..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

May 26, 2017

Jahit PEPLUM RAYA untuk myBaby

Assalamualaikum..

Selamat menyambut RAMADHAN buat semua ....

Puasa belum mula tapi ummi (Tailor Amatur) dah siap jahit peplum untuk myBaby hihi..

Tahun lepas try jahit baju baby doll tapi sendat..tahun ni Alhamdulillah baju peplum ni cantik terletak je hahaha..





::: Photo Book:::

September 23, 2015

DIY Mask Jerebu

Assalamualaikum..

Musim jerebu dah datang. Tiap - tiap tahun rasanya, selain dari musim hujan, musim jerebu pun macam dah jadi musim yang wajib singgah kat Malaysia. Tapi Alhamdulillah, rasanya tempat tinggal saya hanya terkena tempias jerebu. 

Bila musim jerebu, tokey MAsk pun tersenyum. ALHAMDULILLAH rezeki hihi. Kat FB pun rata - rata saya nampak orang dok post face mask yang dijahit sendiri. Saya pun terjebak sama hihi. Terus google cara jahit mask. Tak rumit sangat. Kejap je dah siap. Tadaaaaa..

Model tak berbayar sedang menggayakan mask hihihi

Saya jahit untuk suka-suka je. Tak bercadang pun nak pakai face mask ni kat luar. Actually saya pun tak tau sejauh mana keberkesanan face mask saya ni nak tapis partikel jerebu tu hihihi. Malas nak buat research sebab macam saya bagitau tadi, saya jahit face mask ni untuk suka-suka je.

 


::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

May 23, 2015

Selepas 5 bulan...

Salam,

Tadaaaa...


Selepas 5 bulan set tilam ni siap barulah saya berjaya menyiapkan sarungnya huhu. Baby pun dah 2 bulan lebih. Sarung bantal baru siap satu, ada 2 lagi bantal tidur + 2 bantal peluk masih tak bersarung. Ish..ish..ish..


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 22, 2015

Jahit bantal karipap dengan mesin jahit dari Lazada

Salam,
Lama dah tak bersiaran. Hari ni nak tunjuk bantal karipap yang dijahit dengan mesin jahit yang dibeli dari Lazada. Punya la excited nak menjahit sampai senget - benget bantal ni hehe.
Actually mesin ni bukan saya yang punya. Mak saya yang empunya. Saya yang terover excited nak guna. Mesin ni murah je RM 169. Tapi ada yang dapat murah lagi masa diskaun. Bagi saya sesuai untuk yang nak belajar jahit.
::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 12, 2014

Set tilam kekabu baby

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam saya berjaya menyiapkan satu set tilam kekabu bersama bantal. Sebelum ni , set bantal je siap. Semalam gigih siapkan tilam.


Ni set tilam saya. Kebas jari nak jahit bagi tilam tu jadi timbul - timbul macam tu.

Lepas ni misi menjahit sarung bantal dan tilam pulak. Nak kena seru mood rajin dulu hehe.




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 1, 2014

Set bantal kekabu baby | TQ Geng Jahit

Salam,

Hari tu saya ada cerita pasal saya jahit sarung kekabu kan. Hari ni saya nak tunjuk hasilnya setelah saya masukkan kekabu. Taraaaa.....


2 bantal baby, 1 bantal sederhana dan 2 bolster. Tilam tak siap lagi..hehe..Kekabu tu saya beli RM 18 untuk 3kg.
Terima kasih kat Geng Jahit ( group yang saya join kat fb) sebab banyak kongsi ilmu menjahit. Bila tengok kawan - kawan Geng Jahit post hasil jahit, hati pun teruja nak hasilkan 'sesuatu' even diri ni tak sehebat diorang. Terima kasih Geng Jahit.

# set bantal tu bukan untuk dijual..;p



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 26, 2014

Sarung kekabu

Salam,
Lama dah tak bersiaran kat sini. Hari ni nak tunjuk sarung kekabu untuk set tilam baby. Kiranya ni adalah projek pertama untuk cuti sekolah 2014 ni hehe.

Saya tak pernah buat set tilam kekabu ni. Baru nak cuba- cuba. Saya guna kain belacu yang saya beli kat Jakel. 


Saya beli kain belacu 3 meter. Dapatla jahit 1 sarung kekabu untuk tilam, 2 bantal baby, 1 bantal sederhana dan 2 bantal peluk. Tapi kain ni ada lebih lagi. Kalau rajin , boleh la tambal bantal lagi ;p..


# misi sumbat kekabu pulak...hehe


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

September 10, 2013

Jom buat plastisin sendiri

Salam,

Siapa suka main plastisin masa kecik - kecik dulu? Mesti ramai kan yang suka. Saya pun suka. Dulu, masa dapat plastisin, mulalah berimiginasi buat macam-macam bentuk. Tapi rasanya paling kerap bentuk burger hehehe.

Actually, main plastisin ni memang bagus untuk meningkatkan lagi skil motor kanak-kanak. Cuma sekarang ni kita kena berhati-hati pilih plastisin sebab bukannya semua selamat untuk kanak-kanak. Macam-macam bahan kimia yang kita tak tahu mungkin 'menyorok' kat dalam plastisin tu.

So, nak selamat, jom kita buat plastisin sendiri. Saya dapat 'resepi' ni dalam Harian Metro baru-baru ni. Tapi idea asalnya datang dari SINI

http://www.modernparentsmessykids.com/2012/05/play-dough.html


Bahan  :

1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar garam
2 sudu besar krim tartar
2 sudu besar minyak masak
1 kotak agar-agar Jell-O

Caranya:

1) Campurkan semua bahan dalam periuk.

2) Kacau semuanya sehingga tiada kelihatan gumpalan.

3) Panaskan di atas api sederhana sambil terus mengacau adunan itu.

4) Apabila doh terhasil, alihkan ke atas papan pemotong dan biarkan doh sejuk antara 20 - 30 minit.

5) Canai doh sambil menambah setengah cawan tepung hingga tiada rasa melekit.

6) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan warnakannya mengikut pilihan.

....dah siap..bolehlah bagi anak-anak main plastisin yang kita buat tadi. Plastisin ni bila dah tak digunakan, bolehlah disimpan di dalam bekas plastik dan di masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dioh kita tu dah rasa melekit, adun semula dengan tepung gandum.


~ Selamat Mencuba~

# Jom tidur..pagi nanti nak pi jaga periksa (UPSR)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...