~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Bila Ramadhan Bakal Menjelma

Ni lah bahananya kalau orang tua cakap takmo dengar. Air dah paras hidung baru terhegeh-hegeh nak mengganti puasa. Haaa aku lah tu.. tetiap tahun macam ni. Sesakkk napas jap. Berbulan-bulan masa diberi tak digunakan sebaik mungkin, he he.... apa nak buat yeeee!!! Sepatah kata brother kat opis aku, "Cuba buat awal-awal tahun dulu, buatla senin khamis senin khamis kan senang". Haaa kauuu kene pelepek sejibik kat batang hidung padankan muka aku. Hehehehe.... Takpe bang, saya tengah mengganti ni ha, insyaAllahhhh sempat.

Hari ni kalau sampai, cukup puasa ganti aku 4 hari, maka ada 2 hari lagi untuk mengganti. Tuh hari berangan nak habiskan seminggu, akan tetapiiii tiba2 terasa hari esok nak stop dulu pastu sambung senin depan pulak. Syukurrr yee cuaca tak terlalu panas, mmmmmm kalau panas pun bukan aku rasa pun dah keje dalam airconkan.

Bila dah berpuasa tu, maka hawa nafsu makan macam-macam. Time berpuasa ni lah tekedek-kedek aku bukak blog masakan. Kalau hari-hari biasa malas la pulak. Sekali bukak-bukak blog terpampang depan mata gambar makanan yang boleh menggoncang iman aku. Terasa nak terkam makanan time tu jugak, tapi nasib baikklah ingattt bahawa waktu skang ni dah terlalu singkat utk aku skip puasa. Takkan nak bawak ke tahun depan pulakkan!!!

Hari pertama aku puasa, tekak terasa-rasa nak makan ayam masak lemak cili padi special resepi mentua aku. Balik keje apalagi, bergegas masak, alhamdulillahhh lepas puasa aku sehari. Kemudian hari ke-2, jalan-jalan cuci mata tengok blog orang part resepi-resepi ikan. Jeng jengggggg...aku berbuka dengan ikan senonggang buih masak 3 rasa. Mak aku kata ikan senonggang buih tu lagi sedap digoreng cecah air asam atau masak asam pedas pekat. Tapi dah tekak aku ni gatal nak makan masak 3 rasa maka bedal jela sedap ke tak sedap. Jangan tanya aku ngapa ikan tu dinamakan senonggang buih, pasal aku takde jawapannya. Hahahahaa...

Hari ke-3 pulak, ronda punya ronda punya ronda ternampak tomyam kemudian ternampak pulak Kek Batik... lepas tu jalan-jalan blog En. Aximud, boleh pulakkk dia tepek Chocolate Almond Torte with Peanut Butter Ganache, mau tak menyirap darahh aku. Heheh terus pegi blog Dr. Ezani Masterchef amik resepi. Berangan balik keje nak buat ke 3 3 menu untuk berbuka puasa ye. Korang pikir mampu aku buat semua tu??? Haaaaa.... ceteka ceteka, dengan aku balik kije 5.30 dengan nak mencari bahan lagi kat Mydin sebelah opis aku ni ha... hagak korang sempat ke???? Memang non ado lah yeee....

AKAN TETAPIIIIIIIIIIIIIIIII.....

Dengan bangganyaaaa aku umumkan disini, bahawasanya aku MALIAH... anak kepada ibubapa ku dan isteri kepada suamiku telah berjaya melaksanakan impiannya menjadi realiti. Yezzzzzzzz i made it,  i..... made it, hoyeayyy hoyeayyy.... Syukurrrrrrr aku berjaya masak tomyam sebelum masuk waktu berbuka puasa, aku berjaya buat kek batik ketika sedang berbuka puasa dan aku berjaya godak chocolate torte tu sebelum aku makan malam bersama En. Hubby ku. Hehehehee.... bila masanya aku berbuka??? Haaa sambil berbuka sambil-sambil buat kek batik. Cayooo??? Percayaaaaalaaaaaaa.... memang aku buat.

Kek batik, aku makan selepas aku makan malam... Perghhh sungguh puas hati yeeee pasal aku dapat makan apa yang aku nampak kat blog korang korang semua. TAPIIIII.... chocolate torte tu yang tak dapat aku makan malam tadi. Bukan kerana tak jadi, tapi kerana ganachenya aku tak buat. Memula aku nak la pakai ganache yang sedia ada dalam peti sejuk aku, adalah dalam beberapa bulan lepas aku buat. Tinggal letak peanut butter jelakan... sekali bukak-bukak tupperware haaaaa terkuzattttt aku kejap. Tengok ganache aku dah berkulat.... perghhhh hampaaaa betulll hati aku. Nak sejukkan hati punya pasal, aku simpan elok-elok chocolate torte tu dan akan aku buat peanut butter ganache balik keje karang. Padahal boleh je makan chocolate torte tu tanpa ganache. Hehehehehe... nak jugak aku makan chocolate torte dengan limpahan peanut butter ganache, gedikkkkkan!!! Hahahahahahahahahahahahahahaaaaaaa...


Tomyam dari blog Aku dan Sesuatu...


Mahukan resepinya??? Ada aku tepek kat N3 yang lepas... cari kan sini  BERTOMYAM KITE




Kek Batik dari Citarasawan


KEK BATIK
***cara paling mudah...


Bahan-bahannya :-D

  • 250g Mentega
  • 250g Susu
  • 400g Milo
  • Biskut Marie - Secukupnya  (Aku suka guna biskut marie yang kecik-kecik)
Cara-cara ;-D
  1. Masukkan mentega, susu dan milo gaul rata dan tunggu hingga adunan mendidih di atas api yang kecil.
  2. Bila dah mendidih tutup api, masukkan biskut marie dan gaul sehingga biskut marie disaluti coklat dengan sempurna.
  3. Bila dah rata masukkan ke dalam plastik ataupun ke dalam loyang adunan.
  4. Sejukkan didalam peti sejuk.
  5. Bila dah keras, keluarkan dan potong sedia untuk dihidang.
Kalau nak lagi sedap, letak kacang. Mudahkan!!! Semudah memakannya... ehehehe



Chocolate Torte with Peanut Butter Ganache dari Dr. Ezani Masterchef...



CHOCOLATE TORTE WITH PEANUT BUTTER GANACHE

Bahan-bahan kek :-D
100g mentega
140g coklat hitam
6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam
85g gula castor

Bahan-bahan ganache mentega kacang coklat :-D
150g coklat hitam
150ml krim memasak/krim putar
4 sudu besar mentega kacang halus
25g mentega


Cara-cara ;-D
1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek “springform” berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin.

2. Untuk menyediakan kek, pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Tambahkan mentega dan kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).
3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).
5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.
6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.
7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.
8. Sediakan ganache. Potong coklat hitam dan masukkan ke dalam mangkuk.
9. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih, masukkan mentega kacang dan kacau hingga sebati.
10. Tuangkan krim yang telah dipanaskan tadi ke atas coklat, biarkan selama 5 minit, kemudian kacau sehingga ganache licin dan berkilat. Kacaukan mentega ke dalam ganache.
11. Tuangkan ganache ke atas kek. 
12. Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.

Hari ni rasa-rasanya nak berbuka dengan Kuey Teow Hong Kong laaaa..... he hee





Bertomyam Kite

Pepagi hari sabtu aku dah banguun cam biasalahhh menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam selain menyediakan sarapan pagi dan bekalan makan tengahari untuk En. Hubby... dikala  aku dan orang lain bercuti, En. Hubby kene pegi berkerja mencari rezeki yang halal untuk menannggung kehidupan kami ni ha.

Pagi sabtu, menu sarapan pagi ialah nasi goreng dan pisang goreng. Haaaaa hamek ko sekali 2 juadah aku sediakan. Udah tu aku tengok nasi kat periuk melambak lagi, nak dibuang sayang jadinya aku goreng jelah pastu tengok pulak pisang nipah yang aku beli kat pasar tani khamis lepas dah masak ranum, takut benyek maka aku goreng juga. Lagi pun boleh jugak aku bawak balik ke rumah nenek memandangkan aku dan makcik aku nak balik ke rumah nenek pagi tu selepas Enchek Enchek Hubby kami keluar berkerja.

Bekal En. Hubby pulak aku just tapaukan nasi goreng bersama ayam goreng untuk makan tengahari. Haaaa goreng-gorengan yeeee... kolestrol udah tinggi lagi aku tapaukan makanan bergoreng untuk En. Hubby. Uiskkkk... tp dont worry setiap hari aku paksa En. Hubby minum oat bersama susu omega, selain mengawasi pemakanannya yang lain nak stop terus tak bolehlahkan!!! ateeee meleleh air mata En. Hubby aku tu kalau aku cut off semua pemakanannya. Moga2 ianya berjayalah, semoga kolesterol dalam darah En. Hubby akan normal kembali, InsyaAllahhh... 

Lebih kurang kul 10 pagi aku dan makcik aku berserta anak-anaknya pulang ke kampung halaman. Eewahhhh bunyik cam jauh benorkan rumah aku ngan rumah nenek aku. Tak sampai 30km pun jaraknya.. Hahahahaa... dekat je kan!!!!!!! Pastu aktiviti di kampung biasalah lepak-lepak bersama nenek dan makcik-makcik terchenta, puas melepak dan bergosip pastu aku terbongkang tido. Hehehehe... Sebelum tidur tu terdengarlah permintaan pakcik aku a.k.a "manager" soh masakkan dia tomyam. Bangun-bangun tido ingatkan dah boleh makan tomyam, Ohhhh hancusss hati bile tengok bahan-bahan elok je tersusun atas meja. Dia orang nak aku masak ghupenye... aiskkkkk.... sabor jelaa... Maka aku terus menjalankan operasi memasak tomyam sekawah. Heeee seriusssss seperiuk besarrrr aku masak, dah boleh buat kenduri hokeyyyy..... tak caye??? Tengok gambar bawah tu haa....


Haaaa sudah ku bilang... korang tak cayekan!!!! Betol-betol sekawah aku masak haaa.... besarrrrr punyeeee......

Tu dia bihun tomyam... mabelessss.. ini pinggan aku yeee....

Haaaa korang mau resepinya??? Aku tepek bahan-bahan dan langkah-langkahnya saje ye.. bape banyak kuantiti penggunaan pandai-pandai koranglah adjust. Hehehee...


TOMYAM MANAGER 
(ngapa letak "manager"?? khas utk pakcik aku kannn mestilah letak manager)

Bahan-bahan :-D (bahan dipotong @ dihiris ikut cita rasa)
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Bunga Kubis
  • Putik Jagung
  • Lobak Merah
  • Cendawan
  • Tomato
  • Jus Limau Nipis
  • Daun Ketumbar a.k.a Daun Pijat
  • Daun Limau Purut
  • Air 
  • Garam


Bahan-bahan perencah :-D
  • Bawang Besar @ Bawang Jepun (hiris)
  • Bawang Putih (hiris)
  • Halia (ketuk)
  • Lengkuas (Ketuk)
  • Serai (Ketuk)
  • Cili Padi (Belah 2)


Cara-caranya ;-D
  1. Rebus air bersama ayam yang telah dicincang
  2. Masukkan bahan perencah (bawang, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan separuh daripada cili padi) kemudian tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan segala sayur-sayuran kecuali cendawan, daun limau purut, jus limau nipis dan gaul sebati, masak hingga sayur separuh empuk.
  4. Masukkan cendawan, sotong dan udang, perasakan dengan garam.
  5. Bila dah didih tutup api dan sedia untuk dihidang.

NotaDiHujungKaki :-  Sonang je masak tomyam ni, biasa aku masak men pakai lebur je semua takde tumis-tumis. Kalau korang nak tumis pun boleh, bahan-bahan rencahnya tetap sama yang penting 3 bahan utama mesti ada iaitu serai, jus limau nipis dan daun limau purut plusssss lagi umphhh kalau ade daun pijat tu ha... kalau korang tak suke ngan rasanya tak letak pun takpe.






Macam-macam sudahhh

2 bulan 6 hari?? Heeee syukurr alhamdulillahhh lepas ni 2 tahun pastu 20 tahun dan seterusnya, insyaAllahh moga2 ikatan yang dibina ini akan kekal hingga ke syurgaMu Ya Allah. Sejak menjadi isteri orang ni, bila status dah berubah soalan yang ditujukan juga turut berubah. Kalau dulu mase bujang jumpe je kengkawan or sedara mara yang jarang jumpe kompom soklannya,

"Bile nak langsungnye ni?"

Sekarang punye trend soklan pulak,

"Dah ade isi ke belum?"

Ayoooo isi perot adelah, belum rezeki kami lagi. Ade ke orang dah kawin xmo baby??? Both of us memang mengharap dikurniakan baby cepat. Lumrah kehidupankan, nanti kalau dah ade yg pertama, kompom soklannye akan berubah lagi.. contohnyee...

"Bile nak tambah lagii..."

Haaaa see see see... aku dah kate soklan mesti berubah punye. Tak yah kate orang lain, pasal aku pun macam tu jugak. Heeeee.... tapi takdelah sampai over actingkan. Beragakla weiiiii...

Opssss yang sebenarnya bukan ini yang aku mau ceritakan. Aku mau ceritakan ape yang aku belajar sepanjang aku menjadi isteri kepada Enchek Hubby ku. Ok ye kawan2, ni pengakuan ikhlas dari aku... ketika zaman bujang aku, aku ni takdelah pandai sangat memasak, pandai sikit2 jela oleh kerana malas tu terlebey so aku buat2 tak pandai. Kalau balik uma mak aku, boleh dikire dalam setahun bape kali je aku memasak untuk keluarga aku. Kalau masak pun pasti dengan bantuan mak aku. Boleh dikatekan agak malas jugaklah aku ni nak turun ke dapur. Aku lebih suke mak aku masak, konon2 balik kampung mau rase air tangan mak, padahal... M.A.L.A.S sebenarnyeee....

Kalau ade kenduri kendara kat uma mak aku or uma nenek aku, aku lebih prefer menjaga sepupu2 aku yang kecil. Lagi la terbukti pemalasnye aku ni kan. Ni kes nak mengelak kene masak ok, ahahah kate orang taktik nak mengelat tu mesti ada weiii. Akaiiii mesti panjang, haaa tirulah cara aku ni kompom korang terlepas dari memasak hokey (oooooo sangatla tak bagussss ok ikut cara aku ni). Makcik2 aku juga sepupu aku yang dewasa, iskkk opkos mereka dah tau taktik aku ni. Hahahaha kalau dah sepanjang tahun ini aje taktik aku kompomlah dia orang tau kan. Muahahaha ade aku kisah, dan dia orang pun tak kisah as long as ade orang jaga anak2 mereka ketika mereka sedang sibok bersilat kat dapur.

Dulu selalu aku cakap kat kazen aku, "ala ape susahhh kedaikan banyak order je ape mau" Bile aku cakap macam tu, mak aku selalu marah aku. Heeeee but now i'm totally change... Nie antara isi email yang aku dapat dari kazen aku.

"Ingat dulu ko cakap beli ajer lauk / kek / kuih kat kedai berlambak...see you CHANGED!!! A positive changed in fact...good for you!!!

Dipendekkan cerita, syukur alhamdulillah sepanjang aku menjadi isteri kepada Enchek Hubby ni, dah macam2 lauk yang aku masak untuk Enchek Hubby. Termasuklah makanan yang tidak aku makan. Kalau dulu aku terlebih malas skarang uiskkkk dah rajin dah. Hehehehe takdelah rajin mane, tapi bila dah dok uma sendiri kemalasan tu terus bertukar menjadi R.A.J.I.N. Seriussss rajin hokeyyyyy... setiap hari aku akan masak menu berlainan pasal aku tak suke makan benda yang sama untuk 2 hari berturut2 dan paling penting aku tak mau Enchek Hubby aku jemu ngan menu yang same setiap hari. Kalau selang 4 ke 5 hari takpelah lagi. Nak jaga suami kene jaga perotnya dulu ye kawan2. Paling penting makanan yang korang masak dah sah2 bersih. Betul tak!!!! Dah banyak aku membebel jom tengok resepi yang aku masak semalam.

SAMBAL TUMIS SOTONG

picca ikhsan dr mr. google

Bahan-bahan

500 gram sotong putih (di potong kecil)

100 gram cili kering (25 btg ni kalau uma takde penimbang ha ha, men agak je weiii)

10 biji cili padi

6 ulas bawang kecil

1 ulas bawang besar (dipotong kasar)

3 ulas bawang putih

2 keping asam gelugor

1 helai daun Limau purut

2 btg serai dititik

Minyak masak untuk menumis

Gula, Ajinomoto aka pak aji dan Garam

Cara Memasak

Kisar cili kering, cili padi, bawang kecil dan bawang putih sehingga halus.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak cukup panas.

Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga naik minyak.

kemudian masukkan serai, daun limau purut, bawang besar, asam dan sotong. Masak dengan api sederhana sehingga sotong benar-benar masak.

Masukkan garam, gula dan pak aji secukup rase.

Dah didih rase dah sedap boleh terus hidang.

Selamat mencubaaaa....

resepi ni aku amik dari AnjungWeb dan aku modified sikit. Hehehe suke2 hati aku kan tokok tambah bahan. Tapi yang penting Enchek Hubby kate sedapppppp....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.