Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

GULAI KEPALA IKAN MAYONG

dari Cerok Dapor Nekpp ;)
GULAI KEPALA IKAN MAYONG

~ Alhamdulillahhh... beres sudah!! yippie!! pas ni boley jalan2 cuci2 mata! kikiki... credit to Daddy B yg tersangatlah mmg rajin memBERSIHKAN ikan! tnx laling!... kepala ikan ni dimport jauh tuu.. nuu di Muar.. bila balik kampong aje... perkara wajibbbb... tinjau2 kawasan nuu di Parit Jawa! fresh from laut tau... sumber resepi nekpp sekodeng kat cerok dapor CMG.. oleh kerna dah hujung minggu... bila ditinjau2 dlm peti besi nekpp bahan2 semua dah xdek! ermm.. tapi x per.. ape2 aje laa yg boley dimasak.. walupon x cukup syarat.. rasanya mmg meletopss! sila klik di sini >>> DapurTanpaSempadan...... mekasih CMG!!..... jom zass resepinyaaa..

bahan2;)
  • 1 kepala ikan mayong
  • 1 biji terung bulat ** xdek
  • 6 - 8 biji kacang bendi muda, cuci dan toskan (jgn kerat) ** xdek
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Air secukupnya
  • 2 camca besar cili kisar*
  • 3 camca besar rempah kari ikan*
  • 1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari *xdek
  • bunga lawang/cengkih/kayu manis/pelaga ** ni nekpp tambah ;)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, dan potong sederhana besar, cuci lagi dan toskan.
  2. Terung dibelah 2 dan potong 4 bagi setiap belahan, rendam dalam air yang ditambah disedikit garam. ** kalau ada terong
  3. Tomato dibelah 2 untuk setiap biji. ** kalau ada tomato
  4. Cili merah dibelah dua tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumis hingga layu, masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  6. Tambah bancuhan rempah kari (*)...dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan biar mendidih.
  7. Masukkan kepala ikan dan terung. Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan terung lembut sedikit. Masukkan belahan cili merah, bendi dan tomato tadi. Biar mendidih.
  8. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  9. Hidangkan dengan nasi atau apa sahaja makanan kegemaran anda, resipi asal dia ada tulis, kari ni boleh dimakan bersama mee hoon...


haa tu dia... mcm JAWS!!





Friday, 29 July 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI

dari Cerok Dapor Nekpp
ASAM PEDAS IKAN PARI



Wednesday, 25 May 2011

TEMPOYAK IKAN TENGIRI

dari Cerok Dapor NekPP
TEMPOYAK IKAN TENGIRI




Saturday, 20 February 2010

LEMAK TEMPOYAK PATIN

dari cerok dapor NekPP ;))
LEMAK TEMPOYAK PATIN

pantun yerkk dulu ekekee..

ikan kekek mak eloii eloiii
ikan patin mak elaiii elaiii
ikan sudah dibuat gulaiii
mari makan beramaii ramaiii


salam semuaa ;)) heheh amek bau aje yerr...sumber resepi nekpp cilok kat rumah CMG!! mekasih yerk cik mat!! jasa mu tetap ku kenang dongg..ahaks ;))

resepi nekpp CNP aje dari rumah cik mat kita............ zasssssssssssss ;))


Bahan-bahannya:-
  • 5 - 6 keping daging ikan haruan ** nekpp guna IKAN PATIN
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah 2
  • 1/2 cawan isi petai (boleh dilebihkan kalau suka) ** nekpp xletak
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 camca besar tempoyak
  • 30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan masing2)*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya:-
1- Cuci ikan dgn limau dan garam, bilas dan toskan, perap dgn kunyit dan garam lebih kurang 30 minit. Kemudian panggang hingga ikan sedikit garing.

2- Tuang 1/2 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah untuk mendapatkan santan no. 1. Kemudian masukkan 2 cawan air dan ramas. Perah untuk mendapatkan santan no. 2.

3- Gaul bahan2 tumbuk dgn tempoyak hingga sebati, masukkan dalam periuk bersama santan no.2 dan serai titik. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang dan bila mendidih masukkan petai.

4- Tuang santan pekat dan masukkan belimbing buluh, kecilkan api dan biar mendidih perlahan sambil terus mengacau. Rasa kuahnya, kalau kurang masin boleh ditambah garam

Friday, 5 February 2010

IKAN MASAK ASAM BERLADA


dari cerok dapor Nekpp ;)
IKAN MASAK ASAM BERLADA

CREDIT utk sifu tersohor sape lagii kalu bukan CMG!
masakan nie ala2 Baba Nonya.. best!!!
jom zasss resepi yerk.. nekpp CNP aje ;p

mekasih daun keladi

lain kali nekpp CILOK resepi lagi yerk Cik Matt..

hehe pantun 2 kerat gitewww...

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 ekor ikan kembung (boleh guna ikan pari)
  • 1 biji terung, potong serong, rendam ** nekpp xletak..sbb xdek ;)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
  • 1 liter air (atau secukupnya)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji cili merah* nekpp campur cili api!
  • 3 biji buah keras*
  • 1/2 inci belacan, dibakar*
  • 1 camca teh lada putih biji*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 8 biji bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 hirisan lengkuas*(*ditumbuk halus atau dikisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci berih dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum dan terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan terung, tambah jus asam jawa, masukkan bunga kantan. Biar mendidih perlahan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam.....

hasil tanaman di kebun nekpp.. Bunga Kantan ;)

Monday, 2 November 2009

IKAN BAWAL KUKUS


dari cerok dapor nekpp ;))
IKAN BAWAL KUKUS

wahhh mengukus lagiii ;))
betul2 kemaruk asik nak mengukus..
kali nie kukus ikan bawal plaks..

resepi dari Chef Daddy B
bahan2 sama; cuma daddy b tambahkan
tomato; taucu; BUAH KEDONDONG!!!
layannnnn..
yg pasti..sedap dimakan..habis!!!
alhamdulillahhhh ;))

IKAN KUKUS


dari cerok dapor nekpp ;))
IKAN KERAPU KUKUS

resepi asal adalah dari Chef Daddy B
zass resepinya ahaks ;))

bahan2
  • ikan kerapu dibelah 2
  • air asam jawa
  • 2 tbspn sos ikan kukus
  • 2 tbspn sos tiram
  • 1 biji belimbing *starfruits dipotong2
  • 1 kuntum bunga kantan dibelah 4
  • 3 helai daun limau purut
  • serai dititik
  • halia dihiris2
  • 3 biji cili api dihiris2
  • 2 biji bawang besar dihiris2
  • 2 ulas bawang putih dihiris2
  • 2 biji limau kasturi utk diperah pada ikan
  • garam sesedap rasa

SELAYANG PANDANG.. sekiranya nak sedap..letakkan JERUK BAWANG PUTIH


Tuesday, 26 May 2009

KARI IKAN MERAH

dari cerok dapor nekpp
KaRi IkAN MeRAH
kita zass resepinya yeee ;p

bahan2
  • 3 biji bwang merah *nekpp guna bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • halia
  • dibelender kesemua bahan
  • rempah 4 sekawan
  • rempah kari ikan
  • daun kari
  • 3 biji terung dibelah 4 jika size besar
  • bendi
  • 3 biji tomato dibelah 4 jika size besar
  • bawang besar merah dibelah 4
  • asam keping @ air asam jawa
  • halba jika suka
  • 1 cwn santan pekat
  • minyak sapi
  • minyak masak


Monday, 11 May 2009

IKAN TIGA RASA

dari cerok dapor nekPP
IkaN TiGa RaSa
mcm Madu 3 gitewww..wahakss
kebiasaan msk mcm gini samada ikan siakap/kerapu
tapi nekpp guna ikan sheri
kita zasss resepinya yaa

bahan2
  • 1 ekor ikan kerapu *nekPP guna ikan sheri
  • 2 ulas bwang putih ditumbuk kasar @diketuk
  • 1 bijik bawang besar dipotong bulat
  • 1 inci halia nekPP blend gan cili kering
  • 6 biji cili merah dihiris2
  • 2 tbspn sos tiram
  • 2 tbspn sos cili
  • 2 tbspn sos tomato
  • 1 tspn fish sauce
  • garam
  • gula
  • perasa ikut suka
  • 1 tbspn tepong jagung
  • nekpp guna cili kering yg dibelender dlm 2 tbspn
hiasan ikut suka
  • nenas dipotong dadu
  • mangga dipotong serong
  • daun ketumbar @ daun pudina
  • tomato dipotong2

Wednesday, 6 May 2009

IKAN oh IKAN

ikannnn ooooh ikannn..
siann kauu ekhhh..wahakss..
cantikk aje dia beradu yerkkk..ekeke
ekceli nekPP nak masak ikan nie Masak 3 RaSa
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii mood weekned melanda tahap xleh disekat2!!
pas tuuuuu angin kus kus dtg plakkk
dok tanah arab patutnya dpt bendera arab
tapi nekPP dpt bendera jepang plakkk!
lagiiiiiiiii laaaa mood tu lariii..huppp xdpt tangkap aaah
dgn cuaca yg tahappp xtreammmm..hot hottt hotttt
Allah tu sayangkann nekPP agaknya kan kannn
BB Bears ari nie nak makan Mc D! yeayyyy
pucuk dicita ulam mendatanggg
senyum sampai ke telingaaaa tuuuuu
Daddy B no pobelm!!
lauk pauk yg dah sedia ada
yg nekPP forzen tanpa dicuit2 adaaaaa
Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh
selamat menu dinner malam nihhh..
bijakkk tak saya!!!
tepukkkkkkk tangannn laaah..haiyoooh

apakah nasibMU wahai ikan kuu..
ikann oh ikannn
diGULAI KAH?
diMASAK 3 RASA KAH??
atau
diMASAK SWEET N SOUR KAH??
tunggulah nasibMU wahai ikann kuu ;p

psttt tengah minum ptg niii..
biskut cheese crackers cicah air teh wangi!!
sayyyy cheeeseeeeeee ;)))


Wednesday, 29 April 2009

PAIS IKAN

waahhhh bau harummmm..
PAiS iKaN
resepi dari AiN..mekasihh yaaa..
stok ikan kembung ada..
t.e.t.a.p.i.
dek kerna k.e.k.u.r.a.n.g.a.n. bahan..kihkih
keinginan tu membara2 nak buat pais..ON aje..
walaupn xdek daun kunyit..nekPP letak kunyit...ahakss
xdek pucuk paku nekPP letak paku! upss..silapppp
aper yg ada nekPP belasahhh aje..
jadikkkknyaaa nekPP olah dgn kreativiti nekPP..
yg pasti ada ulam2an..pelik2.. nama nekPP xtahu kahkah..
lagii...nekPP xguna daun pisang! sbb xdek stok uhuh
yg ada belen daun pisang yg idup segan mati xmau..ngeee
jgan tidak..bau2 harum pisang tuu adaaaa jugakkk
nekPP balut dgn kertas minyak..jadikkk ler labiii
pas tu AiN kata boh kelapa jadik nekPP belender sekali kelapa
tu kale dia ada lain sikit..
rasanyaa?? mmggg sedappp..betulll..
INGAT! JANGAN ikut respi nekPP di atas tuu
dijamin TIDAK SELAMAT..whahahaha..
resepi sila klik di SINI