT PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA. Kertas penerangan ini menerangkan :1. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas saliran limpahan, penapis, sirip-sirip, pemampat, dan pendakap, unit penyaman udara bilik.
C-010-1/LG01/M07/IS01
Muka : 1
Drpd : 10
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 2 Drpd: 10
1. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ketatas saluran limpahan unit penyaman udara bilik. Lembapan di dalam udara akan tersejat di evaporator seperti di lakaran condensation di evaporator di sebelah kanan. la terjadi apabila udara yang mengandungi wap air melewati dan bersentuhan dengan gelungan dan sirip-sirip condenser, lembapan ini akan tersejat kepada bentuk cecair dan titisan ini akan menglir ke bahagian bawah evaporator. Titisan cecair air (embun) tadi akan terus mengalir ke arah tapak (base) unit di mana saluran khas telah disediakan untuk ia mengalir ke bahagian belakang evaporator. Keperluan dan kesanya ke atas sistem Dalam unit penyaman udara bilik dari jenis tingkap laluan air sejatan disediakan untuk pengaliran terus ke bahagian belakang tapak unit seperti di lakaran aliran air dalam unit di sebelah kanan, jika laIuan tersebut tersumbat, air akan bertakung dan meninggi di dalam tapak unit dan akan tumpah semula ke bahagian depan unit dan boleh jatuh ke atas Iantai dalam bilik. Kesan yang sama juga akan barlaku ke atas unit jenis split unit penyaman jika saliran limpahnya tersumbat dimana air limpahan akan ditendang semula dan masuk balik ke dalam bilik, jika unit di letakan di tempat yang sensitive terhadap kehadhiran air seperti peralatan elektronik dan sebagainya ia akan memberi masalah ke atas keselamatan peralatan tersebut, Lakaran drain pipe disebelah kanan menunjukan pemasangan yang biasa untuk saliran limpahan oleh sebuah unit penyaman udara dan jenis tingkap.
Peralatan yang diperlukan Berikut ialah senarai peratatan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja senggaraan ke atas saliran limpahan unit penyaman udara, i. ii. iii. iv. air blower. dawai flexible. bahan pencuci habuk/kekotoran kimia, air dan hos,
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 3 Drpd: 10
Penggunaan air blower dengan menyembur saliran limpahan dari hujung kehujung saliran adalah cara yang mudah dilakukan, walau bagaimanapun bagi sumbatan yang teruk penggunaan dawai "fIixible" diperlukan bagi menolak sebarang sumbatan (blocking) yang terjadi yang tidak dapat dilakukan oleh air blower di atas (sila lihat lakaran seperti di bawah)
2. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas penapis udara penyaman udara bilek Keperluan dan kesanya ke atas sistem. Seperti diterangkan di atas dimana kompnan evaprator dalam bentuk coil & fins dalam sistem penyaman udara bilek semasa operasinya akan sentiasa dibasahi oleh lembapan yang condensed. Sementara udara bilek pula akan dikitarkan untuk melalui gelungan dan sirip-sirip evaporator tersebut, keadaan udara yang tidak menentu dimana boleh terdapat habuk serta kekotoran yang akan melalui evaporator akan dengan mudah boleh terperangkap olehnya kerana dalam keadaan basah.
Jika keadaan ini berterusan lama kelamaan habuk akan bertambah banyak dan akhirnya boleh membuat halangan kepada laluan kitaran udara bilik dan penyejukan akan terganggu. Oleh itu air filter digunakan bagi menghalang dari habuk kepada melekat di evaporator dan disamping dapat pula menghidar udara bilik dari kekotoran habuk yang diperangkap oleh filter tersebut.
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 4 Drpd: 10
Berikut disenaraikan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja-kerja senggaraan ke atas penyaring udara unit penyaman udara bilik. a. b. c. d. e. Berus Pengembus angin (air blower) Kain lap (waste cloth) Penyembur bahan pencucu kimia (spray container) Bahan pencuci kimia yang sesuai.
Teknik Senggaraan Air Filter Pada masa ini kebanyakan filter untuk penyaman udara rumah diperbuat dari bahan fiber glass menjadikan ia tebih kuat dan teguh kerana dipasangkan dengan frame di sekelilingnya. Untuk mencuci filter dari jenis ini bolehlah disemburkan dengan pancutan air atau blower sekiranya kering. Pastikan arah semburan hendaklah dari arah berlawanan dengan aliran udara masuk kerana ia dapat mengeluarkan habuk-habuk dan kekotoran dengan lebih mudah.
3. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas sirip-sirip penyaman udara bilik. Keperluan dan kesanya ke atas sistem Keperluan senggaraan ke atas sirip-sirip sama ada untuk sirip condenser atau evaporator adalah sama seperti berikut,
a. memastikan supaya sirip-sirp bersih dari habuk dan kekotoran. b. memastikan supaya sirip-sirip bebas dari berlipat atau bengkok. c. memastikan supaya sirip-sirip bebas dari sebarang halangan untuk udara.
Jika senggaraan tidak di jalankan ke atas sirip-sirip bagi komponan-komponan di atas ia boleh menjejaskan keupyaaan/prestasi unit seperti berikut:jika sirip-saip evaporator dan condensor dipenuhi habuk, keupayaan komponan-komponan tersebut untuk proses pemindahan haba akan berkurangan dan kesanya suhu evaporator akan menjadi lebih tinggi.
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 5 Drpd: 10
jika sirip-siripnya bangkok atau berlipat juga akan menyebabkan proses pemindahan haba menjadi berkurangan oleh kuantiti udara yang kurang dan kesanya juga sama seperti di atas. jika komponan evaporator dan condensor terhalang oleh sebarang objek, kesan yang sama seperti di atas boleh juga akan berlaku
Peralatan untuk kerja-kerja senggaraan ke atas sirip-sirip Berus - Digunakan untuk kerja-kerja mencuci habuk dan kekotoran pada sirip-sirip air blower - Digunkaan untuk menghembus atau menolak kekotoran dari sirip-sirip liquid blower - Pam penyembur cecair untuk digunakan besama bahan pencuci kimia kekotoran fins comb - Digunakan untuk menyikat atau semula sirip-sirip yang telah bengkok
meluruskan
Teknik senggaraan ke atas sirip-sirip condesor & evaporator Sirip-sirip diperbuat dari bahan Iogam alluminium yang nipis, alluminium merupakan bahan yang lembut dan mudah koyak dan bengkok oleh itu dalam kerja-kerja senggaraan ke atas sirip hendaklah diberi perhatian supaya langkah-Iangkah yang boIeh merosakan sirip hendaklah diutamakan. Bagi habuk kering yang biasa terutama disirip condenser, habuk-habuk boleh dibersihkan dengan menggunakan air blower dan juga berus biasa. Habuk-habuk yang terlekat pada siripsirip evaprator pula agak berlainan dari condenser kerana terdiri dari habuk yang dalam keadaan basah, oleh itu kebiasaanya ia menjadi sebati atau mati pada bilah-bilah sirip. Dalam keadaan ini ia tidak berupaya untuk disembur dengan menggunakan air blower. Kebiasaanya teknik yang digunakan untuk membuang habuk-habuk yang telah sebati pada sirip-sirip evaporator ialah dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang bertindak dengan memecahkan sebatian habuk-habuk tersebut. Teknik penggunaan bahan kimia ialah dengan menyemburkanya kepada kekotoran menggunakan "spray pump" dan dibiarkan beberapa ketika untuk bahan kimia tersebut bertindak memecahkan pegangan (sebatian) kekotoran tersebut, setelah itu barulah disemburkan dengan air biasa ataupun air blower.
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 6 Drpd: 10
Penggunaan dan kendalian sebarang bahan pencuci kimia perlukan langkah-Iangkah keselamatan yang khusus seperti berikut, a. b. c. d. mengetahui jenis bahan yang digunakan. mengetahui langkah-Iangkah penggunaanya. mengetahui langkah-Iangkah keselamatan yang perlu diambil jika tersentuh dengan bahan tersebut. menggunakan pelindung yang sewajarnya seperti pelindung tangan, mata, pernafasan dan tubuh badan.
4. Maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas pemampat Seperti juga komponan condensor dan evaporator, komponan compressor juga terdedah kepada habuk-habuk dan kekotoran sekelilingnya. Kekotoran yang menebal disekeliling pemampat boleh bertindak sebagai penebat haba. Compressor penyaman udara bilik merupakan komponan yang bersuhu tinggi yang dihasilkan oleh motor pemampatnya, oleh itu ia perlu mengalirkan habanya kepada udara sekeliling bagi larian pada suhu yang sesuai. Keperluan dan kesanya ke atas sistem Habuk kekotoran yang menebal disekeliling shell pemampat boleh bertindak sebagai penebat haba dan ini akan menghalang dari haba yang dikeluarkan oleh motor pemampat dari mengalir keluar, pemampat akan berada dalam keadaan suhu tinggi dan ini boleh memendekan hayat motor pemampat. Peralatan yang diperlukan untuk senggara pemampat di atas Peralatan yang diperlukan untuk membersih bahagian luaran compressor adalah seperti berikut, a. Kain pencuci b. Air c. Air blower
Teknik senggaraanya Basahkan kain pencuci dengan air dan lapkan bahagian luar shell compressor dari habuk kekotoran hingga bersih, jika perlu semburkan udara dengan menggunakan air blower dan sebagainya. 5. Maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas lain-lain komponan penyaman udara bilik Selain dari komponan asas di atas terdapat lain-lain komponan yang menjadikan ia sebuah unit penyaman udara yang dapat berfungsi dengan licin, senyap dan berterusan, diantara komponan-komponan tersebut adalah seperti berikut,
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 7 Drpd: 10
sistem pemaipan kitaran. motor blower. condenser dan evaporator fan blade. base plate. casing unit. suis-suis kawalan (control switch). suts-suis keselamatan (safety switch). capacitors. pendawain unit.
a. kitaran pemaipan - senggaraan ke atas pemaipan kitaran ialah untuk membersihkan dari kekotoran dan gegaran diantara pemaipanya, kekotoran boleh menyebabkan pemidahan haba dari tiub ke udara sekeliling terjejas dan gegaran sesama tiub pemaipan menyebabkan bising lampau. b. motor blower. - senggaraan ke atas motor blower ialah untuk membersihkan bahagian luaran motor dari habuk kekotoran dan memastikan motor berada dalam keadaan selamat, kekotoran menyebabkan pemindahan haba motor ke udara sekeliling terjejas dan begitu juga dengan kedudukan motor yang longgar kesanya mungkin motor boleh tercabut atau mengeluarkan bunyi yang bising. c. condensor dan evaporator fan blade - senggaraan ke atas komponan condensor dan evaporator fan blade diperlukan bagi membersihkan blade dari kekotoran dan Pencedok udara (empar) juga bunyi bising oIeh sentuhan, bagi blower jenis empar yang digunakan oleh evaporator blower, kehadiran habuk boleh menjejaskan isi padu udara yang didiscaskan sekiranya pencedoknya dipenuhi dengan habuk kekotoran seperti digambarajah, juga untuk memastikan supaya bilah kipas tidak bengkok dan bergesel dengan bahagian lain yang boleh Bilah kipas mengeluarkan bising lampau. d. tapak (base) - senggaraan ke atas unit ialah untuk menentukan supaya berada dalam keadaan bersih dari habuk dan juga karat. Memastikan saliran air sejatan boleh mangalir dengan baik, kesan kekaratan menyebabkan hayat penggunaan unit akan singkat dan kekotoran pula akan mambuat halangan di dalam saliran Iimpahan yang boleh membuat air sejatan dari evaporator mengalir ke bahagian depan unit dan melimpah masuk ke dalam bilik. e. penutup (casing) unit - senggaraan ke atas casing unit juga perlu untuk membersihkan casing dari habuk kekotoran supaya nampak bersih, kadangkala ia sangat perlu kerana pada struktur rumah yang cantik jika casingnya buruk ia akan menjejaskan pemandangan ke atas rumah tersebut, juga diperlukan untuk mengelakan dari gejala kekaratan mudah berlaku terutama jika pemasangan unit berdekatan dengan laut seperti motel dan sebagainya.
Modul 7-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 8 Drpd: 10
f.
suis-suis kawalan - senggaraan ke atas suis-suis kawalan bagi memastikan supaya sambungan terminal dawai-dawainya berada dalam keadaan baik dan tidak longgar, kelonggaran sambungan dawai pada terminal boleh menyebabkan arus tinggi (high current) dan kesanya overload boleh trip dan menjejaskan larian unit, bahagian luarnya perlu dibersihkan dari kekotoran habuk dan juga sesentuhnya dari kesan oksida yang dihasilkan oleh percikan elektrikal (electrical spark).
g. suis-suis keselamatan. - senggaraan ke atas suis-suis keselamatan menepati keperluan seperti di senggaraan terhadap suis kawalan di atas. h. kapasitor - senggaraan ke atas kapasitor ialah untuk menentukan semua kapasitor yang digunakan pada unit sentiasa dalam keadaan baik dan litar pintas, putus atau terbakar. Fungsi kapasitor kebiasaanya untuk melicinkan perjalanan motor jika ia dari jenis running capacitor. i. pendawaian unit - senggaraan ke atas pendawaian unit ialah untuk memastikan keadaan fizikal dawai-dawai unit dalam keadaan baik dan tidak ada penebat yang rosak yang boleh menyebabkan litar pintas dari boleh berlaku, juga memastikan semua sambungan pendawaian dalam keadaan baik dan ketat supaya arus tinggi tidak akan terjadi. Penebat dawai kebiasaanya mudah rosak oleh cuaca dan juga oleh gigitan serangga.
Peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja senggaraan di atas a. b. c. d. e. kitaran pemaiapn motor blower condenser dan evaporator fan blade. base plate. casing unit
air blower,kain pencuci dan air bersih, berus cat, cat anti-karat a. b. c. d. suis-suis kawalan, suis-suis keselamatan. kapasitor. pendawaian unit
air blower, kain pengelap, spring scale, screw & phillip driver, kertas pasir, spring scale, test pen, multi-meter, capacitor tester, megger,
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 9 Drpd: 10
Teknik senggaraan ke atas komponan-komponan berikut, a. sistem pemaipan kitaran - dilap dengan kain yang lembab dan disemburkan dengan air blower, tarik dengan tangan sekiranya terliapat paip yang bersentuhan dengan cermat supaya tidak patah atau kemek. b. motor blower. - dilap dengan kain lembab untuk habuk dan keringkan dengan air blower. c. condenser dan evaporator fan blade - dibersihkan dengan menggunakan berus atau kain yang lembab.
d. base plate e. casing unit - dibersihkan dengan menggunakan kain lembab, berus dan disemburkan dengan air blower, sapukan cat anti-karat bahagian-bahagian yang karat jika perlu. f. Suis - suis kawalan. g. Suis - suis keselamatan. - dibersihakn dengan menggunakan berus dan hembus dengan air blower, terminal sambungan dawai diuji kekuatanya dengan menarik menggunakan spring scale kepada kekuatan 2 kg. h. kapasitor - bersihkan dengan menggunakan berus dan uji unit ketelusan, tebatan dan ringtangan menggunakan multimeter atau capacitor tester. i. Pendawaian unit - bersihkan dengan menggunakan kain lap. Lihat fizikal dawai dan kerosakan. uji kekuatan setiap sambungan terminal dengan menarik dengan tangan atau menggunakan spring scale kepada kekuatan 2 kg.
2011 (Versi 1)
C-010-1/LG1/M07/IS01
Muka: 10 Drpd: 10
6. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas pendakap unit penyaman udara bilek, Pendakap unit penyaman udara bilik merupakan komponan yang utama juga kerana ia merupakan tempat dimana unit dicagakan (installed). Penggunaan pendakap paling utama ialah untuk pemasangan unit penyaman udara bilik dari jenis tingkap dan pisah (split). Bagi jenis pisah terdapat pendakap untuk unit luar dan dalam. Kebiasaanya pendakap untuk unit dalam (indoor unit) telah disediakan oleh pembuatnya kerana ia kadangkala mempunyai ciri-ciri khas yang diperlukan mengikut pembuatnya. Keperluan dan kesanya ke atas sistem Bagi pendakap yang agak lama digunakan kemungkinan pemasanganya telah longgar, jika ini berlaku ia akan membuat bising lampau oleh gegaran larian unit, keadaan ini akan mengganggu pengguna dan juga jiran-jiranya. Juga kerana pendakap terdedah dengan babas oleh keadaan persekeliling maka kemungkinanya ia berkarat, terutama kepada pemasangan yang berhampiran dengan laut. Jika senggaraan tidak dilakukan kemuggkinan pendakap akan dilupakan dan apabila tiba masanya ia mungkin patah atau roboh dan jika dipasangkan di tempat tinggi ia mungkin boleh menimpa sebarang objek dibawahnya. Peralatan yang diperlukan untuk kerja senggaraan pendakap i. ii. iii. iv. Kain pengelap, air bersih, berus cat, cat anti-karat
Teknik senggaraan ke atas pendakap Jalankan pemeriksaan secara visual ke atas pendakap dan kenal pasti jika ada bahagianbahagian yang berkarat yang memerlukan untuk dicat semula dengan cat anti-karat. Jika unit belum dikeluarkan dari pendakap dan unit masih beroperasi periksa gegaran pendakap dan kenal pasti jika terdapat bahagian yang telah longgar dan yang membuat bising lampau. Jika unit sudah dikeluarkan uji kekuatan pendakap dengan berat badan atau menariknya, pendakap yang kukuh berupaya untuk menampung berat sekurang - kurangnya 200 kilogram.
2011 (Versi 1)