Memaparkan catatan dengan label KDNKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KDNKA. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mei 2018

TEMBOK SEMPADAN MALAYSIA / THAILAND SUDAH USANG


TEMBOK SEMPADAN antara Malaysia dan Thailand di sepanjang Laluan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) dilihat SUDAH USANG sehingga mampu mengundang aktiviti penyeludupan dari negara jiran ke negara ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH berkata, ada beberapa bahagian pada tembok sempadan terbabit sudah rosak.
“Jika dilihat tembok sempadan sepanjang 29 kilometer ini sudah lama dan usang sehingga MEMBERI ANCAMAN PENYELUDUPAN SAMA ADA PENYELUDUPAN MANUSIA DAN BARANGAN TERLARANG ke dalam negara ini.
“Jarak 29 kilometer itu membabitkan tembok sempadan di sepanjang laluan Kesban dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke Padang Besar, Perlis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Pengarah KDNKA Bersama Petugas Op Wawasan Kedah dan Perlis di Pos BKC 7, Padang Besar, hari ini.
Zulkifli berkata, tembok sempadan terbabit tidak diselenggara sehingga pihaknya terpaksa menambah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan keselamatan sempadan negara ini.
“Setakat ini pegawai dan anggota bertugas di Laluan Kesban di Sempadan Malaysia-Thailand seramai 208 orang dan 29 KILOMETER ITU TERLALU PANJANG bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dikekang dengan jumlah terbabit.
“Sekiranya tembok terbabit tidak diselenggara atau ditukar, ia tidak mencukupi untuk mengawal sempadan dua negara memandangkan kes penyeludupan sering berlaku di kawasan ini (Kesban) kerana tempatnya terpencil.
“Sekiranya tembok terbabit dapat diselenggara, PGA tidak perlu menambahkan anggotanya dan rondaan dari semasa ke semasa menjadi lebih sistematik,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap agar kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap isu itu berikutan ia membabitkan keselamatan negara daripada ancaman luar.
Sementara itu, menurutnya, bermula dari awal tahun ini sehingga April lalu, anggota PGA yang mengawal di sepanjang Laluan Kesban di Perlis, Kedah dan Kelantan berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM1.3 juta.
Katanya, antara barang dirampas terdiri daripada ketum dan senjata api, malah jumlah itu antara kejayaan terbesar buat PGA pada tahun ini.

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 12 April 2013

Datuk Rashid Harun Dilantik Komander PDRM Esscom


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, Datuk Abd Rashid Harun dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berkuatkuasa Jumaat, 12 April. SAC Abd Rashid, akan memangku pangkat DCP.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata, Abd Rashid adalah antara 12 pegawai kanan polis yang diumum bertukar atau dinaikkan pangkat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...