Docsity Kesan Kesan Pluralisme Di Malaysia
Docsity Kesan Kesan Pluralisme Di Malaysia
Docsity Kesan Kesan Pluralisme Di Malaysia
a) INDIVIDU
Pertama, kesan pluralisme boleh dikesan pada individu itu sendiri aqidahnya mulai
berubah sedikit demi sedikit. Aqidah dapat didefinasikan secara ringkas sebagai suatu
kepercayaan (Al-Qur’an: al-Baqarah: 63, 84). Menurut Islam, aqidah bererti kepercayaan
seorang umat Islam yang teguh terhadap Allah S.W.T. Seseorang Islam itu terjalin dengan
suatu ikatan yang disebut ‘murtabid’ iaitu aqidah yang teguh dan kuat (Prof. Madya Dr
Adnan Abd Rashid, 2013). Salah satu bukti keteguhan aqidah seseorang Islam yang
dinyatakan di dalam Al-quran boleh dilihat di dalam surah Al-kahfi ayat 14, “Dan Kami
teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan
langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat
demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.”
Erti surah Al-Kahfi ini merupakan salah satu bukti tentang sahihnya ikatan yang
disebut ‘murtabid’ yang ada pada seseorang Islam, muslim dan muslimin di muka bumi ini
(Shafik, S. S. A., & Bakar, N. S. A., 2009). Pluralisme agama ini mampu meruntuhkan
aqidah inidividu umat Islam yang murni secara langsung dan tidak langsung. Hal ini
demikian kerana, melalui kepercayaan pluralisme ini ia sebenarnya telah membuka jalan
kepada kekufuran dan kesyirikan.
Apabila individu muslim atau muslimin ini telah terpesong aqidahnya, maka jati diri
keagaamaan atau yang disebut akhlak juga akan runtuh dan tergadai. Hal ini menjurus kepada
keruntuhan iman dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang itu murtad yakni keluar
daripada agama Islam. Ini kerana menurut Islam, akhlak itu seharusnya berlandaskan
keimanan seseorang. Menurut buku ‘Al Islam’ penulisan oleh Hasbi Ash Shiddieyq,
hubungan aqidah dan akhlak ini hampir setaraf atau boleh juga disebut sedarjat mengikut
pandangannya berdasarkan Al-quran. Maka, amatlah penting bagi seseorang Islam kerana
aqidah merupakan asas, dasar dan landasan bagi semua perbuatan. (Alnida Azty, Fitriah,
Di era globalisasi ini, walaupun umat Islam zaman kini sedar bahawa terdapat banyak
kelemahan yang perlu diatasi untuk mengukuhkan kemurnian aqidah, namun tidak banyak
usaha yang dilakukan untuk menyekat kepercayaan yang menyelewang daripada agama Islam
seperti pluralisme ini sendiri. Hal ini kerana terdapatnya pihak-pihak atasan yang mengambil
mudah isu ini dan mengabaikannya.
b) MASYARAKAT
Fahaman pluralisme ini juga boleh menyebabkan keutuhan masyarat yang beragama
terjejas dengan erti kata lain, fahaman pluralisme ini dapat memecahbelahkan kaum
masyarakat . Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya fahaman pluralisme, krisis dua pihak
akan berlaku. Masyarakat yang berpegang teguh dengan fahaman Islam dan masyarakat yang
mulai termakan dengan fahaman pluralisme itu sendiri.
Apabila wujud dua pihak berlainan fahaman seperti ini, perbalahan dan pergaduhan
akan berlaku kerana tidak sependapat. Malahan mungkin akan berlakunya pertumpahan darah
kerana pendapat yang berbeza. Perpecahan dan perbalahan antara masyarakat menjadi antara
salah satu punca kemunduran umat sejagat. Selain itu, fahaman pluralisme yang tidak
mempunyai pemahaman yang tetap dan hanya menggunakan pandangan daripada pelbagai
agama ini boleh meruntuhkan insitusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, fahaman pluralisme ini membawa budaya-budaya barat dan luar dan
disebarkan kepada anak-anak muda. Anak-anak muda kini mudah terpengaruh dengan anasir-
anasir luar dan sanggup mempertahankan pendapat mereka yang salah itu walaupun perlu
menderhakai ibu bapa mereka sendiri. Budaya-budaya luar yang dimaksudkan berunsurkan
hedonistik. Hedonistik didefinasikan sebagai satu perilaku ‘sub-budaya’ yang berunsurkan
negatif dan bertentangan dengan adat ketimuran serta yang diajar dalam agama (Sidek Baba,
2006).
Oleh itu, Allah S.W.T telah menegaskan dan melarang umat Islam untuk mendekati
zina kerana zina ini membawa penyakit kepada manusia. Allah S.W.T berfirman, dalam
surah Al-Isra ayat 32, yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu
sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”Budaya-budaya seperti ini
merupakan budaya yang tidak diajar oleh agama Islam dan kebanyakkannya bercanggah
dengan Islam. Apabila anak-anak muda diperkenalkan dengan budaya seperti ini, sifat ingin
mencuba hadir dan menyebabkan mereka terjelumus dalam kancah budaya barat yang
diterapkan dalam fahaman pluralisme. Perkara seperti ini melenyapkan dan meruntuhkan
nilai-nilai baik yang diterapkan dalam agama Islam (AM bin Ismail, & AM binti Daud, Z.,
2015).
c) AGAMA
Fahaman pluralisme ini menjadi salah satu punca panduan kehidupan manusia yang
meliputi pelbagai aspek dalam agama Islam pudar seterusnya dihapuskan serta merta.
Kesannya, ia menyebabkan agama Islam yang suci ini berubah menjadi sebuah agama
kepercayaan sahaja. Fahaman ini menjurus ke arah mensia-siakan perjuangan agama dan
perutusan kitab-kitab suci yang telah secara susah payah disebarkan oleh para rasul-rasul A.S
pada zaman terdahulu dengan menentang golongan kuffur. Seterusnya mengakibatkan hak
asasi manusia untuk menganut dan mempercayai agama masing-masing juga dihapuskan.
Ideologi penyebaran fahaman pluralisme adalah untuk membolehkan pertukaran agama
berlaku tidak kira apa pun agama yang dianuti seseorang itu. (Musa, N. A., & Shah, H. A. R.,
2020).
Ini bermaksud mereka mahu isu penentuan agama tidak lagi diputuskan oleh
Mahkamah Syariah malah memohon supaya Mahkamah Sivil yang mengambil alih isu
tersebut. Kumpulan ini memperjuangkankan tafsiran kebebasan agama berdasarkan Artikel
18 Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 (Universal Declarations of Human Rights, 1948) yang
menyatakan bahawa 'Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion;
this right includes freedom to change his religion or belief ” (Jalil, F., & Halim, R., 2014).
Secara ringkasnya Artikel 18 ini menyatakan bahawa semua orang mempunyai hak
serta kebebasan dalam berfikir, bersuara serta beragama dan hak kebebasan menukar agama
atau kepercayaan. (Ismail, A. M., & Mujani, W. K., 2020).Seperti yang diketahui bahawa
hukum menukar agama yakni murtad itu berdosa besar dan tidak diampuni oleh Allah S.W.T
melainkan mereka bertaubat (Ibn Smith, A. R., 2012). Umat Islam yang murtad perlu
dijatuhkan hukuman hudud. Seperti dalam hadis Rasullullah S.A.W, yang membawa maksud,
“Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”
Murtad secara ringkasnya bererti kembali manakala dari segi istilah bererti kembali
daripada agama Islam ke agama lain dengan niat, perkataan atau perbuatan (Nasri, M. S., &
Shiddeq, M. S., 2016). Seorang Islam jatuh murtad apabila dia menyekutukan Allah S.W.T
melalui iktikad, ucapan atau perbuatan. Mereka juga jatuh murtad apabila mengingkari
rukun-rukun dalam agama Islam yang diketahui jelas dan sahih atau seseorang yang
mengiktikadkan tidak wajib berhukum dengan hukum yang diperintahkan atau diturunkan
oleh Allah S.W.T. (Mutawali, M., 2020). Keadaan seperti ini merupakan salah satu ciri dalam
fahaman pluralisme.
Akhir sekali, media massa harus digunakan untuk menyebarkan kepada orang awam
tentang fahaman pluralisme yang menyelewang daripada fahaman ahlul Sunnah waljamaah.
Hal ini supaya dapat mendedahkan kepada semua orang bagaimana rupa bentuk pemikiran
faham pluralisme ini yang boleh merosakkan aqidah seorang Islam secara halus. Penggunaan
iklan di televisyen, radio dan media sosial memainkan peranan penting dalam menyebarkan
kesalahan ideologi ini. Penyiaran forum dan perbincangan oleh ahli-ahli agama seperti ustaz
dan ustazah serta pendakwah tentang salahnya fahaman pluralisme juga perlu
diperbanyakkan supaya dapat menjadi sumber rujuk masyarakat Islam yang lain selain
daripada merujuk Al-quran dan hadis.