Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 30, 2022

Sekali sekala uzur.

 22hb Okt - Sepatutnya sambutan ulangtahun kelahiran saya yg ke-62. Sepatutnya meriah. Sepatutnya celebrate dgn anak cucu atau paling tidak keluar makan2 dgn kawan2..

Tapi perancangan Tuhan tak serupa dgn perancangan kita.

Saya uzur teruk. Seminggu demam dan sengal badan. Tak cukup tu melarat sakit gigi dan bengkak gusi. Takleh makan apa pun. 

Hari ni baru rasa ok sikit (setelah ke klinik dan ke dentist). Tapi masih lemah sbb badan sedang nak recover kot. Tua2 ni tak pelik la kan...

Kesian saya tengok famili saya. Anak ambil alih tugas saya. Penat Iffah buat semua kerja saya yg tergendala. Terima kasih Tuhan kerana hadirkan dia dalam hidup saya.

Syukur Alhamdullilah hari ni saya dah ok dah, hampir ok. Saya dah boleh update blog saya semula. Mujur masih ada sisa usia. Sewaktu uzur saya dapat lihat sikap manusia yg sebenarnya. Waktu begitulah kita kenal siapa yg sebenarnya kawan, yang sebenarnya mengambil berat dan yang sentiasa ada untuk hulurkan moral support. Tuhan membuka mata saya. Alhamdullilah.

So what else to say except that I am  blessed. A belated birthday wish to myself.Happy belated birthday Hani. Don't cry! Don't be sad.


Walaupun tahun ni saya uzur di hari ulang tahun kelahiran tapi saya dah diberikan Allah nikmat sihat sepanjang tahun. Terima kasih Allah.

Surah ArRahman.

Last but not least.. Thanks a lot for the birthday presents..Kiriman hadiah hari jadi buat saya tu sangat2 saya hargai..Tak sabar nak pakai barangan yang diberikan tu..semua cantik! Thank you for the love.

Thursday, October 20, 2022

My beginings

Biological parents
They give me up for some reason that  till today I cannot understand. I do not blame them at all. I have nothing to complaint. 

Yes I was adopted.I was 11 days old then.Ayah and Che welcomes me with love.They raise me up. My 'Ayah' and 'Che' will forever be my parents

 


This was me when I was 10 years old.
My family
The only family that I know.
That loves me
That accept me just the way I am.

Wednesday, October 19, 2022

Usia

Usia berubah
Fisikal bertambah tua
Manis berpindah dari wajah ke dalam darah.
Hanya satu yang masih seperti dulu.
Personaliti.
Tak berubah
Kalau dulu saya degil, sekarang masih degil.
Kalau dulu saya tak suka orang yang mengambil sekempatan sekarang pun saya masih benci orang yang begitu.
Cuma sekarang pengalaman byk mengajar saya.
Kematangan menjadikan saya malas nak ambil pot benda remeh temeh.
Patah hati remuk hati kecewa dan dendam tu dah tak jadi hal dah.
Lalui saja dengan senyuman.

 

Sunday, October 16, 2022

Colek

Ni lah ' colek' original orang kelantan.
Buah segar yang bermandikan air asam jawa, nise , cili kering, garam dan gula.
Masam manis secukup rasa.
Kuah tu kalau ada ais boleh dijadikan minuman
Tak cuba tak tau.
Ni tengah viral ni
Terletak di Kg Cerang.
Tak jauh dari rumah saya.
Nak?
Meh saya bawa awak ke rumah pengusahani.
Kalau sebelum kul 12 tgahari tu boleh beli di rumah dia saja.
Selepas 12 tgahari dia akan berniaga di gerai depan tu.
Beratur panjang la awakkk.

 

Thursday, October 13, 2022

Bingjoy

Minggu ni dah dua kali duk ulang beli bingjoy.
Aiseymenn..lemak membiak wei!
Walau kurang manis dan buah melimpah limpah, bahagian lemak tu tetap tinggi.
Kata nak diet
Kata takut gemuk
Kata bahaya makan lemak2
Kata saja jer....

 

Wednesday, October 12, 2022

Harga kayangan

Mahal wei!
Bagi saya yg biasa2 ni harga sgt mahal
Tapi ya lah kalau nak banding dgn kualiti tu memang sesuai lah.
Memang terbaik
Sedap
Ori
Bau pun dah seda, inikan rasa
Tapi sebab mahal walau sedap terpaksa la limitkan kunjungan
Sekali sekala ok.
Chicken pie harga rm22. Kalau kat kedai roti cinta rm4 jer..rasa lebih kurang tapi pastry dia memang win laa..short crust pastry yg rangup secukup rasa.

Croisant? Memang best kat sini.harga? Belas2 ringgit utk satu croisant..kalau sekotak tu dlm rm70+.. ada 5 kalu tak silap.

Bagi orang kayangan dikira murah lagi. Bagi saya jer mahal. Tapi tak salah sekali sekala join org kayangan breakfast kat sini..Berangan jap. Mana tau esuk2 kaya kannnn...!
 

Saturday, October 8, 2022

Joni

Dah besar dah

7 bulan usia

 
Ni Joni masa hari pertama mendarat si rumah saya.
Usia 2 bulan

Friday, October 7, 2022

 

Something wrong?

Apa pasal pulak blog aku ni?

Geram wei lok!

Ni punca jadi malas nak update nih!

Tecnikal problem yg menyakitkan hati!

Kan dah tak boleh upload foto dah...

Entah apa punca tak tau.

Thursday, October 6, 2022

Feeza

Kawan Ja
Lama tak singgah
Marin dia singgah sekejap
Baru dapat mummy hulurkan buku mummy tu
Katanya hubby sedang bersiap sedia untuk finals.
Semoga Tuhan permudahkan.

 

Wednesday, October 5, 2022

Tak macam Kashmir pun

Lata Kashmir.
Kemain lagi orang duk cerita
Keindahan padang hijau memukau
Air jernih dingin menggigit tulang.
Betul la tu cuma....
Tidak mesra orang pencen/tua
Tidak sesuai utk kanak kanak juga
Tidak ada kemudahan asas.
Laluan ke air hanya batu batan tanpa lorong khas atau tangga.
Toilet ilek!
Surau  x ada
Orang berjualan pun x ada.
Jalan masuk tidak mesra kereta.
Sign board arah tak ada.
Apa lagi?
Serik.
First n the last time here. 

 On the way back singgah Lalang resort di Bukit Keding.

Yang ni best..Memang cantik memukau. Masuk dalam hutan tiba2 ada tempat cantik macam ni. Kagum. Panjang umur boleh bermalam di sini lain kali.

Letting go

Letting go is not easy.
I wish I can let go as easy as it looks like.
But God its hard.
Although it seems imposible to hang on, I still wish I can hang on.


 

Monday, October 3, 2022

Settle.

Selesai satu masaalah.
Aircon dua bilik dah di baikpulih/ service

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...