Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, 11 April 2012

NASI GORENG KENTANG

dari CerokDaporNekpp
NASI GORENG KENTANG


ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS! yehaaa... cuti 1 hari! hehe.. cuti sempena PERTABALAN AGUNG YG KE 14. Dgn cuaca yg tidak menantu.. cuaca nekp pon x menentu ahakss.. al maklum tengah pulih semangat! sangatttt kan! hehe.. SIMPLE & EASY! tapi MENGENYANGKAN! Alhamdulillahhh...

bahan2 ;)
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 3 tangkai cili hijau + 3 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawag merah
  • 3 tbspn ikan bilis
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji telor
  • daun bawang utk ditabur
  • 1 biji timun dihiris2
  • perasa secukup rasa

cara2nya;)
  1. belender atau tumbuk kesemua bahan
  2. panaskan kuali. tumis bahan2 sehingga naik bau + masukkan kentang dikacau rata biarkan sehingga kentang empuk. guna api kecil.
  3. kemudian masukan telor. biarkan seketika kemudian digaul rata. pastikan telor tidak terlalu hancur.
  4. msukkan nasi digaul rata
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang dan boley dimakan dgn timun.


simply the best!




Wednesday, 17 August 2011

NASI AYAM

dari Cerok Dapor Nekpp
NASI AYAM


~ biasanya bila buat nasi ayam ni Nekpp and BB Bears lebih suka pekena dgn ayam masak merah.. layan gambar dulu.. resepinya bila nekpp FREE!! mohon maap yaa nekpp betul2 bz tahap putus fius!! ~RALAT~



~ RAMADAN KAREEM ~




Tuesday, 9 August 2011

~ NASI JAGUNG

dari Cerok Dapor Nekpp
NASI JAGUNG


Alhamdulillah... iftar 9! minggu ni baru nekpp merempit di dapor! ahakss.. kiranya daporku baru berasap lerrrr ;))..... dari cerok dapor nekpp... Nasi Jagung.. si kecil molek nekpp yg nak makan!! kalu x.. 'i nak nasi serai'! waduhhhhh... hari2 pon x per!! haiyaaa itu ah moi!!

layan gambar dulu yaaa... stay tune!







~ RAMADAN MUBARAK ~





Wednesday, 3 August 2011

NASI GORENG CINA BERSOSEJ

dari Cerok Dapor Nekpp
NASI GORENG CINA BERSOSEJ


~ Iftar 3.. Alhamdulillahhh ~ walopon cuaca berubah2 dlm 1 hari nii.. kejap2 panas terik!! kejap2 ujan lebat!! kejap2 angin sepoi2 bahasa!! sampai mata nekpp layuuuu... lentok!! dari nak masak Nasi Ayam tukar kpd nasi goreng cina! hihi... ape pon syukurr banget! nekpp diberi kudrat tenaga 4 kerat nii... kesian kat BB Bears.. kalau takat nekpp berbuka... santai.. x cerewet... ada kurma ada air sudah cukup! Anak2 nie.. rasa x sampai hati.. nak beli nekpp agak kurengg sikit! jangan tidak.. hanya hujung minggu... okkk!! chef cuti! hihi... jom zasss resepi yg paling senang dlm dunia!! ;))


bahan2
  • 2 pot nasi
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau (ikut suka nak letak)
  • 1 tbspn udang kering
  • 1 tbspn lada putih/sulah (biji)
  • 2 biji telor
  • 1 pekat sosej
  • 1 cawan mix veges
  • bahan perasa secukup rasa
  • 1 tbspn minyak bijan

cara2nya
  1. bawang putih+cili hijau+lada putih+udang kering ditumbuk atau dibelender tidak terlalu halus.
  2. sediakan minyak dan campurkan sekali minyak bijan.
  3. tumis bahan hingga naik bau.. pastikan api kecil..
  4. masukkan mix veges digaul rata dan kemudian masukkan telor dikacau rata. bahan perasa jgn dilupai ;)
  5. akhir sekali masukkan nasi putih dan digaul rata.



~ RAMADAN KAREEM ~





Thursday, 26 May 2011

NASI IMPIT

dari Cerok Dapor NekPP
NASI IMPIT










Wednesday, 25 May 2011

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

dari Cerok Dapor NekPP
NASI LEMAK SAMBAL SOTONG




Monday, 1 February 2010

NASI GORENG KAMPONG WIT DAUN KUNYIT

dari cerok dapor Nekpp ;)
NASI GORENG KAMPONG
WIT
DAUN KUNYIT


bfest semua...jemput makan! ahaks..
alhamdulillah..sihat semua hendaknya pagi isnin ceria ni ;)

jom kita zasss camner nak buat nasi goreng kampong daun kunyit nih yerk!! ekeke.. tak de laa sepesel pon cuma buley AWET MUDO makan nasi goreng yg ada ulam2an nihh...x caya?? "lihat laaa pandanglaaa...tiru mcm sayaaaaa..." heeeeeeee heeeee ;p

bahan2
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • segengam atau 5 batang cili api ** ikut suka pedasnya...AWAS!
  • 2 tbspn udang kering ** direndam dahulu
  • kencur ** ikut suka
** belender ke semua bahan jgan terlalu halus.. DITUMBUK lebeh power!! hehe
  • 1 helai daun kunyit dihiris2 halus
  • daun kencur ** ikut suka...juga dihiris2 halus
  • segengam ikan bilis
  • garam/gula/bahan perasa secukup rasa
  • 2 pot nasi ** yg sudah dimasak lerr..ahaks

cara2nya
  1. goreng ikan bilis sehingga kekuningan..diangkat dan ditos.
  2. tumis bahan2 yg dibelender sehingga naik bau atau naik minyak
  3. masukkan bahan2 perasa/gula/garam
  4. kemudian masukkan nasi gaul sebati
  5. diikuti dengan DAUN2 YG DIHIRIS..digaul rata
  6. dan akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng
  7. sudah boley dimakang!

SELAYANG PANDANG > kali ni nekpp tak letak DAUN KENCUR dan BUAH KENCUR; sbb tahap kesuburannya agak terbantut!! ..kering kauuu!! siannn..lama kena tinggal.. kebiasannya kalau ada; nekpp akan letak buah kencur ni dalam nasi goreng kampong..best! aromanya...walllaaaaa bila dah dicampor dengan daun kunyit.. pehhh....tangkap leleh! kalau lagi pedas lagi baguih... x caya?? try aaaaa... yg tak reti nak makang pedas2 tuhh.. dinasihatkan JANGAN CARIK PENYAKIT!! NEKPP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YERK!! muhuwahuwaa ;))


Thursday, 3 December 2009

NASI IMPIT EID UL ADHA


dari cerok dapor nekpp ;))
MARI BELAJAR
membuat Nasi Impit heheeee...
kaedah baru! Akak nekpp ajarr..
sempena cuti2 Eid Ul Adha ari tu..
dapat jugakk nekpp menuntut ilmu..ahaks..
kaedah yg lain boley zasss di S.I.N.I.


bahan2
  1. musti guna BERAS PUTIH ATAU WHITE RICE.
  2. botol air mineral yg kecil..dipotong lebih kurang ikut sukatan 1 pot beras..'rice cooker'. SILA TENGOK KAT BAWAH BOTOL MINERAL YG ADA 'PET 12' dipotong 5 lekok dari bawah...alaaa jalur2 lekok yg kat botol tuuuuuu...hehe
  3. sukat beras mcm dalam gambar kat atas tuu..jgan timbun..peres aje.. kalau guna pot beras 'rice cooker' sukat beras agak timbun sedikit
  4. PLASTIK TAHAN PANAS BERUKURAN 5X8 INCI
  5. dilobang2kan plastik dengan menggunakan batang lidi atau DIJAHIT MENGGUNAKAN MESIN JAHIT YG TIDAK ADA BENANG!! haa kauu terkejuzzz...ekeke jgan terkejuzzz...reallll...kije pon mudah...tak caya??? try aaaa...ambil 5/6 helai atau lebih plastik lalu dijahit..buat kotak2..jahit memanjang kemudian melintang.. HARAP MAAP..TERLUPA nak amek gambor...sori 2002 lori!!!
  6. masukkan beras.
  7. plastik dilipat 2..yg pertama 1/2 inci kemudian lipat lagi 1/2 inci.
  8. distapler rapat2.

cara2 merebus
  1. hendaklah jerang air dahulu sehingga air panas.
  2. bila sudah panas..tidak mendidih yaa..masukkan nasi impit.
  3. 5/6 helai daun pandan disiat..dipotong ikut suka.
  4. rebus lebih kurang 1.5 jam ke 2 jam..
  5. bila dah masak diangkat dan ditoskan..biar hingga sejuk barulah dipotong2.
  6. SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 3 June 2009

BERIANI DARAT JOHOR


dari cerok dapor nekpp
BERIANI DARAT JOHOR
haaa nekpp main sume darattt..ari tu lontong darat
nie beriani darat ler pulokkkk ekeke ;p;p
oiii semangat nak puasa niii..alaaahaiii

kita layan gambor dulu yeeeeee
nekpp agak tidak berapa sihatttt
nak menaip ponnn lenguuuuhhhh tangan nenekkk
rasa badan nie nak tercabutttt
xcayaaa?? tengok tuu nekpp amek gambor pon giggggiiiillgiiigill ;p
jangan tangkap lelehhhh yeeee bila zasss gambor2 ;p;p
E.N.J.O.Y....



NASI BERIANI




DALCA SAYUR




Monday, 1 June 2009

LONTONG DARAT

waduhhhhh.... n3 terrrkucill lagiiiii...
kebuzyan tahap gaban uhuhuh
dari cerok dapor nekPP
LONTONG DARAT
haaa tahu tak nihhh??
lontong darat nie takdek kuah
x makan dengan lodeh
sume lauk pauknya kering2 belaka
boley dimakan dgn
*serunding * kuah kacang * ayam msk merah
* rendang
* sambal goreng *

jom kita zasss resepi rendang yeeeee ;))

walllaaaaa..
psttt tulung abaikan ketidak 'clear' an gambar itewww uhuh
RENDANG RAMADHAN
sempena bulan Ramadhan yg bakal muncul xlama lagi
kita amekk bahang puasaaaa...
sumber resepi dari Mawar Johor

bahan2
  • 600 gm daging lembu *nekpp guna stew kambing
  • 1 litre santan dari 2 biji kelapa
  • 50 gm kerisik
  • garam
  • gula
  • perasa ikut suka
  • daun limau purut *ikut suka
  • daun kunyit dihiris2 *nekpp xletak sbb xdek
ditumbuk/dibelender
  • 1 tbspn jintan putih
  • 1 tbspn jintan kasar
  • 4 tbspn lada kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
cara2nya
  1. panaskan minyak tumis bahan2 yg ditumbuk atau dibelender sehingga naik bau
  2. masukkan daging+santan; masak hingga emput dgn menggunakan api yg kecil
  3. masukkan kerisik; masak sehingga kuahnya agak kering *ikut suka

* SAMBAL KACANG *
resepinya sila zassss di S.I.N.I.


* NASI IMPIT *
resepinya sila zasssss juga di S.I.N.I

Sunday, 31 May 2009

SOTO

dari cerok dapor nekpp
SoTo
kita zass resepi yaa xmo ckp byk2 ngeee ;p

bahan2
  • bawang merah
  • bawang putih
  • ditumbuk atau dihiris halus ikut suka
  • rempah soto
  • rempah 4 sekawan
  • halia dititik
  • lengkuas dititik
  • minyak utk menumis; tumis semua bahan2 sehingga naik bau; masukkan air; sukat ikut suka hati masing2
  • 2 ekor ayam *potong 2 masukkan dlm air rebusan sup; bila dah masak keluarkan ayam lalau disiat2 isinya; tulang masukkan balik dlm sup!
bahan utk hiasan
  • daun sup/daun bawang dihiris halus
  • soon digoreng
  • kacang tanah digoreng
  • taugeh dicelor atau tidak ikut suka
  • ayam disiat2
  • begedel
  • bawang goreng
  • sambal kicap
dannn kita zass plaks resepi BEGEDEL kat bawah yeeeeee;p

begedel ni begedel IKAN BILIS
bukan begedel daging cincang tuhh
jom jommm zass resepiiii yipeee yiiipeee ;))

bahan2
  • kentang digoreng lalu ditumbuk tapiiiiii nekpp guna french frise iteww ahaks
  • ikan bilis digoreng lalu ditumbuk kasar
  • kuib maggie ikan bilis
  • lada hitam ditumbuk sederhana kasar
  • 1 biji telur
  • daun bawang/daun sup dihiris *nekpp xletak stok ciput
  • garam
cara2nya
  1. gaul kesemua bahan hingga sebati; kemudian bulat2kan; gentel sehingga habis adunan
  2. utk memasak; pukul telur 2/3 bijik
  3. masukkan gentelan begedel tu dlm telur yg telah dipukul dan gaul sebati
  4. panaskan minyak utk mengoreng; guna api kecil yeeeeeeee
  5. lakukan sehingga habis..dan sekiranya telur habis..pukul lagi telor; ulang process mcm yg disebut tadi

NASI IMPIT
resepinyaaaa sila klik di S.I.N.I.



Sunday, 3 May 2009

NASI LEMAK

dari cerok dapor nekPP
Nasi Lemak
sarapan pagi hingga ke makan malam! wahaha..
pekej 3 dalam 1
kija manyakk sonang
resepii di bawahhh yaaaa
pstttt...cun plak 'telor mata unta' itewww yaa..


Nasi Lemak
  • 6 pot beras *nekPP guna basmati
  • serai dititik
  • halia dititik
  • bawang besar dimayang halus
  • santan pekat
  • halba (optional)
  • garam

Sambal Tumis Udang
bahan2nya
  • 5 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • cili kering *nekpp guna cili powder kashmir (dijamin tidak mengcewakan!! wahaks..promo gitewww!
  • belacan
  • halia
  • dibelender kesemua bahan
  • serai dititik
  • asam keping atau air asam jawa
  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • udang basah
  • garam
  • gula
  • bahan perasa ikut suka

cara2nya
  1. tumis bahan2 yg dibelender sehingga naik bau. masukkan serai+halia; pastikan tumis menggunakan api yg kecil!
  2. apabila dah pecah minyak masukkan air asam jawa digaul rata
  3. kemudian bawang yg dimayang
  4. barulah masukkan udang; gaul sebati dan biarkan sehingga udang kemerah2an..


Monday, 27 April 2009

NASI AYAM

dari cerok dapor nekPP...
Nasi Ayam

Alhamdulillahhhh...kenyang lah! wahhh baru free...
zass resepi nasik ayam yerrr.. xmo cita panjang2...wahaksss..

bahan2nya
  • beras nekpp guna basmati jadik airnya kena lebihkn sedikit
  • ayam direbus *ambil airnya utk msk nasi
  • bwang putih
  • halia muda
  • kiub ayam maggie
  • sedikit kunyit nak bagi cantik warna nasi (optional)
  • dibelender kesemua bahan
  • 1 batang kayu manis *nekpp suka letak
  • tumis semua bahan..nekpp guna minyak sapi+minyak msk
  • garam
caranya...
  1. tumis bahan2 hingga bau wangi
  2. kemudian masukkan air rebusan ayam msk hingga mendidih
  3. masukan ke dlm periuk nasi yg berisi beras yg sudah di cuci. masak sehingga nasi tanak.
Ayam
  • biasanya ayam nekpp rebus dulu baru diperap dgn *halia*bwng putih ditubuk atau dibelender*sos tiram*madu*gram*gula...T.E.T.A.P.I.......
  • ayam tu nekPP beli aje!!! wahahaha..grilled chicken..ngeeee
  • 99% kalau msk nasi ayam nekpp suka msk ayam sambal @ merah...
sos kicap
  • bwg putih dititik
  • cuka
  • sedikit minyak bijan
  • kicap manis
sos sambal
  • cili segar merah
  • 1 ulas bwg putih
  • halia muda
  • cuka
  • garam
  • gula
  • bahan perasa
  • cili sos maggie sedikit
  • dibelender ke semua bahan
sup ayam
  • msk sup mcm biasa..hehe

sekian...mekasihhhh...

Monday, 30 March 2009

NASI IMPIT


dari cerok dapor nekPP
kita balik ke zaman dolu2..
zaman sekarang..manyakk sonang..beli aje!
name it!! * NONA * ADABI * mcm2 adaaaa
tapiiii memandangkan nekPP merantau
terrrpaksa ler nekPP belajou..
HOW TO MAKE NASI IMPIT!! ahaks..


Thank you sooo very much..MADAM INA..
now nekPP kehilangan 1 teman
beliau dah balik ke Johor Bahru
uhuh tempat tanah tumpah darahKU!!


bahanya
1 pot beras putih @ white rice
bersamaan dgn
5 pot air
sedikit garam
(note: nekPP masak 5 pot * bekas kat atas tu)
2 ATAU 3 tbspn minyak masak


caranya
mcm masak bubur nasi
pastikan api tidak terrrlalu besou
bila nasi dah jadik seperti bubor atau dah lembik2 gitewww
kecilkan api
digodak2 supaya beras tu betul2 hancur
jika masih lagi ada betuk2 beras tuu
tambahkan air lagi 1 pot
lakukan sehingga betul2 likat dan beras dah betul2 hancur
bila sudah likat
biarkan dlm masa 5 min

sediakan bekas
nekPP guna bowl yg mcm kat gambor tu
masuukan bubor nasi itu tadi ke dlm bekas sehingga padat
kemudian salutkan permukaan atasnya
dgn plastik atau wrapping plastik
amek senduk yg leper atau ape2 aje
pukul2 atas nasi itu tadi bagii rata dan padat!

nekPP tutup dgn bekas mangkuk itew tadi
tidak payah tindih2
dgn LESUNG BATU..ATAU BATU BATA..ahaks..
biarkan sehingga sejuk..
bila dah sejukkkk boley lah dipotong2..


SELAMAT MENCUBA!