Borang Tss
Borang Tss
Borang Tss
Perkongsian difokuskan kepada pelaksanaan PdPc secara berpusatkan pelajar. Tajuk yang
dibincangkan adalah Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran manipulatif. Cikgu Ain berkongsi idea
ketika menjalankan Pdpc Tahun 3k dimana murid menjalankan hands on activity iaitu murid belajar
melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
Hasil perkongsian antara guru, PdPc bagi tajuk ini dijalankan secara amali di mana murid melakukan
sendiri kemahiran manipulatif berkenaan unytuk satu ujikaji mudah. Murid mengenali radas sains dan
cara mengendalikan radas dengan betul, melakar, membersihkan dan menyimpan radas dengan betul.
Strategi ini dapat member peluang kepada murid menjalankan aktiviti sendiri dengan bimbingan guru
yang minimum serta meningkatkan minat murid dan memupuk semangat koperatif sesama murid.
Murid juga lebih mudah mengingati apa yang dipelajari melalui pengalaman secara langsung.
Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?
Jika sebelum ini, saya hanya sekadar menerangkan sekali imbas tentang kemahiran manipulative
semasa ujikaji dijalankan. Murid yang lemah sukar mengenalpasti dan ingat kemahiran tersebut
walaupun mereka sentiasa melakukan setiap kali ujikaji dijalankan. Namun, setelah sesi perkongsian
antara guru dilakukan, strategi PdPc yang dipilih telah diubahsuai supaya lebih menepati ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21.
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)
Laporan Bergambar