Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 28, 2011

Cerita betul ni..lebih kurang cerita Isteri Si Dol.

Kawan saya, ngajar satu sekolah.
Sekarang pun masih ngajar di bawah satu bumbung dgn saya.
Ini cerita dia. Lebih kurang dgn cerita isteri Si dol tu lah.
Cuma bezanya cerita ni betul2 terjadi.
Kawan saya bawa keluarganya makan angin ke Melaka kalau tak silap.
Dalam kereta mereka tu anak2 yg masih kecik2 memekak sepanjang jalan.
Sekejap kelahi, kejap berebut itu ini.
Maklumlah anak tengah nakal..Berjam2 jugak nak tiba ke destinasi.
Sabar si suami yg sedang memandu dah menipis.
Bila ada yg mula menangis terus hilang sabar dia tu.
Dengan geram yang amat sangat sambil tangan kanan memegang stering, tangan kiri di hulurkan ke belakang dan di cubitnya peha anak nya yg berada di seat belakang.
Aduh!
Laaa...bukan anak dia yang teriak kesakitan kena cubit.
Mak mertua dia yang turut serta bercuti mengaduh kesakitan.
Maka suami isteri tu pun berpandangan lah sesama sendiri.
Suami dengan pandangan seorang pesalah,
dan isteri dengan pandangan rimau nak telan pelanduk!
Sampai setakat ni saya dah ketawa guling2
tak sanggup dengar kesudahan cerita mereka tu.
Wahai pembaca yg budiman,
Harap berhati2 lah di jalan raya yer...
( Yah, jgn marah yer..Kak Nie kongsi cerita Yah kat sini sebab kak ni rasa eluk lah kita ingat mengingati sesama kita...hehehehe...
Biru tak peha mak awak tu Yah?)

Isteri Si Dol yang mesra alam..

Tahlil kat rumah mak malam semalam ramai yang hadir.
Maka hidangan yang di sediakan tu pun cukup2 saja.
Teringat saya pada cerita arwah bapak saya mengenai majlis makan2 ni.
Ceritanya begini:
Si Dol ni ajak lah Tok Imam datang kenal rumah kerana Tok Imam tu baru bertugas di kampung tu.
Untuk meraikan Tok Imam, isteri Si Dol ni masak makan malam yang istimewa.
Tok Imam tu di pelawalah makan bersama.
Isteri Dol macam biasa lah sibuk melayan mereka makan.
Si Dol ni kalau isteri dia masak sedap2, makan dah tak pandang belakang.
Lepas tambah, tambah lagi..
Sekejap Dol panggil isteri nya untuk tambah lagi lauk itu lauk ini.
Si isteri dah bagi perbagai signal nak menandakan lauk dah habis.
Si Dol ni tak faham faham.
Sekali si isteri ni padamkan lampu (pura2 blackout) dan cepat2 cubit peha Dol sambil berbisik..
"Udah2 lah tambah tu..Lauk dah habis."
Tau apa Jawapan yang isteri Dol terima?
"Tak nak tambah dah...Saya dah kenyang,terima kasih aje lah..."
Waktu lampu di buka semula, kelihatan Tok Imam sedang meraba2 ke pintu rumah untuk balik.
Pucat lesi truma orang tua tu..Tangan kanan Tok Imam sedang menggosok2 peha nya yang dah membiru agak nya.
Kuat sungguh isteri Si Dol tu cubit agak nya..

Sunday, February 27, 2011

Si penunggu dan yg ditunggu sama2 takut.

Orang tua saya pernah cerita.
Zaman dolu dolu kalau ada orang yang meninggal,
mesti ada orang tunggu kubur.
Siang malam duduk atas wakaf di dalam perkarangan kubur tu.
Dua tiga malam jugak la tunggu tu.
Berbekalkan pelita, dulu mana ada lampu.
Alasan nya tak sampai hati nak biarkan org yg tersayang bersendirian di tempat asing.
Agaknya sementara si mati get used dengan alam kubur kot.
Wallahualam...Siapa yang mula buat gitu tak tau lah saya.
Orang yang tunggu kubur tu bukan calang2 orang.
Sebab bukan hanya tunggu seperti tunggu durian luruh di musim durian.
Si penunggu tu akan di bekalkan AlQuran untuk di baca sepanjang dia berada di kubur.
Biasanya adalah wakaf buat dia berlindung dari hujan.
Makan minum nya di hantar dan tandas nya ada kot berdekatan.
Kalau awak yang di tugaskan jadi penunggu kubur nak tak?
Penunggu kubur ni seorang yang hati nya mesti berani,
tau aje lah kat kubur tu macam Astro jugak..macam2 ada.
Kalau saya yang jadi penunggu kubur,
saya pastikan ada pula penunggu saya, bodyguard.
Mana tak nya, kalau di bandingkan Si Mati yang saya tunggu tu,
saya rasa Si Mati tu pun tak setakut saya yang menunggu dia kat luar.
Jangan awak tak tau, ada org mati kerana terlalu takut.
Tak pasal2 menggali lagi lah Si tukang menggali kubur esuk.
Ish, takut pun tak kan sampai gitu sekali kannn.
Paling2 kalau ada ranting gugur, terkencing dalam seluar lah jawap nya.
Sah lah saya ni bukan calon sesuai untuk tugasan ini.

Saturday, February 26, 2011

Rancangan saya tak di luluskan.

Nasi Kerabu Hitam..Mana2 pun ada di jual di kelantan ni.
Tapi saya nak cuba yang di Jalan Pasir Hor.
Katanya sedap..
Senang jer, start enjin kereta dan tak sampai lima minit dah boleh jamu selera.
Ok,hujung minggu kita pergi.
Dah 3 kali hujung minggu silih berganti.
Tak pergi pergi jugak, ada saja musaqah.
Minggu terdahulu tu anak saya sakit nak bersalin, jadi postpone ke minggu seterusnya.
Dah minggu seterusnya, saya buat Majlis cukur jambul cucu, sekali gus sambut Maulud.
Postpone lagi.
Hujung minggu ni, di takdirkan, nenek saya yang di sayangi pergi meninggalkan kami semua.
Kita hanya merancang kan..
Walau yang dirancang tu adalah perkara biasa2 saja, tapi bila dah yg maha berkuasa dah tentukan rancangan saya tu belum boleh dilaksanakan maka saya redha lah.
Ini baru rancang nak makan nasi kerabu ayam bakar Pasir Hor, tak jadi masaalah langsung kalau tak tertunai pun.Small matter.
Tuhan tahu yang terbaik untuk saya..
(Saya ni kalau dah makan nasi kerabu payah nak stop...agak nya itu pasal lah saya tidak di beri peluang makan nasi tu..Kan betul saya cakap)

Friday, February 25, 2011

Mok Bidah dalam kenangan. 5/2/2011


Di pusara mu yang masih merah tanah nya,
mula berputik rindu.
Baru semalam nafas terakhir mu terhenti.
Seakan bertahun rasanya di hati.
Kami meninggalkan mu, bersemadi di situ,
meneruskan perjalanan yang belum selesai.
Damai lah kau di sana,
Keturunan mu telah kau tinggalkan.
Pemergian yang ditanggisi namun kami redha.
Kami iringi jasad mu dengan perarakan kasih sayang.
Mati itu satu ketetapan.
Nenek, hari ini seluruh anak, cucu,cicit mu mendoakan,
Semoga roh mu di tempatkan bersama orang2 yang solih.
Selamat jalan nenek, aku sesungguhnya
terlalu ingin menangis tadi tapi kedewasaan ku berbisik di telinga.
Pergilah nenek, namun di hati ku nenek tetap kan ada.

Kehabisan Lagu dah ...

Pukul 11 malam
Grandmummy dodoi yer...Dodoi si Dodoi....Imaad tak nak tido.
Cuba lagi lagu apa saja yg terlintas di kepala.
Pukul 12 tgh malam.
Tukar 'Asma ul Husna'...Tak mau jugak tido.
Ke kes suara grandmummy yg buat Imaad laaaagi tak leh tido ni?
Pukul 1 pagi.
Nak dodoi lagu apa lagi nih.Nasyid pulak k..
Mata Imaad makin cerah.Harapan untuk tido makin punah.
Pukul 2 pagi.
Kita Zikir Munajat pulak lah..Imaad tekun dengar. Imaad senyum pejam celik pejam celik..
Acap celik dari pejam. Fail!
Pukul 3 pagi.
Imaad...., grandmummy dah ngantuk ni, lagu 'Are u sleeping' boleh?
Ke nak lagu' pukul 3 pagi' yg P Ramlee nyanyi tu..
Pukul 4 pagi.
Aduh Imaad, time orang tido awak berjaga..Imaad guna jam bagi negara mana ni?

Pukul 5
Pukul 6...ting tonggg..Imaad dah tido.
Dah nak Subuh lahhh...Adoiiii....
Bukan apa, Imaad nak grandmummy berjaga malam supaya rajin sikit Solat Sunat Tahajud.
Kan Imaad kan?

Thursday, February 24, 2011

Dah tau gemuk kenapa tak diet?

Aik, awak tanya saya soalan cepumas ni..
Buat apa saya nak diet?
Ingat senang ke nak gemuk macam ni?
Bukan semua orang boleh mengembang macam belon ni.
Orang2 yang terpilih saja...Saya la tu.
Bukan setahun dua menternak anak lemak.
Dari mula kahwin dulu berat 48kg hingga sekarang berat.**kg.
(Bukan tak nak cakap berat badan sekarang tapi sementara ni biarlah rahsiaaa).
Proses kurus ke gemuk ni memakan masa lama.
Hampir 30 tahun baru nampak hasil.
Hampir sama lama dengan usia anak gajah.
Bukan sikit2 modal untuk gemuk.
Tanya hubby saya kalau tak percaya.
Hari hari kena pastikan cukup makanan berkhasiat.
Makan cukup, senang hati, tidor nyenyak sampai pagi..
Peti ais tu pastikan yang boleh muat empunya badan kalau di kosongkan.
Tapi tak pernah kosong punn..Sarat ber isi
Kalau lah saya di takdirkan kurus semula,
Payah dah nak cari yang banyak daging seperti saya ni
Ternak lembu pun belum tentu dapat daging sebanyak ni.
Kira berbaloi lah hubby saya pelihara saya..
Pas tu kenapa awak bising2 duk suruh saya diet?
Hubby saya tak suruh saya diet pun.

"Kata dulang paku serpih,
Jgn suruh suruh kita diet, berat badan awak tu yg melebih lebih..".

Shyyyy.....!Tu pasal lah dia diamkan jer..

Wednesday, February 23, 2011

Imaad penawar duka kiriman dari Tuhan..


Luruh lah segala duka setiap kali ku melihat kejernihan matanya..

Ibu kucing ke Ibu orang yg lebih berotak?


Duk sibuk2 dengan cucu ni lupa nak jenguk anak2 Si Kropok. Dah besar rupanya. Semua dah celik mata. Kalau cucu saya bermata coklat, Anak2 Kropok bermata biru. Adei, tak kan banding cucu dgn anak2 Kropok ni.A matter of speaking saja lah.
Anak2 kucing ni dah mula pandai nak panjat keluar dari bekas. Panjat lah kalau nak cari nahas!Tersepit kaki kat jaring kandang tu baru ko tau..Kropok pun satu, didik lah anak ko tu biar tau disiplin sikit.
Usahkan si ibu kucing, manusia pun ramai yang tak reti didik anak. Di biarkan saja anak membesar bebas tanpa batasan..Punah! Macam tak sayang anak.
Entah2 Si kropok ni lagi sayangkan anak dari manusia..Tak pernah tengok lagi ibu kucing buang anak kat tong sampah atau hanyutkan di longkang2 besar..Ibu orang ada yang buat macam ni...Susah payah di lahirkan,senang2 buang.Zalim..Tak gitu?
Tadi saya ambil anak Kropok, nak pegang kejap pun Kropok dah sibuk. Bila bunyi suara tangisan anak dia tu, cepat2 dia gonggong anak nya dan letak balik dalam bekas tu..Kropok wei, aku pinjam kejap pun ko kedekut yer..
Aku pergi riba cucu aku lagi baik.
Baibai lah Kropok.

Ke tak de siapa pun yang tau ni.

Agaknya saya seorang ke yang tak kenal buah ni?
Ok kalau awak kenal, cuba gitau saya apa nama buah ni?
Rasanya masam dan sekali tengok macam strawberry cuma bentuk nya panjang dan saiz nya kecik2.
Buah apa lah agaknya ni...

Saya

Saya?

Saya?

Saya?

Saya..?
Ni lah saya....

Tuesday, February 22, 2011

Dah awak tu dalam pantang, nak buat cam mana..


Saya makan Ayam Percik, Butterprawns, Ketambercili, Ikan Siakap tiga rasa dan Telor kukus.
Awak makan Ikan Selar Bakar saja.
Saya makan pelbagai kueh mueh, Akok, Puding telur dan Bubur.
Awak makan biskut Jacob hi fibre saja.
Saya makan buah itu ini..
Awak makan vitamin C.
Sabar lah,
Bilang hari tu.
Mummy dan semua yang bergelar ibu
dah lalui zaman begitu.

Monday, February 21, 2011

Di malam sepi aku bermimpi.


Mimpi itu mainan tidur.Mimpi juga lah membolehkan kita merasai detik2 indah yang tak mampu kita rasai di alam nyata. Walau bahagia itu hanya sementara tapi mimpi tetap menjadi satu2 nya harapan untuk keluar sekejap dari jaringan kehidupan yang payah.Biarlah kalau orang lain tak suka bermimpi, saya suka. Cuma saya tak suka bila tersedar dan terpaksa menerima hakikat kenyataan yang jauh berbeza dari mimpi tadi...Nak pejam balik mata dan sambung mimpi part 2.
Boleh sambung ke? Tak pernah pula bersambung mimpi saya yang lepas2.
Tapi kalau mimpi yg menakutkan, bila tersedar sahaja rasa lega! Mujur hanya mimpi bukan realiti.Nak tidur balik pun takut berulang mimpi tadi. Kalau boleh tak nak ingat2 langsung!
Itu lah kita
Itu lah saya.
Menjadikan mainan tidur sebagai satu perjudian. Tidak ada sesiapa yang boleh menjangkakan mimpi apa yang akan di alami malam nanti..
Kalau boleh di atur atur, malam ini saya nak mimpikan apa yer?
Awak nak mimpi apa pula?
Jangan mimpi hantu dah lah.Takut saya.

Sunday, February 20, 2011

Daya atau Dalih?

Betul sangat sangat.
If u are willing you will find ways.
if you are not, you will find excuses.
Ini kata2 facilitator sewaktu saya berkursus semalam.
Saya letak diri saya di tempat itu.
Bila saya nak kan sesuatu, saya akan ikhtiarkan berbagai cara untuk mendapatkan nya.
Kata orang, by hook or by crook, cuba juga and keep trying.
Tapi bagi orang yang cuba untuk mengelak dari sesutu yang dirasakan menyusahkan diri nya,
beribu alasan lah yang di reka cipta..
Atau paling menjengkelkan ialah bila mereka memilih untuk berselindung di balik kebenaran.
Begitulah hidup ini.
Manusia yang di beri akal fikiran.
Terpulanglah nak guna cara mana.
Tepuk dada tanya selera.
Tepuk perut, perut saya kata, sekarang waktu breakfast.
Saya kena makan kalau tak gastrik..Good excuse!

Saturday, February 19, 2011

Imaad dah tak ada jambul..

Kebetulan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Niat nak buat majlis cukur jambul cucu saja sebenarnya,
tapi kami kami kira 2 in 1, Cukur jambul+Maulud sekali.
Panggil anak beranak sahaja, majlis kecil kecilan.
Seronok juga melihat upacara cukur jambul ni.
Deria bayi sebenarnya didedahkan dengan rasa asas seperti manis,masin dan masam.
Di mulakan dengan titipan air zam zam dan sedikit rasa buah tamar di bibir.
Juga cincin emas suasa sebagai simbol alat belah mulut, bukan percaya pada yang karut, sekadar adat lama yang tidak menyusahkan dan memeriahkan lagi upacara tu.(kalau nanti membesar dengan mulut celupar, di katakan mulut di belah dengan keladi/birah..betul ke?).
Kedua belah keluarga pihak ibu bapa mengunting sedikit jambul. Mengeratkan hubungan sebenarnya.
Rambut akan di cukur sepenuhnya dan berat rambut akan di timbang mengikut harga semasa emas di pasaran.Jumlah nya akan di sedekahkan.
Seluruh hadirin berselawat ke atas junjungan dan bunga rampai di bahagikan.
Doa kesyukuran di aminkan.
Para jenputan menjamu selera di akhir majlis.
Kami tuan rumah/datuk nenek kepada bayi yang diraikan merasa amat bersyukur kerana yang hadir telah memeriahkan majlis ini.
Alhamdullilah.

Manis sungguh budak2 ni

Anak dara dua orang ni datang ngetuk2 cermin kereta.
Mintak derma katanya.
Anak siapa lah malam2 buta ni berani hampiri orang yang tak di kenali begini?
Saya ni tak per lagi, buatnya di ketuk cermin kereta orang laki2 ..Tak manis macam tu.
Silap hari bulan niat nak mintak derma, lain pula yang di dermakan.
Kalau suka rela tu lain cerita, kalau di rogol?
Anak siapa ni?
Anak siapa ni?
Mak bapak apa ni?
Di biarkan nya anak2 pungut derma dengan cara ni.
Tak setuju sungguh!

Wednesday, February 16, 2011

Saya fail kira kira .

Baik lah tuan2 dan puan2, hari ni bukan tajuk terhangat minggu ini.
Tau pun orang dah jemu dengan cerita cucu kita.
Hari ni nak cerita pasal mak nenek pulak.
Laaaagi lah boring tapi cuba lah tahan2 kalau rasa nak termuntah.
Nak dipendek kan cerita dan mengelakkan ramai yang tertidur atas keyboard maka saya nak mula lah ni. Jeng jeng jeng....
Mak nenek tu saya lah.
Padan dengan usia dapat tittle tu.
Usia meningkat mengikut tahun..Usia fisikal.
Usia mental tak banyak mana berubah, hari ni sekadar matang sikit dari kelmarin.
Yang saya heran tu, adalah seorang penyanyi tanahair ni.
Semasa saya di awal persekolahan menengah dulu dia dah jadi penyanyi.
Agak2 usia akhir belasan tahun lah ni.
(Saya baru awal belasan tahun)
Sekarang ni dengar khabar usia dia baru awal lima puluhan.
Aik? Biar betul!
Saya pun dah going to be 51 late this year.
Tak pandai mengira ke saya ni?
Tak kan dia lebih muda dari saya pulak?
Ke usia boleh di undur ikut penampilan?
Yer lah kalau ikut penampilan tu memang lah saya nampak lebih tua .
Dia masih tak berkedut sana sini dan solid molid lagi.
Agaknya kes saya dah jadi nenek lah tu, itu pasal usia saya pun dah jadi senior dari dia.
Dahhh...jangan dengki, tak baik!
Dulu orang suruh jadi penyanyi tak nak,
Sapa suruh jadi mak nenek?

Tuesday, February 15, 2011

Wahai orang2 kampong tengok sini.

Awak ada kereta besar, awak pandu hulu hilir, tayang sakan.
Awak ada rumah besar,siap tayang masuk majalah lagi.
Awak ada kebun sana sini awak letak papan tanda hak milik besar2..
Awak ada gelang emas berlian, sampai ke siku awak pamerkan pakai.
Tapi saya tak ada semua tu.
Saya sedar saya miskin harta dan saya tak kisah pun.
Tuhan mendengar dan makbulkan doa saya.
Hari ni saya nak tayang harta saya jugak lah.
Alah, bukan selalu..pertama kali nak buat pameran.
Betul lah tu, saya memang nak tayang cucu.
Ini lah satu satu nya cucu saya yang baru melihat dunia.
Kalau kirakan nilai dia dengan emas berlian, jauh dia lebih bernilai buat saya. terlalu bernilai.
Dia kecik saja,2.6 kg. Orang kata "Good things come in small packages",harap2 betul lah tu.
Lupa nak cakap awal2, dia ni 'boy', kan biru tu baju yg dipakai nya. Why does it have to be blue for boys? Tak kisah lah..
Cukup syukur kerana anak dan ibu selamat. Beban risau di hati saya terus cair bila dengar tangisan pertama cucu.Alhamdullilah,Maha besar kuasa Tuhan yang menjadikan seorang manusia sebagai sebaik2 makluk Allah.
Dia lah intan payung, permata hati dan kebahagian bagi saya.
Tidak ada yang kekal melainkan Allah tapi saya dah cukup syukur kerana Tuhan pinjamkan dia untuk saya sayangi.
Terima kasih Tuhan. Saya bahagia.

Sunday, February 13, 2011

Everybody earns a tittle and so happy about it.

My daughter is a mother now.
So I automatically am a grandma .
that makes my mum n my mother in law the great grand mums
and thus my grand mum is now a great great grand mum.
Anis is an aunt to a nephew now.
The happiest auntie in this whole wide world....

Saturday, February 12, 2011

hERAN BETUL LAH SAYA.

Saya tak reti. Sungguh, sikit tak tipu. Saya duk baca blog orang lain dengan entri2 mengenai cara2/etika berblogging, apa yang betul, apa yang salah..begitu cara untuk ramaikan pembaca, untuk increase traffic..iframe, tumpang/curi...ish, tak faham lah saya.
Saya hanya tahu type N3 baru bila terlintas sesuatu di kepala. Dah tu lega kepala otak bila yang tersirat dah saya suratkan. Sapa yg baca tu saya hargai dan seronok bila ada yang sudi bagi komen/kongsi pandangan. Kalau tak ada siapa pun singgah dan baca apa yang saya tulis, saya andaikan apa yang saya tulis tu tidak menarik untuk di baca and it doesn't matter.Bukan menulis untuk menjadi famous atau apa, saja suka suka.Saya tak kisah sangat pasal nak kan ranking itu ini. Bukan itu tujuan saya berblog. Mungkin tujuan orang tak sama, lain padang lain belalang.
Bila saya baca kat blog2 lain pasal menceroboh atau memancing trafic ni saya tak faham betul.Kenapa macam tu? Agaknya saya yang 'Greenthumb' pasal blogging ni tak patut masuk campur. Memang sah banyak yang perlu saya belajar untuk sampai ke tahap tu. Dah tua tua ni sempat ke belajar? Mau ke otak ni terima benda3 baru ni...Fenin..Fenin..
Apa yang saya tahu? Ok, ini yg saya tahu. Saya tahu menaip N3 bila hati saya rasa sedih,gembira,marah atau teruja.Menulis pasal kehidupan saya dan keluarga saya.Bukan kerana keluarga saya hebat tapi kerana saya sedar keluarga saya dan saya tidak dapat lari dari menjadi manusia biasa..(Sometimes its ok to make mistakes).Begitu juga bila ada apa2 yg saya rasa menarik dan saya nak kongsi. Mana tau orang lain belum tau apa yang saya tau..Seronok dapat berkongsi maklumat di sini.(kadang tu maklumat tak sahih pun..ngumpat sikit2 tu biasa lah). Isu2 sensitif saya tak sentuh..politik ke, pasal VVIP ke..No, no, no!
Tengok lah saya pagi ni...Pagi pagi dah merapu entah apa apa.Terima kasih kerana sudi 'bear with me'.Semoga pagi ini kita mendapat keberkatan.Sekian dulu tazkirah pagi Sabtu dari saya, wabillah hi taufiq walhidayah,wassalamualaikum...........
JOM BREAKFAST 'NASI KERABU AYAM BAKAR PASIR HOR'.

Friday, February 11, 2011

This is not one of my good days...

I wasted 18 hours of my life today by sitting here doing nothing. Absolutely nothing! Someone please rescue me. The only thing that is doing all the work is my mind. All sorts of things crosses my mind and makes me sick just to even think about it. I'm so sick of the way things are and if I were a time bomb, now its time to explode. God, why me?

Temper.

Tadi semasa saya berkobar kobar nak type N3 baru, line tenet meragam. berdesus jugak lah kepala saya.
Ni line tenet dah ok, saya dah tak ada idea pulak.
Kalau lah line tenet ni boleh di makan, dah saya cicah dengan kicap dan telan hidup2 dah.

Thursday, February 10, 2011

'Due date' makin hampir.


Allahumma yassir, wala tu'assir.
Rabbi thammim bilkhoir.
Birokhmatikaya Arhamarrohimin.


Ku ulang ulang menyebut nama Mu.
Memanjatkan doa semoga di permudahkan urusan anak ku itu.
Semoga bersabar menghadapi payah yang sementara ini.
Apa lagi daya Ku selain dari berdoa kepada Mu Tuhan.

"Ya Tuhan ku permudahkan lah segala urusan ku,dan jangan lah engkau susahkan,
Wahai Tuhan ku, sempurnakan lah dengan baik.Amin."

-Allah hulailla hailla,subhanaka inni,kuntu minazzolimin-(Al Anbiya' 87)
Anak, apa lagi yang boleh Mummy bantu kecuali menurunkan doa ini kepada mu.
Seperti Nabi Yunus yang resah gelisah di dalam perut ikan paus, memohon supaya di selamatkan..Akhirnya Tuhan menyelamatkan juga berkat doa ini...
Ini lah doa yang selalu mummy baca sewaktu mengandungkan mu,
Bacalah dan amalkan lah...
InsyaAllah, segalanya kan baik baik belaka.

Laju....laju.....


Ada Kekawan tanya.
Kenapa suka sangat lagu 'Pohon Beringin' ni?
Suka berbuai ke?
Suka tu suka jugak lah.
Tapi kannnnn....
Sebenarnya dulu saya berangan nak kahwin dengn anak rajagopal.
Macam Si bawang Putih ni lah....Ke Si Bawang merah?( Whatever!)
Mak saya tak kasi tapi saya nak jugak, nak jugak!
Mak saya kata kalau yer pun nak kahwin dgn anak raja,
kena ada anak raja yang nak kan saya dulu.
Yer tak yer kan mak,
Mana lah ada anak raja yang nak kan saya ni.
Huhuhuhuhhuuuu....
Itu dulu punya cerita lah.
Ok, kena stop merapu dulu.
Raja tunggu nak dinner.
Raja yang bertakhta di hati kita lah....kwang kwang kwang.
Patek pacal yang hina memohon sembah.
Ampun Tuanku,beribu ampun...
Order mcD boleh tak?

Kesian Wak Dogol ..Gaji tak cukup ke?

Cerita WakLong dengan Wak Dogol.
Wak Long ni dah tau kereta tak de road tax di bawaknya jugak kesana kesini.
Sekali ditahan dek Wak Dogol.
Ampun maaf dah di pinta oleh Wak Long tapi Wak dogol nak saman jugak.
Last last Wak Dogol cakap kat Wak Long, nak selesai cara baik pun boleh.
Berapa boleh bayar? Opssssss!!!!!
Wak Long ni budak U yang memang tak der duit,
maka di tunjukkan lah wallet dia yang hanya ada rm7 ringgit.
Maklumlah keluar untuk beli roti saja tadi.
Rm 7 ringgit pun rm7 ringgit lah...
Wak Dogol ambik semua.
Kalau yer pun, tinggal lah sikit untuk di beli roti..
Mummy Wak Long gelak besar bila Wak Long balik tanpa roti.
Kalau Wak Dogol tinggalkan no talipon,
boleh mummy gorengkan meehoon ganti roti untuk di sedekahkan pada dia.
Kesian kan,Wak Dogol tak de duit sampai gitu sekali tu...

Wednesday, February 9, 2011

Sukanya saya.


Kopi- yg hitam legam
Cincau- Yang hitam kekuningan
Karemal-yang kuning perang
Lycheekang-yang hitam putih.
Bin sapa ni Kropok?
Rupanya Kropok ni tak setia.
Laki dia yang kena gilis kereta baru ni bukan bapa pada anak2 Kropok.
Laki kropok tu kucing berbulu lebat dan baka baik.
Warna pun kuning air dan handsome giler!
Ini anak sapa yang kau lahirkan ni Kropok?
Dah la hitam, kucing baka kampung lagi.
Kropok ni tak ada taste betul lah.
Ko kawin dgn Kassim Selamat mana tah.
Siapa Kasim Selamat?
Ahli Mujik? magistrik, loyarrr????
Adoiii...Sabariah...Sabariah..Ko dgn Kropok sama saja lah.
Biar lah, kalau dah beranak tu tetap saya terima.
Huduh pun tak per..
Hitam pun hitam lahhhhh...
Maka hadir lah org baru dalam hidup Kropok dan hidup saya jugak.
Bibik pun bertambah lah kerja..lebih byk pasir kucing nak di buang setiap pagi.
Cian bibik ku.

Tuesday, February 8, 2011

Beraso nok kecek kelate...

Ambo ore Kota Bharu, dio ore Mace.
Lain wei caro kecek, padahal se negeri.
Tok soh ko anak2 ambo, ambo pun konpius jugak kade2 tuh.
Kalu ore tuo2 hok kecek tu koho berat..
sleng ngalahkan ore German.
Ore Kota Bharu panggil 'che' ko mok bonda.
Ore Mace panggil 'Che' ko Tok Ayah.
Ko kambeng, demo tu panggil Kambei.
Ko Biring, dia panggil biri..(Betul alik dia pulok nih)
Bule poso Toktua ambo buat kueh 'Woh Mulung'
Che ambo buat 'Onde Onde'.
kueh serupo,nama berbeza.
Ambo kato jange.
Dia kato siak.
Ambo kato juruh
Dia kato kelulu
Ambo kata pekso
Dia kato toktahu
Ambo kata gapo dio gak?
Dia kata pnamo rima gak?
Kasar?
Memang lah dulu ambo rasa tak selesa jugak dengan bahasa dia tu.
tapi lo ni doh beso dgr tok jadi hal lah.
Cuma satu yg ambo perati.
keluarga dia kecek 'mung/aku' dengan adik beradik.
Keluarga ambo dok gitu.
Ambo bahasakan nama sendiri 'Ni, KakMah,Kak,AbeSir,AbeMad'.
Dia kata lebih mesra dgn cara dia.
Ambo kata bagi ambo kasar 'mung/aku nih.
Anak2 suka ngosek nenek mereka bila nenek sebut 'ruti'
Tapi kalu nenek mereka masok 'ruti canai', semua puji.
Makan 'Ruti cicah gulai kambe'..
Hehehhe..
(Kalau bukan asal org Mace tok soh nak berangan kecek seperti org Mace,
tok jaddi!)
Betul ke saloh ni..Ambo puah duk sajo jah, buke pakar bahasa.
Kalu ada ore nak komen pasal ni seleke la adik kakok..
Ambo bangga boleh kecek byk bahasa,Bah. Melayu Baku,Bahaso Kelate dan Bah Inggeris sikit2.
Tu lah ore panggil ambo ni 'Banyak Baso'
Tapi ambo mudoh baso sokmo..
Tak gitu?
Bo lah, larak doh ambo nih, ke kecek byk do oh ore kato ambo 'Kakah Tok Pok'
Tau gapo kakah tok pok?
Bahasa baku-Perkakas tak empuk.
Bahasa Inggeris-Uncooked tools...hehehehee...
Bo bo lah...Tanggung sengoti laaa!

Kebun dalam kepala saya.

Fikiran ku adalah ruang yang berserabut seperti semak samun didalam tanah terbiar.
Segala jenis persoalan tanpa jawapan bercambah bak kulat tumbuh selepas hujan.
Seribu macam keputusan yang perlu saya buat tapi tak sanggup nak buat.
Berbelit belit andaian dan tekaan liar, subur di bajai resah dan ketidakpastian.
Serabut.
Serabut sungguh melayan fikiran yang macam ni.
Perlu saya bawa parang dan tebas saja perkara2 yang tak penting yang tumbuh subur tu.
Atau patut saya sembur racun rumpai agar yang bercambah tu pupus terus.
Mungkin juga saya patut nyalakan api dan bakar semua semak samun dan jadikan tanah kosong ini subur berbaja untuk saya mula menyemai tanaman yang lebih berfaedah.
Seharusnya saya bermula sekarang,
dari terus menunggu2 masa yang sesuai, saya membuang masa sebenarnya.
Tidak berbaloi tenggelam di dalam semak samun yang begini.
Untuk apa? Untuk siapa saya bebankan diri saya, mendera diri sendiri?
Fikiran saya adalah tanah ladang saya.
Maka hari ini saya nak tanam keyakinan bahawa esuk adalah lebih baik dari hari ini.
Saya nak semai benih benih redha dan syukur.
Saya nak bajainya dengan doa moga Tuhan merestui niat saya.
Saya nak tuai lebatnya bahagia yang tidak bermusim.
Alangkah manisnya kehidupan di masa depan jika di waktu ini saya mula menanam semula.

The truma faced by the poor thing...

For the second time.
It came again, this uninvited guest.
Black and a nearly meter long.
Mr Snake was there near the drain, just a few steps away from our main entrance.
Bibik was there too, screaming her lungs out.
And so was I. Screaming.
-
-
-

And so was my other half!
Panicking and Ordering me to shut all the entrance, doing nothing except giving orders
"Call 911,call the neighbours,call this, call that..."
There he was, sitting at the end of the room with his legs on the chair, curling like a millipede

And the snake took off...Too disturbed by the warm welcome.
(Did I mention earlier that my hubby is terrified of snakes? I think his screams bothers Mr Snake a lot...)

Monday, February 7, 2011

Teddy bear sejuk di kerusi.

Eh awak Si Harrods dan Si Hamley, tau tak tuan awak tu tak ada malam tadi?
Tuan awak tidor kat Kem Motivasi anjuran sekolah dia.
Awak buat tak tau saja yer.
Diam kat kerusi tu tanpa sedikit reaksi pun.
Kalau tuan awak Si Anis tu ada,
awak tidor atas katil berselimut dengan dia lah malam tadi.
Tapi malam tadi awak tidor atas kerusi ni, tak berselimut pun.
Sejuk badan awak dibelai aircond sepanjang malam.
Kalau tuan awak ada mesti dia pakaikan awak stokin dah tu.
Padan muka awak lah, kena tinggal!
Alangkah senang nya jadi Teddy Bear.
Sentiasa di sayangi dan di peluk peluk.
Kalau dibiarkan pun tak merungut.
Tidak pernah merasa apa apa.
Kena tinggal pun tak apa.
Dibiarkan pun tak apa.
Hati tidak pernah rapuh.
Tidak kenal erti luka.
Kalau di lahirkan semula dan di beri kebebasan memilih,
Nak tak jadi Teddy Bear?
Saya nak.

Sunday, February 6, 2011

Hari ni hari bodoh saya Pak Encik....

Soalan 1
Apa saya rasa di waktu ini?
Jawapan 1
Bodoh.

Soalan 2
kenapa rasa bodoh?
Jawapan 2
Sebab saya bertindak tanpa guna fikiran.

Soalan 3
Siapa yang perbodohkan saya?
jawapan 3
Saya memperbodohkan diri sendiri.

Aduhhh...Tension nya hari nih...

Saturday, February 5, 2011

Nak mengaku kawan pun malu..

Ni bukan mengumpat.
Nak cerita pasal orang ni.
Sahih dan benar, bukan cereka.
Nama nya rahsia.
Asal jugak rahsia.
Berusia 50an.
Cara hidup dia mengalahkan anak muda.
Kalau orang lain dalam usia tu dah bertapak,
dia masih mencari cari ..
Bukan tak ada pasangan, ada .
Anak2 pun dah besar panjang.
Perasan muda belia.
Tapi dah hobby dia agaknya, menjaja hati.
Siap dengan permit 'masaalah rumah tangga' untuk di jadikan umpan.
Maka berduyun2 lah penawar hati yang nak cuba nasib nih.
Saya ni dianggapnya kakak, tempat dia failkan segala untung nasib dia.
Kadang kadang saya sindir2 jugak, nyampah jugak dengan isu terkini dia tu.
Dia nak menunjuk nunjuk, tak sadar diri kubur dak kata mari saham masih tinggi
Kalau cari yang lain untuk di kahwini tu yer lah jugak.
Saya tak halang dari duk buat dosa begitu.
Ini tidak, sekadar berfoya foya.
Dah tebal jugak lah fail 'teman tapi mesra' dia tu.
Saya bukan apa, kadang tu rasa kesian dengan hati yg dia lukakan.
Bukan sorang dua, ramai dan masih ramai tunggu giliran untuk di lukakan.
Tapi nak menegah pun apa lah kuasa saya ni..
Lagi pun mereka bukan di paksa, rela memperbodohkan diri sendiri,
kita tak kan nak pandai2 melarang pulak.
Saya cuma tunggu kebesaran Tuhan, kerana Tuhan itu Maha adil.
Sampai bila dia nak guna kelebihan kuasa pikat dia tu,hanya Tuhan yang menentukan.
Sekarang baru saya tahu kenapa lah room mate dia lari tinggalkan dia tinggal berasingan.
Dah dapat yg gatal macam ni, hari2 makan hati.
Padan laaaa...
Ingatan buat kita..
Hati2 dengan orang yang 'Alim Kucing' ni..Nampak baik tapi baik ada benda tuuu...

Mana lebih senang kahwin ke cerai?


Cuti saja maka sana sini lah kenduri kahwin.
Kahwin Kahwin Kahwin
Senang ke kahwin ni?
Kahwin memang lah senang tapi nak kekalkan perkahwinan tu yang payah.
Semua perkahwinan di mulakan dengan doa agar bahagia ke anak cucu.
Tapi tak semua capai tahap gitu.
Perkahwinan adalah ikatan banyak faktor, bukan ikatan hati dua manusia yg berlainan jenis saja.
Lagi lama usia perkahwinan lagi banyak tersimpul segala macam situasi.
Itu pasal lah walau tak bahagia ada pasangan pilih untuk teruskan juga ikatan perkahwinan.
Nak cerai berai pun rumit juga, melibatkan banyak pihak.
Nak mula semula dan melupuskan segala jejak yang dah dilalui sekian lama amat payah.
Nak tak nak, bahagia atau tidak, hidup di teruskan.
Telan saja lah segala kekurangan dan redha...Betul ke redha?
Hanya pada Tuhan kita panjatkan doa semoga orang2 yang tidak merasai kebahagian dalam perkahwinan ini akan di beri kebahagiaan yang berganda2 di hari esuk nya.
Sekiranya anda boleh mendabik dada dan declare yang anda lah pasangan yang paling bahagia,syabas!
Kekalkan kebahagiaan itu...Tidak semua orang boleh buat begitu.
Bagi saya, bahagia atau tidak, segalanya adalah sementara..
Semuanya milik Allah jua,tidak ada yang kekal.
Saya bersyukur dengan apa yang ada walau tidak sempurna.
Bahagia tidak semestinya 'perfect'
Perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang masih utuh walau di duga dengan segala macam dugaan.
Perkahwinan saya?
Setakat ni walau hujan ribut, badai, gelora, taufan, tsunami,
tapi esuknya Tuhan hadiahkan saya pelangi yang cantik untuk saya kagumi..
Begitulah setiap kali..Alhamdullilah.
Saya bahagia cara saya.

Friday, February 4, 2011

Aiseh mennn....

Pulang dari shopping.
Tutup suis kereta.
Punggah barang dapor dari kereta.
Barang personal yang perlu disorokkan cepat2 sorok bawah katil.
(Barang seludup tanpa permit dari boss la ni..)
Dua tiga kali ulang alik dari kereta ke dalam rumah.
Ok, selesai dah.
Penat, tidor sekejap.
Celik mata dah nak Zohor.
Tiba2 teringatkan handbag.
(Sebenarnya nak ambik hset baru tau hbag tak de)
Mana handbag saya tadi?
Mana Mana Mana?
Cari merata ruang.
Atas meja tak ada,
Atas peti ais tak ada jugak.
Mana lah saya letak kan nih..
Alamak, tertinggal kat kedai ke?
Mustahil, on the way back tadi saya sempat isi minyak kereta.
Astagfirullahhhhhhhhhh...di sini awak yer.
Nasib baik jodoh beg ni dengan saya masih panjang.
Mujur masih di situ, tak di curi orang.
Absent minded betul lah saya sekarang ni.
Nasib baik kepala melekat di leher,
Kalau tak, entah kepala saya pun saya tinggal merata tempat.
Tanda dah tua..Tau tak per!

Thursday, February 3, 2011

Ko nak makan nasi melukut dan sayur keladi ke ikan?

Ini kolam kecik di tepi tangga.
Tempat yang paling saya suka duduk duduk.
Sambil tengok ikan, bagi makan ikan.
Tapi ikan ni pun satu hal lah..

Ada ikan peacock.
Kecik dan tak lawa langsung.
Yang lawa dah mati agak nya.
Ada juga ikan Kap.
Bagi makan pun tak besar besar.
Ke kamu nak makan nasi melukut dan sayur keladi?
Ke nak duduk dalam perigi biru?
Ngada2 sungguh ikan2 nih.
Ikan2 ni boring agaknya duk dalam kolam kecik.
Stress.
Dah tu liar pulak tu.
Nampak orang terus nyorok di balik akar pokok.
Tak mesra langsung.

Ikan ni langsung tak mencontohi tuan dia.
Tengok tuan dia ni,
Makan tak banyak pun kembang juga.
Tapi tak lah makan beras melukut..Beras siam lagi you!
Sayur keladi? Sedap jugak tu..
Bukan main senyum lagi untuk kamera nih,
Hadapi segalanya dgn senyuman.
Syukur walau tinggal di rumah kecik saja.
Tak stress pun.
Mesra alam pulak tu.
Heheheheee..
Kata orang,
Dah naik lift tu tekan sendiri la kannn...

Bohong Sunat

Ada ke such a thing as bohong sunat?
Mana ada kannn...?
Tapi semua orang pernah bohong sunat.
Jangan tak ngaku, paling tidak sekali.
Saya banyak kali.
Kenapa perlu bohong sunat?
Nak jaga hati orang lain.
Nak 'Say no' dengan cara lebih sopan kot.
Dengan siapa kita bohong sunat ni?
Dengan kekawan.."Tak, awak nampak ok"
Walhal kita tau dia nampak gemuk dengan baju tu.
Dengan Boss.."Bole saja,tak de masaalah, esuk saya siapkan..."
Walhal dalam hati..Apalah boss ni, org nak bercuti di bagi nya kerja..pot pet pot pet.."
Dengan roommate..."Sakit kepala lah hari ni..."
Walhal nak cakapnya..Hari ni kita makan nasi bungkus boleh?
Gelak laaa...Awak punya bohong sunat laaaagi dasyat.
Bila agaknya kali terakhir awak bohong sunat?
Saya?
Baru kejap tadi...

Wednesday, February 2, 2011

Dia mendahului saya.

Inna lillah..
Kawan saya,Aba telah pulang ke rahmatullah.
Breast cancer stage 4
(Pembunuh dalam senyap..Aba tidak pernah tau dia diserang cancer)
Saya mengenali dia melalui alam cyber.
Facebook.
Saya dan dia selalu compare notes/exchange notes.
Sama perempuan ni kita cepat rapat.
Tambah2 sebaya.
Saya susuri facebook untuk mencari wajah dia.
Saya temui dan saya merasai kehilangan dia.
Sebak juga bila saya tengok komen2 yg dia tujukan kepada saya.
Lawak dia telah mengubat duka saya,
Lawak saya sering mengubat duka dia juga.
Tambah sebak bila saya baca kembali message dia kepada saya.
Message terakhir dia sebelum dia di masukkan ke wad.
Kata nya..
"Hani, saya nak gi check up lah, sakit belakang ini menjadi jadi..Ada tak orang mati kerana sakit belakang? Soalan bodoh dari saya dan memerlukan jawapan bodoh dari Hani..hehehe,balas msg ni jgn malas2.."
Ya, saya balas msg dari dia tu..Saya cakap..
"Awak tau Aba, kubur dekat rumah saya tu, semua yg mati kerana sakit belakang la tu..Hahaha!
Dah, gi klinik cepat2..."
Maafkan saya Aba, saya tak sengaja, saya gurau saja.
Sungguh saya tak sengaja.
Aba, maafkan saya.
Semoga roh Aba di tempatkan diantara orang2 yang beriman.
Amin.
(Saya masih kekalkan Aba sebagai kawan di dalam list of friends saya di facebook..)

Jentayu hinggap di merata tempat..

Blogwalking.
Best blogwalking ni.
Singgah di sana sekejap, di sini sekejap.
Melawat tanah orang tanpa pengetahuan tuan tanah.
Hebat! Kagum..
Terhibur.
Maaflah kalau kunjungan tanpa minta kebenaran dulu.
Tak usik apa apa pun, sumpah!
Bak kata orang tua, hujan emas di negeri orang,
hujan batu pun kena balik negeri sendiri lah.
Terima kasih rakan2 bloggers kerana menghalalkan kunjungan saya tadi.
Terima kasih daun keladi,
esuk2 saya nak jelajah lagi...

Tuesday, February 1, 2011

Di bahu saya tangisan dia tumpah.

Letih saya dengarkan masaalah kawan saya nih.
Saya lah tempat dia berkongsi segalanya.
Saya ni nak kata boleh pegang rahsia tu tidak jugak.
Kadang tu kalau tak terbendung, tercicir jugak setengah2 tajuk tu.
Bukan pecah amanah, saya tumpang benggang dan memerlukan second opinion.
Saya cuba sedaya upaya menjadi pendengar yang baik.
Saya tak nafikan, kadang2 tu dia 'hot' dengan pandangan2 saya.
Kadang kadang pandangan saya tak nak di pakai guna.
Bukan semua jalan yang saya tunjuk dia pilih.
Itu hak dia, saya pun tak paksa dia pilih ikut telunjuk saya.
Saya cuma cuba bersimpati walau tak boleh menyelesaikan.
Saya hanya boleh hidu bau masaalah itu dan meneka macam mana rasa nya.
Saya yang sekadar meneka kepahitan tu tentu tak sepahit tekak dia yang menelan rasa pahit itu.
Nasihat saya...
Pahit pun telan sajalah..Kadang kadang yang pahit itu lah yang menjadi penawar.
Sabar lah.

Plan tak serupa orang..Pelik ke saya ni?

Satu dua tiga empat.
Yes! 4 hari boleh bercuti.
Cuti ni saya nak duk rumah saja, rehat minda.
Ikut nasihat TNB, jimatkan tenaga.
(Tenaga saya jer..Karen berganda kut!)
Nak tengok semua cerita kat Astro.
Tak cukup Astro, nak beli DVD cerita terkini.
Nak ngadap fbook tanpa gangguan,
Nak singgah di blog teman2 dan kongsi cerita.
Nak baca magazine.
Nak tido..Makan..Tido..Makan..
Makan pun nak ada orang suap,kalau boleh laa..
(Ngada ngada tahap gaban dah aku ni...)
Nak rehat sepenuhnya.
Tak nak kuar berpenat2 shopping atau bertandang ke rumah sedara.
Tak nak berpeluh2 ngemas rumah dan sebagainya.
Tak nak perah otak siapkan kerja sekolah.
Semua tu boleh tunggu. Boleh K.I.V
Jangan ganggu saya bukan kerana saya banyak kerja,
tapi jangan ganggu saya kerana saya tak nak buat apa apa kerja.
Saya nak rehat minda dan tenaga............
Boleh ke ? Agak2 boleh tak ?
Kita tunggu dan lihat keputusan nya nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...