Salam,
Hari ni saya nak sambung cerita pasal nama - nama kelas di sekolah saya. Sebelum ni saya ada cerita pasal
Hanzalah bin Abi Amir. Kelas yang kedua adalah kelas Ammar menggantikan nama Bestari.
Siapa Ammar?
Ammar bin Yaasir lahir 57 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenarnya Ammar bin Yaasir bin 'Amir al - Kanany. Digelar at - Thoyib muthoyyib (yang baik dan memberi kebaikan). Beliau adalah anak Sumayyah binti Khabbab dan Yaasir bin Amir yang merupakan orang terawal memeluk agama Islam atau disebut sebagai Assabiqunal Awwalun. Keluarganya berasal dari Tihanah, suatu daerah di Yaman yang kemudian datang ke Mekkah untuk mencari saudaranya yang hilang dan kemudian menetap di sana.
Setelah Ammar bin Yaasir dan keluarganya memeluk Islam, mereka disiksa oleh Abu Jahal. Penyiksaan tersebut menyebabkan orang tua Ammar meninggal dunia. Sejarah keislamannya penuh dengan siksaan dari orang - orang yang membenci Islam. Orang - orang kafir pernah menyiksanya dengan macam- macam cara, dipukul dan dijemur sehingga lapar dan dahaga.
Selama hidupnya beliau bersama Rasulullah dalam peperangan Badar, Uhud, Khandaq, Tabuk dan lain - lain lagi. Beliau pernah berkhidmat untuk Saidina Abu bakar as- Siddiq untuk memerangi riddah yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab serta turut melawan Persia dan Rom.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab beliau ditugaskan menjadi amir Kuffah. Namun dengan tanggungjawab tersebut membawa diri beliau mnjadi semakin zuhud, khusyu' dan wara'.
Ketika perang Yamanah, telinga beliau terpotong oleh pedang orang-orang murtad. Ada seorang lelaki menghina dirinya kerana telinganya terpotong dengan memanggil "Wahai si buntung," kata lelakki itu. Ammar menjawab, "Sebaik-baiknya telingaku apa yang kamu hina itu". (HR Tirmidhi)
Selama hidup berjuang dengan Rasulullah, beliau telah meriwayatkan lebih enam puluh dua hadis. Di antara riwayat hadis itu adalah; Rasulullah pernah bersabda "Perumpamaan umat itu seperti hujan. Tidak diketahui kebaikannya di awal atau di akhir."(HR Thobroni)
Peristiwa Shiffin (perselisihan antara Ali dengan Muawwiyah) merupakan akhir ajalnya. Dalam peristiwa itu, Ammar telah syahid di medan jihad ketika berumur 93 tahun. Beliau ikut dalam pasukan Ali melawan Muawwiyah. Orang-orang teringat ucapan Rasulullah, "Alangkah malangnya Ammar, kelak dia dibunuh oleh kelompok sesat...". Muawwiyah brkata, "Apakah kami membunuhnya!! Beliau itu terbunuh oleh orang-orang yang datang kepadanya."
#
dah siap 2 kelas, Hanzalah dan Ammar.
Nanti kita sambung lagi ..