Tuesday, July 21, 2009

Sematkan azam, buatlah keputusan

Big boss berkongsi kepakaran
Alhamdulillah, saya diberi peluang bersama-sama rakan saya, Hariri untuk membantu program kecemerlangan akademik Asnaf Selangor hujung miggu lepas. Terima kasih kepada En Ahmad Fadzli Yusof, Global Genius Consultant, atas peluang dan ruang yang diberi.

Go Man United!!


Saya bersama-sama saudara Hariri bertindak sebagai fasilitator gandingan mengendalikan beberapa slot utama:) Saudara Hariri sememangnya mantap! hehe..

Kehidupan tanpa matlamat ibarat daun yang ditiup angin. Peri pentingnya matlamat adalah bagi mempastikan perjalanan hidup sentiasa terpandu. Matlamat dalam pelajaran, kehidupan, pekerjaan dan tidak boleh tidak, matlamat akhir di hari akhirat kelak.
InsyaAllah hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya


Namun, walaupun ada matlamat yang jelas, manusia sering terlupa. Bak kata Imam Ghazali, dunia ini ibarat pentas lakonan. Para pelakonnya adalah manusia memainkan watak sebagai pengembara. Pengembara ini sedang mengembara di atas jambatan dan ia mengembara dalam keadaan terlupa hala tujunya. Inilah sifat manusia yang pelupa.

Tahniah kepada peserta-peserta yang begitu 'happening'! Kami optimis dengan kemampuan diri anda. Kami yakin jauh di sudut hati anda, anda ingin menjadi insan yang jauh lebih baik daripada diri anda hari ini:)

Peserta terbaik!!!

Sunday, July 12, 2009

Tips Hilangkan Mengantuk


assalamualikum abg hairi..
sye nie one of eldaterrians! 1st of all, thanx 4 da motivation that RK gave to eld.. nk minx some helps from u.. HOW TO NOT GET SLEEPY IN CLASS?? slain drpd tido awl???! thanx!~

Respon saya (dengan sedikit 'modifications'):

1.TIDUR MENCUKUPI; bukan kurang tidur dan bukan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, Osman Affan, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam bermula pada pukul 10-11 malam dan bangun di awal pagi untuk bersiap-siap untuk solat subuh dan sebagainya.

2. TIDUR YANG BERKUALITI; ramai antara kita yang tidur mencukupi tetapi tidur kita bukannya tidur yang berkualiti. TIdur yang berkualiti beerti kita merehatkan diri kita sepenuhnya. Bagaimana ye? Antara perkara yang menyumbang kepada tidur yang berkualiti adalah suasana. Pastikan suasana bilik kita gelap dan tiada bunyi-bunyi yang boleh menggangu tidur kita.

3. PERMAINAN OTAK; semasa saya di universiti dahulu, saya membiasakan diri melelapkan mata dan mula melakukan permainan otak. Antara perkara yang saya lakukan ialah saya mengira nombor 1-10 dan 10-1 semula dengan membayangkan nombor-nombor tersebut dalam bentuk. Saya melakukan perkara ini berulang-ulang. Perkara ini adalah untuk mengoptimumkan tahap penggunaan otak. Ulangi perkara ini sehingga tidur.

4. MINAT; hadith pertama dalam buku hadith 40 susunan Imam Nawawi adalah berkaitan niat. Niat ini amat penting dalam kehidupan seharian kerana dengan niat yang betul dan positif, akan melahirkan tindak-tanduk yang positif. Sentiasa berbisik pada diri sendiri, "Hari ini aku akan belajar benda yang baru dan menarik!"atau apa-apa yang mampu menaikkan semangat kita belajar. Minat tidak datang sendiri tetapi ditanam dengan niat yang betul, insyaAllah.

5. BACAAN SEBELUM KELAS; antara cara lain menanamkan minat selain memperbetul niat ialah melakukan bacaan sebelum kelas. Datangkan persoalan-persoalan yang banyak untuk topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. InsyaAllah perkara ini (daya ingin tahu) dapat membantu kita memberi penumpuan yang tinggi pada kelas dan meningkatkan minat.

6. SENAMAN RINGAN; rakan saya berkongsi dengan saya petua beliau. Beliau selalunya selepas Subuh melakukan senaman ringan dengan ber'jogging' ataupun berjalan-jalan untuk mendapatkan udara yang segar. Pastikan senaman ini adalah senaman ringan sahaja. InsyaAllah mampu membantu menyegarkan diri:)

7. POSISI; pilih tempat yang paling hampir dengan cikgu/pensyarah. Ada beberapa sebab, menimbulkan rasa segan untuk tidur, suara cikgu/pensyarah lebih jelas didengari, mungkin cikgu/pensyarah lebih mudah menegur kita sekiranya tertidur dll.

8. AKTIF; ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalulah bertanya atau memberi pandangan dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah tidak akan mengantuk kerana otak kita sentiasa digunakan secara kreatif dan aktif.

Di atas adalah antara perkara-perkara yang mungkin boleh membantu. Saya pun kadang-kadang turut rasa mengantuk dalam kelas. Jika saya tidak tahan sangat, di waktu kosong, saya akan tidur sebentar di surau;) Selamat mencuba!:)

Tuesday, July 7, 2009

Dock Brief

It is my third time doing my dock brief. I was shocked because there were only 4 cases with 5 "OKT". All of them asked me to do the mitigation for them. I was shocked because during my 2nd dock brief, there were almost 20 cases to mitigate within a day. Be that as it may, I was the last person to report back at the legal aid room. haha... Anyway, it was a nice experience:)

p/s : tak lama lagi dah nak habis chambering dah.doakan saya!!:)

Monday, July 6, 2009

Kem Kecemerlangan STPM/STAM KISAS


Peserta-peserta muslimeen f6 yang hebat!


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya dipilih oleh Allah untuk kembali ke sekolah yang mengenalkan saya kepada proses tarbiah iaitu KISAS. Kali ini, saya dijemput oleh abg Syaari bagi membantu beliau menjayakan kem kecemerlangan STPM/STAM.


Alamak, apa benda plak yang aku langgar nih?


Rasa rindu pada suasana yang terjaga di bumi waqafan terubat. Memang telah lama memasang niat untuk kembali ke KISAS. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya kembali juga akhirnya. Syukur juga saya panjatkan kepada ALlah kerana saya berkesempatan untuk menunaikan solat secara berjemaah di musalla Saidina Ali. Teringat zaman ketika saya bergelar pelajar di KISAS. Terubat juga rindu saya selama ini:) Bersih muka adik-adik KISAS di musalla. Alhamdulillah, musalla tersebut masih lagi seperti dahulu, disuburkan dengan majlis-majlis ilmu, bacaan-bacaan al-Quran dsb.


Ha, buat ape tu abg Syaari?



Banyak juga perubahan dari segi fizikal yang saya lihat. Saya terkejut apabila dibawa melawat ke dewan kuliah. Dewan kuliah yang satu ketika dahulu hanya bermeja dan berkerusi yang diperbuat daripada kayu, kini telah berubah wajah setaraf dengan dewan-dewan kuliah di universiti. Malah saya kira jauh lebih baik. Untungnya pelajar-pelajar KISAS sekarang. Saya berbisik kepada junior saya, "tidak ada alasan untuk mereka tidak berjaya".

Sesi forum: perkongsian pengalaman


Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat terutamanya Cikgu Jamaliah dan Ustazah Rashidah Noor yang sanggup meluangkan masa hujung minggu mereka untuk bersama-sama kami menjalankan program ini. Terima kasih juga kepada Ustazah Nik Hazifah, ustazah yang mendidik saya dengan ilmu Quran dan Sunnah, ayat dan hadith ketika di KISAS, kerana saya difahamkan belaiulah yang menimbulkan idea untuk dilaksanakan kem ini.

Kumpulan TERBAIK keseluruhan. Tengoklah fasi depa;p

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada abg. Syaari kerana sudi menjemput saya untuk turut serta dalam program ini. Abg Syaari sememangnya hebat. Lebih2 lagi dibantu oleh zaujah kesayangan beliau (cewaah!) Shukran jazilan

Opps!! Eh kereta sapa yang kat belakang tu?


Imam Ghazali pernah berpesan, mengembaralah kamu mencari ilmu, kerana Singa yang lapar tidak akan kenyang jika tidak keluar dari gua, air yang bertakung akan berbau busuk sekiranya tidak mengalir dan anak panah tidak akan bermandi darah sekiranya tidak dilepaskan dari busur.

Maka adik-adik tingkatan 6 semua, segala ilmu, teori dan tips telah dibentangkan. Tinggal anda untuk melakukan langkah pertama menuju kejayaan. Moga kejayaan sentiasa mendampingi kalian.

Eldaterra : Straight A's

En Amin menyampaikan ceramah

MasyaAllah, lamanya niat di hati nak update blog ni. Setelah berminggu-minggu ketiadaan masa yang sesuai untuk menulis, alhamdulillah dapat juga saya curi masa sedikit hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada RK Training terutamanya Abg. Amin kerana sudi mengajak saya dan rakan serumah saya, Hariri untuk berprogram bersama Eldaterra (SSP Cyberjaya). Seperti yang saya jangkakan, sememangnya pelajar-pelajar SSP 'happening', aktif, tidak mudah mengaku kalah dan bijak untuk saling menghormati.

Seperti biasa, tugas ice-breaking diberikan kepada saya. Saya memutuskan untuk menggunakan ice-breaking yang simple dan mudah. Maklumlah, pelajar-pelajar SSP semuanya mmg mantap dan 'happening' dah. hehe.. Terima kasih kepada Hariri yang turut membantu saya menghidupkan suasana dan menjadi 'stand' mikrofon. (hehe..)

Wah!! Berjalan berpegangan tangan lah!

Dalam banyak aktiviti yang dijalankan, saya teringat kembali saat saya di Kolej Islam dahulu. Kemanisan ukhuwwah memang terasa kerana susah dan senang kami lalui secara bersama sebagai satu batch. 3 peringkat ukhuwwah yang diajar dahulu: (i) husnuszon (bersangka baik), (ii) salamatus sadri (berlapang dada), (iii) ithar (melebihkan sahabat lain dari diri sendiri).

Saya kagum dengan seorang peserta yang sanggup sujud dan membenarkan rakan-rakannya berdiri di atas badannya semata-mata untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan. Scary juga saya melihatnya.


Relaku berkorban demi sahabatku tersayang.


Wah! Macam tugu negara!

Walau apa pun, terima kasih atas memori indah bersama anda semua. Didoakan moga anda semua beroleh kejayaan ayng diimpikan, insyaAllah.



"carilah helah untuk berkawan, jangan cari alasan untuk bermusuh"