Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Spaghetti Bolognese

Menu for dinner tonight~ spaghetti bolognese.. Today i masak simple je coz tomorrow dah nak balik Kuantan. En. Hubby suka makan bolognese ni.. Tadi lepas balik kerja dia terus makan.. Kira dah dinner dah.. Sungguh2 dia makan.. Mesti lapar sangat.. hehe.. Ok jom tengok recipe ni..

Bahan2;
Setengah paket spaghetti
Minced meat chicken or beef
1 tin Prego ~ sos spaghetti (i lagi suka pakai yang dalam botol)
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang carrot didadu
Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
Garam secukup rasa
Air
Olive oil

Cara2;
1. Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan.
2. Tumis bawang besar & bawang putih bersama2 dengan olive oil.
3. Kemudian masukkan minced meat & carrot. Biarkan sehingga masak.
4. Seterusnya masukkan sos Prego dan sedikit air. Kacau sehingga rata.
5. Masukkan sedikit serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
6. Hidangkan spaghetti bersama2 sos bolognese di atasnya.

~ Kalau nak pedas boleh masukkan sedikit chili paste.. Nak sedap lagi masukkan pula button mushroom.. Nyum nyum.. :)

Friday, July 9, 2010

Carbonara Chicken & Mushroom

Western food today~ requested by En. Hubby! Dari semalam lagi dia nak makan carbonara. So hari ini i tukar mood masak Italian pasta.. Yummy2.. Actually dah lama i tak masak coz last sekali i makan masa dekat my hometown. Masak banyak sangat sampai rasa muak. Huhu.. so kali ni i masak sikit je and makan masa panas2.. :) Teringat pula i dekat my mum. She loves carbonara so much.. I sampai tinggalkan resepi untuk dia. Ye la kan.. jarang2 i balik Kuantan.. Ok la resepinya simple sahaja.. Mudah & sesuai dengan siapa yang suka western taste..

Bahan2;
Setengah packet spaghetti/fettuccine
150ml whipped cream
Ayam dipotong kecil
Fresh button mushroom dihiris halus2
Diced onion
Chopped garlic
1 tsp of mixed herbs
1 tbsp of pepper
Olive oil & butter
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daun parsli untuk hiasan (i pakai daun ketumbar je)

Cara2;
1. Rebus spaghetti dalam air yang mendidih & toskan.
2. Ayam direbus dengan sedikit air untuk mendapatkan stocknya.
3. Tumis bawang besar & bawang putih dengan menggunakan olive oil dan sedikit butter.
4. Masukkan mixed herbs, pepper dan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan fresh mushroom, ayam & stocknya.
6. Akhir sekali masukkan whipped cream dan kacau rata.
7. Hidangkan carbonara sauce di atas spaghetti. Sedap dimakan panas2..

Simple kan.. En. Hubby cakap lagi sedap dari pasta yang dia makan dekat Venice.. Boleh percaya ke ni.. Hehe.. ;)

Wednesday, June 23, 2010

Vegeroni Soup

In diet mood... so menu for today is vegeroni soup. En. hubby sebelum pergi kerja tadi dah cakap awal2 hari ini dia tak nak makan makanan berminyak coz pagi tadi dia tergoreng telur dgn penuh minyak.. Hehe.. Simple dish, senang dimasak, sesuai untuk yang tengah berdiet! Dan resipinya...

Bahan-bahan;
Setengah packet vegeroni ~ yang twisted with 3 colors
Dada ayam
Bawah merah & bawang putih
Broccoli
Carrot
Tomato
White oyster mushroom
Mixed herbs
Olive oil
Serbuk pati ayam
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-caranya;
1. Rebus vegeroni dalam air yang mendidih selama 7 minit. Angkat & toskan.
2. Panaskan olive oil dan tumis bawang besar & bawang putih yang telah dihiris halus.
3. Masukkan sedikit dada ayam, mixed herbs, serbuk pati ayam, lada sulah & garam secukup rasa. Kemudian masukkan air.
4. Seterusnya, masukkan carrot, broccoli dan lastly tomato.
5. Biarkan mendidih dan siap!

Sangatlah simple.. Oh.. saya tengah berdiet. En hubby juga! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog