Sunday, 27 January 2013

Daging goreng caca marba

 BAHAN-BAHAN :
Resepi ni main campak2 je xde sukatan...biasa laa nak cepat.
  • daging
  • kunyit, halia, bawang putih (tumbuk)
  • bawang besar, cili api hijau (hiris kasar)
  • terung telunjuk (hiris serong)
  • tauge
  • kicap cair, kicap manis, garam dan serbuk perasa
  • secukupnya air untuk melembutkan daging
  • minyak untuk menumis
CARA :

  •  Macam biasa juga cuma terung dan tauge tu letak last untuk kekal rangup...sedap gak makan makanan simple cam nie...


  • Cili api pun sama letak last supaya masa gigit tu keluar bunyi krupp krapp...uuihhh sedapnyerr...

Wednesday, 23 January 2013

Nasi dagang beras perang

 BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan beras perang (rendam 4 jam)
  • 1 cawan beras siam cap pisang (rendam 4 jam)
  • 1 kotak santan dan secukupnya air untuk mengukus
  • garam secukup rasa
DIMAYANG HALUS :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 tsp halba
CARA :


  1. Makcik guna kaedah senang macam masak nasi biasa je sebab beras siam agak peroi..sebijik-sebijik. Masuk dalam periuk nasi jekk.
  2. Kalau nak kukus, last sekali baru gaul dengan bahan hiris dan kukus lagi sekejap. Dah siap.
  3. Masak je laa ikut cara yang kita rasa senang ye...
  4. Beras perang ni agak keras sbb mmg xpolish..byk zat. Rasa macam mkn kacang pun ada hu...hu...hu...

Biasa-biasa je

 Menu wajib kat rumah nie...saja je nak tepek gambor, kasi meriah sikit

Tuesday, 22 January 2013

Renung-renungkanlah (sumber dari : Bro Rozzan)



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu : 

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. 


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. 

Beberapa kata renungan dari Qur'an : 

Orang Yang Tidak Melakukan Solat: 


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
SUMBER

Ayam gulai darat

BAHAN-BAHAN :

  • 600 g ayam (potong kecil)
  • 1 paket rempah gulai darat (kalau takde...ganti je ngan serbuk kari daging)
  • 1/2 kg santan
  • 3 biji ubi kentang (potong dadu besar)
  • 2 asam keping
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
DIKISAR :

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 tangkai cili merah (nak pedas letak lebih...kaler pun cantik)
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Tambahkan rempah gulai darat yang telah dibancuh bersama sedikit air. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang, masak hingga ayam kecut.
  3. Kemudian tuangkan santan, masukkan asam keping, gula melaka dan juga garam secukup rasa. Masak lagi hingga kentang empuk. 
  4. Setelah mendidih dan sebati rasanya, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi @ dicicah dengan roti.


yang ni makan ngan nasi dagang beras perang tapi xde acar ngan sambal kelapa hu..hu...hu...

Wednesday, 16 January 2013

Biasa-biasa je

 Makanan apa ye kalau kita makan xpernah jemu?? kalau makcik la kan...makan megi aje laa. Bila-bila masa pun boleh, sentiasa diterima tekak. Yang ni maggi sedap perasa kari sebab sekarang ni makcik cuba avoid produk keluaran maggi. Habihkan stok2 lama je. Rasa dia so-so je laa compared ngan maggi tapi ok la kann..kann...makcik bubuh cili banyak2, letak telur dan juga hirisan kobis yang makcik hiris halus2....janji dapat lepas gian...
yang penting sebelum mencekik tuu...perah dulu limau kasturi.....ahhh nyamannyaaaa......

Tuesday, 15 January 2013

Kek coklat lembap Ros

 SUMBER : Ros
Izinkan akak kongsi dan tepek resepi yang sedap ni kat sini pulak ye Ros. Makasih bebanyak.
Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: [email protected] 
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.


Anekdot : makcik pun sama jugak macam Ros, guna serbuk koko van houten. Makcik kukus selama 1 jam sahaja guna pengukus elektrik TRIO. Untuk topping tu makcik guna choc bar van houten yang ada dalam peti ais sbb takut expired...(budak2 kat umah ni makan dgn mata je hu..hu..)makcik letak susu kotak choc sikit n butter dalam 2 tbsp, kiranya topping tu macam dip laa..basah-basah...ai memang suka basah-basah....

yang ni untuk kasi neber...kat umah ni makan sikit saja...mak ngan bapak tengok je, anak2 laa makan dgn budak2 yang datang beli jajan. Tu yg suka masak tuu sbb depa selalu mintak tapau bawak balik hu...hu...

Friday, 11 January 2013

Apam madu gula hangus


SUMBER : Klik kat sini
MAKCIK MINTAK IZIN KOPIPES YA, TQ


APAM MADU GULA HANGUS
Sumber gambar : Nojuzzone
Bahan-bahan
:
1) 1 gelas gula
2) ½ gelas air
3) ½ gelas gula
4) 3 biji telur
5) 1 gelas santan atau susu segar
6) 2 ½ gelas tepung gandum
7) 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara :

1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
3) Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4) Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
5) Masukkan adunan kedalam loyang.
6) Kukuskan selama 10 15 minit.
7) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.


Nasi goreng kobis

 BAHAN-BAHAN :

  • 3 mangkuk nasi
  • 2 kelopak kobis
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1/2 batang karot
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • sedikit sos tiram dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama karot hingga bawang layu. Masukkan isi ayam, sos tiram dan juga kobis. Gaul rata.
  2. Setelah kobis lembut masukkan nasi dan garam secukup rasa.
  3. Sedia dihidangkan bersama cili potong dan keropok pilihan.


Biasa-biasa je

 Kat rumah ni memang selalu ada standby roti canai segera. Bukan apa...kami ni memang kaki lepak kat kedai mamak...minum-minum anak beranak. Kalau roti canai segera ni, memang suka sangat dengan jenama Awangku (ada jual kat Mydin) sedap sangat macam makan yang mamak baru masak. Kekadang tu teringin roti telur ke...tampal ke....pecahkan je laa telur, tepek roti yang separuh masak...hilang kempunan. Mmmmmm malam ni lepak kat kedai mamak lagi laa... 



Thursday, 10 January 2013

Biasa-biasa je

Makan nasi dengan lauk kg. Ada gulai ikan susu, sambal udang dan juga ulam kacang botor. Sedap jugak rupanya ikan susu ni sebab first time makan...adik beradik ikan terubuk rupanya....

Sambal belacan gaya Along

Dulu masa bujang, kawan makcik yang panggilan manjanya Along ni selalu buat sambal macam nie...Along ni orang Yong peng, keturunan Jawa. Sedap tau sambal nie..bahannya cuma belacan (lebih sikit), cili api, garam dan gula. Semua bahan kena goreng, tumbuk dan lepas tu masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Gaulkan dan makan dengan nasi panas-panas emmm sedapnya......takde lauk lain pun takpe dah....

Tuesday, 8 January 2013

Masak lemak ikan keli

 BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan keli (disapu garam kunyit dan dipanggang sebentar)
  • secukupnya santan dari sebiji kelapa
  • 1 biji timun (dihiris serong)
  • 1 keping asam keping
  • 3 batang serai (ketuk)
  • garam dan sedikit perasa jika suka
Ditumbuk :

  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili api @ ikut citarasa
CARA :


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan jerang di atas api yang sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan juga timun, tambahkan perasa dan masak lagi hingga ikan masak.
  3. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Sunday, 6 January 2013

Koleh kacang hijau

 SUMBER : MAJALAH SAJI APRIL 2012


BAHAN-BAHAN :
300 ml santan (dibuat tahi minyak)
300 gm tepung kacang hijau
400 ml santan (makcik guna santan kotak kara + dengan air)
1300 ml air
400 gm gula merah (cairkan dengan separuh air yang di atas)
1 tsp garam
1 1/2 tbsp minyak masak
*****adunan ini menghasilkan 1 loyang kuih seperti saiz di bawah*****
 CARA :

  1. Campurkan tepung kacang hijau bersama garam dan curahkan santan sedikit demi sedikit. Sebatikan tepung supaya tidak berketul.
  2. Kemudian masukkan air gula merah, adun hingga sebati.
  3. Tambahkan air, kacau dan tapiskan ke dalam periuk. Masak adunan ini di atas api sederhana besar.
  4. Kacau sentiasa adunan ini dan apabila hampir likat, masukkan minyak. Kacau lagi hingga benar-benar likat dan tidak berketul.
  5. Setelah masak, tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
  6. Akhir sekali taburkan tahi minyak dan sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.


Biasa-biasa je

Sedap makan nasi dengan daging goreng kicap, sambal penyet dan ulam peria rebus...masih teringat-ingat...hmmm

Sambal belacan Jawa (sambal penyet)

BAHAN-BAHAN :

  • 20 tangkai cili api
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 biji tomato masak (belah 4)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris kasar)
  • 1 ulas bawang putih
  • sebesar ibu jari belacan
  • gula merah @putih dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu. Masukkan cili (belah 2 cili api dan patah2kan cili besar supaya tidak meletup ketika digoreng) dan tambahkan belacan. Masak hingga wangi.
  2. Kemudian tambahkan tomato, garam dan juga gula.
  3. Tuang semua bahan didalam kuali ke dalam lesung berserta minyaknya sekali. Lenyek-lenyekkan dengan anak lesung.
  4. Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman.

Saturday, 5 January 2013

Gulai telur

 BAHAN-BAHAN :
  • 7 biji telur ayam rebus
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 3 gelas santan
  • 1 asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
CARA :
  1. Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan telur, tambah bahan perisa dan sedia dihidangkan.


Biasa-biasa je

Menu tahun lepas...buat gulai telur, ayam masak kicap dan ikan keli goreng rangup...resepi ala kanak-kanak riang sebab takde cili langsung hu...hu...hu...

Jalan- jalan mengimbau kenangan masa muda...hmmmmm

 Bulan lepas saja je bawak anak-anak pergi Kg.Subang. Dulu lama dok kg Subang ni masa bujang-bujang dulu. Biasa laa orang airport kann..dari flat Subang Perdana pindah ke rumah teres pulak..last2 ke rumah Pak Sarip pulak kat kg Subang...
 Restoran big plate la hala tuju kalau nak makan western nie...kalau nak makan goreng-goreng pulak biasanya makan dekat WAFA restoran Siam...tapi rasa (kat big plate) dah kurengg sikit kalau nak banding dengan 16 tahun dahuluuu...mmm tuanya makcikk
 Baby Izz siap bawak bekal sendiri
 Abg Ngah manja..nak kena bersuap

Friday, 4 January 2013

Nasi goreng kampung

 BAHAN-BAHAN :

  • 2 pinggan nasi
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1/2 biji bawang besar**
  • segenggam ikan bilis**
  • sedikit belacan**
  • semua bahan bertanda **(ditumbuk kasar)
  • 5 urat kacang panjang (potong kecil)
  • garam secukup rasa dan jika suka boleh masukkan sedikit sos tiram
  • minyak untuk menumis
makcik gaulkan nasi dengan cili tumbuk kemudian sebab nak kasi anak-anak makan.

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau. 
  2. Tambahkan sos tiram, kacang panjang dan juga nasi. Gaul rata-rata. Masukkan sedikit garam dan sedia untuk dihidangkan.

 Yang ni versi Syabil, takde cili.
Yang ni pulak versi ibu...penuh dengan cili api tumbuk..nyumm..nyumm. Sedap dihidangkan bersama ulam timun dan juga keropok.

Biasa-biasa je

 Masak asam pedas ikan gelama, goreng kacang panjang ngan telur...buat basah-basah sikit, kena lak sambal belacan ngan ulam kacang botor...ummmph nyaman. Tak lupa gak pulut lepa...Alhamdulillah.