Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 30, 2022

Pokhok


Pokhok..
Berapa kali dah saya nak cakap.
Baiki jalan ke warung kamu tu.
Berlubang lubang.
Sempit
Jalan tak smooth.
Rosak kereta saya tau tak?
Pokhok..
Saya malas dah datang sini.
Saya nak merajuk.
Kenapa?
Sebab gulai ikan pokhok sedap dooh.
Kalau makan nak lagi dan lagi.
Jalan berlubang pun saya redah.
Bukan dekat pulak tu warung pokhok nih.
Pulisssss...tangkap pokhok ni!
Pokhok bersalah buat saya gemuk.

 

Jeram ngaji

Saya dan air memang ngam.
Suka sangat tengok air, sentuh air.
Hantu air.

 


Jalan jalan rehat minda di sini. Sambil tu singgah di agrofarm beli susu segar. 
Bahagia itu mudah. Bersama orang orang yang membahagiakan kita itu satu cabang bahagia.

Sunday, May 29, 2022

Frozen yogurt

Sedap
Beku otak sekejap
Makan yogurt dgn kakak dan sepupu.
Sekali sekala jadi kanak2 semula.
Tu pun kena hati hati bab gula.
Tak berani nak topping sarat macam orang muda muda.
Takut aktif kilang gula.
Maklum la kami ni senior
Makan kena pada pada.

 

Jeme


 Jeme.

Tu panggilan saya buat dia sewaktu kami kanak2 dulu. Lama kami tak bertemu. Kelmarin tanpa di duga Tuhan temukan kami semula. Hanya Tuhan yang tahu sukanya saya. 

Jeme..kamu dah ada uban yer? Yang terpahat di hati saya hanyalah Jeme yang pakai seluar pendek sentiasa tersenyum dan pagi2 dah dtg rumah saya. Jeme akan memanggil manggil saya dan soalan nya setiap pagi adalah.." Kakni, suratkhabar dah sampai belum?"

Haduhh Jeme...cepatnya masa berlalu. Kamu dah jadi suami orang, ayah orang dah..Pangkat kamu di jabatan itu pun dah tinggi. Timbalan pengarah lagi.Tobat kakni tak berani nak tegur kamu kalau tgok kamu di pejabat.

Alhamdullilah.Berkat kamu yg dari kecik sentiasa menyenangkan hati ayah ibu dan hati semua orang, kamu berjaya juga akhir nya..kakni tumpang gembira saja.

Jeme..Jadilah kamu sampai bila bila. Jangan berubah. Kelmarin tengok dan dengar cara kamu bercerita pasal mek kamu yg bedridden tu kani rasa mek seorang ibu yg berjaya. Mek didik kamu jadi anak sebaik itu. Tabik mek!

Jeme..Kamu kata kakni nampak macam dulu. Senyum masih serupa dulu, suara masih sama dan kamu tak pernah lupa zaman kita kanak2 bermain bersama. Terima kasih Jeme.  Kamu macam adik kakni yang kakni tidak pernah ada.

Semoga Tuhan kekalkan hubungan rapat kita semula. 



Jejak kasih 2

Semalam sekali lagi kami berjejak kasih. Sesuatu yang tidak dijangka kami lalui. Kami sebenarnya menggunjungi seorang saudara yang sudah sekian lama tak bertemu mata. 
Dia sebaya saya dan juga ibu tunggal seperti saya. Kami tak beritau dia awal2 dengan kedatangan kami hanya kerana nak 'suprised'kan dia..Terbayang senyum hilai nya nanti. 
Rumah nya kelihatan tertutup. Pagar berkunci. Puas panggil tak siapa jengok. Kami ambil keputusan untuk ke rumah ibunya yg hanya berada dlm jarak yang dekat.
Ibunya menyambut kedatangan kami dan mengajak kami masuk. Lama tak jumpa menyebabkan ibunya ambil masa untuk mengenali kami ni. Bila kami beritau yang kami dah ke rumah anaknya untuk berjumpa anaknya, wajah nya berubah. Rupanya kali ini kami yang dapat 'Suprised' yang sgt meruntun hati. Kata ibunya dia yang kami kenali sebagai 'Lah' dah meninggal 4 tahun yg lalu.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Begitu masa tidak berpihak kepada kami. Kami tak sempat jumpa dia di akhir usianya. Lah, ampun maaf atas segala salah silap kami jika ada. Kami doaka semoga roh arwah di letakka bersama sama org2 yg beriman. I love u Lah. 
Kenangan kita banyak.Air mata mu yg tumpah ke bahu ku masih terasa hangat nya. Kita terpisah lama oleh keadaan. Tapi kamu sentiasa dalam fikiran ku.Tak apa lah kamu sudah pulang ke pencipta rupanya. Sudah tamatlah derita mu.. Lah....Malam ini aku jadi rindu kamu.

Bosan

Wednesday, May 25, 2022

Childhood friend.

Partner in crime.

 

Kajol

Tak reti berterima kasih!
Makan free.
Jamban pun kita tukar pasir.
Tau berak kencing saja.
Kemain lagi terbongkang tidor atas katil aku.

 
Kajol dengar sini...

Berapa banyak kucing lain yang jauh lebih buruk nasib nya dari mu? Cubalah berbakti sikit. Tolong tangkap tikus ke..Tolong siram pokok ke..tolong sapu laman ke...Ini tidak, tau sepahkan barang saja la..Geram la wei!!!!!!!

Begitu lah hidup ini...


 

Sesal


 

Sunday, May 22, 2022

Masa tak merubah rasa

45 tahun bukan sekejap.
Itulah jarak masa yang memisahkan kami.
Terpisah kerana masing2 sibuk dengan kehidupan.
Terpisah kerana tuntutan tanggungjawap.
Namun hati kami tetap seperti dulu.
Sekali sekala tetap bertemu walau hanya di laman sosial.

 Hari ni saya kunjungi mereka buat pertama kali dalam 45 tahun.
Merapatkan kembali hubungan yang terjarak oleh masa.
Seronok nya hanya Tuhan yang tahu.
Nasib baik lah kami masih diberi kesempatan oleh Allah utk bertemu muka lagi.
Kata orang ' blood is ticker than water'
Dah kami ke besut tu kami singgah sini
Nasi dage soho/ viral.
Puas
Sedap sungguh
Ayahji yang belanja hari ni.
Thank you ayahji.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...