Pernah lihat sayur ini ? Kalau tak pernah, cuba cari di wiki atau di sini www.samphire.org.uk.
Tumbuhan ini hidup di persisiran pantai yang berlumpur. Yang duduk disini mesti sudah pernah merasainya.
Rasanya masin, sebab itu samphire ini selalu di gandingkan dengan masakan ikan. Ada juga yang menjadikan nya jeruk atau kalau suka dimakan begitu saja sebagai salad.
Kakros lebih suka goreng simple seperti resepi yang di bawah, makan dengan nasi putih panas-panas atau kepitkan dengan roti saja. Ada yang nak cuba ? Tak rugi mencuba sebab samphire ni memang sedap.
Bahan-bahan :
1 pek samphire
3 biji kentang dipotong panjang
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar sos tiram
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, terus masukkan bawang besar dan kentang sekali.
Goreng hingga bawang perang dan kentang empuk lembut.
Masukkan sos tiram dan samphire, balik-balikkan sebentar, agak-agak dah masak
bolehlah padamkan api.
*Pastikan kentang sudah lembut baru masukkan samphire, bila dah masuk samphire tak
perlu masak lama.
Kakros tak masukkan garam sebab samphire ni rasanya dah memang masin.
Dan akak tak masukkan gula sebab bawang dan ubi kentang sudah cukup manis,
memadai dengan sos tiram sahaja sebagai bahan perasa.
cr: http://north19.co.uk