Isnin, 25 Mac 2013

HARI POLIS KE-206 DISAMBUT PENUH SEMANGAT PATRIOTIK DI SELURUH NEGARA


Kuala Lumpur 25 Mac - Hari Polis ke-206 disambut di 14 kontinjen polis seluruh negara dengan semangat patriotik penuh membara tatkala negara masih lagi terkesan dengan gugurnya lapan anggota pasukan itu dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu.

Di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini, seramai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat mempertahan kedaulatan negara, diterbangkan khas dari Sabah untuk menyertai perbarisan sambutan itu. 

Turut menyertai perbarisan ialah tujuh balu dan seorang waris anggota yang terkorban.

SISIPAN KHAS HARI POLIS




93 ANGGOTA BARISAN HADAPAN OPERASI DAULAT SERTAI PERBARISAN HARI POLIS ESOK



Kuala Lumpur, 24 Mac - Mereka tidak dapat hadir pada perbarisan Hari Polis esok, tetapi semangat juang lapan anggota polis yang gugur di medan pertempuran dengan pengganas militan di Sabah tetap menyala di kalangan rakan seperjuangan mereka. 

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) esok.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu dijangka menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...