Monday, July 28, 2008

ANAK NEGERI SELATAN




Alhamdulillah, pada malam tadi saya telah dijemput oleh anak-anak negeri selatan untuk memberi sedikit ucapan dalam perjumpaan mereka. program yang bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah di kalangan pelajar-pelajar negeri selatan ini berlangsung dengan baik dan ceria;) saya telah diminta menyediakan ucapan selama 15 minit. alhamdulillah, saya sempat menyentuh beberapa perkara dalam ucapan saya.

UKHUWWAH
saya percaya atas tema ini perjumpaan anak-anak negeri selatan diadakan. hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-hujuraat yang menekankan kepentingan berkenal-kenalan dan bersaudara. malah, banyak lagi ayat Quran serta hadith rasulullah yang menekankan kepentingan bersaudara sesama muslim terutamanya.

saya percaya, medium ini sangat sesuai bagi membantu para pelajar memulakan perbualan dengan sahabat-sahabat yang baru sahaja dikenali. "laa, ekau oghang nogoghi ko?? (dalam loghat n9).. "hm, sabau je la.. sikit je orang melake kat uia ni??". lagi menarik, ada yang bila berjumpa, terus keluar bahasa jawanya.. hehe, orang dari negeri mana ya??? tidak kurang juga orang dari negeri pulau pinang turut menghadirkan diri mereka atas alasan mereka pernah bersekolah di n9 selama beberapa bulan. maka, terbukalah memori-memori lama sewaktu zaman persekolahan. menarik bukan??


"laa, ekau oghang nogoghi ko??"


ILMU
saya menekankan bahawa tidak rugi orang yang keluar meniggalkan kampung halaman mereka semata-mata untuk mencari ilmu. malah Allah telah menjanjikan bahawa akan diangkat darjat mereka yang menimba ilmu.

saya membawa beberapa pesanan imam shafi'ie yang cukup indah menasihati agar kita mengembara. "keluarlah kamu dan tinggalkanlah kampung halamanmu untuk mengembara. jangan ditangisi perpisahan yang berlaku". adalah menjadi seperti satu lumrah bagi mereka yang tidak pernah berpisah jauh daripada keluarga akan sedih dengan perpisahan ini. itu sememangnya resmi manusia. tapi janganlah kesedihan itu menghalang pengembaraan mencari ilmu.

imam shafi'ie turut berpesan, "air yang bertakung pasti akan busuk, maka mengalirlah. singa yang lapar akan terus kelaparan jika tidak meninggalkan sarangnya. anak panah tidak akan bermandi darah jika tidak dilepaskan daripada busurnya". sungguh menarik perumpamaan yang diberi ini. semuanya mengajak kita untuk bersedia meninggalkan keselesaan kampung halaman demi menimba ilmu di muka bumi.

MEMBERI
saya menyeru kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan agar jangan dilupakan tanggungjawab terhadap masyarakat di luar sana. bagi kita yang mendapat rezeki menimba ilmu ini, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita berbakti kepada masyarakat yang mungkin kurang berpeluang menerima nikmat dan rezeki yang kita ada ini.


malah, hadith rasulullah turut menjelaskan peri pentingnya golongan muda ini dalam masyarakat. ketika kedatangan Islam dahulu, golongan muda inilah yang banyak membantu perjuangan rasulullah sedang golongan tua menyanggahi baginda. lihat sahaja saidina Ali yang sanggup tidur di tempat tidur rasulullah sebagai ganti ketika hijrah. maka, adalah menjadi impian agar pemuda-pemuda Islam ini mampu mewarisi semangat yang ditunjukkan galongan terdahulu.

ANAK NEGERI
anak negeri ini bukanlah bertujuan untuk asabiyyah.. malah penggunaan perkataan ini turut tidak kena. (boleh rujuk pakar-pakar bahasa). anak negeri sepatutunya menjadi medan ukhuwwah, medan bertukar pendapat, kebajikan dan sebagainya. anak negeri ini juga mampu menjadi platform untuk mahasiswa-mahasiswa yang menjadi agen kepada masyarakat negeri masing-masing untuk turun menyumbang kepada masyarakat di negeri masing-masing. mungkin juga dalam 10 tahun yang akan datang, orang-orang yang kita kenali dalam anak negeri ini adalah mereka yang memegang jawatan-jawatan penting, maka adalah mudah untuk kita berinteraksi dan menjalankan kerjasama pada masa-masa akan datang.

akhirnya, saya mengucapkan moga medan anak negeri mampu menjadi platform yang baik kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat di luar sana. salam kecemerlangan!!!

Monday, July 21, 2008

RK Training: SSP beraksi di Cyberjaya

ihsan www.aminidris.com

Pada 19 Julai yang lepas, saya berpeluang bersama-sama membantu encik amin idris menjayakan program motivasi pelajar cemerlang Sekolah Sri Puteri di cyberjaya. kali ini, seramai kurang lebih 150 orang pelajar tingkatan tiga turut serta dalam program pagi ke petang ini. secara keseluruhannya, peserta-peserta SSP begitu bersemangat dalam menjayakan program tersebut.

saya juga telah diberi peluang untuk melaksanakan 'ice-breaking'. hehe... gementar pun ada sebenarnya. walau apa pun, hermanas SSP memang yang TERBAIK kerana memberi kerjasama yang cukup mantap kapada barisan fasilitator. macam mana?? best tak main 'futsal'?? hehe...



aik?? buat ape tu? jangan jatuh sudah.


beberapa tips yang amat berguna bagi pelajar-pelajar dikongsi oleh encik amin pada sesi pagi dan diteruskan acara explorace pada sesi petang pula. nak tau tips cara belajar yang bijak?? ha, jemputlah kami;) secara konklusinya, antara tips yang dikongsi berkaitan keupayaan diri, rahsia belajar berkumpulan, teknik-teknik mengingat. alhamdulillah segala-gala tips ini berjaya disampaikan dalam bentuk yang praktikal supaya mudah difahami.


berikut beberapa suasana explorace yang sempat saya rakamkan melalui telefon bimbit saya. saya ditugaskan menjaga 'check point' "you are under arrest!!".. hehe.. mari sama-sama saksikan:


ya Allah, seksanya...



nak buat macam mana ni??



eh.. baik-baik.. jangan sampai pengsan!!!



jom kita doa dulu.. moga-moga dapat ilham...



laa... smpat ber'posing' lagi??


semoga segala tips yang dikongsi dapat membantu adik-adik SSP dalam PMR yang akan datang. pohon kemaafan jika terdapat kekurangan sepanjang program berlangsung. SALAM KECEMERLANGAN. anda memang yang TERBAIK!!!

Monday, July 14, 2008

Alam pembelajaran di universiti...

bertemu sekali lagi!!! sepatutnya saya ada kelas banking sekarang. tapi bila saya memeriksa 'confirmation slip' saya, masih tidak didaftarkan lagi. mungkin hari ini akan didaftarkan oleh pihak kulliyyah. jadinya, sementara menunggu kelas seterusnya yang dijadualkan pada 11 pagi nanti, saya berkunjung sebentar ke lab di AIKOL ni.
hm, sekali lagi saya mengucapkan selamat datang buat pelajar-pelajar baru ke uiam gombak. selamat menjalani dunia mahasiswa. seorang rakan saya berjenaka bahawa sudah tentu pelajar-pelajar dari matriks nilai terutamanya berasa kenikmatan yang amat sangat apabila berada di uia gombak ini. hehe..
MAHASISWA DAN MASYARAKAT
suka untuk saya sentuh serba sedikit perkara ini. sebagai mahasiswa, janganlah kita lupa akan tugas kita di universiti. sememangnya inilah tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu. namun saya percaya kita turut mempunyai tanggungjawab dalam bersama-sama berbakti kepada masyarakat di luar sana. kehidupan sebagaii mahasiswa tidak tertakluk kepada dunia kampus yang dikelilingi pagar. sebaliknya kita perlu bersama-sama meainkan peranan penting dalam merubah masyarakat.
satu ketika dahulu, mahasiswa adalah antara figura yang begitu lantang berbicara soal kebajikan masyarakat. mahasiswa-mahasiswa ini sedar akan tanggungjawab mereka. mereka telah diberikan peluang untuk menimba ilmu di pusat pengajian tinggi dan mereka sedar akan ramai lagi masyarakat di luar sana yang tidak mempunyai peluang yang serupa. mereka memainkan peranan yang begitu penting sebagai 'agent of change'. mahasiswalah yang menjadi juru bicara kepada masyarakat yang miskin dan hidup dalam kemelaratan. mereka sangat memberi impak kepada masyarakat. mahasiswa sanggup untuk mengembara dari lembah klang ke bahagian utara tanah air semata-mata membantu memperjuang nasib para petani dan sebagainya..
namun ini hanyalah sejarah yang pernah melakari dunia mahasiswa. bagi saya, mahasiswa zaman ini perlu lebih kreatif dalam usaha untuk membantu masyarakat di luar sana. sikap pentingkan diri sendiri, individualistik ataupun ananiyyah perlu dibuang. mentaliti bahawa ini hanyalah masa untuk saya belajar supaya saya boleh mendapat kerja yang baik di kemudian hari juka perlu diperbaiki sedikit sebanyak. saya berpendapat pembelajaran dan sumbangan kepada masyarakat perlu bergerak seiring.
BUDAYA BELAJAR
di universiti, budaya belajarnya berlainan dengan di sekolah. berlainan di sini bukanlah menyentuh kepada kebebasan pakaian ke kelas, tetapi cara pembelajaran. jika di sekolah, kita diberikan segala-galanya oleh cikgu-cikgu dalam kelas. kita hanya perlu memuntahkan semula segala apa yang kita pelajari sewaktu peperiksaan.
hal ini berbeda dengan alam universiti. walupun memang masih lagi wujud serba sedikit cara pensyarah 'menyuap' pelajar, tetapi sangat kecil. di universiti kita digasak untuk melakukan 'self-learning'. di sini kita perlu pantas dalam pembelajaran. hal ini bermula dari mendaftar kelas(hehe), mencari 'course outline', bacaan sebelum kelas, ulangkaji, kerja berkumpulan, 'consulting lecturers' dan sebagainya. segala-galanya bermula dari diri sendiri. jika kita masih bersikap malas dan menunggu untuk disuap oleh pensyarah kita, maka kita akan jauh ketinggalan di belakang berbanding rakan-rakan yang lain.
KESEIMBANGAN ROHANI
bagi pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam universiti, di sini kita seolah-oleh mendapat sedikit kebebasan. jika di rumah, ada ibu bapa yang mengingatkan kita supaya solat, mengaji dsb. jika di asrama, peraturan asrama dan warden serta senior memastikan kita melaksanakan tuntutan agama. tetapi di universiti, kebanyakan masa, kita bertanggungjawab secara sendirinya terhadap agama kita. kadang-kadang kita mudah terleka sehingga terabai tanggungjawab kita terhadap agama kita. di sini tiada lagi ibu dan ayah yang mengejut subuh, tiada lagi warden yang merotan kita jika tidak solat. bebas bukan???
namun, tanggungjawab agama perlu dilaksanakan. pilihlah rakan yang boleh sama-sama saling menasihati. ajaklah rakan-rakan yang terleka sebentar dengan kebebasan ini. keseimbangan antara intelek dan rohani amat penting. bagi kita yang muslim, kita percaya bahawa hati yang gelap sangat sukar untuk menerima 'nur' illahi. kita juga percaya ilmu itu adalah 'nur' (cahaya) mana mungkin ilmu itu mampu masuk ke hati-hati orang yang gelap. jika masuk pun, sukar untuk ilmu itu bertahan lama. maka, seimbangkanlah antara akademik, tuntutan jasmani dan juga rohani:)
SETAKAT INI DAHULU. SEKALI LAGI AHLAN WA SAHLAN KEPADA MAHASISWA BARU DAN SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA MAHASISWA!!! SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT!!!

Saturday, July 12, 2008

kurang lebih seminggu saya tidak menjenguk blog ini. selamat kembali ke alam pembelajaran kepada sahabat-sahabat se'universiti' dan juga di universiti-universiti lain. insyaAllah semester ini adalah semester terakhir saya berada di bumi uia ini. selama kurang lebih 4 tahun bermukim di uia ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari baik melalui pembelajaran dalam kelas, mahupun luar.

minggu pertama pembelajaran, memang sudah menjadi kebiasaan para pelajar akan beratur panjang di lab LR7 bagi mengemaskini jadual pembelajaran mereka. ada yang tidak berjaya mendaftar subjek ketika proses 'online', ada yang 'terpaksa' tukar pensyarah, ada yang nak 'audin' subjek (ambil subjek tambahan) dan sebagainya. saya turut terlibat dengan senario ini dan terpaksa menunggu giliran hampir satu jam. hehe, tidak mengapa, maklumlah, jumlah pelajar yang begitu ramai menyebabkan ramai yang terpaksa melalui pengalaman sedemikian rupa.

apa pulak saya buat kali ini?? saya tidak punyai masalah dengan pendaftaran subjek. alhamdulillah saya berjaya mendaftar semua subjek saya ketika proses 'online' lagi. tetapi kali ini saya turut sama berbaris kerana ingin meng'audit' satu subjek lagi iaitu banking and negotiable instrument. alhamdulillah, berbaloi jugak saya menuggu selama sejam lebih. jadi, pada semester ini saya akan mengambil sebanyak 7 subjek dengan jam kredit 21. tetapi hanya 6 subjek yang akan saya duduki peperiksaan. manakala subjek audit, saya hanya perlu hadir ke kelas sahaja.

semester baru sudah bermula. buat pelajar-pelajar tahun 1 yang baru masuk ke bumi uia ni, ahlan wa sahlan wa marhaban. selamat datang ke alam mahasiswa!!! saya teringat ketika ta'aruf week saya dahulu, seorang pegawai uia mengatakan di uia ini penuh dengan ilmu ibarat kebun buah-buahan. di mana-mana ada ilmu yang tunggu untuk dipetik oleh penghuninya. maka, pergunakanlah masa anda semua di sini menimba pelbagai ilmu yang boleh membantu ada di dunia dan di akhirat.

Tuesday, July 1, 2008

Politik : Celoteh Sket!!!

Setelah 10 tahun berlalu peristiwa yang membawa satu anjakan dalam politik negara, kini seolah-olah sudah kelihatan bibit-bibit permulaan peristiwa yang sama. saya bukanlah penyokong setia insan yang disebut anwar ibrahim, namun kehadirannya di arena politik negara sememangnya mencuri tumpuan sebilangan besar rakyat negara ini termasuklah saya. jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah timbalan perdana menteri malaysia sebelum disingkir dari barisan kerajaan atas tuduhan liwat.

pada 10 tahun yang lalu, ketika itu saya masih di menengah rendah, peristiwa yang melanda anwar telah menarik minat saya untuk mengikuti perkembangan politik tanahair. liputan meluas tentang kes liwatnya ketika itu sudah cukup untuk menimbulkan fenomena baru. di mana-mana sahaja orang berbicara tentang anwar. ketika itu jugalah bermulanya era reformasi secara aktif. demonstrasi jalan menjadi pilihan untuk meluah rasa setelah ruang dan peluang untuk berdiskusi agak tertutup. ketika ini jugalah negara menyaksikan buat kesekian kalinya segala macam akta drakonian diguna atas alasan keselamatan negara (auku, isa etc).

maka, anwar telah ditahan dan dipenjarakan. beliau bukan sahaja dipenjarakan tetapi telah mendapat layanan yang cukup 'istimewa. keadaan kesihatan beliau juga bertambah teruk dari hari ke hari. di belakangnya, ramai pejuang reformasi ditahan tanpa bicara di kem tahanan kemunting bawah ISA. mereka ditahan tanpa diberi hak sewajarnya untuk membela diri dan ditahan seberapa lama yang boleh.

rentetan peristiwa tersebut, maka pada pilihanraya 1999, satu tsunami politik melanda. kerajaan kehilangan banyak kerusi baik di parlimen mahupn di dun. malah terengganu juga telah jatuh ke tangan parti pas.

kini, setelah 10 tahun berlalu dan anwar dibebaskan daripada pertuduhan liwat, serta keraguan melampau terhadap proses dan intergriti kehakiman ketika perbicaraan beliau, sekali lagi anwar dituduh melakukan perkara yang sama kepada seorang anak muda. apakah ini satu permainan politik? atau adakah kebenarannya? saya tidak mempunyai jawapan.

perlu diingat, tuduhan zina ini dipandang berat oleh undang-undang syariah. perlu dibawa saksi yang adil. adil ini ada ciri-ciri dan syarat yang sungguh ketat. bukan semua orang boleh mendapat taraf adil. jika ini suatu fitnah, maka laknat Allah ke atas pemfitnah. jika ini mainan politik daripada pihak tertentu baik musuh anwar mahupun pihak anwar sendiri, ingatlah suatu hari nanti pasti akan dibuka kebenarannya.


cuma apa yang saya yakin, keadilan perlu ditegakkan. jika ini satu lagi mainan politik, biarpun mungkin boleh berjaya, namun lambat-laun kebenaran akan terserlah. perlu diingat, kebenaran tanpa keteraturan organisasi/perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. kini saya ternanti-nanti apakah respon masyarakat terhadap isu ini.bilakah anwar akan ditangkap? adakah sekali lagi demonstrasi jalanan berlaku? adakah mahasiswa turut berperanan dalam isu ini? semuanya mungkin terjawab nanti...

pautan lain:
who is saiful bukhari?? http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/
musang berbulu ayam? [link]